Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Fakta Hamil #4 : Mengah

mama punye 1st trimester gone not so well lah. dengan morning sicknessnye, dengan tak selera makannye, dengan asek muntahnye. dugaan weh dugaan! so time tu mama asek la pulun buah sampai 2-3 jenis time lunch. pastu buah tak complete kalau takde asam. loya jangan cakap lah. boleh pulak time leka buat keje, nak wek kat atas meja. huhu. sabar je lah.


masuk 2nd trimester plak, selera dah ada sikit. dah boleh makan nasi dengan banyak. satu hari mesti nak makan nasik at least sekali. untung sangat lah kalau dari breakfast bawak ke dinner mama nak telan nasik. so time nih mama dah tak heran sangat nak makan buah. kadang-kadang je beli. tu pon kalau beli sejenis je. cukuplah nak tambah zat ye tak?


rerupanya orang yang menjual buah tu perasan ok kewujudan pembeli buah tegar satu ketika dulu. kisahnye semalam mama beli buah kat dia, dia tanya;


dah berapa bulan dah awak ni? (sambil jengah-jengah perut mama)


nak masuk 6 bulan dah. kenapa? perut saya nampak kecik ke besar ke?


tak lah. ok rasanya perut macam tu. nanti nak bersalin kat mana? bla bla bla.


di hujung perbualan (ceh, perbualan kau),


saya tengok awak ni mengah sikit la.


hoh! kukujut den! jelas terpancar rupanya kemengahan ku pabila berjalan-jalan. hehe. say apon jawablah;


bukan mengah sikit ye. mengah banyakkkkkkkkkk! mengah kenyang pon ye gak ni. hehe.


pastu dia gelak je. so kesimpulannya, semakin heavy baby kat dalam perut ni, semakin mengah la mama ye. ye lah, manakan nak bawak lemak, nak bawak makanan, nak bawak baby dalam perut ni. opkos la mengah dik non! so kalau korang mengah time pregnant, it's normal okeh!

Pureen Stock Clearance Promotion July 2011



baiknye lah Pureen ni membuat sale lagi sekali sebab baru je buat April lepas. alah, aritu dah on the way dah. tapi gile jem teruk kat PJ tu, tak sanggup nak redah. so kisahnye yang ni nak try redah lagi sekali. kalau sangkut tak tau la nak kata apa. hai lah baby punye pasal kan.

Mama's Toothpaste


time pregnant ni kan semua nak kena jaga. & seboleh-boleh la nak pakai toiletries yang memang ditakdirkan untuk ibu mengandung ni ha. godek punya godek, wujud rupanya ubat gigi untuk ibu mengandung. hehe. tak pernah tau pon sebab ibu tak pernah cerita pon pasal ni. ke zaman dedolu takde ubat gigi nih? hehe.

ok sekarang kan mama almost 6 months memboyot, so dah guna lebih kurang 4 tube ubat gigi Pureen ni. (tetibe cam weh banyak gilos! tolan ko po?) tube eh tak bosa mano pon, paling bosa 130g je kot. selalu ubat gigi biasa kan saiz paling besar 250g, memang makan bulan la nak abih an.

mama start pakai ubat gigi nih time 2 bulan kot. (hoh pelupa la sejak mengandung nih. memang ek?) sebab time awal pregnant dulu kan mama & papa suka google pasal pregnancy ni. sudahnye terjumpa la pasal ubat gigi nih. in fact, during pregnancy, gusi mudah berdarah ye. so by using this toothpaste, gusi berdarah tu dah kurang day by day, month by month.

kenapa mesti pakai ubat gigi nih? ubat gigi bese-bese takleh ek kak?

hoh jangan tak tau ye, rerupenye time pregnant ni kita takleh terdedah pada 3 benda ni :

1) Flouride
2) Sodium Lauryl Sulfate
3) Saccharin

serius untuk graduate business cam mama ni yang tahu hanyalah flourida sahajok. sebab in lifetime, memang most of toothpaste yang kita pakai ada flourida kan? tapi kenapa time pregnant tak boleh pulak. sorilah tak dapek nak menerangkan kat korang pasal benda ni sebab i bukan budak sains. huh sodih!

