Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Ehem ehem..

Assalamualaikum mommies & readers!
 
Lama gila blog ni terabai. Last entry August 2012 pulak tu. Ye lah, dulu kan IT dept banned semua social sites, even nak beli poplook pon tak bleh. Aiyohaiiii. Harus banyak sangat updates on mama & Acad. =) kita summarized je lah ek. Hihi.
1.       Acad dah boleh berjalan. Alhamdulillah on his 10th month aritu. I thought macam awal gile baby dapat jalan by 10th month, sebab thru experience kengkawan & family members by age 1 yr pon ada yang still memapah lagi. Maybe depends on budak tu jugak kot kental tak kental. I’m not saying yang my Acad is kental enough ye, rezeki memasing la kot kan. Ada plak yang kata, boy cepat jalan, girl lambat sebab boy lasak & loves to explore. Ada gak yang kata Acad cepat jalan sebab fully bf. Maybe one of the reason je la kot. Even I am a pro-bf mama, tapi I tak kondem mommies yang kasi fm k. so, kita takmo cita tu. Takmo takmo takmo. =)
2.       Acad is still bf-ing. Alhamdulillah di ketika ini, the supply & demand is still enough. Tapi takde la sampai stok melambak-lambak. Takat pump hari ni untuk stok hari esok je. My bf journey memang tough gila wa cakap lu. Bangun pagi mata merah tak cukup tu satu cite lain, dengan Acad menyonyot tengah malam 2-3 kali jugak. Budak ni sepsis makan tak banyak, tapi minum sangaaaaaaat banyak. Boboy katakan! Hihi.
3.       Mama dah tak keje kat Cheras dah! Hepi!!! Sekarang still PA kat IPT, but now in KL! Suka suka. Dok ngejas masa lagi ni. Sebab sebelum ni masuk ofis kul9, tapi sekarang masuk kul8.30. so everything must be 30mins advanced now! Tapi hepi sebab sampai rumah sebelum Maghrib. =)
4.       Thinking to pursue Master yang dok terbengkalai sebelum ni. Sebab jeles pulak nengok kakak ipar register lambat dari mama, dah grad dah. Tapi memang dia struggle sangat, dengan boboboi dua orang. Eh, tetiba hold jap la. Hehehe.
5.       Acad will turn 1 in one week, maknanya on 24th harus makan kek la kita!! Tapi kan 24th tu hari Rabu, still on working day, kita beli satu slice je la dulu kot. Balance kita makan time raya haji. Hehehe.
6.       Mama dah put on weight sket lah. Dah 70kg tapi dok tang tu je. Baju semua Alhamdulillah still bulih zip. (ke baju memang besar dah? Wakaka) Tak plan lagi untuk adik Acad. Kita tunggu Acad 2tahun la eh. Lagipun mama nak focus bf Acad sampai 2tahun. Doa-doa eh.
Dah tu je kot update sekarang ni. Macam-macam nak cerita sebenarnya. Pasal bf especially. Hehe.
Oh, cooler bag dah sold out ye. Later on kalau mama nak tukar cooler bag lagi, mama update sini k. dadadadaaaaa..

Jingle Jungle - Awesome Mom Cooler Bag (Violet) To Let Go

mama beli cooler bag Jingle Jungle ni sebab baru beli Swing dulu. kan Swing pam elektrik, so haruslah simpan asing dengan ice pack. kang masuk air, menangisss la. huhu. tapi bila dah dapat bag tu, memang boleh letak mesin Swing kat part atas, tapi sendat sangat-sangat. kena gulung elok-elok wayar dia & susun betul-betul mesin belah kiri, kepala plug belah kanan. tapi kan mama sentiasa on the go, tak bleh nak pam lelama. so tak kose nak gulung-gulung bagai, simpan je dalam tu, tonyoh-tonyoh sikit asal muat, zip, jalannn. dah la amek masa lama kat solat, nak pam lagi dah 30 minit. penah sejam duk kat surau rasa tak tenteram pulak takut-takut telefon berbunyik orang carik bos kita. memang la bos sentiasa ada, tapi orang-orang luar nak deal dengan bos kita ni mesti thru PA, kalau tak thru PA, baik takyah ada PA! hahaha.

so dengan ini, mama nak let go Jingle Jungle Awesome Mom Cooler Bag kaler Violet ni. RM45 saje siap postage.


front view

bahagian dalam - bawah bleh simpan 6 botol 5oz & 3 icepack.

bahagian atas - atas boleh simpan mesin @ pump.

