Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Babai MODU, Ailebiu SWING

Baru beli MODU bulan lepas, pakai dua kali je. performance tak bagus lah. I mean tak sebagus pam manual Anakku yang mama pakai sejak pantang Oktober 2011. sekarang kan musim merudum sana sini. mama pon terjangkit sekali. plus jadual pumping yang tak menentu, due to kebizian yang tak tentu arah kat ofis ni. our university college in the process to become a full fledge university. so banyakkkkkkkkkkkkk gile preparation nak kena buat untuk present depan ministry. budak RA dah lama takde, tinggal la PA keseorangan bersilat buat keje ni ha.

disebabkan itu, mama kembali ke zaman merudum mula-mula dulu, lunchtime balik kejap untuk topap susu kat opah. sadis weh! opah dok la tanya ni balik semata-mata nak hantar susu ke? mama angguk la. mama tunggu gak dia cakap tak payah la susah-susah, beli je susu tepung. tapi Alhamdulillah BELUM LAGI. ahaha belum lagi ok! takut nanti opah cakap nanti terus naik darah tinggi mama. adoiiiii! kadang-kadang terasa jugak nak beli FM, tapi selagi mama boleh bertahan, mama bertahan. susah macamana pon, mama kena kaji balik macamana nak boost milk semula. dapat buat stok sehari dalam fridge pon jadik lah! =(

disebabkan ketidakcemerlangan MODU itu, mama let go je. mama taknak let go kat sini, sebab kang korang blame aku pulak susu aku tak lebat, ada hati nak suruh orang beli. hihi. so mama jual la pada orang lain. terasa la jugak rugi, beli, pakai sekali, alih-alih jual. ni semua PINK punya pasal la. huhu. plus MODU kan jarang orang pakai, so testimoni memang tak banyak. tapi disebabkan kebongokan mama yang terpedaya dengan warna PINK, terbeli jugak. pastu, padah! =(

selepas seminggu buat research pasal elektrik pam, (oh sebab mama nak dapat susu banyak tanpa makan masa + penat) akhirnya mama pilih MEDELA SWING. mula-mula tergoda dengan AUTUMNZ ULTIMATE, tapi takde orang sekeliling yang pakai la. so kang aku terkial-kial nak pam sesia je. my bff suggest MEDELA FREESTYLE, adoiii memang la the best investment, tapi macam tak rela pulak nak melabur sebanyak tu. so yang sedang-sedang aja, amek SWING aje lah. nak beli online memang best, tapi nak tunggu post lagi, berzaman lah. susu dah semput-semput nih. jadiknye, semalam terjah Midveli, singgah Mom's Care, dapat la pujaan hati yang diidam-idamkan. =)

Standard price @ Mom's Care RM799
Kalau la mama tau terdesak macam ni, mama dah beli time Expo bulan lepas. sah-sah murah kan? dengar cerita time expo FREESTYLE boleh dapat RM1200 je ko. biasa kat RM1500 kalau promo biasa. =( papa punye terkejut harga mahal cenggitu. (psst, sebab mama beli pakai duit mama. kalau mintak dengan papa mesti banyak soal jawab. ye lah, mahal kan? tapi takpe, mama akan proof kat papa yang memang tak rugi beli pam ni!) papa kata kat Acad, Acad kena doakan mama dapat bagi Acad minum sampai umur 2 tahun tau. sian mama. ok, sila tadah air mata sekarang. terharu tau! 

Projek tenusu depan PC sajek!

heh. Dato tengah meeting ni. so boleh la ngepam kat office jek. hihi. tadi sedap-sedap pam, masuk pulak cleaner. sib baik dah cover ngan shawl. tapi mesti dia wonder kemende la natang kuning atas meja berbunyi-bunyi tu. disebabkan dia bangla, so boleh la mama kategorikan dia tak tau pasal brestpump ni. hehe.

