Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Bantal Busuk

dulu masa kecik saya 'tak sempat' nak ada bantal busuk. sebab selang setahun dah dapat adik. so agaknya sharing-sharing la kot. ke abah tak pernah wujudkan bantal busuk untuk kitorang adik beradik tak tau la. tapi sekarang ni rasa macam nak buat 'bantal busuk' kat anak sendiri. relevan lagi tak agak-agak ek?


sebab sekarang ni asyik la dok terserempak dengan budak tecik umur lebih kurang setahun dua dok la kelek bantal busuk memasing keluar jenjalan. macam comel jek. haha alasan takleh blah. latest selasa lepas kot gi sunway pyramid nampak sorang anak cina pompuan jalan-jalan, sebelah tangan pegang tangan mak dia, sebelah tangan pegang bantal busuk kaler oren ke kuning tak silap. pastu dengan kasut dia berbunyik cet cet bila berjalan tu menambahkan lagi ke'cute'an beliau.


pastu sajes la kat papa, kita buat 'bantal busuk' untuk baby nak tak? spesis papa ni dia tak kata tak, tak kata ya. so agak confuse di situ. tapi most of the time dia ok je lah. hehe. tapi saya rasa tak nak la jadikan bantal as 'bantal busuk' tapi jadikan plush toy as bantal busuk lagi comel kan?


ada je cousin papa punye anak dok usung pooh sana sini. dah takde bijik mata dah pooh tu. pastu lunyai sikit. ye lah, budak tu pon dah 2tahun kot. bayangkan 2tahun nak tido kena ada pooh tu which I think sangat-sangat la comel bila dia kepit-kepit pooh tu time tido. tapi takde bad effect kot dah besar nanti kan?


hmm.. nanti dah beli plush toy tu nanti saya tepek kat sini ek..

Serius Nak Nangis~

sebab tak sedar dalam perut ada sesuatu yang SANGAT SANGAT SANGAT BERHARGA seperti ini :




Untuk Anak MamaPapa,


Jadilah seorang muslim yang baik, malah lebih baik dari kami berdua. Semoga dengan doa dari kamu, dapat kami aman sejahtera di akhirat nanti.


fine. emo terlebih macam dah tua sangat. ye, tak lama lagi nak jadi mama betul-betul. (selama ni mama gedik-gedik je.) so lepas ni kena jadik contoh yang baik depan anak, kena harung cabaran & tanggungjawab nak besarkan anak supaya dapat jadi orang yang berguna.


semalam pegi buat 3D scan kat Vision College. first time, baby terlungkup. so tak dapat nak tengok muka dia. sonografer tu puas la tekan-tekan perut mama dengan harapan baby tukar position dia tapi tak berjaya. sudahnye, dia suruh mama jalan-jalan for 15minit supaya baby dapat tukar position. entah cemane, papa suruh pasang selawat & buh kat perut. tapi mama tak dapat rasa baby gerak pon. frust jugak memula. ye la, jap gi kena charge RM90 buta-buta je tak dapat nak tengok semua. pastu mama pasang surah Yasin pulak, pon tak ada gerak. finally, mama cam give up, ajak papa teruskan scan. pasrah~


second trial, time baring tu mama dah selawat banyak-banyak. dalam hati puas pujuk baby supaya bagi mamapapa chance nak tengok dia. at last, dapat gak tengok muka dia tapi kejap-kejap tangan dok tepis-tepis macam retis lak nak tutup muka kan. pastu sonografer tanya dah tau jantina ke belum, cepat-cepat mama kata belum. hehe. ni saat yang ditunggu-tunggu. tapi rahsia dulu la kat korang. tunggu ek, lepas raya nanti mama bersalin nanti korang tau la. hihi.


sudah scan, dapat cd (ada few clips & pics) pastu terus balik. dalam kereta masing-masing macam terkesima kejap. dalam kepala mama dok teringat scan tadi. tapi dalam kepala papa tak tau la mama dia pikir apa. tapi seriously speechless!


