Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Orang Tua-tua Kata..

selalu la kita dengar macam-macam kan pesan orang tua ni pasal semua benda yang kita takleh buat. tapi sebenarnya dia nak kata tak elok buat macam tu. tapi dia punya restriction tu siap dengan akibat yang kadang tak masuk dek akal.

Kalau ibu mengandung kerap terkencing.

Orang tua-tua kata....
Anak kat dalam rambutnya lebat.

Tapi sebenarnya...
Pergerakan baby memberi tekanan pada punci kencing si ibu. tu sebab lah si ibu kerap terkencing.

Kalau ibu mengandung pakai kasut tumit tinggi.

Orang tua-tua kata...
Nanti dahi baby jendul.

Tapi sebenarnye...
Bahaya pada si ibu tu sendiri sebab ada possiblity terpelecok ke kan. almaklumlah, badan dah berat.

Kalau ibu mengandung takde pinggang, shape out terus.

Orang tua-tua kata...
Ni mesti anak lelaki ni. sebab lelaki pinggang tak ramping macam perempuan.

Tapi sebenarnye...
Si ibu yang gomok. makan tak beragak. preknen ke tak samo yo takdo pinggang. haha.

Time mengandung jangan aktif sangat 'aktiviti sukan air dengan suami'

Orang tua-tua kata...
Nanti kepala anak berkerak dek air mani apak eh.

Tapi sebenarnye...
Takut si apak takleh kontrol nafsu, lantas terlupa yang si omak tengah preknen. tak ke haru.

dan banyak lagi orang tua-tua kata. saya ni takde la nak bangkang cakap orang tua. tapi empat point atas ni memang serius saya takleh terima. statement agak goyah. hehe.

Rasa Terbukak Cemane Ek?

erk. terbukak? alah, terbukak 'tu' lah. latety ni kan asyik la cakap dengan baby, keluarlah dikau by september. haha. pastu papa siap sound,

ada pulak cakap camtu. cakap la baby keluar la time baby dah sihat sepenuhnya, dah matang bla bla bla.

eh, perut saya dah tak dapat dibendung lagi lah! tapi jawab dalam hati je. i kan isteri solehah, harus taat cakap suami okeh! hihi.

kononnye lah kan, doa ibu tu selalu termakbul. so saya tetiap hari berharap la kot harini dah bukak berapa cm ek? cemane nak buat VE sendiri ek? cemane nurse kira berapa cm tu? letak pembaris ke? jadiknye current obsession dalam bilik air adalah VE depan cermin. agak tak semenggah jugaklah kiranya kan. tapi betul lah, miss V dah rasa cam lain sikit. rasa dia macam terbukak sikit ala-ala teransang tu. eh, betul tak description dia camtu? sori la ye kalau perkataan tak sopan. tapi saya rasa camtu la.

sekarang ni still mampu lagi nak datang office. asal boleh nak berjalan aje. sebab dengan harapan cepat la sikit boleh bersalin nih. hehe. tak tau la kenapa saya eksaited betul nak bersalin ni. patutnya ada la rasa takut ke rasa tak nak bersalin lagi ke tapi entahlah. maybe sebab memang 'ini' yang saya tunggu-tunggu sekian lama. plus saya kan dulu susah nak mengandung, so once dah mengandung ni, semua benda pun saya nak cepat-cepat setelkan.

contoh eksaited ialah preparation baby start seawal 4 bulan preknen. haaa. gile konfiden kan? orang tua-tua kata tak tentu jadik la apa la, nanti kalau tak jadi, barang dah beli, sendiri juga yang sedih kan. tapi nak buat cemano? orang lain rilek je bunting pelamin. tak sempat nak honeymoon dah bunting. tapi saya kan nak kena tunggu setaun setengah baru la merasa ha. mana la tak eksaited weh?

tapi apa pun, Alhamdulillah, si tecik dalam ni always on track even omak e berguling sana sini belahak. tinggal bape minggu je lagi nak meletup ni ha. saya percaya Allah akan bagi saya rezeki anak bila saya dah ready & only HIM yang tau bila saya ready. & now, I'M READY!

