Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

6cm dilated!!

heh tanjat boboi kan? mama baru masuk 36weeks takkan lah tetibe leh 6cm terbukak pulak! (tapi kuasa Allah kita xtau kan?) by the way malam tadi mama mimpi pasal check up esok. esok memula kena scan dulu pastu baru jumpa doc. entah cemana dalam mimpi tu bila check up doc boleh pulak nak seluk. sekali seluk ko, dah 6cm terbukak. sudahnye warded la mama kengkonon malam tu jugak boleh bersalin. tapi bila bangun tadi pegang perut eh, kembung lagi. pastu tengok brader sebelah ni elok je dengkur. sah-sah la mimpi nih. aishh, tak sabar nak tunggu esok. nak request kena seluk boleh? hehe. agak tak waras di situ!

serius mama dah tak sabar nak niiiiiiii...

36weeks pregnancy

hmm..tarik nafas jap. minggu ni genap saya mengandung 9 bulan. tinggal nak tunggu 10 hari je lagi kot-kot baby nak keluar ikut apa yang Allah kata dalam Al-Quran, 9 bulan 10 hari. minggu ni rasa badan penat sangat, rasa nak baring je memanjang. duduk kat kerusi pon dah tak selesa, sakit pinggang. bila baby bergerak aduhaiiii lah, Allah je yang tahu betapa padatnya perut ni.

orang-orang tua kata bila kaki bengkak, tanda bersalin makin dekat. tapi kaki saya tak bengkak-bengkak ponn! cemane nih? dah tak larat nak bawak perut rasanya dah. huhu. saya punya instinct dalam bulan september ni jugak keluarnya. pastu bos pun dah suruh siap-siapkan kerja dalam minggu ni jugak. eh, instinct dia pon sama jugak ke? hehe. anyway, september tinggal lagi 10 hari aje. sila countdown dari sekarang.

perubahan paling ketara dalam final trimester ni ialah keletihan yang tersangat la letih macam siang tadi pegi membajak sawah & tetibe je spenda dah basah. eh, kalau sebelum ni kan rasa nak terkencing tu boleh kontrol lagi, tapi ni alih-alih dah pedih, pastu masuk toilet tengok-tengok dah merembes setitik tanpa disedari. inilah pengorbanan omak, spenda kotor dek kono koncing pon takpo, janji baby sihat. huhu tetibe kan.

seminggu dua ni selalu pulak mimpi dah bersalin, dah nampak baby, dah pegang baby tapi macam biasalah, dah nama mimpi, muka harus tak tak ingat. yang paling ingat tang rambut gulung-gulung, pastu bulat macam johan raja lawak tu. hey, mak jemah suka hokeyy! hehe. entah kenapa suka la dengan lawak si johan tu. sakit-sakit perut ni menahan. banyak kali dah tengok maharaja lawak raya tu still boleh gelak sorang-sorang lagi. sekali, cakap kat papa nak bubuh nama johan boleh? haha sentap la dia tetibe nak buh nama johan. hihi.

oh pasal nama saya serah bulat-bulat pada papa. kasik can la dia feeling jadik bapak kan. tapi sebenarnya masa awal pregnant dulu, masa tu dah 3 bulan kot, saya mimpi baby ni baby 'tut' siap ada nama lagi. sekali, scan betul pulak baby tu baby 'tut', so saya dah cakap kat papa buh nama yang saya mimpi tu. saya anggap tu ilham dari Allah untuk baby ni. jadiknye papa topap je lah nama tu yek.

pasal air kelapa, ramai dah advise minum bila dah hujung-hujung pregnancy ni. tapi haritu saya balik umah ibu, ibu kata dulu ibu minum minyak kelapa. helo, MINYAK kelapa ok! yang best tu, minyak kelapa tu buat sendiri ye. umangai, celah mana nak dapek minyak kelapa home made ni? ibu buatkan boleh? haha. oh ibu saya tu dek banyak sangat makan ubat-ubat ni dia tau lah effect bila minum air kelapa. sebab saya kan still makan ubat sepital yang sah-sah chemical made, so bila berlaga dengan air kelapa, segala mak nenek zat dari ubat sepital tu hilang. no point la makan ubat sepital kan? baiklah, saya tak minum air kelapa lagi.