RM45 only included postage. condition 9/10. beli dengan harga RM69.90 daripada Fabulous Mom.


kalau mommies pakai pam manual pon boleh pakai ekceli. senang nak asingkan pam dengan storage. =) sesiapa berminat boleh tinggalkan komen kat entry ni ke, emel mama ke - youramirah@yahoo.com atau nak cepat SMS je 019-2542551 k.

Ice Pack Tahan Lasak

sementara boleh bukak blog ni baik kita tabuh entry banyak-banyak. hehe. kali ni nak cerita pasal ice pack untuk cooler bag pulak. oh, Alhamdulillah rezeki Arsyad Hadi masih ada walaupun dah sendu-sendu sikit sekarang. mama still mengepam di ofis, makanya ice pack ni memang tetiap hari keluar masuk freezer. untuk makluman, ofis mama takde fridge mahupun freezer. freezer nak simpan chemical ada la. huhu. tapi takpe, asalkan ada cooler bag, insyaAllah susu bertahan sampai ke petang.

mula-mula dulu mama pakai ice pack Stylo Mama. RM30 untuk 3pcs. bertahan sampai 6 bulan je. pastu pecah satu persatu. sampai sekarang Acad dah 10bulan tinggal seketul je lagi. pastu, mama beli ice pack Autumnz plak. RM18 untuk 3pcs. murah sebab beli kat Parenthood Expo. hehe. tapi time puasa haritu pecah pulak seketul. tak perasan mula-mula. bila amek botol dari dalam cooler bag, pastu nampak macam ada gel kat keliling botol, terus check ice pack. sah dah bocor seketul. aaaaaaaa.

tengok! dah terkeluar gel tu. =(
makanya tinggal 2 ketul je la ice pack untuk ke ofis. belum cite ice pack untuk cooler box Acad lagi. kadang dah sampai umah, dah main-main dengan si kenit tu terlupa pulak nak masukkan balik dalam freezer. sudahnya bergilir la dengan icepack Autumnz n Sarakids yang seketul tu. hmm.

tapi last weekend, gi jenjalan kat Alamanda motifnye nak cari compact powder. harus ke Guardian@Watson la kan? gi tengok kat Watson, dah abes plak kaler yang mama pakai. naik la ke Guardian. betul-betul sebelah Guardian tu ada kedai baru, Japan Home Centre namanya. macam menarik je kedai baru ni. hehe. papa takmo masuk, so sila tinggal luar, biar mama masuk. =P sekali terjumpa ice pack baru ni :

inilah dia rupa ice pack tu.


yezza, sila gosok mata. RM3 je seketul!!

sama tinggi dengan botol Medela 8oz, so boleh zip cooler bag! hehe.

tak ke jimat SANGAT kalau beli ice pack ni? bayangkan kalau beli 3 ketul, baru RM9. daripada beli icepack yang plastik lembik tu paling murah RM18 dapat 3 ketul kan? not good not good. ekceli icepack ni ada memacam saiz. mama beli yang besar sket untuk letak dalam coolebox Coleman. baru RM5.50. icepack Coleman yang mama pakai sekarang RM29.90. gile membazirrr! so sekarang dah ada backup icepack, no worries kalau terlupa simpan semula icepack bila balik keje. hehe. sila terjah Japan Home Centre, Alamanda ye. =)


p/s : saya takde share dalam Japan Home Centre. tiada juga sebarang pertalian dengan tokey JHC. =P

Selamat Hari Raya 2012

hehehe nak sengih dulu sebab dah lama gileeee tak update sini. almaklomlah asal lepas audit je, sume benda yang tak berkaitan dengan kerja abes kena blocked. tapi hari ni, ada pulak 'orang dalam' yang tukang 'allow access'. hehe. bagus bagus bagus.