Tolong Respek Ibu Mengandung Boleh?

ini entry meluah perasaan marah~

aku ni PA sorang Dato. professionally, aku tak kisah kalau orang lain datang ofis ni nak mintak sign bos aku, pastu bila bos dah sign, aku sendiri yang pulang balik kat diorang. kalau ikut eksyen aku, aku kol balik je mintak diorang datang amek sendiri surat tu. lagipun, aku baru jadik PA kat sini 6 bulan, tak semua orang aku kenal melainkan orang-orang besar sajok.

kisahnye bos aku nak beli something. so kena go thru purchasing la kan. dengan kelebihan 'nama' bos aku, ingatkan boleh proceed cepat lah konon. tapi cam haram jugak, aku dah deal dengan supplier, dah dapat quotation sendiri dari supplier, tinggal purchasing keluar P.O je kasik kat supplier. yang tu aku takleh tolong la, sebab tu keje diorang. aku dah tolong dapatkan quotation dah cukup bagus dah kan.

pastu harini supplier pos invoice atas nama bos aku. as PA harus lah jadik keje aku go thru semua surat-surat bos kan. pastu bos kata, invoice ni aku kena submit kat finance dept. untuk payment. disebabkan aku baru kat sini, so segala pergerakan aku, aku confirmkan dulu dengan PA lain. diorang kata pass dekat finance. sama macam yang bos aku cakap. ok fine, jam-jam tu gak aku turun finance.

sampai kat finance, dah tak tau nak jumpa sape sebab memasing macam bizi gile. so terkedek-kedek la kejap kat sorang ni tanya dia,

invoice hantar kat sini kan? dato suruh hantar kat sini.

pastu orang finance tanya lagi,

mana memo? P.O ke D.O ke ada tak?

aku ni dah blur. sebab sebelum ni deal dengan purchasing pastu quotation dah hantar kat purchasing. aku cite lah ape process sebelum ni. pastu dia kata,

oh kalau macam tu kasi kat purchasing lah.

eh, sekarang ni bos aku & PA tadi cakap salah ke ek? apa prosedur sebenarnye nih? padahal ikut logik memang finance yang akan buat payment. cane ko nak buat payment tu ko refer la pada purchasing kan? dah satu hal aku nak gi purchasing pulak nak pass invoice ni.

oh satu ofis ke satu ofis jauh ok bagi seorang ibu mengandung. huhuhu. maka terkedek-kedek la aku pegi purchasing pulak.

sampai kat purchasing, diorang buat muka pelik pulak apsal supplier antar invoice kat bos aku, bukan kat diorang. so nampak tak kat situ, takde communication antara purchasing dengan supplier pasal invoice nih. pastu boleh tanya lagi,

supplier dah install ke mende ni? bila diorang nak install ek?

eh, patutnya siapa yang kena tanya siapa nih? mementang ko purchasing, ko nak semua orang sembah ko la? pastu aku cakap sorry la saya tak tau. maybe supplier tunggu payment dulu kot. pastu dia membebel kata kita bukan cash on delivery, kita tunggu dia pasang dulu baru kita bayar.

eh helo, memang la takde sape nak bayar RM14k sedebuk depan mata ok! ko ni tak reti-reti ke nak setel masalah ni dengan supplier sendiri? ko deal la cemane ko nak setel mende ni. yang aku tau, menda tu dah ada depan mata. so bila bos aku tanya, diorang dah install Dato'. itu keje aku, keje PA. bukan keje aku nak beli-beli barang ni lah!

anyway aku tak kisah pon nak deal dengan supplier, tapi dah wujudnya purchasing department, apa kata kita bagi keje beli-belah ni kat diorang. kang takde keje plak kan?

so dah sudah akak tu membebel, aku pon naik la ofis balik. naik lif ok! even ofis beza setingkat je. tapi tak larat la weh, I'm 36 weeks pregnant ok!

sampai ofis, sambung la buat keje. sekali budak purchasing (orang lain) kol.

cik amirah turun bawah boleh tak ambik invoice ni sebab Dato' kena sign la.

aku cam bengang la. tadi aku lama-lama kat purchasing, akak tu tak cakap langsung bos aku kena sign kt invoice tu. tapi, sebab aku ada otak lagi, aku boleh fikir waras, aku cakap

ok nanti saya turun ye.

