Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Celebrating 6 Months With Solid Foods

Cerelac Gandum & Madu : Besar untuk bagi bbsitter, kecik untuk kat umah

Farley's Rusk : Orange untuk bagi bbsitter, Original untuk kat umah

Broccoli Puree : pagi tadi punyo. bubuh dalam bekas First Year yang beli haritu. ada entry kat SINI.
dengan rasminya semalam Arsyad Hadi si tombam dah 6bulan ye ibu-ibu. macam tak caya je kejappppp je si tombam tu dah sebesau ini. hmmm. semalam pon mama dengan semangat yang jitu telah membeli belah makanan untuk Arsyad Hadi.

ekceli selama ni dah beli Cerelac tin kecik & biskut Farleys kotak kecik. rasanya dah dua minggu gak la. sebabnya kan aritu susu mama dah sikit. hukhuk. sekarang Alhamdulillah dah kembali normal, even takde la mencurah-curah macam time pantang, tapi cukup untuk sehari. =)

time Arsyad 5 bulan lagi, babysitter dah pujuk saya belikan Cerelac ni. dia kata abes menjejes air liur budak tu. kalau tengok orang makan, dia siap boleh jilat-jilat bibir dia lagi. seems lapar kan? tapi saya tangguhkan 2 minggu. buat dek je bila opah tu pujuk. huhu. pastu bila dah lagi 2 minggu Arsyad nak masuk 6 bulan, saya beli jugak Cerelac tin kecik, biskut Farleys kotak kecik, brokoli sekuntum. tapi saya just bagi Cerelac dulu kat opah. dia kata dia masukkan sesudu kfc kt dalam botol. pastu dia lubangkan sket hujung puting tu. tapi keadaan totap samo. Arsyad memang nak makan!!! haaaaaaaaaaaaaaa...

mama dah serba salah. kan orang dok gebang sana sini solid food will only started when the baby turns 6 months kan? dah tu gimana? hmmm..minggu ke tiga (lagi seminggu nak masuk 6 bulan), mama bagi kat opah, sekotak biskut Farleys tu. mama tanya camne opah bagi makan? opah masukkan air masak & biarkan biskut tu kembang & suap Arsyad. mama dah nak jerittt, AIR MASAKKKK?? hoho typical new mom memang gini kot ek? takut dengan benda baru nak bagi kat anak. tapi elok je Arsyadnye kumuhan. mama senyum sebab anak mama pandai makan dah. hehe. =)

Isnin lepas, mama start buat broccoli puree. kenapa broccoli? sebab mama tak makan sayur, so mama google la puree yang suitable dengan 6months baby, one of ialah broccoli. so Arsyad makan sayur banyak-banyak k, mama tak makan sayur. hahaha boleh? =P

pastu mama tanya opah cane opah bagi Arsyad makan puree brokoli tu? opah kata, masukkan sekali dalam Cerelac. pandaiiiiiiiiiiiiiiii. bagus bagus. tak sia-sia RM300 papa. eh? latest, petang semalam opah pesan kat papa, Arsyad Hadi makan habis yang 'hijau' tu. beli la lagi. hehe. 'hijau'? broccoli la opah!

so semalam mama beli stok makanan Arsyad Hadi, sekali dengan dua kuntum brokoli & carrot. tapi kan orang kata elok ikut 4 days rule. maknanya kita test anak kita selama 4 hari dengan makanan tu, kalau dia hadam elok, tak kembung, kumuhan ok, kira ok la. kalau within 4days tu ada something wrong, maknanya makanan tu tak suit dengan dia. so try makanan lain pulak yep. so far dah dua hari Arsyad makan brokoli, no problem. tapi mama tak nampak lagi Arsyad punya kumuhan hijau, agaknye berkumuh di umah opah kot. haha.

kat sini mama nak tunjuk pada ibu-ibu yang plan to start their solid food. cenggini :

Oragnic Broccoli : 166gram = RM3.49. meheiiii weh! semalam beli yang tak organic, dua ketul camni dapat RM4 ++.
tapi better organic dok?

patah-patahkan dahan tu supaya jadik kuntum-kuntum gini. rebus dalam periuk ye.
nak tau dia dah empuk tengok kaler hijau dia lain macam sket.

pastu masukkan dalam blender. dalam jar yang bukan blend cili tau.
mama dapat 3sets of blender time kawen dulu. time ni la baru nak guna. after 3years ok! =P
oh, tos air rebusan tu, blend broccoli with EBM.

dapat la 3 bekas kecik gini. ok la for starter kan?

tengok ini tombam. sengih dengan hijau-hijau kat mulut. hehe.

hoho budak ini musti ada katun kat tepi untuk lekakan dia. tu tengah tengok sinchan.
tapi pelik, dia ni suka tengok katun kt 'tv kecik' tu je rather than real tv. apsal eh?

so gitu la celebrationnye. anak anda bagaimana? selamat mencuba. hihihi

Ce Carik


ce carik apa yang tak kena dalam fridge ni. hehehe

Breastfeeding Ni Trend Ke?