4 oz within 5mins uols!
 ni second session. first session tadi dapat 5oz dalam 10mins. tapi tadi buat projek kat surau. segan pulak dengan student-student sebab mesin dok bunyik vibrate zzzz zzzzz. lantak. korang belaja nursing kan? mesti tau betapa pentingnya breastfeeding. =)

>5 oz after 15mins. ok la.
ok la not bad kan dapat 5 oz untuk first time use. pasni kena buat jadual pumping ni supaya berbaloi-baloi dengan harga pam. sampai papa asek la tanya dapat bape botol arini? hukhuk. baru dua botol @ 10oz. Acad minum 21 oz seharian kat umah opah. mana nak cari lagi 11oz nih?? tunggu beberapa session lagi pasni lah. hopefully dapat la lagi 11oz. takyah mama balik lunch time esok nak topap susu. =)

kiri storage bottle Stylo Mama by Sarakids, kanan tak asing lagi, cik Medela.
botol Medela ni gemok sikit lah. bila mama transfer dalam botol Stylo Mama, penuh sampai berlebih-lebih. kurus ek botol Stylo Mama? oh, mama transfer sebab botol Medela ni ada satu jek. botol Stylo Mama tak ngam pulak dengan kepala Swing, so kena la cari alternatif lain. ada yang kata botol Bumble Bee ok dengan pam Medela. 10botol Bumble Bee baru RM30. kalau nak beli botol Medela, 3botol RM69!! pitam mak!!

kesimpulannya, pam ni ok sangat-sangat pada orang yang really rely on manual pump macam mama. bunyi mesin ala-ala vibrate, ok la daripada bunyik mesin rumput MODU. huhu. sungguh berbaloi-baloi! mudah-mudahan SWING ni bertahan la sampai bila-bila, at least sampai Acad 2tahun nanti insyaAllah. =)

Arsyad Hadi Was 7 Months Yesterday

Semalam kan 24haribulan. Maknanya genaplah la si tombam mama tu 7bulan. memandangkan 7 bulan tak perlu nak ke klinik, so mama anggarkan berat Arsyad sekarang dah lebih 8kg sebab last weekend balik Seremban letak dia atas scale dah genap 8kg. so kurang-kurang minggu ni naik la 50gram ke 100gram ke ye dok.

Semalam kan boss MC, so haruslah blogwalking macam gilo. semua pon nak bukak. haha. last-last entry anak terbiar. sobsss. ok meh tepek gambar meh.

muka baru bangun tido memang cenggini je.
 Abaikan kelebaran lengan papa itu. beliau memang wrestler. haha. *papa ailebiu* perasan tak tangan Acad tu macam tu. ekceli dia suka goyang-goyangkan tangan dia macam menari gitu. mama tak sure mama suka tengok tarian ke hape time pregnant dulu tapi peel goyang-goyang tangan ni macam signature Acad dah. kecik-kecik ni comel la kan, dah besar sokkk, memang mama seligi je nanti. hehe. time ni tengah tunggu nombor naik. ramai orang. orang pregnant ada, baby yang baby sangat ada, baby tua dah berlari pon ada. tetibe teringat zaman sarat dulu. best je dengar heartbeat baby kan? =) (mood nak pregnant ni bahaya ni. papa tido luar eh. =P)

tengah main brooch jurai-jurai mama.
pastu dah naik nombor checkup bagai. kono la cucuk amondo ntah. budak ni pantang dia kalau tengah main-main, kita baringkan dia. memang tergeliat tangan nak pegang. dah la tombam! haha. tengok tangan mama goyang-goyang tepuk dia. konon nak mententeramkan dia la tu. tapi sengal punye nurse mama dah tepuk-tepuk Acad, Acad dah leka main brooch jurai mama, dia boleh pulak baru nak masukkan ubat kat jarum. cinabeng sungguh! last-last Acad dah start rimas baring, mama peluk dia kuat-kuat, dah start nangis. ye lah, boring kan tunggu lama.pastu boleh nurse kata, aik, belum cucuk dah nangis? dalam hati mama kata, ko tu yang lombab! copeklahhhhh!!!!

