Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

My Second & Third Ultrasound



This is the second ultrasound. baby xnampak lagi. yang ada dalam circle tu just kantungnye aje, rumah baby dalam perut mama. so doc ask us to come another two weeks to see the baby. saya risau jugak, "aku ni pregnant ke tidak?", tapi doc kata at least dah nampak kantungnye, kira ok dah tu. so mama eksaited nak tunggu lagi 2 minggu. and the third ultrasound macam kat bawah.

oh at this stage, the baby is estimated 2.2cm length and doc said that the Estimated Due Date (EDD) is on 7 Nov 2011.

taraaaa..nampak tak dalam circle tu? yang hitam tu kantungnye, yang putih cetoet tu la my baby!!! sangat kecik kan? ye lah, baru dua bulan kan. time doc golek2kan mende alah kat perut tu, nampak la baby gerak2 sikit. but my friend, amtaza told me that dia dah nampak jantung baby degup-degup dah but mine tak nampak pon. (oh btw she's pregnant sama macam saya! beza due date selang 2 hari saje tau! means kitorang projek on the same date? huhu whatever! haha).

my baby has grown up to 3.6cm on his/her 8weeks 2 days age. tapi this visit doc dah awalkan EDD which will falls on 6 Nov 2011. next ultrasound will be on 14 April 2011 to see the jantung & if possible hear the heartbeat! apa-apa je lah kan, asalkan baby mama sihat & sempurna.

The Papa

memang gelaran mama-papa dah officially declared time kitorang bercinta lagi, back in 2005. it's his choice actually. haha. agak poyo la sebab zaman cintan cintun orang duk panggil sayang-darling-baby-anja la bagai. so when time has come to be a real papa, excitednye terlebih sebab we will be a REAL mama & papa.

my husband changed a lot when discovered that I am pregnant. bukan berubah dari tak elok ke elok ke. bukan gitu kakak. kalau dulu, dia tak kisah apa yang saya buat, nak mandi tengah malam ke, nak tido terponggeng ke, nak skip makan ke, memang xdikisahnye. tapi since I pregnant ni, uuuhaaaaaaaaaaaaaiii. dimanjakannya macam princess okeh! hehe.

the first week after the good news, dia dah start google macam-macam. dulu pon gitu perangainye, suka ngadap tenet lelama. but this time, for me ok! dia cari apa yang patut dimakan, apa yang tak boleh buat, apa yang perlu diamalkan, susu apa kena minum, siap registerkan Anmum club lagi tu. laki ko ada? haha.

pastu kalau dulu suka letak laptop atas perut, but now sampai dia naik suara la sound jangan kena perut la, panas la, bla bla bla. ok fine, papa sayang baby kan. hihi. suka sebenanye dia jadi camtu. very the concern kan?

kadang tu, ada je artikel yang dia print from the website, suh saya baca. even info tu saya dah tau sebenanye, tapi sebagai isteri solehah, I baca gak tau. nak jaga hati suami. hihi.

kitorang kalau tengok tv, musti nak berbaring (lantas selalu tertido bersama depan tv). so kalau saya nak landing bontot je, cecepat dia lari masuk bilik amekkan bantal alas kepala & badan I tau! lagi sekali, laki ko ada? haha.

(maybe entry ni I terlampau obses dengan husband sendiri tapi ada aku kesah? husband aku, suka aku la, blog aku, suka aku la. hehe)

tang housechores tak yah cakap la, kat rumah I dah jadi mem besar. rutin balik rumah, baring terus. sakit pinggang ko tak yah cakap. dah kejenye PA, ke hulur ke hilir jumpa orang sana sini. plus akak drive to office lagi setiap hari. sabar je lah kan. tang lipat baju, jemur baju, basuh baju, basuh pinggan, semua husband I buat. me jadi mem je I told you! I tak mintak dimanjakan begini okeh, dia yang kata biar papa buat. so mama rilek je la. hehe.

tang masak memasak dia masih tahap 1, so akak kena guide la dia kat dapur. kadang tu akak tergerak nak makan ayam halia, bagitau kat dia degan harapan dia boleh offer diri nak masakkan. tapi sudahnye dia tanya nak makan kat mana? aisehhhhh. takpe takpe. so pengajarannya kaum bapa, sila study buku resepi ye. hehe.

since I'm driving everyday to Cheras, dia sibuk suh amek bantal alas seat dalam kete. katanya nak reduce hentakan dalam perjalanan. katanya. I kan isteri solehah, ikutkan je lah. walaupun terasa macam tinggi semacam je dalam kete tu. hehe.

he's behaving like this & that bukan sebab apa, sebab dah lama kawen, baru berjaya dapat anak naturally. ops, berjaya mengandung sebenarnya. hehe. dia selalu cakap, kita kena jaga baby bebetul, bukan senang nak dapat ni. syukur Alhamdulillah kan?

