Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Dua Belas Kuasa Tiga

alahai mintak hampun mintak mahap dah menyepi lama sangat. sebabnya dah makin bizi. dulu PA org VIP, sekarang VVIP pulak. dah semua orang dok kerumun je nak jumpa. sampai nak solat & pam pon tak nyempat-nyempat. baru hilang kejap dah kecoh satu ofis, where is Amirah? Tadi I nampak dia tapi sekarang takda. aiyoooo, rasa macam nak pakai walkie talkie je supaya semua orang boleh roger-roger. jadual pam memang dah kelaut sangat dah ni. dulu busuk-busuk dapat la 2 kali pam, sekali sebelum lunch, sekali lepas lunch. tapi sekarang bawak pam buta-buta je gi ofis, sudahnye pam dalam kete on the way balik tak pon sampai rumah terus pam. what to do. I am a working mother! (matiklah kena kondem orang lain pon keje jugak tapi ada masa nak pam. sila duduk dalam kasut saya sekarang atau in English please be in my shoes now. hehehe)

tapi memandangkan hari ni hari spesel, tarikh yang sangat cantik, saya gigih la menaip jugak walaupun tau maybe post ni keluar by afternoon nanti. but then, it is only a date. hari Rabu pulak tu. tak best lah. hehe. nak update pasal dak gomok sorang tu la nak? Arsyad Hadi a.k.a Cacadi a.k.a Acad sekarang dah nak masuk 14 bulan 24 haribulan nanti.
 
 
look a like? no komen!
 

- dah boleh berjalan on its own feet masa 10 bulan. ini budak hati sangat kental. gigih paut sana sini. lelaki katakan. biarkanlah melasak. walaupun gaya jalan sangat tidak menyakinkan, tapi dia mampu mengejar kucing dengan kengkangan tersebut. bravo!

- dah dapat chicken pox time 10 bulan jugak. mama ingatkan demam berterusan tu sebab nak jalan ke sebab nak tumbuh gigi ke hape, sekali ko kuar seketul jerawat kat atas kepala. pastu dah merebak kat area leher ngan bahu plak. opah kata takpe kena time baby, senang nak jaga. cuma kena tabah sikit la dia punya merengek tu. plus nak mengopek extra hours late night! mama pasrah nak. +.+

- gigi atas dah ada 5 batang, bawah 2 batang. Ahad lepas perasan ada lagi 2 ketul kat bawah nak tumbuh lagi. sabit la kuat gigit sekarang! suka gigit siku mama & papa. dia akan rasa sangat hepi kalau dapat rasa tulang siku mama & papa. maybe la sebab nak tumbuh gigi tu.

- sangat obses dengan kucing, ayam dan burung. pernah sekali dia meniarap depan kucing tu macamkan dia nak cium kucing tu. adehhhhh. obses dengan ayam sebab subuh-subuh dengar bunyi ayam berkokok + kat umah atok seremban ada sereban ayam. obses dengan burung sebab kat kawasan rumah ni ada pencinta burung yang suka nau tabur roti nak bagi burung tu makan. so bila dia nampak burung-burung tu kerumun dia jadi geram. bila dia geram dia akan buat bunyi 'hissssssssss' sampai terpercik air liur. =P

- suka sangat main air. contoh pegi basuhkan tangan dia, dia nak pegang-pegang air tu. alahai anak omak nih, air tu mana boleh digenggam, tapi dia punya bersungguh usaha nak gak pegang air tu sampai lenguh tangan kita mendukung. kalau dia menangis ke merengek ngada-ngada ke, cuba bukak pintu bilik air, bukak paip bagi dia dengar bunyi air, kompom sengih pastu sambil kedek-kedek nak masuk bilik air. mama ingatkan memang dia akan suka everything relates pada air, so mama beli la satu kolam kecik yang tak sampai RM10 nak buh dalam bilik air. so that mama imagine mama buat buih pastu letak dia dalam kolam tu, dia akan suka. tapi sebaliknya masyaAllah! dia menjerit gile-gile punya bingit, takmo dekat dengan kolam tu. padahal kolam sikit punya kalerful ok! tak paham betol! rugi kalau bawak dia gi waterpark ni. hahaha
 
rasanya sampai sini dulu lah kot. nanti ada masa kita story mori lagi k! boboiiiiii.............