sampai rumah, bukak cd. tenung lama-lama, rasa nak nangis. bukan sebab sedih tapi sebab happy sangat. feeling tu rasa macam Ya Allah, aku bersyukur dengan adanya zuriat ini. padahal keluar pon tak lagi. agaknya kalau baby dah keluar nanti cemane la mama melaung kan? huhu. papa macam biasa, bajet macho, tak tunjuk eksaited dia lagi. sebab lelaki ni kan unpredictable. kejap kang dia yang beriya, kejap kang kita tengok macam takde perasaan.


macam malam tadi, sebelum tido, mama dah keluarkan semua barang-brang baby yang mama dah beli. to be safe (kononnye!) mama beli untuk boy & girl. tapi since dah tau baby apa, mama nak asingkan la siap-siap mana untuk boy mana untuk girl. pastu papa lalu depan bilik, dia tegur mama nak buat apa. mama cakap la nak asingkan boy & girl. pastu dia join ok. dia baring tepi mama, tengok je mama dok asing-asing baju tu. time tu rasa macam speechless kot. rasa macam nak cakap, pa, nanti kita nak ada anak. tapi oleh sebab weolls tak sejiwang itu, makanya cakap dalam hati jelah ye.


bila mama dah asing-asingkan tu, mama tanya papa apa kita nak buat dengan baju yang lagi satu ni (means baju yang bukan untuk baby dalam ni). mama kata nak bagi kat kawan boleh? papa kata simpan je lah, buat anak kedua nanti. pastu mama terus toleh dia, macam eh, yang dalam ni tak keluar lagi dah cakap yang nombor dua? fuuuuhhhhh. sakit bersalin pon mama tak rasa lagi paa~


and now, mama dah eksaited sangat-sangat nak prepare macam-macam. manakan nak prepare beg sepital lagi. uuhh, dekat dah ni. doakan mama mudah bersalin ye~

2nd Day Puasa

maknanya hari pertama puasa di KL. time puasa mama masuk keje kul8.30 balik kul 5.00. tapi papa sejam awal dari mama. tapi, i redhoooo~


sahur - bangun dah 5.30 weh! so konsepnye makan apa yang ada sajek. mama makan nasi impit dengan serunding daging. papa makan roti ngan susu je. papa siap perli lagi sempat lagi mama nak potong-potong nasi impit, tapi kang sape nak nanggung kalau mama rekues nak bukak puasa awal? hehe. pastu dia jugak datang sebelah mama colek dua ketul nasi impit. see? tapi alhamdulillah sempat kenyang sebelum azan subuh.



mama ni spesis makan nak kena lama sebelum hadam. maksudnya kalau makan kejap-kejap gesa-gesa macam sahur tadi kompom ado makanan stuck kat tekak. rasa pedas-pedas serunding tadi. damn! makanya time gosok gigi terbelahak la balik apa yang mama makan time sahur tadi. sian mama kan? time tu rasa nak nangis pon ada. tapi sempat gak la senyum sebab terpikir boleh minum air tak ni? boleh pose ke ni? ada can la tak pose. hihi. tapi ku gigihkan jua menahan.



kisah kat ofis pulak mama ngantok ya amat kul 11. padahal baru kul 11 pagi. apehal ntah mengantuk. tersengguk-sengguk menahan dagu. last-last, bantal kecik buat alas pinggang mama buat alas kepala. hehe. tersungkur atas meja namanya. dato tak kata apa pon. hehe. lebiu boss!



alhamdulillah by 5.00 pm mama masih bertahan! so far takde rasa sakit perut. (maknanya semalam tu kompom sebab spen kecik.hihi) drive balik sampai rumah around 6. hoh, dah nama duduk kat kerinchi yang sesak tu memang kena sabar je la. patut cheras-kerinchi leh sampai 30minit je tau! ajak papa gi bazar, mama terbau something. cengcengceng, ini dia idaman qolbuuu~





mama beli sepeket je, ada 5 ulas. malam tu pas buka mama makan 3 ulas. terus rasa macam kena bakoooo. huhu. papa dah start memadan-madankan muka mama. makan tak beringat kan. sudahnya sebelum tido mama muntah SEMUAAAAA durian-durian ituu~ sadis sungguh! lagi sadis, satu rumah dah bau durian. oh fyi, papa tak makan durian ye. so dia tutup-tutup hidung bila mama makan durian. sadis lagi sekali makan durian sorang-sorang. huhu.


ok kesimpulannya muntah menjadi sebahagian aktiviti di toilet!

