Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Cloth Diaper

Last week dah start pikir barang-barang baby. husband kata tulis harga semua benda yang patut beli. so, going everywhere, mesti nak pegi baby's department semata-mata nak survey harga. bab susu, harus diamalkan breastfeeding ye. dah la banyak khasiat, jimat plak tu. tak payah pikir beli susu tin tiap-tiap bulan. sebab tengok harga susu bukan main mahal lagi! adus..


and the critical thing is, the diapers! tengok kakak ipar asyik beli diapers je. tiap kali beli, harus 2-3 bungkus sekali. sekali beli dah dekat RM100 kau! tu rasanya stok untuk 2 minggu kot. ye lah, satu hari dah 3-4 keping nak kena pakai. (kot!) ok rasa nak pengsan jap kalu kira-kira semua ni. hehe.



the new invention about diapers sekarang ni ialah, CLOTH DIAPER. even penjagaan cloth diaper ni leceh sikit, tapi banyak kebaikannya tau. biasa kita dengar baby pakai diapers lama sikit dah ada ruam kan? sebab dalam diapers tu, ada bahan yang menyebabkan ruam tu. so dengan adanya cloth diaper ni, masalah ruam dah tak wujud. best kan?



pastu dah nama pun 'cloth', harus boleh recycle balik. buang segala mak nenek najis tu, pastu rendam sikit dengan sabun, dah boleh masuk mesin. senang kan? rasanya sebulan kalau ada 15 cloth diaper pon ok kot. (ada yang kata 10 pun dah cukup, tapi saje nak extrakan..hehe) survey punya survey, average price untuk cloth diapers ni RM30. tapi saya dah jumpa satu blogshop yang bila beli 10pcs dapat RM230 sajek! hehe. harus diprovoke pada husband nih! dia pon ok jek bila akak duk cite pasal cloth diapers ni..jimat kan?



meh nak tunjuk rupe cloth diaper ni cenggeno :





pic taken from http://www.kedaiibu.com


ok dah abes cerita. nak survey cloth diapers lagik. babaii..

Kepingin? Teringin? Ngada-ngada?

orang mengandung memang sinonim dengan aktiviti 'mengidam' or 'teringin'. but according to my mother in law, dia kata,


Mengidam tu rasa kita nak makan something sebelum kita tau kita mengandung.


ok mak, ada betulnya cakap mak. penyakit mengidam yang tetibe nak makan benda pelik. kalau tak dapat, mau meraung. tapi i takde penyakit mengidam, i dapat penyakit teringiiiin aje. hehe.


saya punye teringin memang senang-senang je. time pregnant ni suke sangat makan roti canai & karipap. roti canai tak kisah di mana-mana, rasa yang macamana tapi dah ada lokasi feveret iaitu Restoran Kapitan Penang @ Bangsar!! memang terbaik la baiya tu buat roti! tak tau la ada 'perisa tambahan' ke hapa, tapi as long as saya tak tengok the making of the roti canai, sebat je la kan?


pastu gila dengan roti canai, sampaikan breakfast roti canai, dinner pon nak roti canai. papa dah geleng kepala dah. banyak minyak katanya. tapi dah mama tak lalu nak makan benda lain nak buat camne kan? so layankan je lah.


ok hal karipap pulak. kat area vista tu ada sorang makcik jual karipap sedap nok. haha. kalau beli harus tamak RM2 gitu. so dapat la 6 ketul kan. tapi even dekat, since dah kawen ni dah terkejar-kejar nak gi ofis, takdelah rajin den nak bonti topi gi boli. kirim kat bebudak opis dah la. tapi tu opis dulu, so bila dah tukar opis ni, terpaksa la gak beli sendiri. tapi masalahnya tak penah la dapat nak beli sendiri.

ada satu weekend tu, gigih saya bangun awal semata-mata nak beli karipap sedap nok. papa pon tak bangun lagi tau. punye la semangat mandi pastu kejut papa kasitau nak beli sarapan (padahal nak bei karipap sedap nok). hehe. tapi harapan tinggal kenangan, makcik karipap sedap nok tak niaga on weekend!! sedih tau~ penat akak turun naik tangga semata-mata nak beli karipap. sudahnya beli la nasi lemak berlaukkan sambal kerang utk papa, nasi lemak ayam sambal utk mama, satu nasi lemak kosong untuk sesape nak tambah. pastu boleh plak lencong kedai mamak, order roti canai 2. takkan nak beli satu je? nanti sian papa tengok mama makan kan? haha. (padahal kalau papa taknak leh la mama bedal roti canai 2. hehe. kita kena pandai main taktik tau!)

pastu sampai rumah dah terang benderang. langsir dah diselak. atas katil dah takde orang. ha ni mesti si tembam tu nak main cak-cak ni. dia selalu menyelit celah mesin basuh takpon merangkak macam ju-on. bajet kecik je kan? haha. tu la hiburan den laki bini ok. main nyorok-nyorok dalam umah. pastu bukak je lampu dapur, keluar la si tembam dengan aksi beruang nak terkam manusia. eleh, sikit pon tak terkejut. (tapi tadi sebok cari-cari papa kan? haha)


pastu papa kata,


la nape beli sarapan? mak ayah on the way ajak breakfast.


nak terkeluar gegendang telingo ni ha punyo la tokojut. poponek den bojalan boli an sarapan, buleh lak dikoba mak ayah nak datang? adusss! ok since akak isteri solehah, akak pon makan la sorang-sorang roti canai tu sementaro nunggu an si tombam tu mandi.


