Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Pregnant Mode

sabar sabar jangan terpedaya dengan tajuk di atas. mama saje je nak amek mood pregnant. tu yang pakai baju pregnant semalam. kikiki. sayangnye time pregnant tak rajin nak amek gambar diri sendiri. almaklumlah baby boy katakan. kalau baby girl mesti mama dah melaram sakan time pregnant. orang tua kata pembawakan la tu kononnya. ye la kot. meh tengok gambar seketul.

dalam surau lepas solat + projek tenusu. =P

tengok dalam cermin surau ni eh, macam kurus ek? haha. tak penah pulak papa puji kurus, dia kata sama je sebelum pregnant. haaaaaaaaaaaaa, kurus la jugak kan? =P hakikatnye berat mak masih 70kg uols. ideal weight 46.2kg - 62.4kg ok! *pitam*

perasan tak kat belakang baju mama tu macam terangkat sikit? haruslah baju ni bertali kat belakangnye. kisahnye gini, sebelum pam, mama solat dulu. pastu siap pakej buang air bagai, tak sedar yang tali tu termasuk dalam seluar. patut la time masuk surau tu, student dok senyum-senyum. mama pon wonder gak apehal la bebudak ni. mama kan PA DVC Research, kot-kot la diorang penah datang office mama nak jumpa Dato time mama pregnant dulu. pastu sekarang tengok mama dah kurus sket, so macam agak teruja. haha hebat kan andaian gitu?

so mama pon buat dek je. solat, pastu pam, pastu bersiap. daripada surau penuh, sampai tinggal mama sorang. ( tu yang leh amek gambo depan cermin tu. hihi) ok mind you, surau di level 3, hujung ke utara. office mama level 1, hujung ke selatan.

dah sudah solat, mama masuk VC office nak clarify something. sekali PA VC tegur,

weh, seksi la baju kau.

mama pon perasan kata la, baju ikat tali belakang memang la kan? *sambil pegang tali belakang* rerupanya maksud seksi dia tu, tali ikat pinggang tu still terselit kat dalam seluar okeh! boleh imagine tak? hoi malunye ya Allah tak tau nak kata ape. dah la mama jalan dari hujung ke hujung, naik turun lif sekor umat pon tak tegur. kojaq lak aiiiii. pastu bila dah perasan nak gelak besar-besar tapi kan mama dalam VC office, matilah kalau VC dengar. hohoho. so dah keluar baru boleh gelak besar. hahahaha.

mood nak pregnant terus terbantut time tu. memang takleh lupa nih. =D

Mintak-mintak Sempat Pakai

Diapers Tower. =P
kat bawah sekali Diapex, Huggies Dry, Pampers, Huggies Total Protection, Huggies TP Pants, BabyLove Night Tape. tujuh bungkus semuanya. lom campur enam bungkus beli kat expo jumaat lepas. jumlah ada tigabelas bungkus. gile tak mama & papa Acad? agak la kan? haha. yang memahal tu buat pakai malam, yang memurah buat pakai siang. Pants untuk travel.

Alhamdulillah Acad takde alahan dengan semua diapers. dari semurah-murah Hey Baby sampai ke mahal-mahal Pampers, mama tak kisah nak pakaikan Acad. tapi most of time feveret haruslah Huggies untuk siang, Mamypoko untuk malam. Pants both Huggies & Mamypoko untuk travel. tapi lepas muncul Diapex ni, buat pakai siang pon boleh. hehe. mama suka diapers yang ada wonder tape sebab nak pakai & nak tukar takde la susah. kalau nak pakai mesti ada tersilap lekat, so nak bukak balik bunyik dia masyaAllah, kalau baby tengah tido boleh terjaga tau. ini untuk anak mama lah ye, no harm untuk anak orang lain. =)

Huggies memang bagus untuk baby yang kuat tencing macam Acad. even diaper dah berat, kulit dia tak basah pon. memang dry. mama suka. hihi. Mamypoko toksah cakap la. dah banyak review dah kan. BabyLove pulak alternatif pada Mamypoko. cutting pon besar sikit macam Mamypoko. Pampers pulak mama tak tau cane prestasinye sebab beli aritu ada promo beli any RM30 P&G product, dapat payung kenit untuk budak kenit. haha. teruk betul mama ni kan? lantakkkkk.

