Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Walaupun Sakit, Hak Anak Perlu Ditunaikan

plus minus 16oz for today

Masalah cracked ni tak selesai lagi. most of creams yang mama pakai, turn out kulit nipple jadi kering & terkopek. tapi Alhamdulillah ada yang bercantum sikit-sikit. mama memang amalkan pakai breast pad. bukanlah bajet susu melimpah-limpah sampai lencun baju, tapi, nak jaga bra. hehe. sebab penah jadik bila pam sebelah, sebelah lagi menitik-nitik. end of the day, bra jadi keras sebab kena susu tadi. satu hal pulak nak sental hilangkan kerak tu. huhu.

sebelum cracked ni pakai breast pad heaven je. selesaaaa sangat. ala-ala pakai padded bra padahal pakai nursing bra je pon. haha. tapi bila dah luka-luka ni, bila kulit nipple jadi kering, nipple berlaga-laga dengan breast pad pulak. ngilunye ya ampun, ketap bibir pon tak hilang. kat mana ntah ada suggest gi jumpa doc, nanti doc kasi ubat tahan sakit. tapi gilo kau tetiap hari nak makan ubat tahan sakit? daripada tak sakit terus jadi sakit pulak kang. =(

eh, google punya google, ada yang sapu Bepanthen pada nipple cracked la. eh korang tau tak Bepanthen tu amende? rerupenya Bepanthen ni one of rashes cream. oh, btw, Acad so far tak pernah dapat rashes (Alhamdulillah) so no wonder la tak pernah tau keberkesanan Bepanthen ni. tapi kan, macam familiar & penah nampak la cream ni. ingat-ingat balik, mama ada dapat cream ni dalam gift time join ante-natal class kat KPJ dulu. tapi tak pakai lagi, so tak tau la tahap kebagusan Bepanthen ni guane. nanti mama dah try mama gitau k! rupa cream Bepanthen tu gini :

source
haa mesti korang penah nengok kan? jimat la nappy rash cream leh sapu kat nipple cracked. tapi nanti kena basuh betul-betul la sebelum DF baby kan. sebab dah nama nappy rashes, bukan letak kat mulut. huhu.


p/s tak sabar nak tunggu Avent's & Mimijumi. =D

Nipple Berdarah


lanjutan dari ENTRY INI dan INI, inilah darah akibat cracked itu. sakit. =( Sekarang dah almost kering, tapi kadang bila keluar susu, pedih je lalu kat cracked tu. hmm. walaupun sakit-sakit begini, buat mama lagi kuat semangat untuk tetap bf Acad. mama nak Acad hargai segala kepayahan & kesakitan yang mama hadapi dalam usaha untuk bf dia. alamak, sodih la pulakkkkkk!

sekarang mama dah jumpa Avent Nipple Cream, beli online je. kena tunggu la nanti kita cuba plak ye. mama pon dah beli feeding bottle Mimijumi thru online. mudah-mudahan Acad kenyang minum susu mama thru botol tu. =)

ada yang tanya, nape tak pegi kat doc? btw, mama ada kakak angkat sorang doc kt PPUM. not so kakak angkat la ekceli. dia kakak pada my BFF. so mama rapat dengan semua family members dia lantas self-claimed angkat berangkat. haha. mama panggil dia Kaklang. she is supposed to sambut Acad on the day mama induced tapi tak bersalin-bersalin jugak sampai ke petang. dia expect mama deliver malam, tapi tak sempat sampai malam, abes je time keje dia mama dah kena push masuh OT untuk czer. hoho. ok balik pada cite tadi tu, kaklang kata sapu susu sendiri & cocoa butter. mujur mama dah beli Palmer's kan? so sekarang sapu tu je la sementara tunggu Avent's.

semalam papa ada tanya, ada lagi tak cara yang kita belum cuba? huhu sedih. mama rasa mama dah cuba semua kot. (ke ada lagi yang mama tak tau?) sebab last week jumpa cousin kat kenduri, dia dah ada 3 gegel. yang kenit selang sebulan Acad je. tanya la dia cane pengalaman dia bf. dia kata husband dia tak bagi bf kalau baby dah start gigit-gigit sebab makcik kepada husband dia tu dapat breast cancer sebab baby gigit-gigit. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. maybe ini general assumption tapi serious scary kan? till date, mama dah 'puasa'kan Acad dari DF selama 2 hari. sian dia. asal mama letak kat pangku ke dia buat mulut burung. aduhhhh. tapi Acad kena sian dengan mama jugak sebab mama kena tanggung sakit bengkak. tak larat nak pam banyak kali sebab pam pon sakit. nak lega punye pasal, time mandi, main urut-urut breast dengan sabun. sambil mandi, sambil mengalirrr je susu. sedihhhh sebab susu keluar macam tu je. =( mommies semua doa mama cepat baik k.! rindu nak df Acad!!!!

