Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Arsyad Hadi's Stroller

oooppp, sebelum apa-apa. meh kita intai budak kecik ni jap. hehe.

alo, brader. skodeng ape tuh? =P
hoh, ini cerita stroller budak kecik ni. kisahnye beli time pantang lepas 40 hari kot. hehe. (takut nak gitau awal sebab kompom kena maki kuar time pantang. haha) dah tu awaknye bosan duk umah, maka tugas mama menghasut papa untuk membawaku keluar dari rumah. =) pastu jalan-jalan ke Aeon Seremban2, nampak la stroller yang maha murah ini.

Sweet Cherry Tulsa Jogger RM119.00 only!!
sebelum mak pengsan tengok harga tu, baik sambar sebijik. pastu kan papa nengok display sume seat dia tegak jek, tak kompiden bila mama kata bleh lay down. sekali panggil amoi tunjuk demonstrasi jalanan di situ, hah, terus bersetuju. hehe. itu yang mama mau. hehe. pastu bila dah bayar, terus menyesal tak amek kaler nih :

biru!!!
argh, dedua kaler pon mencongkam tapi apa nak buat. sudah dibayar. sejak dari tu, bila nampak orang lain beli sama sebijik sejibon macam nih, lantas membuat konklusi bahawa, oh, dia pon gaji macam kita kot. hahaha jangan keji mak! =P

orang lain sanggup beli stroller sampai 4angka kan? tau lah tu duit diorang, tapi ye lah, untuk orang yang sentiasa kalkulator di handbag ni, memang seeloknya penuhkan saving Arsyad di bank aje lah kot. lagipun, baik beli baju baru lagi best kan? hehehehehe.


p/s : nak beli online pon bulih. tengok kat SINI. tapi harga online RM139 la ek. mahal RM20. yolah, nak packing bagai nak pos, upah peluh orang tu lagi. baik la pegi beli sendirik kat Jusco, leh jalan-jalan. lepas beli terus letak anak. hehehehe.

Bad Pump Day!!!

huwaaaaaa, baru jek pagi tadi post 'rezeki lumayan' hari Jumaat lepas. tapi harini pulak sah-sah la takleh dapat macam tu. sebab? handle pump TAK BAWAK!!! adoila.....

tengok!!!!!!!!!!!!
semangat dah bawal botol panjang!!
ikut nafsu tadi nak je gi beli baru. takpon nak je drive balik. tapi, pikir-pikir balik, mama dah ada 2 pam, nak beli lagi satu, pesta pam la pulak jadinye. cik b ada dua je. b lagi satu nak pam kat ne? haha. pastu lunch hour sejam je. dari hulu langat ke kerinchi lunch time ni mau 30 minit pegi. lagi 30 minit balik. dah sejam. bila nak pam?

sudahnye berMARMET lah kita. memandangkan cik B dah bengkak sebengkak-bengkaknya yang tak dapat dibendung lagi. sakit oo nak picit! gigih punye gigih, dapat la 5 oz cenggini :

setengah je. =( selalu dapat sebotol penuh tau. hukhuk.
sebenarnye boleh je lagi nak picit, tapi dah lenguh tangan. xpe lah, asalkan bengkak dah susut sikit. nanti kul3 kang MARMET lagi la nampaknye. hmmm..


p/s : segan nak pinjam pam orang lain. diorangnye canggih-canggih. uwaaaaaaaa!! pasni lagi satu nak tinggalkan kt ofis je la kot ek?

Rezeki Jumaat


Ini hasil hari Jumaat lepas.
3 botol penuh untuk bekal Arsyad Hadi harini.
Harap-harap rezeki harini must be at least same as Friday's or more.

Harap-harap lah. InsyaAllah. =)


p/s : mama memang obses pink. takde kena mengena dengan Arsyad Hadi. hehe.

Arsyad Hadi Kini

budak nenit ini sudah 5 bulan yo! berat sudah 7.2kg. dah tak mau duduk. nyesal beli Bumbo Seat tahu! nak nengok budak ni duk kat Bumbo Seat? tak sampai 5 minit I tell you dia bleh stay dalam tu. pastu dah nak melongsorrrrrrr.

memula gini je maintain.
tapi pastu....

cubaan untuk bangun ye puan-puan. huhu.
tapi takpe, nanti dia dah pandai makan sendiri boleh dia duk dalam seat ni sambil makan. *hopefully*

feveret budak ini ialah Upin & Ipin. tiap kali mama pasang, mesti dia senyum dulu. dah boleh cam lagu tema Upin & Ipin tau. =) bagus bagus. tapi sejak dua menjak dah pandai gohead gostan ni, dah pandai angkat2 bontot ni, boleh pulak menonton sambil angkat badan. hai la anak bujangku iniiiiii. lihat :

Upin Ipin in action. weeeee!
pastu bila dah penat tangan dia tu, automatik golek baring sendiri. pastu saje je bunyik mintak tolong angkat. manja sangattttt! pastu bila dah angkat, boleh dia sengih pulak. =) sejuk hati mama, sanggup tak mandi nak main-main dengan Arsyad. ops~