Ehem ehem..

Assalamualaikum mommies & readers!
 
Lama gila blog ni terabai. Last entry August 2012 pulak tu. Ye lah, dulu kan IT dept banned semua social sites, even nak beli poplook pon tak bleh. Aiyohaiiii. Harus banyak sangat updates on mama & Acad. =) kita summarized je lah ek. Hihi.
1.       Acad dah boleh berjalan. Alhamdulillah on his 10th month aritu. I thought macam awal gile baby dapat jalan by 10th month, sebab thru experience kengkawan & family members by age 1 yr pon ada yang still memapah lagi. Maybe depends on budak tu jugak kot kental tak kental. I’m not saying yang my Acad is kental enough ye, rezeki memasing la kot kan. Ada plak yang kata, boy cepat jalan, girl lambat sebab boy lasak & loves to explore. Ada gak yang kata Acad cepat jalan sebab fully bf. Maybe one of the reason je la kot. Even I am a pro-bf mama, tapi I tak kondem mommies yang kasi fm k. so, kita takmo cita tu. Takmo takmo takmo. =)
2.       Acad is still bf-ing. Alhamdulillah di ketika ini, the supply & demand is still enough. Tapi takde la sampai stok melambak-lambak. Takat pump hari ni untuk stok hari esok je. My bf journey memang tough gila wa cakap lu. Bangun pagi mata merah tak cukup tu satu cite lain, dengan Acad menyonyot tengah malam 2-3 kali jugak. Budak ni sepsis makan tak banyak, tapi minum sangaaaaaaat banyak. Boboy katakan! Hihi.
3.       Mama dah tak keje kat Cheras dah! Hepi!!! Sekarang still PA kat IPT, but now in KL! Suka suka. Dok ngejas masa lagi ni. Sebab sebelum ni masuk ofis kul9, tapi sekarang masuk kul8.30. so everything must be 30mins advanced now! Tapi hepi sebab sampai rumah sebelum Maghrib. =)
4.       Thinking to pursue Master yang dok terbengkalai sebelum ni. Sebab jeles pulak nengok kakak ipar register lambat dari mama, dah grad dah. Tapi memang dia struggle sangat, dengan boboboi dua orang. Eh, tetiba hold jap la. Hehehe.
5.       Acad will turn 1 in one week, maknanya on 24th harus makan kek la kita!! Tapi kan 24th tu hari Rabu, still on working day, kita beli satu slice je la dulu kot. Balance kita makan time raya haji. Hehehe.
6.       Mama dah put on weight sket lah. Dah 70kg tapi dok tang tu je. Baju semua Alhamdulillah still bulih zip. (ke baju memang besar dah? Wakaka) Tak plan lagi untuk adik Acad. Kita tunggu Acad 2tahun la eh. Lagipun mama nak focus bf Acad sampai 2tahun. Doa-doa eh.
Dah tu je kot update sekarang ni. Macam-macam nak cerita sebenarnya. Pasal bf especially. Hehe.
Oh, cooler bag dah sold out ye. Later on kalau mama nak tukar cooler bag lagi, mama update sini k. dadadadaaaaa..

Jingle Jungle - Awesome Mom Cooler Bag (Violet) To Let Go

mama beli cooler bag Jingle Jungle ni sebab baru beli Swing dulu. kan Swing pam elektrik, so haruslah simpan asing dengan ice pack. kang masuk air, menangisss la. huhu. tapi bila dah dapat bag tu, memang boleh letak mesin Swing kat part atas, tapi sendat sangat-sangat. kena gulung elok-elok wayar dia & susun betul-betul mesin belah kiri, kepala plug belah kanan. tapi kan mama sentiasa on the go, tak bleh nak pam lelama. so tak kose nak gulung-gulung bagai, simpan je dalam tu, tonyoh-tonyoh sikit asal muat, zip, jalannn. dah la amek masa lama kat solat, nak pam lagi dah 30 minit. penah sejam duk kat surau rasa tak tenteram pulak takut-takut telefon berbunyik orang carik bos kita. memang la bos sentiasa ada, tapi orang-orang luar nak deal dengan bos kita ni mesti thru PA, kalau tak thru PA, baik takyah ada PA! hahaha.

so dengan ini, mama nak let go Jingle Jungle Awesome Mom Cooler Bag kaler Violet ni. RM45 saje siap postage.


front view

bahagian dalam - bawah bleh simpan 6 botol 5oz & 3 icepack.

bahagian atas - atas boleh simpan mesin @ pump.