sebelum cite raya basi, meh layan gambo raya dulu meh. tema dark olive tapi dalam gambo nampak cam cekelat plak eh. kisahnya baju raya ni bukan kaler ni pon. nak kaler merah + hitam. since kawen baju raya plain je sebab nak sekayu dengan baju melayu papa. (motif apa pon taktau. sehati sejiwa la konon. puiii!) dah tu kaler plain je tak meriah la baju mama kan? haruslah lining dengan lace baru la ngancam ye dok. ce imagine, baju merah, lace hitam. auuww, macam princess tak? kehkehkeh.

Jakel Jalan TAR jadi mangsa terjahan. almaklom je la tempat-tempat cenggini banyak pilihan katanya. sepanjang duduk KL dari 2007, ini kali kedua masuk Jakel. first time dulu cari baju nikah ke ape tak ingat. kalau bukan sebab benda penting, memang takkan ku jejak tempat sesak gini. huuu. orang punye sendat kemain, bertenaga pulak memasing pilih kain. tak pose ke kak? haha. so sape yang dah pegi Jakel Jalan TAR mesti tau kat bawah tu area baju melayu kan. dah siap pilih kain merah, so nak carik lace hitam pulak. kena la naik level 'Exclusive' kat atas. (exclusive la sangat! hehe) sekali kau, promo baju melayu 5 meter + lace 2 meter + lining 4 meter + FREE SAMPIN SONGKET = RM125 sajeeeeeeeeeeee!! mak pitamm!! dah tu ape nak ku buat dengan kain merah tadi? buat muka kesian sket kat papa, dia kata takpelah, kita pilih yang ni, yang merah tu next year punya. YEAYYYYY! sekarang baru mama dapat rasa apa yang akak-akak bertenaga tadi tu rasa. kuikuikui. oh, lace hitam takde pon. so tak nyesal. hekhek.

the only semenggah pic. tengok si kenit tu. sampai mama berdiri pon tak betol. =P
raya tahun ni turn mama. so ke Seremban la kita. raya tahun ni perasaan bercampur baur. tak tau kenapa. maybe sebab terlepas malam 27 Ramadhan yang menunjukkan tanda-tanda Lailatul Qadar. maybe jugak sebab tak cukup korum, adik mama dah migrate ke Abu Dhabi, keje sana tak tau sampai bila. dia kata sukati company nak extend cemana pon. yang penting masyuk. kalau mama jadi dia pon mama sanggup. dengan syarat bujang la. hehe. tapi Raya ni syok sangat sebab ada si kenit botak tu! =D

oh my si botak domok tu dah 10bulan uols! berat tak tertampung dah ni. bila timbang eh, nape 8kg je? rasa macam berat sangat ni. ke sebab berat tulang ni? kenit-kenit berat tulang takpe, dah besar sok, mama titik dengan hanger eh. hehe.

budak domok itu sudah bisa berdiri lama & dah ada percubaan berjalan. dapat la 3-4 steps gitu. tapi belom sempat mama nak amek gambar, dah terduduk. hehe. next time k. satu lagi tebiat dia bila dah berjaya berdiri & berpaut ni, asyek la nak berdiriiii je. takmo duduk langsung. mana-mana benda tinggi dia nak panjat, dapat kipas berdiri tu dia buat pusing keliling je. nasib tak tombang kipas tu. adeh laaaa ini budak.

can you spot any difference? yesss, he is a mini papa. hehe.
tengok tu, nengok upin ipin pon nak berdiri. tok pehe sungguh! seronok sangat boleh berdiri kot. takpelah nak, berdirilah sesuka hatimu. jangan sampai nenen berdiri sudah! hehehhe.

