Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

EBM untuk Arsyad Hadi

alamak, April sudah kan? biasalah, sejak berbisnes sampingan ni tak menyempat-nyempat nak update blog. Alhamdulillah, untung boleh cover mana yang patut. =) kan Allah dah kata 9/10 daripada rezeki ialah daripada berniaga. yang kita ni dok la berebut yang 1/10 tu. hmmm.

tak tau mana nak mula, so terus je la ke inti entry ni. almaklumlah mama ni kan keje opis, so nak tak nak terpaksa la Arsyad Hadi berpisah kopek untuk 8jam. untuk tidak melupakan isi kopek, mama bawak la breast pump gi opis. dalam tempoh 8jam bekerja tu, kadang 2 kali pam, kadang 3kali pam. ikut situasi kebizian la ye. jangan pikir bila bos masuk meeting, mama dah boleh keluarkan pam. tidak sama sekali. time tu harus on modd standby. kot-kot la dia tepon ke sms ke suh buat copy itu, emel ini. dah nama PA kan. lain la kalau bos cuti, boleh la mama pam kt opis ni je. hihi.

mama pakai pam manual je cap Anakku RM79.90.
siap ada Mickey Mouse tau.

mama kan agak kedek pada mulanyanak invest beli pam ni time pregnant. sebab duit tak lebat kan. saving yang ada stanby untuk pantang. so beli je lah. janji ada kan? Alhamdulillah lepas sebulan pakai pam ni, mama beli lagi satu set. hehe. lagi satu beli kaler pink, Minnie Mouse plak. sebabnye satu dah bawak gi opis, pastu bila balik dah ngadap budak tombam tu, so haruslah tak dapat nak basuh + sterilize dengan keadaan huru hara. haha. at least, bila ada dua pam, satu dah kering, satu pakai. tak susah. hehe. pastu kadang bila dah bengkak, jadiklah manual double pumping di situ. jimat jimat. cumanya masa mengepam memang lama sket la. sekali pam rasanya 15-20 minit kot. tapi takpe, demi Arsyad Hadi mama korbankan masa tido mama.

fyi, Arsyad Hadi minum 7@8 botol 4oz. so mama harus make sure time keje mama dapat at least 5@6 botol sebab kat rumah sah-sah si kenit tu nak melekap je. bila dia dah tido, mama still tak boleh tido. harus sedar diri, pikir stok susu anak untuk keesokan hari. dapat ngam-ngam 8 botol pon jadik lah. mama bukan macam orang lain yang susunya melimpah ruah, tapi still syukur alhamdulillah, mama tak perlukan susu formula lagi setakat ni. =) sila bangun sekarang tepuk tangan sket. hehe.

bila dah penuh botol Mickey tu, mama transfer pulak pada storage bottle macam kat bawah ni.

mama beli storage bottle di kat sini - Sarakids
satu botol penuh tu dapat la 3 botol minum camtu. dulu sebelum beli botol ni, papa belikan storage bag yang macam ni :

Litlle Bean Storage bag 20pcs RM19.90. beli kat Jusco gak. very high quality tau.
tapi semput sket la mahallll!

tapi bila mama hantar stok EBM kat opah, opah boleh pulak basuh plastik tu, siap return balik kt mama. eh, kan disposable tu kan? huhu. pastu opah kata senang masuk dalam botol je. yo lah, tu mama beli storage bottle pink tu. tetibe. =)

bila dah ada storage bottle tu, mama tak semestinya pakai botol Mickey Mouse tu, sebab saiz muncung sama je. lagi sonang bai tu. tak payah salin-salin susu. pam direct je. weee. bila dah sampai rumah, mama transfer to chiller, pastu sok pagi mama buh dalam cool box camni :

yang tengah-tengah tu ice pack cap Coleman. RM29.90 kat Jusco.

rupe coolbox tu gini lah. cap Coleman. RM89.90 kat Jusco jugak.
coolbox ni kecik sket je dari kotak A4. mula-mula mama gendong la benda ni ngan dukung budak tombam tu pepagi. tapi opah & suami beliau tak kompiden pulak nengok mama berselirat. so esoknye mama masukkan coolbox ni dalam wooven bag yang dabak. so sling je sambil dukung Arsyad Hadi. tapi bila lalu sebelah orang kekadang ada gak tersigung kena coolbox tu. haha. sakit x? kuikui.

motif beli coolbox & ice pack tu ialah tak nak semakkan peti ais opah. ye lah, orang tu nak buh stok ikan sotong udang daging dia. kita la nyibuk nak buh susu. lagipun, mama rasa lagi selamat kot buh dalam box ni. takde la Arsyad minum susu perisa ayam/ikan./sotong/daging. hahaha. so kawan-kawan, berbaloi-baloi beli coolbox & ice pack tu ye.