Yang lain mama penah guna, Pureen Dry5 pek merah & Pureen Premium pek biru. Dedua pon ok, cuma beza kat tape & ketebalan. lepas bersalin kat PPUM aritu, PPUM pakaikan Pureen Premium kat Acad, so mama terus beli untuk time pantang. ok je. =) Pureen Dry5 pek merah nipis sikit & tape dia plastik.

PetPet pon penah guna. ok jugak, tapi cutting kecik eh. untuk baby selim boleh lah. untuk baka besar cam weolls ni takboleh. merah-merah drumstick Acad. kalau beli one size bigger plak terpanjang plak bawahnye, nampak cam londeh gitu. tak kemas lah.

Drypers pon penah guna. ok jek performance dia. mama selalu la usha nak beli yang ada print gambar epal ke love ke kat montot tu tapi manjang je tak jumpa. pastu kat kat diapers dia plain je just print wording Drypers je. bosan lah nengok. haha. apa la mama ni kan? tu pon boleh jadi faktor kan? eh haruslah. kalau tak nak tukar diaper pon takde semangat. haha sengal!

Hey Baby ok untuk pakai siang sebab nipis. again tape dia plastik so tak sesuwei untuk malam. pastu kalau takat tencin je ok lah, sekali pooooopoo amek tembus sampai ke pusat. punyela tak serap tu sebab melekat kat kulit baby. kalau dapat kat kulit baby yang sensitif, jenuh la nak buh cream gamaknye. huhu. dah murah kan?

ada lagi few brands yang mama beli kat Mydin time pantang tapi tak ingat pulak namanya. dah tu time pantang tak amek gambar diapers plak. lagipun time pantang baby kuat pee & poo kan? pakai murah-murah sudeh. huhu.

sekarang by umur 6 bulan setengah Acad dah pakai saiz L, tengok le frame omak apak eh. hehe. sume stok Acad dah takde M, mama dah beli saiz XL siap-siap. takut tak sempat pakai, montot dah montok. hahaha.

Apa pon, bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, sekadar memberi pendapat. *peace*

Mom & Baby Expo 2012 punye cerita

selama ni pegi tak amek gambo. tapi kali ni semangat nak amek gambo. =P sebenarnye semangat nak pegi Jumaat lepas kerja sebab sakit hati takleh pegi Sogo Warehouse Sale. hukhuk. tapi kan Sogo sale semua barang, maybe tak sehebat expo nih kot. sale barang baby SAHAJA. *saje sedapkan hati*

Jumaat tu papa bagitau maybe dia balik lambat sebab tayar pancit. mama dah mengeluh dah. time ni la nak pancit kan. punye la semangat mama tak makan lunch time sebab nak gi pos barang orang yang shopping kat Impian by Mama Mira kan. selalu kitorang pos barang customer pas mama balik keje, tapi kononnye lah nak cepat Jumaat tu, konon sampai Midveli boleh terus terjah expo takyah gi pos dulu tapi dah papa kata tayar pancit, tolan air liur la menanti di rumah. hewhew. memang niat di hati mau memborong pampers kat expo tuh. sebab previous expo tak dapat nak memborong, limited stock.

mama rempit dari Batu 9, Cheras ke KL 20 minit je, jem sikit-sikit hari jumaat kan. so sempat la sampai umah kul 6.30 gitu. amek budak tombam cecepat, pastu bertapa kat umah tunggu papa. T__T. sanggup tak bukak tudung tau. *semangat kan?* tapi bertapa 15 minit je lah. lebih kurang 6.50 papa sampai, terus gi Midveli. pastu jalam jemnye ya Allah, berpusing kitorang ke Bangsar dulu, pastu dah sampai parking Garden nak tawaf carik parking dulu. mama dah pasrah dah. memang takde harapan nak borong nih. sekaliiii sampai kat expo kul7.31. better late than never kan? gitu. =)

Welcome to Mom & Baby Expo 2012. mama tak suke ada gambar pompuan berkemban kat atas kanan tu. *wek*
heh, this time semua hall bukak untuk expo ni jek. pernah gak sebelah jek. tu tak puas jalan. serius expo ni semua barang pon rasa macam nak beli. tapi kan tengah bulan nih, so beringatlah ye. back to tujuan asal. kang ada yang kais peti ais kang. haha. mama tutup-tutup mata je tengok breastpump murah-murah, baju murah-murah. hoho, Pureen kalau kat expo balik-balik tu je barang dia eh? harga yogurt wash RM11, tapi time sale Jusco RM10.90. beza seposen dengan Jusco time sale. so takde la murah mane dok? mama tak singgah Pureen pon. sombong kan? haha.