pasal preparation, semua dah ready alhamdulillah. tinggal breast pump & set bersalin je tak decide lagi. plan nak try dengan manual pump dulu kot, sebab nak melabur sedebuk ratus-ratus tu rasa kelat pulak. susunya keluar ke idak tak tau lagi kan. lagipun ada kawan tu time pregnant dah beli breast pump memahal, sekali pam takdo susu e. apo nak dibuek, picit-picit urut-urut tak maun gak keluar. lantas, berkopam la breast pump tu dalam kotak. ondak dijua kek den takut lak jadik mondo yang samo. so tunggu lah peh bersalin sok.

set bersalin pulak rasa macam tak nak makan jamu-jamu nih, sebab boleh effect pada pengeluaran susu kan. so kita tengok keadaan lepas bersalin cemane nanti ye. berpantangnye insyaAllah kat umah seremban, tapi ada sedikit masaelah lah. rumah kat seremban tu bertingkat, selama ni duk kat bilik atas. so nanti dah bersalin satu hal la pulak nak mendaki tangga. bab nak angkat baby abah dah volunteer, tapi yang omak e ni sape nak angkat? haha omak bosa gajah nak diusung emang tak dapek la weh. pulak bilik kat bawah tu takdo tingkap, bilik renovated katakan. dah tu bilik orang bujang, cam tak best je nak jadik bilik baby. huhu. banyak na alasan kan? last-last ada yang tido bersepah je nanti kang tengok lah. so pada kengkawan yang nak datang tu, (ada ke?) korang almaklum sajalah keadaan omak berpantang sok ye. hihi.

eh, macam best je panggil omak kan? tapi kompom tak lulus nanti, dah apak ee punyo somangat KL dah samo cam KLCC. tu yang jadik mama papa tu. ikut an yo lah~

Fakta Hamil #5 : Perubahan Badan Semasa Hamil

oh tajuk memang agak skema tapi sebenarnye itulah keyword supaya traffic naik. muahaha sengal sendiri perasan. ah dulik, blog aku, aku punye suka lah. hihi.

since dah end of pregnancy nih, saje je la nak recall balik segala macam perubahan yang dah jadik kat badan ni bila dah bertambah sorang manusia dalam perut nih. ok kita start dengan,

1) Berat badan
yang ni saya rasa macam tak normal sangat macam orang lain. sebab sebelum pregnant, berat badan 75kg (ye saya gemok! tapi i kan atlet dulu, so bila suddenly stop sume workout & training, opkos la badan naik kan? tengok ronaldinho & qobin bila diorang pencen sport apa jadik? hehe saje takleh terima kenyataan badan naik lepas kawen. kikiki) tapi sekarang, saya kan dah nak masuk 9months pregnant, berat hanyalah 80kg sajek! hey, omak-omak lain semua naik berat berbelas-belas kilo ok! yang saya ni margin naik 5kg je tau. so agak abnormal di situ. tapi Alhamdulillah, as long as berat baby on track, saya syukur banyak-banyak. maybe kes saya ni 1:10 kot dalam Malaysia. wah gitu tetibe keluar statistik sendiri. =P

awal pregnancy dulu saya punya sickness sangatlah teruk. sampai 5bulan baru selera ok. sebelum tu makan langsung takde selera. asal makan muntah. memula tu rajin la panggil hasben tolong urutkan belakang time muntah, tapi pastu tak koso den do nak mokik-mokik. belahak la kau sesorang dalam toilet tu. tapi saje je la buat bunyi muntah kuat-kuat supaya dia kesian. hehe. and akibat dari muntah-muntah tu la berat badan kejap turun kejap naik. 1st trimester naik 0.5kg je, 2nd trimester naik 2kg maximum, 3rd trimester ni la baru naik mencanak sekaligus. tak tau la nak consider kelebihan ke kelemahan ke berat tak naik ni. hmmm.

fakta ini disokong oleh artikel ini.