kena sedas. huhu.
pastu bila Acad dah start meronta nak bangun, dia dah start nangis, nurse dah cuak. nak pegang peha nak masukkan jarum pon ketaq weh. kojo gilo boto tau! sebelum aku bertukar jadik nurse, baik ko cucuk cepatttt. tengok, mama dah umpan bebe kegemaran pon Acad dah pedulik dah. ini semua nurse punyo pasal!! pastu kan, dah sudah cucuk tu nurse perasan papa amek gambar. dia kata, cik ambik gambar ke? sebenarnya tak boleh tau cik. nanti saya yang kena. eh, kat PPUM boleh, siap rekod video lagi, apasal Klinik Kesihatan tak boleh? kan sama konsep kan? lantakkkkkk. janji selamat dah gambar Acad kena cucuk. anyway cik nurse, papa nak amek gambar anak la, bukan gambar awak. nanti anak dah besar, boleh tunjuk dengan anak, haaa ni dulu-dulu Acad kuat nangis tau. mesti dia malu sendiri. hihi. takleh imagine Acad dah besar. janganlah besar cepat sangat nak oi. mama rindu baju kecik-kecik ni lah..... =D

Langkawi

Kenapa semua orang update cerita pegi Langkawi ni eh? kenapa Langkawi? haha mesti sebab tiket Air Asia promo aritu kan? ekceli mama + papa + Acad pon terjebak sama akan terbang ke Langkawi next month. by the time next month, Acad dah 8bulan insyaAllah. takde syarat baby takleh naik katebang kan? cuma flat rate la untuk infant, RM50. dahtu kena beriba plak kan. takleh imagine cemane Acad naik katebang. mama kompius macam-macam. (dah tau nak kompius gi beli tiket buat ape? T_____T )

kekompiusan itu ialah :

1) boleh bawak stroller tak naik katerbang?
2) kalau tak boleh, kat sana mesti ada jual stroller kan? murah tak?
3) ada kemungkinan baby mabuk naik katebang tak?
4) kalau ada, cane nak handle eh? 45 minit kot dalam katebang tuuuuu.
5) kat Langkawi ada jual barang-barang baby yang murah-murah tak? kata duty free. kalau ada breastpump free layan gak kan? hehe.

sekian kekompiusanku itu. sape dah pegi Langkawi dengan baby kecik harap jawab ye. =P

Petua Dapat Anak Perempuan

haish, dah bulan 5 ni. bulan 10 nanti Arsyad dah setahun. bulan 10 tahun depan Arsyad dah dua tahun. hoyeh, Arsyad boleh dapat adik dah. haha. ape ke sengal mama ni kan? inilah namanya family planning! wakaka. mama sentiasa ingat pesan doc pas bersalin haritu, make sure you pregnant lagi after two years ye. ingat, after two years. BAIKLAH. =/

mama ni kan pernah TTC (Trying To Conceive) selama setahun lapan bulan sebelum dapat Arsyad ni. hidup stress, keje stress, duit banyak pun tak guna. memang betul, kebahagiaan tu memang takde jual kat mana-mana. kalau ada jual mesti mama dah borong. haha. dalam tempoh TTC tu, mama buat keputusan mendadak, resign with 24hour notice. kena marah dengan kawan-kawan sebab dikatanya mama tak fikir panjang. memang mama tak boleh nak fikir pon. kerja tak seronok, mama saje buat keje main-main, dengan harapan konon bos tak suka kita, boleh la dia transfer kat department lain ke kan, tapi nan ado. seminggu sebelum mama resign, tiap-tiap hari mama nangis. ngadu dengan papa sampai bila nak hidup macam tu. papa nasihat macam-macam, cool time tu je lah. last-last mama tak tahan sangat, mama draft resignation letter, tunjuk kat papa. ajaibnye, papa boleh pulak betulkan ayat & topap ayat-ayat sedih. haha.

esoknye tu mama bagi surat kat bos, bos kata dah pikir panjang ke? sebelum ni lagi mama dah kata ngan dia mama dah tak tahan keje situ, siap bagitau dah attend berpuluh interview, tapi dia buat dek je. ingat mama main-main agaknye. last-last, mama keje sambil lewa, saje buat dia sakit hati, pastu mama dapat reminder pasal keje. time tu syukurnye ya Allah, bos dah tak suka aku! yes!! so bila dah dapat reminder tu, mama cakap ngan dia nak 24hour notice, bayar sebulan gaji pon takpe. sebab dah tak tahan sangat kan? pastu nak tau dia counter ape? awak taknak notice sebulan ke? danggggggg! sahsah orang dah tak suka kita kan, nak tunggu sebulan lagi? oh no no no no tak sanggup. sebelum aku stress lagi 30hari, sebelum aku pancitkan tayar ko, baik aku resign on the dot. abes cite!