RM45 only included postage. condition 9/10. beli dengan harga RM69.90 daripada Fabulous Mom.


kalau mommies pakai pam manual pon boleh pakai ekceli. senang nak asingkan pam dengan storage. =) sesiapa berminat boleh tinggalkan komen kat entry ni ke, emel mama ke - youramirah@yahoo.com atau nak cepat SMS je 019-2542551 k.

Ice Pack Tahan Lasak

sementara boleh bukak blog ni baik kita tabuh entry banyak-banyak. hehe. kali ni nak cerita pasal ice pack untuk cooler bag pulak. oh, Alhamdulillah rezeki Arsyad Hadi masih ada walaupun dah sendu-sendu sikit sekarang. mama still mengepam di ofis, makanya ice pack ni memang tetiap hari keluar masuk freezer. untuk makluman, ofis mama takde fridge mahupun freezer. freezer nak simpan chemical ada la. huhu. tapi takpe, asalkan ada cooler bag, insyaAllah susu bertahan sampai ke petang.

mula-mula dulu mama pakai ice pack Stylo Mama. RM30 untuk 3pcs. bertahan sampai 6 bulan je. pastu pecah satu persatu. sampai sekarang Acad dah 10bulan tinggal seketul je lagi. pastu, mama beli ice pack Autumnz plak. RM18 untuk 3pcs. murah sebab beli kat Parenthood Expo. hehe. tapi time puasa haritu pecah pulak seketul. tak perasan mula-mula. bila amek botol dari dalam cooler bag, pastu nampak macam ada gel kat keliling botol, terus check ice pack. sah dah bocor seketul. aaaaaaaa.

tengok! dah terkeluar gel tu. =(
makanya tinggal 2 ketul je la ice pack untuk ke ofis. belum cite ice pack untuk cooler box Acad lagi. kadang dah sampai umah, dah main-main dengan si kenit tu terlupa pulak nak masukkan balik dalam freezer. sudahnya bergilir la dengan icepack Autumnz n Sarakids yang seketul tu. hmm.

tapi last weekend, gi jenjalan kat Alamanda motifnye nak cari compact powder. harus ke Guardian@Watson la kan? gi tengok kat Watson, dah abes plak kaler yang mama pakai. naik la ke Guardian. betul-betul sebelah Guardian tu ada kedai baru, Japan Home Centre namanya. macam menarik je kedai baru ni. hehe. papa takmo masuk, so sila tinggal luar, biar mama masuk. =P sekali terjumpa ice pack baru ni :

inilah dia rupa ice pack tu.


yezza, sila gosok mata. RM3 je seketul!!

sama tinggi dengan botol Medela 8oz, so boleh zip cooler bag! hehe.

tak ke jimat SANGAT kalau beli ice pack ni? bayangkan kalau beli 3 ketul, baru RM9. daripada beli icepack yang plastik lembik tu paling murah RM18 dapat 3 ketul kan? not good not good. ekceli icepack ni ada memacam saiz. mama beli yang besar sket untuk letak dalam coolebox Coleman. baru RM5.50. icepack Coleman yang mama pakai sekarang RM29.90. gile membazirrr! so sekarang dah ada backup icepack, no worries kalau terlupa simpan semula icepack bila balik keje. hehe. sila terjah Japan Home Centre, Alamanda ye. =)


p/s : saya takde share dalam Japan Home Centre. tiada juga sebarang pertalian dengan tokey JHC. =P

Selamat Hari Raya 2012

hehehe nak sengih dulu sebab dah lama gileeee tak update sini. almaklomlah asal lepas audit je, sume benda yang tak berkaitan dengan kerja abes kena blocked. tapi hari ni, ada pulak 'orang dalam' yang tukang 'allow access'. hehe. bagus bagus bagus.