2) Saiz 'adik-adik' & 'kakak-kakak' bertambah
hoh sape pernah dok asrama paham la kot terms adik-adik & kakak-kakak nih. kata nama lain untuk cik bra & cik spenda. kakak duk atas, adik duk bawah. sebab dulu kat asrama kitorang ada satu bilik khas untuk sidai adik-adik & kakak-kakak. segan weh spenda ngan bra kena tag nama, klu x ada yang kena rembat. tapi stok spenda yang keras kejung tu takde la kena rembat. selalu jadi mangsa bra yang fancy-fancy tu. saya punya sanggup sidai kat tepi katil, takut kena rembat kang ada yang gi skolah xpakai spenda kang. haha. ok dah melalut. time belom pregnant, saiz adalah tut, tapi bila dah pregnant, berganda-ganda lak saiznye bertambah. tengok depan cermin takdelah besar sangat, takde sape yang tegur dah 'besar' ke hapa. tapi maybe sebab badan pon mengembang sekali, so ukurlilit pon dah berubah. pernah sekali pakai bra time lom pregnant, rasa nak pitam ok dia punya ketat. langsung satu hari takleh buat keje. sebab maybe proses pembentukan susu dah tersekat, tu yang sakit satu badan. huhu jangan carik pasal. same goes tu spenda, jangan la cecuba nak pakai spenda kecik, alamat senak sampai ke malam la ye. silap-silap takleh tido. ai penah rasa ai tu yang ai cite. huhu.

fakta ini disokong oleh artikel ini.

3) Pigmentasi berubah
menjadi gelap di celah-celah tempat berlipat especially ketiak. hui, yang ni tak sedar langsung sampai la hasben tegur nape ketiak mama hitam? hoyeh, xde la keje nak membelek ketiak kan time pregnant ni. baik lah baring depan tv. tapi dah nama tinggal berdua, terselak sana sini adalah biasa. so takat pakai baju kelawar nampak ketiak satu pemandangan biasa. hihi. tapi serius hitam weh, cane nak putihkan balik? huhuhu.

fakta ini disokong oleh artikel ini.

4) Saiz kaki mengembang
maksud dia bukan kaki bengkak ye, tapi kalau korang perasan la kan, senang cite kat Bata la. kita boleh identify sandal untuk ibu mengandung yang mana satu kan? stok sandal yang lebar semacam, pastu tapak mesti nak ala-ala comfy gitu. kalau dulu saiz sandal/kasut 37@38 tapi sekarang silap haribulan saiz 40 pon tak muat ok! tapi tengok design jugak lah kot. sepanjang pregnant ni xdapat langsung nak pakai kasut bertutup gi keje. sarung je lah sandal ibu mengandung tu ha. sib baik bos xcerewet nak PA menten cantik. haha cantik ke?

fakta ini disokong oleh artikel ini.

5) Perut makin kedepan
ha yang ni ofkos lah ye. ni je la pon bukti yang paling kukuh & jelas yang boleh ditunjuk pada umum yang kita mengandung. sampai ke harini, stok baju saya makin lama makin kurang, sebab dah tak muat kat perut. anyway boleh je nak sendat sikit kat perut tu tapi kang naya kat diri sendiri okeh! rasa senak macam kena tumbuk pastu effect satu badan lemah-lemah. macam biasa, cakap based on own experience lah ye. pernah sekali saya pakai gak baju kurung time gi check up kat KK, kena tegur dengan nurse sebab pakai baju kurung. sebab tang kain tu ngam-ngam je. pastu bila dia nak check heart beat baby, bila selak perut nampak la berbekas-bekas getah kain tu. terus kena sekolah kat situ jugak, awak ni pakai la baju mengandung betul-betul. kesian baby tak cukup ruang nak bergerak. ha, amek sedas. pastu gigih la pegi beli seluar mengandung yang lebarrrrrr tu ngan blous mengandung ikat belakang. stail ikat belakang ni buat saya rasa seksi sikit lah, sebab vontot dah sedia 'gek', pastu diikat tali lagi, serious macam terbonjol-bonjol plak vontot tu. oh tetibe pasni nak ikat tali tu kat depan boleh. agak-agak jadi fashionable x ek? haha.