Ichiro Baby Wipes 7 packs 0f 30's RM20
kat website dia RM24. jimat RM4 mama. hekhek.
dari expo lepas lagi mama kompius kenapa penguin dilantik sebagai duta kepada wet tissue ini. so aritu mama jual mahal takmo beli, this time beli lah. tak tau la mahal ke murah. asek-asek pakai Pureen je, kasik lap pakai Ichiro la pulak ek Acad. hehe. 

Top from left : First Year Take & Toss RM15.90, Disney Baby Fantasy Top to Toe Wash RM8 each, Disney Cuties 2 packs of 80's RM10

Mangkuk First Year tu berguna untuk letak stok puree Acad. besau gak weh. 8 oz katanye. so ada 14 mangkuk sudah campur dengan yang beli aritu. campur dengan bekas Tupperware ada 4 ketul. total ada 18 bekas untuk puree Acad lah. lom campur ice cube Giant tu lagik. hoho, mama kena fokus lebih untuk puree Acad nih. biar la dapur berasap untuk puree je. hehe. yang wash tu beli sebab bosan dah dengan Pureen Yogurt tu. dalam bilik air sekarang tengah pakai Milk Bath Johnsons & Johnsons, multi used oleh mama & papa. serius terasa baby kulit lembut gituh. hehe. yang wipes tu saje nak test, sebab tengok pooh & tigger comel sangat eh. RM10 je pon. cecepat bayar sebelum amek banyak lagi. hihi.

banyak lagi benda comel-comel ni. boleh tengok kat Disney Cuties orait bebeh?

Diapex Easy RM25 each siap ada free sample Diapex Premium.

First time nampak Diapex ni kat Carrefour. RM29 je sebungkus. Mama suka Diapex sbb diapers dia kalerful. boleh gitu? hahah. kalau ada spenda camni teringin gak nak pakai. =P FB Diapex tengok SINI. rerupenye Diapex ni under NTPM eh. ala, NTPM kan produce tissue. tengok SINI. ada Diapex Premium jigak. RM60 for two packs tapi mama tak amek, konon nak beli Mamypoko. tapi Mamypoko takde la sale sangat kan? murah sebab pack biasa, bukan Jumbo pack kan? yang Jumbo pack pon boleh dapat RM41.90 time sale. takyah tunggu expo la gini. kuciwa. =(

Whoopee diapers RM25 each. siap free 5 pants. mama beli satu je sebab konon nak borong Mamypoko. tapi nan ado. hukhuk.
Whoopee ni ok la buat pakai harian. memang la tak sehebat mana, tapi takat nak bagi kat baby sitter ok la kot. oh, ekceli mama penah rekues sample. harini emel, esok dah sampai. pantassss! hantar je emel kt whoopee@peoplengrit.com, tajuk emel haruslah Whoopee Sample dengan details Nama, IC, Adress, Baby's Name, Baby's IC, Current Diaper, Request Sample Size. oh banyak details kan nak kena bagi, yo lah, kang ada yang ngelat dok rekues sample sampai ke sudah bengkrap le Whoopee dok bagi free je. orang nak nipu memacam cara kan? hmmm. nanti Whoopee sumpah baby dapat rashes baru tauuu! nauzubillahhh.

Baby Love Grow Pants RM32, Night Tape RM48 for two. Total RM80 dapat free sebungkuih pants. hebat kan?
Mama suka BabyLove ni sebab prestasi (wah prestasi tau!) macam Mamypoko. Baby Love ni premium version of PetPet sebenarnye. under one roof. mama tak suka PetPet sebab cutting kecik sket. Acad Hadi si tombam tu pehanya ya ampun, berketak-ketak. so harus lah pilih diapers yang cutting godang sikit. btw kalau beli PetPet dua bungkus dapat romper free ada tulis PetPet tau. sape yang nak romper free mesti beli kan? hehe.