sebelum cite raya basi, meh layan gambo raya dulu meh. tema dark olive tapi dalam gambo nampak cam cekelat plak eh. kisahnya baju raya ni bukan kaler ni pon. nak kaler merah + hitam. since kawen baju raya plain je sebab nak sekayu dengan baju melayu papa. (motif apa pon taktau. sehati sejiwa la konon. puiii!) dah tu kaler plain je tak meriah la baju mama kan? haruslah lining dengan lace baru la ngancam ye dok. ce imagine, baju merah, lace hitam. auuww, macam princess tak? kehkehkeh.

Jakel Jalan TAR jadi mangsa terjahan. almaklom je la tempat-tempat cenggini banyak pilihan katanya. sepanjang duduk KL dari 2007, ini kali kedua masuk Jakel. first time dulu cari baju nikah ke ape tak ingat. kalau bukan sebab benda penting, memang takkan ku jejak tempat sesak gini. huuu. orang punye sendat kemain, bertenaga pulak memasing pilih kain. tak pose ke kak? haha. so sape yang dah pegi Jakel Jalan TAR mesti tau kat bawah tu area baju melayu kan. dah siap pilih kain merah, so nak carik lace hitam pulak. kena la naik level 'Exclusive' kat atas. (exclusive la sangat! hehe) sekali kau, promo baju melayu 5 meter + lace 2 meter + lining 4 meter + FREE SAMPIN SONGKET = RM125 sajeeeeeeeeeeee!! mak pitamm!! dah tu ape nak ku buat dengan kain merah tadi? buat muka kesian sket kat papa, dia kata takpelah, kita pilih yang ni, yang merah tu next year punya. YEAYYYYY! sekarang baru mama dapat rasa apa yang akak-akak bertenaga tadi tu rasa. kuikuikui. oh, lace hitam takde pon. so tak nyesal. hekhek.

the only semenggah pic. tengok si kenit tu. sampai mama berdiri pon tak betol. =P
raya tahun ni turn mama. so ke Seremban la kita. raya tahun ni perasaan bercampur baur. tak tau kenapa. maybe sebab terlepas malam 27 Ramadhan yang menunjukkan tanda-tanda Lailatul Qadar. maybe jugak sebab tak cukup korum, adik mama dah migrate ke Abu Dhabi, keje sana tak tau sampai bila. dia kata sukati company nak extend cemana pon. yang penting masyuk. kalau mama jadi dia pon mama sanggup. dengan syarat bujang la. hehe. tapi Raya ni syok sangat sebab ada si kenit botak tu! =D

oh my si botak domok tu dah 10bulan uols! berat tak tertampung dah ni. bila timbang eh, nape 8kg je? rasa macam berat sangat ni. ke sebab berat tulang ni? kenit-kenit berat tulang takpe, dah besar sok, mama titik dengan hanger eh. hehe.

budak domok itu sudah bisa berdiri lama & dah ada percubaan berjalan. dapat la 3-4 steps gitu. tapi belom sempat mama nak amek gambar, dah terduduk. hehe. next time k. satu lagi tebiat dia bila dah berjaya berdiri & berpaut ni, asyek la nak berdiriiii je. takmo duduk langsung. mana-mana benda tinggi dia nak panjat, dapat kipas berdiri tu dia buat pusing keliling je. nasib tak tombang kipas tu. adeh laaaa ini budak.

can you spot any difference? yesss, he is a mini papa. hehe.
tengok tu, nengok upin ipin pon nak berdiri. tok pehe sungguh! seronok sangat boleh berdiri kot. takpelah nak, berdirilah sesuka hatimu. jangan sampai nenen berdiri sudah! hehehhe.