tapi dah final trimester ni rasa perut dah macam gelebeh ke bawah lah. kalau duduk biasa tu boleh rasa perut bergesel dengan peha. cemane lah agaknya baby duk kat dalam ni kan? pastu lately ni once dah duduk bawah, nak bangun balik punyelah payah. mesti nak kena berpaut meja ke kerusi ke. tapi kalau kat rumah, ngengada sikit je ada la yang hulur tangan nak tolong bangun. hehe.

fakta ini disokong oleh artikel ini.

cukup la kot 5 ni. kalau ada lagi nanti saya list down lagi k! enoy your pregnancy kekawan. saya dah hujung-hujung ni tetibe rasa nanti dah takleh ngengada ngan hasben nak itu ini sebab dah cergas boleh bangun sendiri~

Tak Beli Pon Takpe

ni kisah stretch mark on buncit belly. time 16weeks pregnant kot saya beriya nak beli stretch mark lotion sebab dah keluar seketol kat perut ni. & lepas beli lotion tu, saya rasa pakainye tak sampai 10 kali pon. berabuk dah duk kat meja solek tu agaknya. and it is so unbelivable bila sampai 35weeks pregnant ni, itulah satu-satunya stretch mark yang ada. tapi yang satu-satunya itulah yang dok 'stretch' pon. haha. ada la panjang ibu jari kot. sekarang kan dah tak nampak dah stretch mark tu kalau nak belek sendiri. sebab kena hadap cermin baru la nampak. tapi boleh agak la tahap tumbesaran mark tu, sebab fizikal dia kan ada-ala urat timbul yang menggerutu sikit.

rerupenya, stretch mark yang kononnye tak hinggap kat perut ni lari pegi kat vontot okeh. ada sekali tu dok garu vontot (hehe dah gatal garu la kan?) sekali raba bontot apsal gerutu lain macam nih? pastu pegi la menonggek depan cermin, hah kau bersembunyi di situ rupanya. hihi. tapi lantakkan aje lah, sebab dok kat belakang kan, takde sapa nak tengok pon. hehe. komplen kat hasben pon dia tak kesah katanya, so saya pon tak kesah lah. hehe. tapi kalau satu hari nanti dia komplen jugak, siap dia! =P

tunggu lah nanti lepas bersalin, kot-kot tak berusik jugak lotion tu, kita kasiklah je lah kat sesapa yang nak. ada ke?

