Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Alahai Kuih Raya



sana sini orang dah sebok promo kuih raya. & my favorite kuih raya haruslah Tat Nenas. tak kisah la spesis gulung ke, bunga ke, ape ke, janji ada tepung gebu-gube ngan tat nenas. kompom tu je den hadap. tapi since pregnant ni dah letak sticky note kat otak, I won't consumed anything related to nenas. tapi cemane dengan tat nenas nih??

ingat tak yang den cite pasal ibu den makan pajeri nenas time ngandungkan den @ 7 bulan? pastu den 'terkeluar' pas makan pajeri nenas tu ok! huhu.


dah tu, apo ponyolosaian eh nih? uwaaaaaa...

4 comments:

JIVEBUMZ said...

nampak macam sedap jer kuih tart tu teringin plak rasanya :)

youramirah said...

hikhik. awak dah selamat bleh la makan kot. kita ni risau betul nak makan. tp teringinnnnnnn!!

~YUN~ said...

hi mommy!ist time singgah,tq tau link yun,yun dah link and follow u!nk rmaikan geng mommy to be.. =)

psl tart nenas,yun pn penh tnye mak yun,die ckp blh je makan,tp yun xberani gak,sbb paranoid sgt..tp da masuk 8 bulan bru makan..tart nenas mmg fav la..adoi,kecur plak tgk pic tu,hehe~

youramirah said...

hi yun! sihat ke? xlama dah kan? takutnyeeee~

tu la, ingat nak terai makan seketul. tp mana nak dapat seketul je? kang beli sebalang takkan makan seketul je kan? hehe. (saje carik alasan!)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up