Tengah Hot

hmm. cane nak mula ek? mama kat join grup Kumpulan Ibu-Ibu Menyusukan kat FB. so kat situ semua ilmu yang berkaitan dengan Penyusuan Susu Ibu (PSI) ada dalam tu. oh, ni closed group ye. lelaki takleh join. pompuan je. hehe. sebab kan bab BF ni sensitif to certain LELAKI yang suka layan PORN. dah dipikirnya kita yang BREASTfeed anak ni pon melucah jugak. pejadahhhh??? ok takmo marah-marah, kita sambung k.

lately, ramai pulak yang discuss pasal isu feed anak through Formula Milk (FM) disamakan dengan status anak lembu sebab FM diperbuat daripada susu lembu. NONSENSE. kesian pada ibu-ibu yang tak cukup rezeki tu dilabelkan bagi SUSU LEMBU kat anak. yep, I'M NOT AGAINST ANY FM BUT AS LONG AS I HAVE MY OWN MILK, I WILL SAY NO TO FM. clear kan? mama tak kata yang sape bagi FM pada anak tu loser, tapi mesti ada sebab kenapa ibu tu bagi anak dia FM kan? not simply self-declared susu dah kering, susu takde, nipple inverted etc. banyak cara nak troubleshoot masalah susu badan ni tapi ye lah, as working mother kita pon penat seharian dengan keje, mana nak kejar submission, nak kejar pumping session lagi. hmmm. mama tabik betul pada sesapa yang boleh pam every 2 hours tu. persoalannya,

bos tak marah ke?
kalau bos tak marah pon, colleague tak sound ke?
ataupon takde rasa bersalah apa-apa kejap-kejap lesap pegi pam?

huhu. must be ada yang marah mama pasal benda ni. ye lah, kadang bila kita obsessed sangat sampai kita ignore benda lain. sama la macam dalam kes ni, bila seorang ibu yang fikir dia sangat hebat dapat BF anak, sampai MEMPERLEKEHKAN ORANG LAIN yang bagi FM.

for me, this issue is VERY sensitive. sebab ada working moms yang tak boleh cope on pumping schedule, slowly milk production pon menurun. rezeki setiap orang kan tak sama kan? so kenapa nak memperlekehkan rezeki orang lain? jangan la sebab susu kau berpeti-peti, untuk omak yang susunya sendu begini kau lekehkan. tak baik tau! ada jugak orang yang susu dia banyak sangat, tapi baby intolerence pulak. kan dah kata, ujian Allah itu berbeza. bila kau lebih kat sini, tak semestinya kau lebih semua benda. get it?

setiap orang ada reason yang tertentu. apapun, SUSU IBU TETAP TERBAIK. nak BF anak pon mesti ada ilmu oi. ilmu nak pam susu, ilmu nak simpan susu, ilmu nak elak bengkak susu, ilmu nak tau baby kenyang susu, macam-macam lah. bukan takat selak, sumbat, sendawakan anak je ye. =) so pada semua kaum hawa, carilah ilmu tentang BF ni. ada sebab kenapa Allah jadikan BREAST pada kita. manfaat pada zuriat kita yang mana boleh buat pahala itu berpanjangan. pada yang belum kawen tu, tanam niat dari sekarang, dah kawen nanti, bila ada anak sok, nak BF anak. insyaAllah, dipermudahkan.

mama nak bagi nasihat pon bukannya stok berpeti-peti, takat ada lebih sebotol dua untuk bekalan hari esok je. ye lah, mama lambat sedar pasal ilmu BF ni. sebab takde surrounding pasal BF ni. plus mama kan anak sulung, so paham-paham sendiri lah.

kalau mama tau BF ni hebat,
memang mama dah kumpul duit untuk beli the best pump supaya jimat masa pump di office.

kalau mama tau BF ni boleh kuatkan antibodi baby,
memang dah lama mama kumpul duit beli SHAKLEE supaya dapat hasilkan susu yang lebih berkualiti.

tapi bukan la bermaksud mama dah terlambat untuk semua tu, cuma terkilan sikit la sebab lambat tau pasal INDAHNYA BREASTFEEDING, so tak banyak preparation dapat buat especially tak buat stok dalam pantang. even join ante natal class pon bukan focus on BF saja. takpe, sekarang mama dah tau sikit-sikit pasal BF, so next baby boleh la mama apply semua teori tu ye.

please, to new mothers, feed your baby with your one & only milk for at least 6 months k. =)

