Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Nipple Berdarah


lanjutan dari ENTRY INI dan INI, inilah darah akibat cracked itu. sakit. =( Sekarang dah almost kering, tapi kadang bila keluar susu, pedih je lalu kat cracked tu. hmm. walaupun sakit-sakit begini, buat mama lagi kuat semangat untuk tetap bf Acad. mama nak Acad hargai segala kepayahan & kesakitan yang mama hadapi dalam usaha untuk bf dia. alamak, sodih la pulakkkkkk!

sekarang mama dah jumpa Avent Nipple Cream, beli online je. kena tunggu la nanti kita cuba plak ye. mama pon dah beli feeding bottle Mimijumi thru online. mudah-mudahan Acad kenyang minum susu mama thru botol tu. =)

ada yang tanya, nape tak pegi kat doc? btw, mama ada kakak angkat sorang doc kt PPUM. not so kakak angkat la ekceli. dia kakak pada my BFF. so mama rapat dengan semua family members dia lantas self-claimed angkat berangkat. haha. mama panggil dia Kaklang. she is supposed to sambut Acad on the day mama induced tapi tak bersalin-bersalin jugak sampai ke petang. dia expect mama deliver malam, tapi tak sempat sampai malam, abes je time keje dia mama dah kena push masuh OT untuk czer. hoho. ok balik pada cite tadi tu, kaklang kata sapu susu sendiri & cocoa butter. mujur mama dah beli Palmer's kan? so sekarang sapu tu je la sementara tunggu Avent's.

semalam papa ada tanya, ada lagi tak cara yang kita belum cuba? huhu sedih. mama rasa mama dah cuba semua kot. (ke ada lagi yang mama tak tau?) sebab last week jumpa cousin kat kenduri, dia dah ada 3 gegel. yang kenit selang sebulan Acad je. tanya la dia cane pengalaman dia bf. dia kata husband dia tak bagi bf kalau baby dah start gigit-gigit sebab makcik kepada husband dia tu dapat breast cancer sebab baby gigit-gigit. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. maybe ini general assumption tapi serious scary kan? till date, mama dah 'puasa'kan Acad dari DF selama 2 hari. sian dia. asal mama letak kat pangku ke dia buat mulut burung. aduhhhh. tapi Acad kena sian dengan mama jugak sebab mama kena tanggung sakit bengkak. tak larat nak pam banyak kali sebab pam pon sakit. nak lega punye pasal, time mandi, main urut-urut breast dengan sabun. sambil mandi, sambil mengalirrr je susu. sedihhhh sebab susu keluar macam tu je. =( mommies semua doa mama cepat baik k.! rindu nak df Acad!!!!

3 comments:

Mimy Hamid said...

sampai berdarah..huhu menakutkan la..akak lak dlm debaran ni

Salmi Khairil said...

mesti pedihkan..hope sabar yer..

youramirah said...

kak mimy,

saya rasa macam menakutkan orang la plak bila cite pasal nipple cracked ni. huhu. tapi sesungguhnya memang sakittttttt!

salmi,

pedihnye rasa macam kena cucuk-cucuk dengan jarum. memang kena sabar, sebab saya mahu yg terbaik untuk anak. =)

salam kenal!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up