Tengah Hot

hmm. cane nak mula ek? mama kat join grup Kumpulan Ibu-Ibu Menyusukan kat FB. so kat situ semua ilmu yang berkaitan dengan Penyusuan Susu Ibu (PSI) ada dalam tu. oh, ni closed group ye. lelaki takleh join. pompuan je. hehe. sebab kan bab BF ni sensitif to certain LELAKI yang suka layan PORN. dah dipikirnya kita yang BREASTfeed anak ni pon melucah jugak. pejadahhhh??? ok takmo marah-marah, kita sambung k.

lately, ramai pulak yang discuss pasal isu feed anak through Formula Milk (FM) disamakan dengan status anak lembu sebab FM diperbuat daripada susu lembu. NONSENSE. kesian pada ibu-ibu yang tak cukup rezeki tu dilabelkan bagi SUSU LEMBU kat anak. yep, I'M NOT AGAINST ANY FM BUT AS LONG AS I HAVE MY OWN MILK, I WILL SAY NO TO FM. clear kan? mama tak kata yang sape bagi FM pada anak tu loser, tapi mesti ada sebab kenapa ibu tu bagi anak dia FM kan? not simply self-declared susu dah kering, susu takde, nipple inverted etc. banyak cara nak troubleshoot masalah susu badan ni tapi ye lah, as working mother kita pon penat seharian dengan keje, mana nak kejar submission, nak kejar pumping session lagi. hmmm. mama tabik betul pada sesapa yang boleh pam every 2 hours tu. persoalannya,

bos tak marah ke?
kalau bos tak marah pon, colleague tak sound ke?
ataupon takde rasa bersalah apa-apa kejap-kejap lesap pegi pam?

huhu. must be ada yang marah mama pasal benda ni. ye lah, kadang bila kita obsessed sangat sampai kita ignore benda lain. sama la macam dalam kes ni, bila seorang ibu yang fikir dia sangat hebat dapat BF anak, sampai MEMPERLEKEHKAN ORANG LAIN yang bagi FM.

for me, this issue is VERY sensitive. sebab ada working moms yang tak boleh cope on pumping schedule, slowly milk production pon menurun. rezeki setiap orang kan tak sama kan? so kenapa nak memperlekehkan rezeki orang lain? jangan la sebab susu kau berpeti-peti, untuk omak yang susunya sendu begini kau lekehkan. tak baik tau! ada jugak orang yang susu dia banyak sangat, tapi baby intolerence pulak. kan dah kata, ujian Allah itu berbeza. bila kau lebih kat sini, tak semestinya kau lebih semua benda. get it?

setiap orang ada reason yang tertentu. apapun, SUSU IBU TETAP TERBAIK. nak BF anak pon mesti ada ilmu oi. ilmu nak pam susu, ilmu nak simpan susu, ilmu nak elak bengkak susu, ilmu nak tau baby kenyang susu, macam-macam lah. bukan takat selak, sumbat, sendawakan anak je ye. =) so pada semua kaum hawa, carilah ilmu tentang BF ni. ada sebab kenapa Allah jadikan BREAST pada kita. manfaat pada zuriat kita yang mana boleh buat pahala itu berpanjangan. pada yang belum kawen tu, tanam niat dari sekarang, dah kawen nanti, bila ada anak sok, nak BF anak. insyaAllah, dipermudahkan.

mama nak bagi nasihat pon bukannya stok berpeti-peti, takat ada lebih sebotol dua untuk bekalan hari esok je. ye lah, mama lambat sedar pasal ilmu BF ni. sebab takde surrounding pasal BF ni. plus mama kan anak sulung, so paham-paham sendiri lah.

kalau mama tau BF ni hebat,
memang mama dah kumpul duit untuk beli the best pump supaya jimat masa pump di office.

kalau mama tau BF ni boleh kuatkan antibodi baby,
memang dah lama mama kumpul duit beli SHAKLEE supaya dapat hasilkan susu yang lebih berkualiti.

tapi bukan la bermaksud mama dah terlambat untuk semua tu, cuma terkilan sikit la sebab lambat tau pasal INDAHNYA BREASTFEEDING, so tak banyak preparation dapat buat especially tak buat stok dalam pantang. even join ante natal class pon bukan focus on BF saja. takpe, sekarang mama dah tau sikit-sikit pasal BF, so next baby boleh la mama apply semua teori tu ye.

please, to new mothers, feed your baby with your one & only milk for at least 6 months k. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up