Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Kantoi!!

almaklumlah keje jadik PA bos ni penuh dengan masa lapang. haha. kadang-kadang bizi ya amat, kadang-kadang bosan tahap nak kira kambing biri-biri pon tak lalu. citenye gini, harini schedule bos full dari pagi sampai ke petang. so mama pon mengisi masa lapang dengan membuat concept paper. kelas tak isi masa lapang tu! hehe. selesai sudah concept paper, harus diemel pada boss untuk review @ tambah lauk sikit kasik concept paper boleh approved sebelah mata. so by the time nak menunggu reply boss tu mama pon jalan-jalan pegi toilet kejap. (harus bertapa dalam toilet main-main air basuh kaki bagai. noted preggy mom badan memanas je tau!)


sudah tu boss mama dah reply with few amendments. so mama pon amend & send emel balik kat boss to finalize sebelum print. within that time memang dah kematu bontot ni ha. kejap mama bangun kejap berdiri sambil-sambil baca blog gosip. hehe. pastu dah tak tau nak buat apa, mama tersandar kejap macam gambar bawah ni :



klik kasi besar sket!!


agak selesa kau disitu kan? sekali tak sampai 3 second mama bersandar, boss keluar dari bilik dia. gulp! takkan nak terus tegak kan? so mama cover la kekonon tertidur ke hape sambil pejam mata. haha. mama tak tau dia perasan ke tidak mama berkeadaan begitu tapi dia diam je tak tegur apa-apa. hehe. malu den! tapi takpe, kira fair jugak lah sebab mama dah dua kali nampak dia terlelap jugak kat kusi dalam keadaan tangan di pipi. hihihi. so kita fair 1-1 ye dato'!

Peringatan Sebelum Berpantang

last Saturday kan mama pegi ante natal class kat KPJ Seremban. peh, sangat best hokey! nanti lah mama buat satu entry pasal class tu. sekarang mama nak cerita pasal satu perkara yang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT penting yang tak patut ibu-ibu consume time pantang.


JANGAN MINUM SEBARANG PATI DALAM BOTOL CONTOHNYA PATI IKAN HARUAN, PATI AYAM, ETC. UNTUK SEMBUHKAN LUKA LEPAS BERSALIN.


sebab?


speaker tu beritahu berdasarkan pengalaman dia selama lebih 40 tahun dalam bidang post-natal care. dia kata, ada seorang ibu yang mengamalkan minum pati ikan haruan selama tempoh berpantang. tapi lepas 2 bulan berpantang, rahim si ibu still sakit-sakit. bila refer to hospital, didapati bahawa rahim si ibu dah REPUT! bila doc tanya apa yang si ibu amalkan dalam tempoh berpantang, si ibu jawab dia amalkan minum pati ikan haruan dengan anggapan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin. dan tisu rahim diambil untuk dibuat ujikaji. hasil ujikaji mendapati memang benar pati ikan haruan tu yang menyebabkan berlakunya pereputan rahim si ibu. rahim si ibu harus dibuang. maka bayi yang telah lahir merupakan yang pertama dan terakhir bagi beliau kerana beliau tidak dapat mengandung lagi akibat ketiadaan rahim.


scary tak?


serius cerita ni buat mama tergamam kejap. kalau mama tak pegi ante-natal class tu, mama tak tau pasal benda ni. so hati-hati la ye mommies semua. speaker tu kata lagi, antibodi orang sekarang tak sama macam orang dulu-dulu. orang dulu-dulu makan apa pun boleh. tak payah pegi klinik pon boleh sihat. tapi orang sekarang lain. sebab faktor pemakanan yang utama. macam mama sendiri tak suka makan sayur. jadiknya mata mama tak terang. mama dah pakai spek since darjah 3 tahu! so sekarang dah 19 tahun penglihatan mama dibantu dengan cermin mata.


speaker tu jugak warning all mommy & daddy JANGAN AMBIL SEBARANG JAMU DALAM TEMPOH DUA MINGGU SELEPAS BERSALIN. sebab dalam tempoh dua minggu tu tempoh kritikal breastfeed baby untuk kurangkan jaundice, dikhuatiri pengambilan jamu akan membantutkan proses pengeluaran susu.


huhu. banyak lagi tips yang mama dapat dalam ante-natal class tu. nanti sambung k! (ekceli notebook tinggal kat umah. ni mama kasitau apa yang mama ingat je. hehehehe)