Sian Anak Mama

mama kan tengah struggle dengan keadaan nipple yang sakit-sakit ni. so satu hari boleh DF Acad dua kali je, maknanya sekali belah kanan, sekali belah kiri. lain daripada tu, BOTOL! weh serius stress dengar Acad menangis-nangis sebab lapar. bila sua-sua dengan botol tak nak. bukan mama bagi susu FM pon yang dia refused, EBM mama yang dalam botol tu! nampak sangat nak kopek! aaaaa mama sian kat Acad, tapi Acad kena la sian kat mama kan? cakap ngan baby mana la dia paham. at least muka confuse ada la. huhu.

kat umah opah, mama bagi botol biasa, cuma tukar puting je. mama belikan puting cap Doctor Baby. itupon ibu yang suruh. ibu kata takyah beli memahal de. time along dulu pakai puting tu jugak. aaaaaaaa baiklah. time pantang ajar dia pakai Doctor Baby tu makan masa jugak dalam seminggu dua kot. kena paksa dengan mak mertua, mesti ajar dia minum botol jugak, sebab nanti time mama takde senang bagi botol. hmmm. sekarang sila bersedih sebab Acad refused botol kalau dengan mama. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. T_______________________T

orang kata botol Tomme Tippie TERBAEK sebab puting botol tu shape macam breast kita. tapi still silikon lah. tak 'selembut' yang ASLI. hehe. mama bekalkan Tomme Tippie kat opah jugak. opah kata TAK LAKU. nak puting getah Doctor Baby jugak. hmmmmm.

so sekarang bila dalam masalah nipple cracked ni, nak tak nak mama kena SABARRRRRRRRRRRRRR & TAHAN TELINGA dengar Acad merengek. kesian tengok dia meronta-ronta menangis. kadang tu sampai tunduk-tunduk. huhuhu. last-last, papa tanya, ada tak botol yang 'selembut' kulit asli? mama teringat satu brand ni. MIMIJUMI nama diberi.

source : mimijumi.com
ada dua harga untuk dua saiz berbeza :
NOT SO HUNGRY 4oz RM82
VERY HUNGRY 8oz RM87
(prices may differ depends on reseller)

dah namanya Midveli tu kedai runcit kitorang kan, apa lagi, operasi harta karun pon bermula. waaaaaaaaaa, sebesau-besau tu pon TAKDE brand ni. adeh. jangan sampai mama bukak outlet kat situ kang. haha. dah tu takkan nak balik tangan kosong kan? maka, mama decide untuk cuba BREASTFLOW by THE FIRST YEARS.

tengtengteng. beli kat TOYSRUS konon nak pakai voucher. sekali tak valid untuk baby's merchandise. nyampesss! sib baik RM59.90 je.
oh, RM59.90 'je' untuk 3 botol pendek. Acad tak penah la nak minum banyak-banyak kalau pakai botol nih. tu yang mama beli 5oz sudah. nanti nipple mama dah elok, kita bungkus balik botol ni. hehehe. mampu ke nak tahan? ado 16 bulan lagi ni kak oiiiii. =P

percubaan pertama Acad minum EBM guna botol ni, kening berkerut, tapi nyotnyot tapi ragu-ragu. maybe sebab teat dia MUCH MORE SOFTER than Tomme Tippie, tu yang dia ok kot. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii. haa ada tapi tauu! dia minum luak 1oz jeee! aiyoohaiiii. sian dia. tp sian mama jugak la kena tahan bengkak sebab tak dapat DF dia. huhuhu.


oo time nipple cracked ni mama tak dapat nak pam banyak kali. sehari sekali je. sudahnya marmet. sebab bila kena sedut dengan pam pon sakit ya amat, inikan pulak kena sedut dengan Acad. aduhhh. biarlah kita sama-sama berkorban ye Acad ye. pasni Acad nak sedut banyak-banyak sampai kempis pon takpe. mama relaaaaaa. janji, bagi baik dulu k!