pehtu, ayah plak bawak poie pelita kat bangsar, maun den oda roti canai laie. hahaha. kan dah kato hantu roti canai. time tu papa dah cuit-cuit dah, kat umah kan ada roti canai? selambo yo den jawab, mana sama rasa dia. hehe. laki den sonyap yo. dio tak kisah den nak melantak. tu yang den sayang laki den tu. hehe.


so, selero orang mongandung ni jangan la ditahan-tahan. kang ado yang tak tido malam kang. tapi kok iyo pon, agak-agak la makan tu yo. akak ni sobab bondo lain tak lalu do, sikit-sikit muntah. tu yang tibo nak makan ruti canai tu, jangan la dihalang. memang den carik sampai dapek. hehe.


p/s : nama karipap sedap nok tu akibat daripada lawak kumpulan balas dalam maharaja lawak minggu pertama. hehe.

My Fourth Ultrasound

Semalam pegi jumpa Dr. Zalina yang gebus lagi. tak lain tak bukan, untuk ultrasound la kann. so semalam punye scan memang terbaekkk, baby dah nampak bersilat2 dalam perut, yang papa pulak, doc tak panggil tengok pon dia dah bangun dulu. hehe.

nampak tangan kaki dah ke sana ke sini, doc kata jantung pon dah nampak denyut2, even kepalaku dah senget2 memandang screen tu pon tak tahu celah mana doc kata jantung ok. huhu. pastu doc kata my baby sebenarnye dah 12 weeks & 4 days! tu sebab selama ni dia suh datang after 2 weeks aje. so automatically akaknye due dah tercepat pulak, 23rd October 2011.

the baby is so aggressive, mama suke tengok tangan dia ke sana ke sini sampai buat dek je pe doc cakap. wahaha boleh gitu. tapi banyak kali doc tenyeh2 mende kat perut tu, gambar xclear sangat. (hoh time ni rasa nak suruh doc upgrade mesin dia je! hehe). pastu doc leh kata picture xclear sebab fat tissue i banyak. boleh? sib baik doc gebus tau, kalu tak memang akak dah pegi klinik lain dah. hehe.

pastu doc tanya selera makan ok tak? akak cite la selera tak berapa nak ada, sampai turun berat 3kg! huhu. doc kata, ni dah 3 bulan ni, kena gain weight ye. kena makan banyak2. eden torai lah yo.

lepas scan, doc kata nak amek darah tapi dia xcakap nak buat ape. alah, akak tau, dia nak tengok akak ada penyakit pape tak ke kan? pastu dia amek urine plak, aiish selalu kaler kuning tp semalam clear mcm putih telur pulak pe ke hei? pelik pulak rasanya tp logik jugak sebab akak tak dinner lagi time tu.

sudah semua sekali, budak kaunter panggil..siti amirahhhh..terus akak bangun lantas terbuntang mata tengok resit RM128?? ngeh ngeh tak cukup duit kak oiiii!!! kisahnye duit dalam purse yang tak cukup cemane? nak ditenyeh CC xnampak plak mesin kt situ. kat akak ada 60 plus plus, yang papa plak hulur 50. dah ini la padahnye suka keluar duit sikit-sikit kannn? pastu tanya adik tu cane ni sambil buat muka tebal.

(sebab selalu check up tak lebih 60 pon ye. so dengan konfidennye tak spare duit bebanyak.)

"alah, akak bayar esok pon takpe tapi resit ni saya pegang'"

tapi kang akak takut malam tak leh tido cane dik? huhu. so I decide to ask papa balik rumah amek duit & bayar. no choice la kan? tapi boleh pulak jadinye, dah dibayar setel semua, resitku tak diberinye..aishh! saje je tau nak suruh akak tenggek banyak kali kat klinik tu. haha.

Fakta Hamil #2

Pening@Sakit Kepala


Mama memang jarang sakit kepala. even kalau demam pon, takat lesu-lesu badan gitu. tapi sekarang, mama selalu sakit kepala. belah kiri je pulak tu. dah macam orang migrain. tapi sakit kepala ni datang tak selalu. dalam seminggu ada la 2-3 kali. tapi bila sekali datang, uhaiiii. tak boleh tido kak oi! kojap-kojap terjago, pastu sakit hati je dengar husband dengkur kan. aishh!


ok, akak sekarang suka cari fakta betul ke time pregnant ni selalu dapat sakit kepala. based on Dr. Sears on his article - Headache under Pregnancy & Childbirth topic,


Headaches, like nausea, are a common concern of pregnancy. You may experience headaches frequantly, or only occasionally while pregnant, but chances are you will experience them. Pregnancy headaches often start and stop suddenly, and come on without warning. They can throb, pund and feel like a rubber band squeezing around your head, or be migraine-like.


so pas baca fakta tu, ok akak relieved sikit. pembawakan budak namanya kan. so akak google lagi, nak tau cane nak recover masalah pening@sakit kepala ni, akak jumpa ni :


a) take a shower

b) don't go hungry or thirsty

c) avoid fatigue

d) get some exercise

e) try relaxation techniques

f) try massage

g) consider acupunture


ok tips ni ada elaboration dia. akak amek kat SINI. so preggies, don't worry too much. it's normal for us! tapi kadang memang sakit tak boleh blah punye. but for the sake of baby, hadap je la kan? Allah tahu kita kuat. huhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up