disebabkan aku baru je dapat duduk, so aku rehat la kejap. minum-minum air sambil buat keje. selang bape minit pastu, tepon bunyik.

cik amirah boleh turun cepat sikit tak?

sentap mak jemah ok! agak-agak la weh. ko ingat ko sape nak suruh aku buat keje cepat-cepat? ko tu admin assistant jek. bos aku yang pangkat dato tu pon paham condition aku tak cergas macam orang biasa. fine, aku masih boleh berfikir, maybe dia tak tau aku pregnant kot! aku pon jawab

ok saya turun sekarang ye.

sampai je kat purchasing, aku saje je buat-buat pegang pinggang dengan harapan dia nampak perut aku yang terbonjol ni. aku pon cakap la,

sorry la lambat ye. saya ni tak boleh jalan laju-laju.

terus dia pandang aku, baru dia perasan aku mengandung rupanya. dengan muka terkejut, dia cakap

alamak sori-sori kak. saya nak proceed invoice ni by Monday ye.

maknanya tak reti-reti nak kata aku kena dapatkan sign bos ASAP pastu dengan ASAP lagi sekali turun bawah kasik kat dia balik. sentap ok sentap. nasib la anak aku tido dalam ni. dia pon paham kot aku ni tengah gigih bekerja ke hulu ke hilir.

sampai je ofis, sib baik bos ada. suruh bos sign, sekali bos tanya,

kenapa saya kena sign pulak? sape suruh?

ah sudah satu hal aku nak menjawab pulak. aku cakap la purchasing suruh. bos geleng kepala je. sian kat aku agaknye sebab kena turun naik. takkan aku nak suruh dia hantar pulak kan. ada orang tua tu demam lagi sekali kang.

so turun la lagi sekali aku pegi menghantar invoice bernilai RM14k tu. sampai kat purchasing,

terima kasih banyak-banyak kak. sori ek?

aku pon cakap la,

takpe takpe. (tapi dalam hati aku cakap, aku nak tengok time ko pregnant nanti ko boleh lari tak?)

THE END.

p/s so sorry la anak, mama tak dapat control marah mama. diorang jahat buli mama kan? T___T

6cm dilated!!

heh tanjat boboi kan? mama baru masuk 36weeks takkan lah tetibe leh 6cm terbukak pulak! (tapi kuasa Allah kita xtau kan?) by the way malam tadi mama mimpi pasal check up esok. esok memula kena scan dulu pastu baru jumpa doc. entah cemana dalam mimpi tu bila check up doc boleh pulak nak seluk. sekali seluk ko, dah 6cm terbukak. sudahnye warded la mama kengkonon malam tu jugak boleh bersalin. tapi bila bangun tadi pegang perut eh, kembung lagi. pastu tengok brader sebelah ni elok je dengkur. sah-sah la mimpi nih. aishh, tak sabar nak tunggu esok. nak request kena seluk boleh? hehe. agak tak waras di situ!

serius mama dah tak sabar nak niiiiiiii...

36weeks pregnancy

hmm..tarik nafas jap. minggu ni genap saya mengandung 9 bulan. tinggal nak tunggu 10 hari je lagi kot-kot baby nak keluar ikut apa yang Allah kata dalam Al-Quran, 9 bulan 10 hari. minggu ni rasa badan penat sangat, rasa nak baring je memanjang. duduk kat kerusi pon dah tak selesa, sakit pinggang. bila baby bergerak aduhaiiii lah, Allah je yang tahu betapa padatnya perut ni.

orang-orang tua kata bila kaki bengkak, tanda bersalin makin dekat. tapi kaki saya tak bengkak-bengkak ponn! cemane nih? dah tak larat nak bawak perut rasanya dah. huhu. saya punya instinct dalam bulan september ni jugak keluarnya. pastu bos pun dah suruh siap-siapkan kerja dalam minggu ni jugak. eh, instinct dia pon sama jugak ke? hehe. anyway, september tinggal lagi 10 hari aje. sila countdown dari sekarang.