Scary Pap Smear


Last check aritu seminggu sebelum hari raya, 25 Ogos 2011 kat PPUM. Ingat nak check biasa-biasa je tapi sekali doc sajes buat pap-smear la pulek. Sib baik keadaan miss v in a good condition. Hehe. Cara-caranya test pap smear tu haruslah kena bukak spenda, pastu sila mengangkang macam nak bersalin. Huhu. Pastu doc masukkan mende pe ntah dalam tu, (pedih) ok! Pastu dia sedut mende ntah, 2 kali. Doc kata dia amek 2 sampel tisu untuk test tu. Ape-ape je lah doc oit. Janji bila nurse Tanya saya dah buat pap smear ke x, saya boleh jawab dengan bangganya SUDEH!
Pastu kena minum air gula la plak ha. Adoiyaiii. rasa air gula tu not bad lah, cam air oren yg manis gilak! Sebelum minum tu saya tanya siap-siap kat nurse tu ni glucose ke apa sebab time sekolah dulu saya ‘suka’ pengsan-pengsan. So kat umah ada je stok glucose rasa grape la, oren la, yang biasa pon ada.  Tu pasal bila tengok rupa air gula kaler oren tu macam familiar je. Pastu nurse tu kasi 4 tube nak isi darah. Cet, satu tube penuh hokey! Sib baik dah minum air gula, so boleh la cover energy sesiap. Oh almaklum time tu saya tak pose. Ehehehe.
Pastu doc suh datang 2 weeks after to follow up. So the second follow up kat PPUM ialah semalam. So dapek la sekali result untuk segala mak nenek test yang dibuat time tu.
Result air gula : OK (takde kencing manis Alhamdulillah)
Result darah : OK (utk test apa xtau tapi dah OK tu Alhamdulillah sangat-sangat)
Result Pap-smear : KO (yang ni yang saya nak story mory nih)
KO maknanya ada infection kat miss v lah ye. Doc explain kalau saya tak pregnant, its ok. Tak effect apa-apa pada saya tapi since saya pregnant, it will affect my baby kalau saya bersalin normal. Tak ko terkedu kat situ??? Sebab baby akan lalu kat rahim kan, so nak tak nak baby akan kena. Lain la kalau baby keluar ikut tingkap ke kan? Itu sah-sah baby selamat. Tapi rasanya polisi PPUM, selagi kita boleh bersalin normal, diorang takkan sajes untuk operate. Tapi bila dalam situasi ni, dalam otak saya kata kena operate pon i redhooo!
Sebab apa saya risau sangat, doc bagitau kalau baby lahir normal, berkemungkinan besar baby akan ada masalah pernafasan, yang sah-sah baby kena stay hospital untuk dimonitor by paed kan? Hohoiiiii lah, saya banyakkk sangat dengar & baca experience mama yang dah boleh keluar hospital tapi balik sorang-sorang while baby still stay kat sepital. Punah jiwa raga weh, saya leh imagine yang saya akan jadik ‘gila’ kejap menangis tak tentu hala bila keluar hospital tanpa baby.
Pastu yang buat saya bertambah sedih tu bila doc tak sajes apa-apa untuk kurangkan infection like using specific hygiene wash ke, antibiotic ke sebelum saya deliver ni. Dia just kasitau nanti datang lagi 2 minggu, buat pap smear lagi sekali, nak tengok infection bertambah ke berkurang. Kalau bertambah jawabnya saya dah kena ready siap-siap untuk diberi antibiotic time dah bukak 5cm. Tapi yang lebih menyedihkan, even nanti akan diberi antibiotic, baby still boleh kena infection tapi dalam possibility yang rendah. Eh, apsal teknologi tak canggih sangat ni eh? Apsal tak buat je bila kena antibiotic tu baby selamat 100% dari infection kan best? Memang dalam kepala otak ni doa bersalin kena operate aje lah. Huhuhu.
Abis je kena ceramah pasal pap smear, doc suh baring untuk check perut. Oh, kepala baby dah turun tapi tak engaged lagi. Fyi, tiap kali check perut kepala baby saya sentiasa kat bawah. A good sign indeed for normal delivery tapi bila dah tau result pap smear tu saya macam, baby sila pusing boleh? Huhu. Now dalam 34 weeks ni saya rasa sangatttt tak sabar nak keluarkan baby ni sebab risau penyakit apa la pulak yang nak datang pasni. Tak baik kan piker camtu? Tapi tu la pasal, otak ni dah risau pasal infection tu. Hopefully in 2 weeks time, infection dah takde mudah-mudahan. Oh, doc kata infection ni bukan permanently duk kat situ, dia boleh hilang naturally. Tapi part nak hilang naturally tu lah yang saya xtau. Tetibe nak beli segala mak nenek hygiene wash yang paling mahal sekali. Ada kan?
Sebab time pregnant ni lah macam-macam risiko yang datang, 1 of ialah keputihan yang hover. Tapi saya sedar yang saya ada keputihan ni in early pregnancy je. Pastu kalau penat sikit ada lah keluar sikit-sikit. Ke sebab saya ni jenis pembersih amat ke xtau lah. Saya memang setia dengan hygiene wash, which every time mandi saya akan bersihkan miss v sampai tahap korek-korek ok nak kasi bersih. Huhu. I knew that miss v ada satu bacteria pelindung, agaknya bila saya korek-korek tu dah xde dah pelindung, so bacteria jahat ni senang je masuk kan. Uwaaaaa.
So mama sume dah ada yang buat pap smear tak especially time pregnant?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up