Ante-Natal Class

since mama tau mama pregnant, mama beriya sangat nak tau information pasal pregnancy, termasuklah ante-natal class. seronok baca experience orang lain pegi kelas ni. tapi yang penting, tips kan? mana taknye, dalam kelas tu memacam dia ajar. part paling mama eksaited nak dengar harus lah signs of delivery. ngaaaaaa.


so, mama dah booked Ante-Natal Class kat Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru early June. tapi nama masuk kat waiting list je. manatau last menet ada orang tak jadik ke kan? sudehnya orang spital kol bagitau sume orang pon confirm datang. takde yang tarik diri. FINE! next class will be 25th September sebab diorang tak conduct class during Ramadhan. mama tanak pegi yang tu sebab time tu mama dah genap 36weeks. buatnya baby terkeluar sebelum tu tak pon dalam kelas tu cemno? risky kan?


so the best time is this July/August. jadiknye kelibut la kejap mama google sepital mana yang conduct class dalam masa terdekat ni. tengok-tengok kat KPJ Seremban ada buat weekend ni, 16 July. disebabkan ter-over-eksaited, ter-register la pulek untuk weekend ni. hihi. even KPJ Seremban ada conduct time bulan puasa jugak tapi tak kose la kot nak menggigihkan diri.


maybe ada yang kata awal sangat kot, nanti lupa. ye lah, mama kan baru nak masuk 26weeks, 2nd trimester pon tak sudah lagi kan. tapi gue risau time bulan puasa gue lembik, plus gue sendiri ada history lahir tak cukup bulan. that's my concern! tapi so far tak penah tanya sesape pon, kalau maknye premature ada kemungkinan baby premature tak? ok soklan tu kita KIV dalam ante-natal class esok yo!


oh lupa pulak nak kasi tau, kat sepital kampung baru tu fee dia RM60.00 per couple, for whole day. tapi yang KPJ ni RM50.00 per couple, for half day. mama ada tanya gak apa yang mama dapat by that fees, diorang kata ada gift memacam. so kita tengok apa gift diorang nak kasik. sebab ada sepital yang conduct for FREE tahu! (tapi tak tau la sepital mana. hehe. most gomen sepital kot?)


sape dah pegi ante-natal class angkat tangan? best tak? kalau best nak gi banyak kali la. tapi yang free punyo la kot. hehe.

Alahai Kuih Raya



sana sini orang dah sebok promo kuih raya. & my favorite kuih raya haruslah Tat Nenas. tak kisah la spesis gulung ke, bunga ke, ape ke, janji ada tepung gebu-gube ngan tat nenas. kompom tu je den hadap. tapi since pregnant ni dah letak sticky note kat otak, I won't consumed anything related to nenas. tapi cemane dengan tat nenas nih??

ingat tak yang den cite pasal ibu den makan pajeri nenas time ngandungkan den @ 7 bulan? pastu den 'terkeluar' pas makan pajeri nenas tu ok! huhu.


dah tu, apo ponyolosaian eh nih? uwaaaaaa...

3rd Checkup : Klinik Kesihatan Ibu & Anak Pantai Indah

semalam mama ada appointment dengan KKIA Pantai Indah untuk scan since last check up kat KKIA Bukit Bangsar tak boleh nak buat scan (read this). appointment pukul 2 petang, mama amek half day sebab Cheras-Pantai Dalam lebih kurang 20km ok! mama kuar kul1.10 lebih kurang terus rempit ke Pantai Dalam. punca rempit ialah kerana mama tak tau celah mana KKIA ni diamnye. so kena la redah. puas google tapi susahnye la nak memahamkan. tapi takpe, redah pon redah la. ops, this time mama sorang-sorang je. sian kat papa nak ulang alik bukit jalil even boleh amek time slip. lagipon time jumpa doc bukan papa leh masuk pon. hmmm.



pastu dah nak sampai area Pantai Indah tu tengok meter kereta eh eh cantek je kau nombor 66666. this october will be 'his' third anniversary with mama. tapi wonder jap, weh lom cukup 3 tahun dah jalan 66,666 km? ye lah, kereta ni la yang diusung sejauh2 Terengganu sampai sejauh2 JB. maunye tak 66,666 km kan? i lap u NCD!







ok mama dah nampak apartment Pantai Indah sebab kalau KKIA Bukit Bangsar betul-betul kat tingkat bawah Flat Sri Pahang, so mama assumed yang KKIA Pantai Indah pon kat bawah apartment ni lah. tapi bila sampai kat pondok guard tu, dia kata kat deret kedai depan tu betul-betul kat simpang mama masuk tadi. hai lah googlemaps pon takleh pakai! so parking kete dekat-dekat dengan kedai, mama jalan kaki cari celah mana klinik tu. rerupanya kat belah hujung bangunan kedai tu ha. sabit tak nampak!!!