1st Day Puasa

hoih la first day puasa punya experience buat semua orang saspen sajek. kisahnya semalam mama & papa amek cuti. so ahad tengahari dah lunch kat seremban. pastu papa ngidam nak makan nasi arab kat seremban, maka hasrat beliau mama panjangkan ke ibu & abah. kekdahnya kalau anak menantu mengidam memang approved aje. so makan nasi arab le kita sebelum terawih.




tiba time sahur, mama makan bersungguh-sungguh. ye la, nak save energy katakan. pastu risau baby tak aktif time puasa. sampai bertambah nasi 3 kali ok! dah subuh tido balik lajak sampai kul 10. tu pon sebab papa kejut, ajak menyoping pulak time orang gi keje ni. mama bulatkan mata, dengar shopping punya pasal.




shopping baju raya papa je pon, pastu dapat la 2 helai towel baby. untuk mama yilek. sebab mama mintak kat papa nak minum air je tapi dia suh tahan. wuwuwuwuwu. pastu sampai rumah around 2 camtu. kang kul5 nak gi bazar ramadhan pulak. saje je nak berjalan.




tapi balik je dari bazar, mama rasa sakit kat bawah perut. dengan panas badannye lagi. salahkan diri sendiri sebab pakai suar spen ketat. ikutkan nafsu nak je ku sedut air katira yang dingin itu tapi dah alang-alang nak berbuka, so pujuk-pujuk la nafsu untuk tahan dengan cara = tido! sedar-sedar dah kul7, orang kat dapur dah kelam kabut. meja dah penuh. sori la ibu sebab anakanda tak larat nak tolong. lagipun ada askar lagi 4 yang boleh tolong. time ni la nak ngelat. hihi.




dengar je azan, mama terus minum air sampai 3 gelas! tengok air kaler hijau minum, air purple minum, air kuning minum, sampai kena sound la. nak buat cane, badan tak sedap. konon dengan minum air leh kasi sejuk badan la. tapi nan adooo~ sib baik ibu memahami tau. ibu kata,




kalau kita yang tak mengandung ni puasa pon dah melepek, inikan pulak orang mengandung.




hoyeh hoyeh. berbunga-bunga ati den ada orang bekap. hihi. sudahnya mama berbuka dengan air yang lebih, makannya ciput je.




pastu ngadu dengan papa, cane nak pose lagi 29 hari ni? papa kata, try dulu. kalau tak tahan nanti mama makan la. hihihi. tu yang nak dengar sebenarnye! abah siap pesan apa-apa hal kol, jangan paksa diri puasa, jangan jalan banyak sangat, rehat banyak-banyak bla bla bla bla. almaklumlah, ni la first time ada orang mengandung dalam rumah selain ibu. so harus diberi perhatian di situ. adik-adik pon cam eksaited bila mama tunjuk perut buncit ni. siap tanya lagi, tak berat ke perut ko long? cane rasa dia? nak tau mama jawab apa? mama kata, cuba ko amek batu bata seketul dua ikat kat perut selama 9 bulan. ko bawak tido, bawak gi mandi, bawak gi keje, bawak gi memana dengan perut berat tu. apa ko rasa? reaction dia sengih je. hah baru ko tau pengorbanan ibu mengandung cane kan??




so kesimpulannya, first day puasa dengan perut buncit ni sangatlah mencabar & menguji kesabaran. harap-harap on the next 29 days mama mampu bertahan & so do my baby!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up