Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Tombam

ikut mama ke?
ikut papa ke?

ikut la sapa-sapa pon tak kisah la. totap anak mama & papa kan? hehe.

Budak Hijau

ini budak hijau itu. hehe.
budak hijau ialah Arsyad Hadi, bukan toyol eh. =P ini gambar Sabtu lepas kat Aeon Seremban2. terlupa nak bawak stroller sebab naik kete atok, so sampai Aeon haruslah bergilir-gilir mendokong beliau. last month masa checkup 5 bulan beratnye sudah 7.2kg, so mama agak-agak checkup 6bulan next week 27hb musti dah almost 8kg. huwa, dah macam beras sekampit! hihi.

nampak tak kat tangan tu kan rattle mende ntah. ada bunyi-bunyi sket. Arsyad sekarang suka la nak masuk semua benda dalam mulut dia, so at least ada rattle ni boleh buat dia berfikir la sebab ada kaler-kaler kat situ. ekceli rattle ialah muka zirafah tapi telinga zirafah hijau. haha. cite kelakar pasal rattle ni, dalam lif ada sorang pakcik tu tegur,

kecik-kecik dah ada jam ek?

haha. sah-sah la pakcik ni tak up to date dengan barang-barang baby. hihi. tapi tak boleh salahkan dia gak tak up to date, sebab dia bukan ada baby pon. ups! =P tak pon, cucu dia takde mende tu, tu sebab dia tak tau kan.

budak hijau ini sudah pandai mengesot ke depan ke belakang, berpusing-pusing ala tenggiling pon sudah. hehe. mama notice semalam time dia breastfeed ada rasa pedih-pedih sikit la. nak tau? sebab dah tumbuh gigi ok! aiiyooo, patutla pedih-pedih. digigit rupanya. hai la ini budak.

next week, officially Arsyad Hadi dah 6 bulan. mama dah tak sabar-sabar nak bagi makan ni. haha. ekceli last week ada beli Farley's Rusk tu. ada gak sua-sua kat mulut dia tapi dia tak reti lagi. pastu buat muka kompius. hihi. oh, tadi mama dah selamat beli ini;

The First Years - Semi Disposable 8oz Bowls with Lid (6pk)

The First Years - Take & Toss 7oz Cups with 2 Handles (4pk)
Munchkin - 6 Soft Tip Infant Spoons
 
semuanya beli kat One Baby World Online Store. nampak tak betapa eksaitednye mama nak menyuapkan budak hijau tu? hehe. pasni nak try buat solid food pulak. harapnye menjadiklah. =P ada tak mommy yang dah terer buat solid food? share sket! hehe. buh link lagi bagus ailebiu. hehe.

Peot

Daya serap super, mengikat cairan. Tak basah, tak tembus. hehe.
mama sudah. anda sudah? huhuuuuu. serius cuak weh Arsyad baru nak masuk 6 bulan mama dah terpeleot. orang kata mama yang fully bf lambat sket peot kan? i'm exclusively bf my Arsyad Hadi tau. why now?? why??

hmm, mama kan FREE FROM ANY PROTECTION. so takut terbabas la pulak. tapi insyaAllah tidak. =P

pastu kan ada lagi satu isu, betul ke kalau kita dah period, susu makin merudum? so far dah seminggu berlalu ni Alhamdulillah ok jek. tapi tak tau la kesan jangka panjang cane. huhu.

so tujuan utama entry ini ialah untuk mengutip pengalaman bonda-bonda sekalian, yang mana dah peot tu, share lah experience ye. risau nihh susu tak cukup. =}

Arsyad Hadi's Stroller

oooppp, sebelum apa-apa. meh kita intai budak kecik ni jap. hehe.

alo, brader. skodeng ape tuh? =P
hoh, ini cerita stroller budak kecik ni. kisahnye beli time pantang lepas 40 hari kot. hehe. (takut nak gitau awal sebab kompom kena maki kuar time pantang. haha) dah tu awaknye bosan duk umah, maka tugas mama menghasut papa untuk membawaku keluar dari rumah. =) pastu jalan-jalan ke Aeon Seremban2, nampak la stroller yang maha murah ini.

Sweet Cherry Tulsa Jogger RM119.00 only!!
sebelum mak pengsan tengok harga tu, baik sambar sebijik. pastu kan papa nengok display sume seat dia tegak jek, tak kompiden bila mama kata bleh lay down. sekali panggil amoi tunjuk demonstrasi jalanan di situ, hah, terus bersetuju. hehe. itu yang mama mau. hehe. pastu bila dah bayar, terus menyesal tak amek kaler nih :

biru!!!
argh, dedua kaler pon mencongkam tapi apa nak buat. sudah dibayar. sejak dari tu, bila nampak orang lain beli sama sebijik sejibon macam nih, lantas membuat konklusi bahawa, oh, dia pon gaji macam kita kot. hahaha jangan keji mak! =P

orang lain sanggup beli stroller sampai 4angka kan? tau lah tu duit diorang, tapi ye lah, untuk orang yang sentiasa kalkulator di handbag ni, memang seeloknya penuhkan saving Arsyad di bank aje lah kot. lagipun, baik beli baju baru lagi best kan? hehehehehe.


p/s : nak beli online pon bulih. tengok kat SINI. tapi harga online RM139 la ek. mahal RM20. yolah, nak packing bagai nak pos, upah peluh orang tu lagi. baik la pegi beli sendirik kat Jusco, leh jalan-jalan. lepas beli terus letak anak. hehehehe.

Bad Pump Day!!!

huwaaaaaa, baru jek pagi tadi post 'rezeki lumayan' hari Jumaat lepas. tapi harini pulak sah-sah la takleh dapat macam tu. sebab? handle pump TAK BAWAK!!! adoila.....

tengok!!!!!!!!!!!!
semangat dah bawal botol panjang!!
ikut nafsu tadi nak je gi beli baru. takpon nak je drive balik. tapi, pikir-pikir balik, mama dah ada 2 pam, nak beli lagi satu, pesta pam la pulak jadinye. cik b ada dua je. b lagi satu nak pam kat ne? haha. pastu lunch hour sejam je. dari hulu langat ke kerinchi lunch time ni mau 30 minit pegi. lagi 30 minit balik. dah sejam. bila nak pam?

sudahnye berMARMET lah kita. memandangkan cik B dah bengkak sebengkak-bengkaknya yang tak dapat dibendung lagi. sakit oo nak picit! gigih punye gigih, dapat la 5 oz cenggini :

setengah je. =( selalu dapat sebotol penuh tau. hukhuk.
sebenarnye boleh je lagi nak picit, tapi dah lenguh tangan. xpe lah, asalkan bengkak dah susut sikit. nanti kul3 kang MARMET lagi la nampaknye. hmmm..


p/s : segan nak pinjam pam orang lain. diorangnye canggih-canggih. uwaaaaaaaa!! pasni lagi satu nak tinggalkan kt ofis je la kot ek?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up