masuk je KKIA tu mama orang ketiga. cam biasa, nombor giliran adalah manual. kena amek sendiri & klip kat buku merah kita. tapi mama tengok KKIA ni sempit sikit, yelah rumah kedai kan. so bila nama mama dah kena panggil, mama kena naik tingkat atas pulak untuk scan. hey, kesemputan sungguh nak naik tangga okeh!!



dah naik tingkat atas, letak buku merah dalam box yang ado. sesambil menunggu borak-borak la ngan mama-mama kat situ. memasing ada experience bersalin & memasing bersalin kat HKL. dua-dua pon puji HKL bagus la ape la. since saya ni suci sangat tak tau apa-apa pasal bersalin, termakan jugak la hasutan mereka untuk bersalin di HKL. diorang kata tak payah register ke hapa. bila rasa sakit terus gi spital, tengok bape cm dilated & untung-untung warded dah leh tunggu bersalin di situ juga. eh cop, plus kat situ husband leh masuk sekali tau! tapi bila bagitau papa, dia kata HKL sesak la, susah parking la, ramai orang la, bangunan jauh la. so mama takde la nak push dia sangat sebab time tu papa musti kelam kabut nak menghandle mama sakit. I knew him bila datang saat kelam kabut ni memang dia kusut sikit. so saya dengar nasihat suami. hehe.



------



selingan sikit, haritu kitorang basuh kereta & sementara tunggu kereta siap pegilah tapau dinner. pastu dinner dah siap, kereta tak siap. mama letak tepi makanan tu, pastu dia boleh cakap,



jangan la tertinggal makanan ni. kang tak pasal-pasal kita patah balik tengok diorang tengah makan kita punye nasik.



coi tau! macam dah ada instinct nak tertinggal je makanan ni. once kereta siap, mama cepat-cepat amek makanan tu sebab tengok papa dah bangun nak gi bayar. pastu dah otw nak balik rumah, dia punye gelabah tetibe tanya,



eh, nasik tadi amek tak?



see? mama punye la terkejut tengok dia gelabah, mama cakap la mama dah siap-siap amek dah.



tu kisah takut makanan tertinggal, ni kalau takut mama terberanak dalam kereta agak-agak gelabah dia macamana la kan? muehehehe.



------



ok dalam setengah jam camtu nama mama kena panggil. the most frustrated part is, doc yang nak scan mama tu ialah doc yang sama check mama kat KKIA Bukit Bangsar hokey!! adoiiiiiiiii. nape la pusing-pusing jumpa ko jugak la doc? takde doc laen eh? mama ni kan spesis cam kepoh sket, suka tanya memacam, tapi dapat doc ni mama cam tak best lah. sebab muka dia gila serius, pastu bahasa gila baku. & she is not Malay!! tu yang den heran tu orang bukan Melayu leh cakap bahasa baku. huhu. vocab memang superb lah. kalau takde tu dia kata tiada, kalau tak dia kata tidak, & paling tak tahan tu dia kata memandangkan. peh, sebijik Karam Singh Walia tau! one aspect, baguslah dia professional kan tapi bila dengan mama, mama tak rasa dia sangat friendly sebab skema all the time. senyum pon tadak! haissshh.



pastu time dia scan tu, dia senyappppppppppppppp je. takde la nak explain apa-apa. dengan muka berkerut dia, mama dah risau dah ni. baby aku ok ke tak? ada problem apa-apa ke heh? lama gak dia tenyeh perut ni tau. dalam 15 minit camtu. tu scan saje ye, bukan buat mende lain. ntah mende dia tengok kita bukan paham. dah tu monitor facing kat dia je, terteleng-teleng kepala mama nak nengok sama. eeee gerammm!!!



sudah tu baru la dia explain,



berat baby : 827 gram (patut pon mama rasa badan dah berat)


uri : kat atas (normal)


kepala baby : kat bawah (normal)


measurement baby : dia kata normal



tapi,



based on last scan 11/6/11, EDD mama patutnya 22 Oct 2011, tapi based on semalam punya scan, EDD mama jadik 14 Oct 2011. gulp! makin dekat nihhhhh. tapi doc kata beza seminggu tu normal. & dia kata EDD 22 Oct 2011 tu boleh pakai. dalam kepala dah pikir dah maknanya awal Oct mama dah kena start cuti dah ni kot kan? lepas dia explain bla bla bla, mama baru la berani tanya dia,



tak nampak lagi ke doc baby boy ke girl?