for this info, korang klik sini yo - Pureen Maternity Toothpaste

so sekarang no more gusi berdarah. jadiknye mama highly recommend to all mommies, sila la membeli ubat gigi ini sekarang juga sebab harga 130g hanyalah RM7 sahaja di Carrefour. kalau boleh beli compact powder berpuluh-puluh ringgit, takkan la nak beli ubat gigi RM7 pon tak boleh kan? ingat, Safe for Mommy, Safe for Baby too! (aku dah macam ejen Pureen plak ha..)

2nd Check Up @ Klinik Ibu & Anak Bukit Bangsar

mama punye 2nd check up was last 21st June 2011. sampai klinik macam terlambat 30minit, tup-tup dapat nombor 17. muaha. papa dah siap perli,




awal ye? dia siap boleh makan nasi lemak, tengok repeat raja lawak bagai.




eleh, dia pon sama makan nasi lemak dua bungkus lagi mau perli kan? hehe. check-up this time mama heret papa sekali, saje nak buat teman. lagipon dialah penyebabnya mama begini. hehe. since ni 2nd time, mama boleh blur pulak prosedur kat KK tu. first sekali bila sampai, harus kencing ye puan-puan. pastu dalam toilet tu kan ada glukose & protein test kit. celup sket kt urine kita, pastu tunjuk kat nurse tu resultnye. mamanye alhamdulillah normal.




pastu timbang berat ye. oh sebelum pegi mama dah timbang siap-siap kat umah = 75kg. tup-tup sampai kat KK, elok je jarum scale tu pegi kat 79kg macam previous check up. nurse tu cakap,




aik, akak tak makan ke? ke baby tak terima apa yang akak makan? pastu gelak-gelak.




eh ko budak, banyak lak bunyik ko kan. nak buat cemane, time lapo je akak makan, tapi berat duk tang tu je. tapi sebelum tu kan mama dah pegi private klinik, berat baby at 22weeks dah 400g, it's normal alhamdulillah. persetankan berat mama tak naik, janji baby sihat kan?




eh, ada possibility tak mamanye berat reduced actually tapi baby maintain sihat kat dalam? ni teori pening nama dia!




sudah tu mama tunggu giliran nak masuk jumpa nurse. memula cam heran gak sebab previous check-up nurse kata 2nd visit ni jumpa doctor tapi ni kena jumpa dia jugek? apakah? ok takpe, since kat KK ni FREE OF CHARGE, jangan banyak cekadak tanya macam-macam eh. dah cukup bagus orang nak check. hihi.




sementara menunggu tu papa dah cam tak keruan. ye lah, sape yang suka menunggu lama kan? dah tu dia amek time slip je pulak. tapi demi isteri tercinta, sanggup dia karoke, merapu kejap. mama layankan je lah. kat sebelah kitorang ada couple cina, jenis yang moden-moden gak sebab tengok dressing tak macam orang biasa. kitorang wonder kenapa la diorang tak gi private clinic? bukan cina kaya-kaya ke? pastu kitorang terdengar diorang berborak dengan nurse tu nak bersalin kat gomen hospital. baiklah, pertanyaan terjawab sudah. pastu mama nampak si suami pegang satu fail nipis saiz A4, ada tulis Wedding Certificate. (nampak na takde aktiviti kan? punye la kepoh sampai orang pegang apa pon nak tengok. hehe) pastu cakap kat papa, nasib la kad nikah saiz IC je. kalau tak jenuh nak bawak ke hulu ke hilir. ye lah, weols kan muda remaja. kang ada yang kena cekup dengan JAIS kang.




time baru-baru kawen ada cerita kelakar. mama kena outstation Kuantan ke Cherating ke Kemaman ntah. pastu papa punye la cuak, dok la tanya kad nikah bawak tak? kang kena cekup khalwat kat bilik hotel naya je! haiya, ini olang pon ada ka? nampak sangat suci kan?? haha.