dalam sekotak tu ada 3 botol kan? setiap botol datangnya sekali dengan lid. so kalau kita taknak pakai botol tu untuk feeding, boleh pakai untuk simpan EBM jugak. cam gini rupanya,


so malam tadi mama dah selamat pakai tiga-tiga botol ni. weeee. mama bahagikan setiap satu botol dengan 2oz EBM. standby untuk tengah-tengah malam. tu pon tak abes tau! takpelah, at least anak mama tak haus tekak kan? dah dua minggu ni jugaklah mama tak cukup tido, kat ofis tido sampai ternganga-nganga. tu ponn saspek tido nganga sebab perit tekak. adohhh. nape dato tak kejutkan ai? ke dato malu tengok ai tido ternganga? hahah. mama tak tau la sampai bila nak lega nipple cracked ni sebab nampaknya crack merebak panjangggg sekeliling nipple. aduuuuuhh.  doakan mama tak terlintas FM k! huhuu

Cracked & Wounded Nipple

aaaaaa, sudah dua minggu mama sengsara dengan masalah di atas. itulah sebabnya takde mood nak update ni. holiday Langkawi pon tak dapat nak enjoy sangat sebab masuk malam je seram sebab Acad kan suka melekap je sampai tido. tu belom dia terjaga tengah malam 2-3 kali nak minum lagi. aaaaaaa memang seram ye. seram sebab DF sambil mengadoi, menjerit menahan sakit. sampai meleleh air mata pon ado. aaaaaaa sakittt! tambah seram bila dua-dua nipple cenggitu! aaaaa I wish for third breast!!! =/

kalau nak tengok cemane gambaran nipple cracked, klik SINI, wounded nipple plak tengok SINI. nak buh gambar mamanye mana bleh! haha. cracked belah kiri, wounded belah kanan.

mama rasa ada beberapa sebab kenapa leh jadi gini :

1) Acad memang habitnye menggigit time DF. seems like dia geraammmm bila dapat minum. ye la, kat umah opah minum kat botol tak feel la brader. so dapat mama punye memang dia tala habes! huhu.

2) Acad dah ada 4 batang gigi. so bila dia menggigit tu dengan 2batang gigi atas & 2batang gigi bawah, terkacip le puting itu. adoiiiiiii. eh, baby orang lain pon ada gigi jugak kan? ke Acad ni rakus? hahaha.

3) suction pump yang SANGAT kuat boleh mengakibatkan kulit puting melecet. ini boleh consider jugak rasanya. sebab mama suka suction kuat untuk cepatkan susu kuar. ye la, keje PA gini mana boleh merayap lelama. kang Dato cari cane? I takde blekberi mahupon aipong. hehe.

4) tak 'bersihkan' puting sebersih-bersihnya. bersih kat sini bermaksud gosok permukaan puting supaya takde sebarang putih-putih kat situ. so bila ada putih-putih kat situ, susu kat dalam dah kena block takleh kuar. bila suction pump dah kuat, macam 'memaksa' jugak untuk kuar. itulah jadinye sakit lantas melecet.

memula sekali, mama beli NIPPLE SHEILD. takmo brand cikai-cikai, beli MEDELA terus hokeyyy! dengan harapan Acad boleh menyonyot tanpa memparahkan lagi lukaku itu. tapi kannn, itu budak sudah bijak ooii. nama pon fully bfeed kan? haruslah bijak anak mama! hehe. Acad refused to suck! adoiiiii. menanges-nanges dia takmo hisap bila mama pakai sheild tu. dah la RM79 tahu! boleh makan kt Kenny Rogers dah! huhu. pastu nak tak nak, tadah je la luka-luka pon kat dia. adoiiiiii.

pastu datang pulak idea gila, gunting muncung sheild tu! disebabkan sheild tu datang dengan 2pcs, maka ku korbankan sekeping. baek punye trim, bila acu kat nipple untuk DF Acad, meraung pulakkkk! adoiyai ini budakkk. mama stress ok stress! dah la stress sakit, stress sheild berlobang pulak tu! uwaaaaa.

seterusnya, idea 'kreatif' papa la tampal plaster ke selotep ke untuk cover yang luka tu. tetiap malam kat Langkawi dok carik plaster ok! huhuhu. tapi nak cari yang water resistant takdo. kat kedai runcit manjang je ada cap yang getah kain tu. memang la lekat habes, tapi kang nak menanggalkan tak ke seksaaaaa! dah la kawasan kulit paling sensitip pulak tu. adess. boleh lupe pulak kat Langkawi ada Guardian. hakhak. sian orang Langkawi, ai terunderestimatekan bandar uols! ingat kat Langkawi ada cekelat & pinggan mangkuk je. wakakaka. sampai KL terus beli sekotak amekaw!! yang cap Hansaplast ni memang terbaek sebab kt tengah-tengah tu kainnye tak kuning (kuning sebab ada ubat papa kata). so kalau putih takde ubat la ye dok? mama dah tampal kat part luka tu, bila Acad nyot-nyot macam isap straw pulak bunyi dia. haha. sian anak mama nyonyot tak feeeel.