Total Loss : RM216.90 with 90% for diapers only. hehe. alah, untuk anak apa salahnya kan? kita nak pakai spentot memahal, nak selesa kononnye tapi anaknye nak alas dengan memurah je pe kes? tak baik gitu kan.

pastu kan dah keluar dari expo tu ramai yang toleh tengok stroller Acad. ye lah, penuh 6 bungkus diapers kan? Acad dah selamat ngan papa. papa saje jalan laju-laju kat depan, malu la tuh mama sarat dengan diapers. hahaha. bebetul kat exit expo tu, ada sorang mamat ni usha baik punye. dia tengok papa dah lepas kat depan, dia dekat ngan mama plak. mama takut dia nak curik diapers, cecepat mama sorong stroller laju-laju tapi dia dah block mama. demyu! tau dia nak apa?

boleh bagi saya resit barang-barang semua ni?

woi, kalau korang cuak tak tetibe strangers tanya resit beli barang. nak kata orang LHDN, tak logik pulak ada approach gini. lain la kalau diapers leh exclude tax, memang mama cecepat bagi. haha.

pastu mama tanya dia kenapa? nak buat ape?

dia kata,

nak bagi anak masuk contest kat dalam.

so mama macam eh, kenapa ko tak beli je barang untuk anak ko? pastu ko masuk la contest apa pon ko nak anak ko masuk kan? mama pon dolak-dalih macam-macam la pusing kot tu tanya kenapa, untuk apa bagai. jawapan dia tetap sama.

nak bagi anak masuk contest.

last-last mama jawab,

kalau macam tu, baik saya bagi anak saya je yang masuk contest tu. kenapa nak bagi kat awak? *siap buat muka belagak kot time nih* hohoh

pastu dia dah give up kot mama soal macam-macam & jawab camtu. last-last dia surrender,

oh ye ke. ok la takpe, terima kasih.

pastu mama siap lari kat papa tau sebab takut orang tu kejar. hahaha. papa dah tunggu kat food court. bila duduk tunggu makanan siap kan, mama rasa macam,

apahal aku kedekut sangat tak bagi resit kat orang tu eh?? bukan aku heran sangat nak masuk contest kan?? kenapa eh aku camtu??

huhu, terus rasa bersalah tapi lantaklah. bila sudah makan, mama tengok mamat saiko tu ada lagi tunggu je orang keluar, semata-mata kerana resit. kalau korang seram tak weh??? masalahnye resit tu sampai sekarang mama tak tau lempar kat mana. kikikikiki

Allah is Everywhere!!

email from Human Capital Management to greet Mother's Day.
pagi tadi dapat emel tu dari HCM. memang setiap kali ada perayaan, orang HCM akan greet semua staff. mama bekerja di multi-racial company, so we need to respect each other lah kan. tapi kali ni, mama tergamam kejap. kat HCM ada la 3-4 orang Muslim. so mama find out, siapa yang send email tu. sebelum send email dapat approval daripada sesiapa tak? so mama call salah sorang staff HCM yang beragama Islam,

mama : boleh saya tau siapa yang send email pagi tadi?
HCM : email yang mana satu ye puan?
mama : email pasal Mother's Day tu.
HCM : oo, Ms X yang send. siapa ni ye?
mama : sorry saya taknak kena band tapi saya kena tegur wording tu tak betul. Ms X ada check dengan siapa siapa tak sebelum send out to all?
HCM : dah check dengan C?O, Dato dah approved. saya sebenarnya pon tak boleh nak kata apa. (tone dah down macam berbisik gitu.)
mama : o ye ke. bukan apa, kita respek agama dia, dia kena respek agama kita la. jangan ada yang kena panah petir balik ni sudah.
HCM : tu lah. saya pon serba salah. tak boleh nak buat apa dah sebab dah approved dr Dato.
mama : ye lah, tak boleh nak buat apa kan? ignore je lah. tengkiu.

conversation end.

yang mama marah sangat tu pasal statement ni lah ;

God could not be everywhere and therefore he made mothers...


sebetulnya, ALLAH IS EVERYWHERE!!
Allahuakbar. berilah hidayah kepada mereka-mereka ini akan siratulmustakim Ya Allah.

New Breastpump

disebabkan harini Wordless Wednesday, korang tengok dulu lah pam ni. =)


Modu Breastpump from Sarakids.
baru dapat semalam. tak pakai lagi. nanti mama review eh. tungguuuuuuuu.



p/s : mama kan sangat fanatik dengan pink. haruslah pam kaler pink. kikiki

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up