ok back to the topic.




lebih kurang 45 minit camtu, nombor 17 mama naik. peh, macam menang nombor ekor ok dia punye eksaited! tapi sebelum tu kitorang tengok couple cina sebelah kitorang yang nombor 16 tu kena panggil. tapi hasben dia duk luar. so bila turn mama je, mama tanya nurse tu boleh bawak masuk hasben tak? nurse tu jawab,




buat apa nak masuk? kan ada orang lain ni. kang perut orang lain yang ditengok plak.




amboi, garang ok akak nurse ni. takpe takpe, i tak kesah. dah tu nurse suruh baring, nak dengar heartbeat. aritu 1st visit tak dapat dengar, lomak banyak kato kau! but this time, alhamdulillah pas godek-godek atas bawah kiri kanan, dapat la mama dengar bunyik heartbeat yang macam bunyik kuda berlari tu. serius kuat okeh! pehtu punyo la eksaited kan, mama tercakap la pulak kat nurse tu,




boleh rakam tak kak?




pastu dia jawab,




eh ko nih. lain kali bawak keluar henpon sesiap nak rakam. tak pernah-pernah orang nak mintak rakam. ni pestaim ni akak dengar. kelaka la ko nih.




oh, baru mama paham. akak ni memang stail cakap kasar. ok the game started. leh gurau kasar dengan akak ni nampaknye. muahaha.




pastu ada la dia kasik kuliah sikit pasal pregnant ni. tong teng tong teng, mama dah boleh keluar untuk jumpa doktor. pastu tunggu la lagi 15 minit camtu, dapat jumpa doktor. tapi doktor dia bosan ok! seriusssssss je. pastu jenis cakap bahasa baku gitu. time dengan doktor tu dia check mamanye tiroid, jantung & perut. pastu dia tanya nak scan tak? macam terkedu jap. wonder ada ke pregnant mommies yang tak nak scan? sebab that's the only way to see the baby ok! so haruslah mama jawab nak. pastu dan-dan nurse kat tepi doctor tu kata,




tapi scan tak buat kat sini ye. kena pegi kat KK Pantai Indah kat Pantai Dalam. nanti kita inform KK Pantai Indah untuk appointment scan awak ye.




mama pon loooooooooooooooooooooooooooooooooorrrrrrrrr. gua punye eksaited nak tengok anak wa sekali lu kata takleh scan kat situ? wa memang panasssssss!! tapi takpe, pikir-pikir balik rawatan adalah PERCUMA, so sila behave ye.




sudahnye mama balik dengan perasaan hampa, sebab by 22weeks pon tak tau baby boy ke girl. huhu. kita tunggu apa cerita scan nanti yek!

Pureen Stretch Mark Lotion


dah nak masuk 6 bulan barulah beli lotion stretch mark ni ha. sib beklah ada seketul je kat perut ni. elok je tak beranak pulak stretch mark tu. awas kau!

first time apply lotion ni tak ayh tunggu mandi ok! eksaited la kan nak menyapu kat perut. (menyapu?) sebelum sapu wajib amek bau ye, ok bila dah cium ada bau baby-baby sket, kira pass lah. sekali dah sapu, terus baby gerak-gerak tau! so mama cam teruja & kagum jap betapa berkesannye lah ko wahai lotion sampai baby pon leh tau pe jadik kat perut mama. sayang dia!

sekarang mama perasan kat sekitar pusat tu, bulu roma lebat semacam. kesan lotion ni ke ek?pastu tunjuk kat papa, dia kata ok lah tu. hey, nasib baiklah bulu tu kat pusat, tak boleh tunjuk. kalau bulu tu kat muka memang mama dah attach gambar kat sini hokeh!

tapi lantakkan je lah bulu nak memanjang ke hapa. tapi jangan memanjang sampai ke lutut sudah. seram pulak doktor karang. hehe.


eh, kalau nak tau pekdah Pureen Stretch Mark Lotion ni, klik sini - Pureen Stretch Mark Lotion

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up