pastu mama try sapu stretch mark lotion jugak. orang kata sebab kandungan COCOA BUTTER tu boleh elokkan luka tu. berkesan jugak la. tapi kan mama tak ajar Acad untuk bottle feed bila kat umah, so nak tak nak, lom sempat fully recovered, Acad nyonyot, dah jadi balik. aaaaa.


mama try jugak krim PURELAN by MEDELA. heh, cetoet ni RM29 ye! 7gram je plak tuh. hmmm. Alhamdulillah ada improvement but still, lom sempat nak elok sepenuhnya, Acad dah meronta-ronta nak kopek, tadahkan ajeeeee. sebelum ni boleh la buat mende lain time dia minum, tapi tak bleh. kena fokus menahan sakittt. hmmm.


sebenarnya ada BEST testimoni pakai AVENT NIPPLE CREAM. tapi puas meronda satu MIDVALLEY takde. sape kata MIDVALLEY ada macam-macam? takde ok! haha. ini ditujukan kepada papa yang dok bangga sangat 'kedai runcit' dia tu. haha. yang bagi testimoni tu kata, doc kat PPUM siap buat study pasal nipple cream ni. so the best is AVENT's. online store pon tak penah jumpe lah. sesape ada jual bagitau eh! nak gak try since doc PPUM dah claim the best kan?

oh lupa pulak, time meronda MIDVALLEY carik AVENT's tu, masuk la MOTHERCARE. seram je sebab barang MOTHERCARE haruslah mahal kan? tapi demi kesejahteraan sejagat, ku harung jua. malangnya takdok. even staff MOTHERCARE leh pulak sajes pakai VASELIN. ape? VASELIN yang petroleum jelly tu sapu kat nipple? pelik kan? dah dia kata ok, mama pon beli la seketul. murah pulak tu kan. sapu jangan tak sapuuuu. hehe.


ada juga yang berkata, sapu virgin coconut oil (VCO) kat tempat yang sakit tu. fast recovery katanya. mama memang makan VCO ni. tujuan asalnya nak lebatkan susu di samping menjelitakan kulit. tapi takat kulit je la jelita, susu biasa-biasa je. tu sebab tak cerita kat sini. haha. mama makan dah masuk 2 botol, so pecahkan sikit capsule tu, sapu la kat nipple. susu perisa kelapa dara bak hang! haha.


amboiii banyaknye invest nak elokkan nipple. tak leh sabar kan mama ni? eh, haruslah tak boleh sabar. mana elok kita usahakan. tak tertanggung dah sengsara pedih time DF. patutnya DF feeling nyamannn je tapi mama mengadoi-ngadoi pulak. kelaka je muka Acad kalau mama mengadoi, berkerut kening ni macam kompius. tapi mama yang geram sebab dia takde rasa bersalah pon ketap gigi dia kat tempat sakit tu. ohaaiiii anakk! baru anak sorang ni, belom ada adik lagi. cano? huhu. papa kata dulu time takde gigi, kita mintak dia tumbuh gigi cepat kan? sekarang dah ada gigi, kita mengeluh pulak. huhuhuhu no komen!! =P

last try, semalam pegi Watson nak beli stok plaster. tengok-tengok ada Palmers' Nursing Cream. loooo, apasal tak jumpa benda ni awal-awal dulu??? adeh. dengan tamaknye, beli la jugak semalam. hehe. gini rupenye. tekstur sama macam Vaselin, Purelan, ala-ala jelly gitu, bukan liquid. so sapu jangan tak sapuuuu.


so kesimpulannya ibu-ibu sekalian, SILA MASUKKAN NIPPLE CREAM DALAM LIST TO HAVE ANDA YE. tak rugi beli pon. precaution gitu. dulu mama berlagak konon takmo beli, even dalam list preparation sebelum bersalin tu dah ada. sekarang baru meraban kan. amekaw! sesungguhnya penyusuan susu ibu itu penuh dengan ranjau berduri. ini salah satu cobaan yang harus ditempuhi. Acad baru 8 bulan, still ada 16 bulan lagi untuk cukupkan penyusuan dia. moga ada rezeki Acad nanti. doakan ye!


p/s : cerita Langkawi nanti la ek? eleh, macam la ada orang tunggu. =P

Teringinnye Pasal


Gile mahal gula-gula sekarang eh? DUA BIJI TIGAPOSEN OK! harus kaya cepat aunty ni tau. adoooiii. disebabkan jarang jumpa gula-gula HUDSON perisa buah pala ni, makanya beli la SEMBILAN POSEN, dapat la ENAM BIJI. ngeng!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
↑
up