Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Bepanthen : Day 1

baru pakai lepas maghrib semalam, tengah malam pakai sekali lagi, pagi tadi lepas mandi pakai lagi sekali. so total baru apply 3 kali. keadaan nipple : SANGAT MOIST, TAK MENGHASILKAN KERAK AKIBAT KULIT KERING. mama sangat hepi!! sebab selama ni bila sapu cream@minyak, menda tu dah kena absorb dengan breast pad. masalahnya yang cracked, nipple ke breast pad ni? haha. pastu kulit nipple jadi kering, bila bergesel dengan breast pad, mama rasa pedih-pedih. kadang nipple terlekat dengan breast pad maybe sebab bila apply cream kat nipple, cream tu tak tau absorb ke mana, last-last mengering sekali dengan breast pad. haru ok nak bukak bra sebab satu hal nak meregangkan breast pad dengan nipple, ibarat menarik kulit nipple yang kering. eh, ayat dah berbelit-belit ni. korang paham ke? hehehehe.

tetibe macam menyesal gile sebab rupanya tak habis buat research pasal nipple cracked ni. =( Bepanthen ni dah ada dengan mama time join ante natal class lagi, by the time Acad dalam perut 28minggu kot. bayangkan betapa lamanya Bepanthen tu mengeram dalam box tu tak berpakai. yo lah, kat kotak tu tulis Nappy Rash Cream. memang tak pakai la kan sebab Acad takde nappy rash. (Alhamdulillah).

ok baru dapat amek gambar Bepanthen milikku sendiri. even cinonet je, jadiklah buat tester. kalau elok, kita gi beli kat farmasi eh. =)

I told you, kocik yo kek tapak tangan. free gift katakannn. temgok kat box tu dia tulis NAPPY RASH kan? siap ada gambar montot baby lg. salah sape ni?? mati-mati ingat untuk nappy rash je. =)
hah! nampak point no 2 tu? patutnya point tu kena buh kat packaging jugak kan?
IT IS NOT NECESSARY TO WIPE OR CLEAN THE OINTMENT OFF THE NIPPLES, PRIOR TO BREASTFEEDING. aiyok, statement dalam entry semalam dah salah la nampaknye! hehe. so no need to wipe off yo!
sekarang Acad dah ada dalam TANTRUM ZONE, kalau bosan sikit je protes, nak tido protes, mama takde depan mata protes. maybe sebab gatal gusi kot. semalam check gigi dia, upcoming another 2 ok! umangaiiiii, copek bebona ini budak. sekarang, by the time Acad 8 months dah ada 7 batang gigi. bagussss. mama tak makan Shaklee pon progress anak agak membanggakan kan? hehe. (jangan marah ye orang yang jual Shaklee, kadang-kadang lemas dengan iklan sana sini. I know the product is good, but my money is not good. hehe.) so nak tak nak, malam tadi bagi dia DF sekali. uuuiiiiii, dia punye heaven agaknya dapat kopek, sampai nyonyot kuar bunyik uuummpphhh, uummmppphh dalam 3-4 second camtu. hahaha. bercandu kekdahnye! =P

so, mama tolak tepi semua cream/minyak semua, mama nak stick pada Bepanthen ni dulu ok. kita tengok bape lama boleh heal itu crack. =) sekali lagi nak remind to all mommies, sila BELI nipple cream/nursing cream cap apa pun, masa itu akan muncul juaaaa. kalau tak dapat crack pon, at least boleh repair sel-sel kulit mati kat sekitar aerola tu. perasan tak sebelum ada baby, aerola tak gelap macam sekarang kan? mana tau, sapu cream tu boleh jadi pink je. indah pemandangan. hakhakhak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up