EBM untuk Arsyad Hadi

alamak, April sudah kan? biasalah, sejak berbisnes sampingan ni tak menyempat-nyempat nak update blog. Alhamdulillah, untung boleh cover mana yang patut. =) kan Allah dah kata 9/10 daripada rezeki ialah daripada berniaga. yang kita ni dok la berebut yang 1/10 tu. hmmm.

tak tau mana nak mula, so terus je la ke inti entry ni. almaklumlah mama ni kan keje opis, so nak tak nak terpaksa la Arsyad Hadi berpisah kopek untuk 8jam. untuk tidak melupakan isi kopek, mama bawak la breast pump gi opis. dalam tempoh 8jam bekerja tu, kadang 2 kali pam, kadang 3kali pam. ikut situasi kebizian la ye. jangan pikir bila bos masuk meeting, mama dah boleh keluarkan pam. tidak sama sekali. time tu harus on modd standby. kot-kot la dia tepon ke sms ke suh buat copy itu, emel ini. dah nama PA kan. lain la kalau bos cuti, boleh la mama pam kt opis ni je. hihi.

mama pakai pam manual je cap Anakku RM79.90.
siap ada Mickey Mouse tau.

mama kan agak kedek pada mulanyanak invest beli pam ni time pregnant. sebab duit tak lebat kan. saving yang ada stanby untuk pantang. so beli je lah. janji ada kan? Alhamdulillah lepas sebulan pakai pam ni, mama beli lagi satu set. hehe. lagi satu beli kaler pink, Minnie Mouse plak. sebabnye satu dah bawak gi opis, pastu bila balik dah ngadap budak tombam tu, so haruslah tak dapat nak basuh + sterilize dengan keadaan huru hara. haha. at least, bila ada dua pam, satu dah kering, satu pakai. tak susah. hehe. pastu kadang bila dah bengkak, jadiklah manual double pumping di situ. jimat jimat. cumanya masa mengepam memang lama sket la. sekali pam rasanya 15-20 minit kot. tapi takpe, demi Arsyad Hadi mama korbankan masa tido mama.

fyi, Arsyad Hadi minum 7@8 botol 4oz. so mama harus make sure time keje mama dapat at least 5@6 botol sebab kat rumah sah-sah si kenit tu nak melekap je. bila dia dah tido, mama still tak boleh tido. harus sedar diri, pikir stok susu anak untuk keesokan hari. dapat ngam-ngam 8 botol pon jadik lah. mama bukan macam orang lain yang susunya melimpah ruah, tapi still syukur alhamdulillah, mama tak perlukan susu formula lagi setakat ni. =) sila bangun sekarang tepuk tangan sket. hehe.

bila dah penuh botol Mickey tu, mama transfer pulak pada storage bottle macam kat bawah ni.

mama beli storage bottle di kat sini - Sarakids
satu botol penuh tu dapat la 3 botol minum camtu. dulu sebelum beli botol ni, papa belikan storage bag yang macam ni :

Litlle Bean Storage bag 20pcs RM19.90. beli kat Jusco gak. very high quality tau.
tapi semput sket la mahallll!

tapi bila mama hantar stok EBM kat opah, opah boleh pulak basuh plastik tu, siap return balik kt mama. eh, kan disposable tu kan? huhu. pastu opah kata senang masuk dalam botol je. yo lah, tu mama beli storage bottle pink tu. tetibe. =)

bila dah ada storage bottle tu, mama tak semestinya pakai botol Mickey Mouse tu, sebab saiz muncung sama je. lagi sonang bai tu. tak payah salin-salin susu. pam direct je. weee. bila dah sampai rumah, mama transfer to chiller, pastu sok pagi mama buh dalam cool box camni :

yang tengah-tengah tu ice pack cap Coleman. RM29.90 kat Jusco.

rupe coolbox tu gini lah. cap Coleman. RM89.90 kat Jusco jugak.
coolbox ni kecik sket je dari kotak A4. mula-mula mama gendong la benda ni ngan dukung budak tombam tu pepagi. tapi opah & suami beliau tak kompiden pulak nengok mama berselirat. so esoknye mama masukkan coolbox ni dalam wooven bag yang dabak. so sling je sambil dukung Arsyad Hadi. tapi bila lalu sebelah orang kekadang ada gak tersigung kena coolbox tu. haha. sakit x? kuikui.

motif beli coolbox & ice pack tu ialah tak nak semakkan peti ais opah. ye lah, orang tu nak buh stok ikan sotong udang daging dia. kita la nyibuk nak buh susu. lagipun, mama rasa lagi selamat kot buh dalam box ni. takde la Arsyad minum susu perisa ayam/ikan./sotong/daging. hahaha. so kawan-kawan, berbaloi-baloi beli coolbox & ice pack tu ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up