Perjalanan Breastfeeding untuk Arsyad Hadi Part 1

(entry ini tak berniat untuk menyinggung perasaan mommy lain yang tak dapat nak fully breastfeed. i'm just sharing my experience.)

orang lain sibuk buat entry breastfeeding journey, mama pon nak jugak. hehe. xpe lah, mana tau Arsyad Hadi ada adik nanti, leh mama recall balik kat sini. almaklomlah, pelupa dah. huhu. sekarang si kenit tu dah 4 bulan, adoiii sekejap je kan? Alhamdulillah mama berjaya lagi mempertahankan hak Arsyad Hadi untuk fully breasfteed walaupun ada yang kata

'alah, ikut sangat cakap doktor tu'.

nak je mama jawab balik, kalau makcik demam gi klinik tak? doktor suruh makan ubat makcik makan tak? saiko betul!

realitinya susu mama takde la lebat sangat sampai nak kena beli deep freezer. ibaratnya susu mama ni, kais pagi makan pagi la lebih kurang. time keje dapat la 6-7 botol. kalau makan banyak ke productive semacam ke dapat la 9 botol. itu je bekal untuk Arsyad Hadi duk umah opah. tapi bagi mama (saje nak sedapkan hati. hehe) Arsyad Hadi minum susu fresh. bukan frozen. maksudnya balik je keje mama buh kt chiller bawah, sok pagi keluarkan bagi kat opah. sebab kan kalau susu frozen tu zat dah tak banyak. sian baby kan?

tapi pernah jugak satu hari mama pam dapat 4 botol je ok! aduhh, malam-malam pas mandi pam. tido kejap 2 jam, pam. bangun pam lagi. ada jugak pam pam setitik je. sedih! tapi mama tetap kental, say no to FM!pernah jugak jadi, dapat bagi kat opah 5 botol je. sudahnye tengahari berkejar balik bagi lagi 2 botol. hmmm. baru tau betapa sukarnya nak fully breastfeed anak. ='(

nanti sambung part 2 ek..

IMM : Bawal Two Tone

Halo momma, mama, ibu, mummy semua!

sebab-sebab dah lama tak update :

- IT dept dah blocked Blogger. hmmm
- dok bizi fokus dengan Arsyad hadi ituuuu.
- sibuk juga meniaga. hehe.

ok ini Arsyad Hadi sekarang.

sudah 7 kilo kot??

dan ini pula on sale kat Impian by Mama Mira :

RM10 only!! buy min 5 pcs to get FREE DELIVERY.

hopefully mama ada lebih masa untuk story breastfeeding journey nanti eh.

pstttt, LIKE FB Impian by Mama Mira. Help me to grow ya! tengkiuuuu~

IMM First Give Away

Bismillahirrahmanirrahim..

berbekalkan sifat pemurah (ceh!), IMM nak buat GA sikit, special to both mummies & babies.

Cara-caranya. SENANG sangat.

2. Dah sudah? Kalau dah, buat satu simple entry, copy paste entry ni & tinggalkan link pada ruangan komen ye.
3. Dah? Nak hadiah? jengjengjeng...

For mommy akan dapat satu Miss Rose 9 Color Eyeshadow bernilai macam kat bawah ni. (kat gambar tu ada 4 set ye, so sorang dapat satu je)



For baby mommy plak akan dapat sehelai romper. ok untuk romper, mommy kena bagitau dalam entry tu baby dah berapa bulan & baby girl@boy. nanti IMM pilihkan yang comel-comel ye.

Ok tak? senang je kan? Giveaway ni untuk 4 pasang mommy & baby. Pemenang akan dipilih berdasarkan RANDOM.ORG ye. so semua ada peluang nak menang! Tarikh tutup GA ni ialah pada 19 Mac 2012 jam 6.00 petang. so keputusan GA insyaAllah akan dikeluarkan keesokan harinya 20 Mac 2012.

Jom join!

IMPIAN by Mama Mira

halo kawan-kawan..
mama ada bukak blogshop baru..
so far baru ada 1 produk & will bring in others too..

feel free to view this site :

see you!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up