kejap je kan dah hari jumaat. konon last week berangan nak cuti this week sebelum bersalin. alih-alih lupa pulak nak apply cuti. pastu alih-alih pulak dah hari jumaat. haha. so kompom la next week dah tak dapat nak datang keje sebab due kan weekend ni. plus kena induce pulak kalau tak rasa sakit nak bersalin on the due date. hmmm.
encik boss dah tau EDD saya bila tapi tak tau la dia aware ke tak yang EDD tu weekend ni. so petang karang kasik surprise la ye. see you after Christmas holiday la dato ye. tu pun kalau dia tak holiday la. aritu dengar plan dia nak gi obesi tengok anak bersalin tapi xtau la exact date bila. baru je settlekan visa dia tapi tak perasan la pulak bila. heh.
so di kesempatan ini, saya nak mohon doa kawan-kawan supaya dipermudahkan urusan kelahiran baby saya. (incase la kan kot kot weekend ni dah terkeluar pulak baby ni, tak sempat nak update blog. huhu)
saya nak mintak maaf banyak-banyak pada semua, andai selama saya berblog di sini, ada salah silap saya. (macam hari raya pulak kan? ni baru mintak maaf dengan blogger dah sebak ni. cane nak mintak maaf dengan papa ni. salam raya pon dah meleleh air mata, inikan pulak nak pegi bertarung nyawa dalam labor room. T____T )
8 comments:
oo..dah start cuti dah..semoga semuanya selamat..nanti update tau.....
aah kak ayu. harus saya update nanti. xsabar dah ni! petua plis~ hehe.
amin amin..semoga selamat dan dipermudahkan...cepat la baby kerluar yer sian mama tak larat tu
tikiu kak mimy. harini dia punya silat lain macam lah. kejap2 senget perut saya. =P
hehehe biskut tu baru2 lg saya jual
rasanye adunan dia ada telor
xbole kot nk mkn klw nk bersalin
xpe tunggu abes pantang nanti oder ye hehe
nana : ha tu la kan. telan air liur je lah tgk biskut2 tu. ni gara2 tgk anak2 kak ayu makan la ni. hehe. lamanya lagi nak tunggu pas pantang. wuhuhuhu. sila kekalkan resepi ye! saya pasti kembali~ =P
dh kuar ke bby?hehe..take care ;)
Noli : baby dah keluar..hehe
Post a Comment