esoknya tu bermulalah kehidupan sebagai surirumah. HEAVEN ko!!! tapi bila melangkah ke Midveli dah tak heaven dah. macam melangkah ke jambatan gantung gitu. huhu. so rancak lah apply keje sana sini, attend interview sana sini. abes IPT dah pegi dah kat KL tu. last-last melekatlah kat satu IPT kat Mantin sana lepas berjaya menganggur dua bulan. hehe.

memandangkan Mantin itu jauh dari KL, maka separatelah kami suami isteri. convert to weekend husband-wife. papa duduk dengan parent dia kat Putrajaya, mama duduk dengan parent mama kat Seremban. weekend gilir-gilir Seremban-Putrajaya. gaji so-so je tapi oklah ada dari takde kan. dapatlah bayar duit kereta, duit cc etc. time tu keje takdelah stress sangat, tapi stress sikit sebab keje masuk kul7.30, balik ikut suka bos nak suruh kita balik pukul berapa. boleh? selagi dia tak balik, jangan harap staf boleh balik. aduuuhhh. duduk kat HEA plak, ngadap lecturer ngan student komplen macam-macam. adeh. tapi stress hilang bila diubati dengan rindu-rinduan yang dikumpul selama 5 hari, dilepaskan bersama papa on weekend. haha goli lak aiii nak taip nih. tapi serius weh, macam terapi gitu. tu yang lekat kot. =D

pastu mama dapat tau pregnant time kat Mantin ni lah. satu hari tu new registration day, kena stay sampai tak boleh bangun makan pon. lunch provided tapi ko makan kat ofis tu jugak. punyelah ramai student. sehari 2-3 ribu student register ko sanggup? sampai satu tahap, kepala mama dah pusing-pusing. tak pernah rasa macam tu. pastu member sebelah dah cuak. dia suruh gi klinik student, check dengan nurse kat situ. nurse saspek mama pregnant tapi mama tak rasa mama pregnant. yo lah, kata TTC kan. haha. lagipun kan mama ada cyst kt both ovaries. camana leh pregnant nih? lawak tol. nurse suruh beli urine test. sok pagi dia suruh test. air kencing pertama di pagi hari gitu. hehe. tapi mama tak beli pon sebab tak percaya! ngarut la kan? huhu.

pastu mama perasan gak badan panassss sokmo, bantai ekon 16degree pon tak puas. last-last telepek telangkup atas lantai sampai pagi. bila telangkup tu rasa macam ada keras-keras sket kat perut tapi lantak lah. angin kot. bangun pagi pulak loya-loya tekak. disertai dengan stain kat spenda. apakah yang sedang melanda ini??? mama diam je tak bagitau sesapa. ye lah, taknak sesapa berharap. mama pon taknak berharap, takut kuciwa. =(

weekend tu kebetulan mama balik KL dengan papa. home sweet home. stok UPT kit memang sentiasa ada, kata TTC kan. =) sabtu tu tergerak macam nak test, test lah. sekali test kau, dua line!! speechless!! tak tau nak kata apa. siap ketuk-ketuk benda tu lagi punye la tak caye ada dua line. haha. pada korang yang boleh conceive normal mesti tak heran kan. tapi pada orang TTC macam ai ni haruslah eksaited ok. setelah selama setahun lapan bulan test UPT manjang je satu line, so bila ada dua line tu terkedu mak dalam bilik air. haha. pastu gerak-gerak papa, dia dengar tak dengar je. mama cakap mama pregnant, dia celik mata, pegang perut mama pastu tido balik! bencikkkk. mesti dia ingat dia mimpi lah tu.

sementara tunggu pakcik tu bangun betul-betul, mama siap-siap nak ajak papa gi klinik. siap kemas umah bagai, last-last gi klinik kul11. =( boleh lah, asalkan pegi. hehe. sampai klinik, doktor boleh cakap apa, kenapa awak tak percaya pada kit tu? pastu mama bagitau la mama kan TTC, pastu ada cyst pulak kat both ovaries, mustahil ovum boleh keluar sebab cyst dah tutup ovari bla bla bla. fine, dia suruh kencing. pastu resultnye +ve!! hoyeh time tu tak tau nak melompat ke nak sujud syukur ke nak peluk papa pun tak tau dah. speechless abes. doctor nak scan tapi tak nampak apa-apa. dia suruh datang lagi dua minggu untuk scan lagi.

