Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Cute Baby Bedding Set : Mama's Choice

nak jadik mama ni macam-macam benda berpinar dalam kepala otak. dari benda nak alas berak/kencing sampai la ke alas tempat tido. ye lah, kita mak pak nak tido selesa kan. nak bedsheet cantik-cantik, tapi sekali tang anak, kedekut. tak baik kan? so mama dok usha la bedding set ni dari pasar malam sampai la ke shopping mall. dari semurah-murah RM50 sampai beratus-ratus pon ado.


kalau la mama ni pandai menjahit, memang semua benda ni mama dah buat sendiri. ye lah, jahit keliling, sumbat kekabu kan.tapi dah nama pemalas tu pemalas je la. carik alasan lagi. hehe.


so, mama terpandang la FB kawan mama ni ada orang tag ni benda ni :




comel kan? lain dari typical baby bedding set.



ada macam-macam kaler lagi tapi mama berkenan sungguh dengan yang atas ni. since mama tak tau baby mama ni boy ke girl, so mama rasa kaler biru/pink ni dah ok dah kan? so sesape berkenan gi la jengok FB tokei kedai ni : Set Tilam Baby Cute. harga RM70 termasuk postage. mama takde kena mengena dengan tokei kedai, just nak share bedding set yang cute ni je.

The Traffic Will Know That I Am Pregnant



by seeing this inside my car. hehe. a wedding gift from a friend of mine. the best sign to be careful with me because I'm also carrying human inside my womb! hihi.

Parenthood Expo 2011 is coming



to all mommies, marilah kita menabur duit di sana 29 - 31 Julai 2011 nanti ye!


for more info : Parenthood Expo 2011

Fenomena Kaki Kembang

17 Mac 2011 : First Pregnancy Sandal, Size 7 (so makcik kan? tapi papa nye pilihan, takde tali2 halus, takde tali belakang, tapak takmo bertumit, biar flat, ada span2 sikit & inilah hasilnye)


1 Jun 2011 : Kecederaan parah telah berlaku memandangkan hanya sandal ini sahaja yang dilenjan ke sana sini sebab saya ada tabiat kalau suka something akan pakai sampai benda tu rosak, even ada baaanyyyakkkk koleksi yang lain.


1 Jun 2011 : Pandangan atas. nampak elok tapi dah kopak seperti di atas. hehe.



8 Jun 2011 : berjaya menunjuk bukti keparahan dan papa dengan rela hati angguk kepala untuk beli yang baru. hehe. ops lupa, sebelum ni saiz 7 kan? so, proudly announced yang baru ni saiz 9 hokeyy!! (this is my taste, wedges actually tapi kan ada lubang2 udara tu, konon comfy la. hehe)




perubahan yang sangat ketara ialah;




17 Mac 2011 : saiz 7




8 Jun 2011 : saiz 9




so dapat disimpulkan fenomena kaki kembang telah menimpa diri mama. beza Mac - Jun just 3 bulan saje ye and bear in mind, saiz bertukar 2kali ganda!! sekarang mama baru 5 bulan pregnant, ada lagi 4 bulan sebelum deliver, so agak-agak saiz bertambah jadik 12 ke? yuhuu..pakai selipar asadi je lah gayanya weh!!




mama perasan kaki kembang & bengkak ni last 2 weeks time sibuk dengan wedding cousin belah husband. maybe time tu banyak sangat bergerak, berdiri pon kemain lama (jadik usherer harus welcome all guests in). pastu tak sedar diri memboyot nak jugak enterprem kan. hehe.




ok sudah. nak tengok keboyotan itu? nah amek. time ni kat masjid untuk nikah.



perasan tak dulang hantaran tu terapung? tangan mama dua-dua ke bawah okeh. so tangan siapakah yang menghandle hantaran tu? jengjengjeng...




*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


tangan mak mertua i lah!


kompom i terlampau gemok sampai mampu melindung mak mertua di sebelah..hahahahahahaha..ni kalau dia baca blog ni musti golak sampai raya cina tahun depan..hehe

From Papa To Baby Through Mama

by time of 5months ni, papa suruh mama pasang mp3 selawat ke surah yasin ke so that baby dengar. kadang tu lajak sampai terlelap, tau-tau telefon dah dalam selimut. tapi memang mama rasa lain bila pasang selawat ke surah yasin ni sebab baby pon girang betul berpusing. belum sempat nak tarik tangan papa rasa kat perut, dan-dan baby dah diam. haha. takut dengan papa ke hape? bagus bagus anak mama. hehe.


tapi 2-3 hari lepas, papa pasang mp3 ni pulak sebelum tido - Sepanjang Hidup by Maher Zain.


Aku bersyukur kau di sini kasih

Di kalbuku mengiringi

Dan padamu ingin ku sampaikan


Kau cahaya hati

Dulu ku palingkan diri dari cinta

Hingga kau hadir ubah segalanya

Oh inilah janjiku kepadamu


Sepanjang hidup bersamamu

Kesetiaanku tulus untukmu

Hingga akhir waktu

Kaulah cintaku

Cintaku


Sepanjang hidup seiring waktu

Aku bersyukur atas hadirmu

Kini dan selamanya

Aku milikmu


Yakini hatiku anugerah Sang Maha Rahim

Semoga Allah berkati kita

Kekasih penguat jiwaku

Berdoa kau dan aku di Jannah


Ku temukan kekuatanku di sisimu

Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku

Oh inilah janji kepadamu


Sepanjang hidup bersamamu

Kesetiaanku tulus untukmu

Hingga akhir waktu

Kaulah cintaku

Cintaku


Sepanjang hidup seiring waktu

Aku bersyukur atas hadirmu

Kini dan selamanya

Aku milikmu


Yakini hatiku bersamamu

Ku sadari inilah cinta

Tiada ragu dengarkanlah

Kidung cintaku yang abadi


Sepanjang hidup bersamamu

Kesetiaanku tulus untukmu

Hingga akhir waktu

Kaulah cintaku

Cintaku


Sepanjang hidup seiring waktu

Aku bersyukur atas hadirmu

Kini dan selamanya

Aku milikmu

Yakini hatiku


Persoalannya, papa nak kasi mama dengar ke baby dengar nih? feeling-feeling romantis sebelum tido kan. pastu ingatkan ada la kata-kata mengiringi lagu ke kan. tapi tak sampai 2 minit, dah dengar bunyik 'kroooh kroooh'. eh, papa sape nih? baru nak start drama minggu ini, dia dah buat drama sendiri. haha.


so cuba imagine nanti papa dodoi anak cemane? agak-agak sape yang tido dulu? hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up