nak tau dia jawab apa?



buat masa ini, masih belum kelihatan.



uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. cemana la nak kelihatan doc oit, dah ko nye mesin tu 2D jekk rasanya!! nak tengok pe hasil scan semalam?




pobondo nih weh!!! acik angin!!!



papa balik semalam semangat nak tau cerita scan mama, tapi tengok gambar ni. nan hado!!!



so mintak tolong la sesangat kat mummies, sape tau klinik yang buat scan 3D/4D kt KL/Klang Valley ni? mama nak tengok all the jari-jemaris, tangan, kaki, bibir, kening, telinga & of cos dia punye tuttt! so far dah 3 klinik mama pegi sume buat 2D jek. hmmm. mesin 3D/4D tu ada jual kat 7E tak? kalau ada balik kang nak beli lah. hehe

Warehouse Sale @ Stadium Bukit Jalil


ekceli mama gi sale ni last Friday, lepas ofis hour. tu pon tau sebab papa nampak bunting sale ni otw to his office. otw mamanye office memang tak jumpo la bunting ni. expecting yang weekend memang orang akan bersesak-sesak, so kitorang gigih jugak la pegi dengan baju keje. huhu.

sesampai je kat sana berpusing la jugak gate mana la letaknya sale ni. mama memang surrender la nak tolong ushakan sebab last masuk stadium bukit jalil pon berbelas-belas tahun lepas kot? pusing punya pusing, nampak la banner & bunting pasal sale ni. tapi yang herannya tak banyak pulak kereta kat situ. so mama dah wonder eh betul ke ada sale ni? apasal orang tak ramai? marketing tak banyak rasanya ni kott. so make sure korang nampak banner ni to confirm yek!


time mama sampai dah kul 8 lebih, approaching 9 rasanya. sebab tu tak ramai kot? (tak puas hati apsal warehouse sale tak ramai orang!!) sudahnya jalan punya jalan, turun tangga (takdo lif!) tengok nih,

haaa...tak terbeliak mato kau nengok barang-barang tu ha!! ce kira ada bape orang. heran tak? maybe baru hari kedua kot. tu yang tak ramai lagi. mama dah geram dah ni nak turun tangga. tangga pon tangga lah. janji leh lepas geram beli barang baby.


pastu kat tangga tu ada la cashier, papa terjumpa ofis mate dia. sembang dengan wife dia, baju-baju baby RM5 jeeee!!! she's 7 months pregnant, advance sebulan dari mama. so memang takleh jadik ni, ku cepat-cepat turun tangga nak terjah baju RM5 tu. sekali kau, nampak legging, rembat dua. nampak rompers, rembat dua, nampak toilettries, rembat lagi, nampak itu ini, rembat lagi dan lagi dan lagi.

hasil rembatan ialah :

Baby Talc 800g x 2 = RM8


feeding bottle x 3 = RM8 saje!

Feeding bottle x 3 = RM4 sajok!


Baby Lotion 200ml, Baby Shampoo 200ml, Baby Bath 200ml = RM3 each




Tender Baby Bath perisa stoberi = RM5/400ml
(yang ni mama rasa nak tompang sekaki la!)



Baby Oil 200ml & Baby Warming Oil 200ml = RM4 each







semua kat atas tu time display katanya RM5 per piece, tapi bila scan ada yang RM3 la, Rm4 la, nyesal tak amek bebanyakkk. bear in mind, ini cap Anakku okeh!
.


legging ni tak perasan satu panjang satu pendek. belasah je la. price RM10 kot. tak ingat lah sebab ni first masuk bakul. hehe.


rompers ni display RM39 (standard la kan tapi mama amek jugak). tapi bila scan, nah kau RM27 sajok!! memang menyesal tak amek bebanyakkk!



oh perasan tak mama selambe jek beli pink kan? since mama tak tau baby boy ke girl, to be safe, mama beli kaler untuk dua-dua. tapi kalau keluar boy, mama nak let go je lah kat sesapa. ada ke yang nak? hehe.


pastu dapat mende ni. panggil ape ek? leh ganti mamanye yang kaler kuning tu!~



papa pon rembat selai kemeja & stokin 3 pasang.



abes kat baby je banyak. mama dapat stokin untuk pantang pon jadik la. comel tak?


tu pon RM15 jek! tp bila pakai, very the warming tau!


so, pe lagi, sila terjah Dewan Sri Putra, Stadium Bukit Jalil sekarang jugak. tapi sampai weekend ni je. huhu. pepandai la korang redah yek! selamat menabur duit. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up