2 minggu pon berlalu...(macam novel gitu. =P)

mama confirm 8weeks pregnant. gilo kau sekali dapat tau pregnant dah 2 bulan! dah yang sebelum tu tak tau bergonjeng sana sini kan. syukur ya Allah, Allah pelihara kandungan time tu. pas dapat tau tu, papa nak rahsia-rahsia lagi dengan family. mama cakap mama tak boleh nak rahsia dah. mama bagitau ibu & abah. papa nak rahsia dengan family dia, takpelah asalkan ibu abah mama tau mama pregnant. i want that attention actually. hihihi. ofkos lah, i kan along, the first daughter yang pregnant dalam rumah tu. semua orang pon hepi hepi dah.

hey, bukan tajuk ni petua nak dapat anak perempuan ke? panjangnyeeeee mukadimah! haha. ampun ya bukk!!

oklah consider abes la cite TTC mama tu ye. kita sambung dengan petua nak dapat baby girl pulak. mama ada terbaca kat SINI, katanya nak dapat anak perempuan PERLU MAKAN BANYAK IKAN & SAYUR-SAYURAN. akhirnya, ku tau jua mengapa keluarnya Arsyad Hadi. hehe. mama tak suka sayur & prefer daging ayam@lembu daripada ikan. sebabnye entah. tak suka lah. so pasni start dari sekarang mama kena makan ikannnnnnnnnn sokmo, makan sayurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr sokmo. cilok puree acad boleh? hehehe.

ok sekian sahaja petua untuk hari ini. jangan marah eh, petua satu perenggan je, mukadimah kemain lagi. kikiki.

Kenduri Solid Food

labu, pear, apple, carrot

labu in action
hoh, mama ni nama je orang nismilan tapi xreti buat masak lemak labu. huhu. ni first time pegang labu. mak datok kogheh (read : keras) lak aiiii. memang camtu eh? tapi bila dah rebus lembut je. hihi.
carrot

apple
ha dengan adanya apple cutter ni sangatlah menyenangkan ye. cutter ni beli kt cosway kot. tak sampai RM10 rasanya. kupas je kulit. pastu letak kat atas buah tu, potong turun ke bawah macam gambar bawah ni. dah siap! hihi.
apple mekar bunga gitu. hehe.

apple in action pulak.

apple after blend.

pear after blend.

carrot after blend.
mama penah perasan yang carrot ni kena tapis dulu ek? aduhhhh. dah buat banyak dah ni tak tapis. cane ek? huhuhuhu.
labu. cantek plak kan? smooth je. =)

so bila dah test semuanya, dapat dikenalpasti bahawa anakku takmo makan sayur dah macam first batch buat dulu. menurun ikut mak la nih tak makan sayur. Arsyad prefer epal & labu kata babysitter. maybe sebab manis kot. sayur kan kelat? haha sorry ye penggemar sayur, mama takleh telan sayur. huhuhu.

mama ingat lagi time Arsyad 5 bulan, bbsitter dah pesan beli Nestum je siap-siap. takpayah susah-susah nak buat puree bagai. sebab leceh nak kena rebus la apa la. mama diam je. pastu dah 6 bulan, mama buatkan solid food, time tu bagi broccoli dulu rasanya. Arsyad makan elok je. petang tu siap request esok bawak lagi ye. haha. yang leceh, yang buat pon mama kan? opah tolong suapkan aje. hihihi.

btw tengkiu so much opah! kalau takde opah pengsan la mama. hehehe.

entry diakhiri dengan gambar budak tombam ni. hihi.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up