Geramnye!!

cuba tengok CV ni..sape kata diorang tak cute sila tampar pipi sendiri sebab anda takde sense of parenting! hehe.



hoho. ntah amende atatatata yang diorang cakap ntah. diorang je yang paham. siap dengan gaya tangan tu tak tahan!

Strawberries High In Folate


I'm writing based on facts. the original article is here - Strawberries May Contribute To Health Pregnancy.

last week went to Jusco and it is on SALE tau! tapi time tu den tak gaji lagi so belanja berpada aje lah. so to avoid berbelanja lebih, just go to the market la, to buy foods. pastu ternampak la strawberry yang melambak-lambak, siap ada contest, dengan offer RM10.99 sekotak. sebelum ni takde la heran sangat nak makan strawberry, beli pon untuk hias atas kek je.

I've heard that Korean Strawberries are much more tastier than others, tapi sama je la konsepnye. kat sana manis la, tapi bila dah sampai Malaysia yang hot ni, turns to sour already. so dengan konsep cuba jaya, I beli je lah 2 box, makes me eligible to join the contest. haha semangat nak masuk contest sebab hadiah dia Jusco voucher weh! hihi.

dah tu bila husband nampak I beli strawberry berkotak-kotak, he's wondering that can pregnant womens eat strawberries? huhu. since he found I am pregnant, dia suka duk ngadap tenet pastu google pe yang patut I makan, pe patut I minum, pe patut I behave, pe doa patut baca bla bla bla. sangat concern kan? hehe. sayang husband I tau!

so pastu dia kata,

jangan makan dulu. kena check mama boleh makan ke tak.

hmm, sebagai isteri solehah, I pon menurut arahan ok. duk la strawberries berkotak-kotak tu dalam fridge for days.

pastu hari ni, takde menda nak makan, bukak fridge, tengok kotak-kotak buah kaler merah tu jadik lapar pulak. mula-mula amek 5 bijik dulu, basuh & makan. pastu rasa tak puas pulak, amek sekotak & habiskan! haha.



siapa yang tak jejes air liur tengok buah nii? adoiii..

ok fine dah habis sekotak for breakfast~ lalalala

pastu dah habis makan baru sebok nak google kan? hehe. then terjumpak article kat atas tuh. so nampaknya boleh makan selalu buah stoberi ni. wawiiiiiiiiiiii. suka suka.


My 6 Weeks Pregnancy Experience

ah now I'm in my 7 weeks pregnancy. so while I'm in 6 weeks, the sickness is very horrible, terrible bagai. haruslah bangun pagi gosok gigi pon uwekk, kenyang sikit uwekk, sejuk sikit uwekk, lom masuk sakit gigi because of lack of calcium lagi, kaki cramp lagi. huhu. memang mencabar.

perut yang buncit sudah bertambah buncit. seems like 3months pregnant padahal belum masuk 2 bulan pon. kiki. kain baju kurung semua dah takleh zip, kalau pakai pon rasa pening & badan tak sedap sebab ketat. pernah jadik sekali, kain haruslah diangkat atas pusat, so yg part lipat2 tu dah stuck kt peha. jadinye tak selesa la den nak berjalan. pastu rasa semacam je, mintak permission bos nak baring kat surau. then bos kata ok, apelagi, laju je la ke surau.

(psst, my boss tak tau I pregnant so this is the time to reveal! hihi)

pastu around 11 ada cleaner nak kemas surau la pulek. pe jadah nak jugak aku angkat bontot keluar. kalau tak dia taknak kemas. so dah terganggu masa rehat i tau. then back to office, my boss keluar.

Amirah awak ok tak?

saya tak larat la Dato. saya pregnant 6 weeks.

OOOOOOOOOOOOOOO. PEGI LA BALIK. HARINI TAKDE KEJE URGENT PON.

(dalam hati dah nak melompat dah bila dia suruh balik. so kemas2 apa yang patut, chiaow)

gitulah penangan kain ketat ye puan-puan, memang xsedap badan jadiknye.

so now, on my 7 weeks, loya-loya dah takde. hihi suka suka. jangan datang balik eh. pegi la kat orang lain pulak. haha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up