BREASTFEEDING IS NOT A TREND OK, IT'S A SUNNAH!

dah dua hari saya mempertahankan isu breastfeeding di FB. it's started bila saya post link Kutu Medela Freestyle ni. oh ekceli susu saya dah start merudum, so I thought it is a time to change the breastpump. saya kan pakai manual, saya sangat struggle dengan pam manual. Alhamdulillah, in almost 6months, saya berjaya FULLY BREASTFEED MY TOMBAM ARSYAD HADI. kira dah grad la ni. haha. ok cite pasal pam tu lenkali k. nak cite pasal isu ni.

it is started when a friend of mine, yang belum kawen interested dengan pam ni. so saya usik-usik la dia, ko nak pam mende? hahaha gitulah. pastu berlarutan la bincang pasal breastpump. but bear in mind, we are talking about breastfeeding & breastpump ONLY!

hari keesokannya, saya post pulak link  pasal solid food. ajak papa beli broccoli to start buat puree. tengah-tengah best bincang ni, tetibe ada mamat ni nyampuk, something like this (nak printscreen tapi tak koser mak) :

baguslah bincang pasal benda ni. rasanya tak elok bincang pasal pam-pam ni. elok di private kan post sebegitu. semoga ada rasa malu. saya sebagai lelaki dan juga suami turut malu. tak semua benda boleh dibincangkan/dipost di FB.

damn you! he is a father of 3 yo son, supposed faham keadaan ibu yang bf anak. tapi ini tak, dikata pulak saya ni tak malu bincang pasal breastpump & breastfeeding on FB. pe kess??

saya memang meletop time tu. saya bukannye mencarut. saya kata;

benda ni universal. semua orang mesti tau. kadang-kadang kita malu nak tanya kawan, ktia google. kalau takde orang discuss pasal isu ni, camne nak gain info?

like me & papa we're both soooo into exclusive breastfeeding, sebab since join all ante-natal classess dah exposed pasal breastfeeding. lagipun, it's a bonding time with baby yang memang saya & papa tunggu-tunggu. why bother?

pastu dia salahkan freedom of speech pulak. dia kata;

nanti jangan salahkan anak kalau google WHAT IS SEX? he is just curious. what a pity boy.

kepala hotak dia compare BREASTFEEDING dengan SEX! saya dah malas nak membebel dalam english lagi. haha. it's true! saya ngadu kat hasben. luckily dia pon menjadi 0, pengaman keadaan. saya stop komen on that post.

tapi semalam, saya buat post baru pulak;

I AM A FULLY BREASTFEED MAMA & I'M PROUD OF IT. FOR THOSE WHO DIDN'T SUPPORT LIFE OF BREASTFEEDING, PLEASE, I DON'T EVEN NEED YOU. I'M NOT TALKING CRAP, IT IS STATED IN AL-QURAN & WE AS A MUSLIM (EITHER MALE OR FEMALE) MUST READ AND UNDERSTAND. AS LONG AS I'M NOT DOING DOSA, ENOUGH FOR ME AND MY ENTIRE FAMILY.

pastu tepek sekali link pasal Nikmat Air Susu Ibu by Sarakids Blog. hamek koooo, sampai 72 komen di situ. hahaha. ramai plak yang support mama. yes! I won this issue!!

saya tak salahkan pada sesiapa yang beri anak susu FM, saya tau everybody's condition@rezeki tak sama. tapi, saya mempertahankan isu bf anak sebab saya ada susu saya sendiri. even susu saya takde la sampai nak beli deep freezer, but still enough for my tombam.

alaaa, cite pasal susu merudum nanti eh? tunggu mama beli pam baru. hehe. =P

Addicted


Already addicted to Maltesers. sebelah kanan ialah bekas Nutella.
sepeket 150g Maltesers boleh penuhkan sebotol Nutella & siap berlebih 5-6 biji.

Ini semua gara-gara seorang mamat yang tidak dikenali. time tu dok shopping kat Carrefour Alamanda. tekak teringin nak makan coklat. lalu kat tempat coklat masyaAllah banyakkkkkkknyeee pilihan. pastu dok mundar mandir tak tau nak pilih yang mana nak ditelan.

Tetibe datang sorang mamat remaja bersama aweknya di depan saya, amek sepeket Maltesers ni siap dicium-cium. pastu aweknye pukul manja & gelak-gelak di situ. motif?? bila mamat senget dan aweknya itu dah blah, saya pon amek la sepeket tanpa ragu-ragu. harga RM8.90 kot. tak ingat. tapi yang pasti RM8 lebih la.

pastu sampai rumah terus masuk dalam petiais. disebabkan obsession utama kat umah ialah si kenit hijau, terus lupa nak makan. lalu menjelmalah hari Isnin dan saya bawak Maltesers ke opis. tiba di opis, saya convertkan segala isi Maltesers ke dalam bekas Nutella yang kosong. bekas tu kekadang tempat letak gegula. sambil buat keje, sambil ngap. tapi, dengan ngap pertama, terus jatuh cinta. terus rasa macam apahal baru tau mende ni sedap? *takpuashati*

semenjak itu, setiap kali pergi ke Carrefour, harus pau sepeket. sampai semalam gi beli barang dapur, papa sound,

aik, aritu kan dah beli?

saya sengih je. hehe.

Tombam

ikut mama ke?
ikut papa ke?

ikut la sapa-sapa pon tak kisah la. totap anak mama & papa kan? hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up