perubahan paling ketara dalam final trimester ni ialah keletihan yang tersangat la letih macam siang tadi pegi membajak sawah & tetibe je spenda dah basah. eh, kalau sebelum ni kan rasa nak terkencing tu boleh kontrol lagi, tapi ni alih-alih dah pedih, pastu masuk toilet tengok-tengok dah merembes setitik tanpa disedari. inilah pengorbanan omak, spenda kotor dek kono koncing pon takpo, janji baby sihat. huhu tetibe kan.

seminggu dua ni selalu pulak mimpi dah bersalin, dah nampak baby, dah pegang baby tapi macam biasalah, dah nama mimpi, muka harus tak tak ingat. yang paling ingat tang rambut gulung-gulung, pastu bulat macam johan raja lawak tu. hey, mak jemah suka hokeyy! hehe. entah kenapa suka la dengan lawak si johan tu. sakit-sakit perut ni menahan. banyak kali dah tengok maharaja lawak raya tu still boleh gelak sorang-sorang lagi. sekali, cakap kat papa nak bubuh nama johan boleh? haha sentap la dia tetibe nak buh nama johan. hihi.

oh pasal nama saya serah bulat-bulat pada papa. kasik can la dia feeling jadik bapak kan. tapi sebenarnya masa awal pregnant dulu, masa tu dah 3 bulan kot, saya mimpi baby ni baby 'tut' siap ada nama lagi. sekali, scan betul pulak baby tu baby 'tut', so saya dah cakap kat papa buh nama yang saya mimpi tu. saya anggap tu ilham dari Allah untuk baby ni. jadiknye papa topap je lah nama tu yek.

pasal air kelapa, ramai dah advise minum bila dah hujung-hujung pregnancy ni. tapi haritu saya balik umah ibu, ibu kata dulu ibu minum minyak kelapa. helo, MINYAK kelapa ok! yang best tu, minyak kelapa tu buat sendiri ye. umangai, celah mana nak dapek minyak kelapa home made ni? ibu buatkan boleh? haha. oh ibu saya tu dek banyak sangat makan ubat-ubat ni dia tau lah effect bila minum air kelapa. sebab saya kan still makan ubat sepital yang sah-sah chemical made, so bila berlaga dengan air kelapa, segala mak nenek zat dari ubat sepital tu hilang. no point la makan ubat sepital kan? baiklah, saya tak minum air kelapa lagi.

pasal preparation, semua dah ready alhamdulillah. tinggal breast pump & set bersalin je tak decide lagi. plan nak try dengan manual pump dulu kot, sebab nak melabur sedebuk ratus-ratus tu rasa kelat pulak. susunya keluar ke idak tak tau lagi kan. lagipun ada kawan tu time pregnant dah beli breast pump memahal, sekali pam takdo susu e. apo nak dibuek, picit-picit urut-urut tak maun gak keluar. lantas, berkopam la breast pump tu dalam kotak. ondak dijua kek den takut lak jadik mondo yang samo. so tunggu lah peh bersalin sok.

set bersalin pulak rasa macam tak nak makan jamu-jamu nih, sebab boleh effect pada pengeluaran susu kan. so kita tengok keadaan lepas bersalin cemane nanti ye. berpantangnye insyaAllah kat umah seremban, tapi ada sedikit masaelah lah. rumah kat seremban tu bertingkat, selama ni duk kat bilik atas. so nanti dah bersalin satu hal la pulak nak mendaki tangga. bab nak angkat baby abah dah volunteer, tapi yang omak e ni sape nak angkat? haha omak bosa gajah nak diusung emang tak dapek la weh. pulak bilik kat bawah tu takdo tingkap, bilik renovated katakan. dah tu bilik orang bujang, cam tak best je nak jadik bilik baby. huhu. banyak na alasan kan? last-last ada yang tido bersepah je nanti kang tengok lah. so pada kengkawan yang nak datang tu, (ada ke?) korang almaklum sajalah keadaan omak berpantang sok ye. hihi.

eh, macam best je panggil omak kan? tapi kompom tak lulus nanti, dah apak ee punyo somangat KL dah samo cam KLCC. tu yang jadik mama papa tu. ikut an yo lah~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up