Tak Sihat

hmm. Ramadhan kali ni tak dapat disambut dengan penuh penghayatan sebabnya last day sebelum puasa tu mama kena keciritan kebiritan sampai dapat MC okeh! makan ape? harus la makan kat luar. hehe. sejak berbisnes + ada anak ni, kat dapur takde la meriah macam dulu asyik fikir nak masak apa. tapi sekarang, nak makan apa, mari terjah saje. tak kose nak kelentung kelentang kat dapur dengan si kenit bergayut kat kaki. oh, papanye tak laku ye. pehtu kat umah memang tak diamalkan walker atas faktor-faktor keselamatan.

kepala si kenit tu rasanya dah bape kali berlaga dengan lantai. pesen dia protes sekarang macam nak terjun swimming pool tapi style backward. jadinye kepala memang cecah lantai dulu la. even atas tilam pon, bila dia dah melentik gitu, kesian kat dia. mesti sakit kepala gak kan. huhu. rasa macam nak bawak dia gi jumpa doctor, nak scan la. hmmm. risau risau.

so hari Jumaat lepas bila mama dah MC, papa lagi sambung tido. saje nak join cuti. jeles la tu mama duk umah. =P serius melepek ko dah tercirit termuntah bagai. nak makan pon takde selera. jumpa doctor lagi best, dia tanya bila last period? aish, nak saspek I preknen la tu! choiiiii. pastu mama kata la last period May lepas, pastu dia sambung, tapi kan sekarang July? hoh, memang saje je dia. cecepat mama kata, anyway saya dah check kat rumah awal minggu aritu tapi -ve. takkan la cepat je jadik. T__T pastu doc tak puas hati lagik, dia suruh mama baring, dia nak check perut. huuuuuuuiiii, perutku yang berlipat tu ditekan-tekannye. siap nak dengar pakai stetoskop. apada doc, memang takde!! (gile kompiden ni. haha) pastu baru la dia kata, aah la, takde. sedihhhh tol la doc ni. sib baik dia tak suh buat UPT test kat situ. hikhik.

sudah tu dia kata awak fully BF ke? mama angguk. dia kata oohhh patut la period terabur. biasa memang macam tu kalau fully BF mothers. tapi, bila awak dah campur FM nanti, possibility untuk preknen higher tau. so, bertahan la BF dulu k. hehe. sambil sengih-sengih. ku sekeh jugak la doc sorang ni kang. haha.

hujung-hujung dapat la MC, pastu dibaginye ubat sakit perut, ubat angin & garam untuk cover balik badan. pastu siap dengan pesanan terakhir, mintak-mintak esok boleh puasa la ye. hehe.

sudahnya sampai ke malam, mama terus melepek, sian si kenit main dengan papa. selamat balik Putrajaya umah mertua ramai orang. buleh la tolong layankan si kenit tu sekali, mama tak larat sungguh-sungguh dah. huhu. bila papa kejut sahur esoknya tu, memang tak larat lagi, sakit perut pulak. uik, ada lagi ke isi yang tak terbuang? sekali kau gi toilet, jengjengjeng, bendera merah sudah mariiiii. terus senyum. =D

maka first day Ramadhan sudah ku puasa yang yok. mak mertua siap cakap, pegi la makan! hoh, tetibe time ni rasa terharu gile tapi ku kontrol buat muka cover-cover sikit, jengah dapur apa ada, santap la sesorang di situ. sibbaik semorang tak bangun lagi. maka takde la official sangat ku tak pose kan? hehe.

Second day Ramadhan, yakni semalam rasa macam nak demam pulak. aduhhh. ini semua rambutan punya pasal. petang Sabtu tu kitorang balik Seremban pulak, sekali jengah dapur holamakkkkk ada banyak gile rambutan merah!! ini memang namanya rezekiiiiii! pe lagi, hadap puas-puas. sekali kau nak jadi hal kan, awak tu badan tak sihat sangat dari keciritan, dah mengundang ubat batuk pulak. memang sungguh jadi batuk kongkongkong tengah malam tu. bangun sahur (cover sebab ada adik ipar sekali. haha. padahal memang kebulur sebab takde selera makan) kepala dah berat, dada dah sesak. terus makan Actifast dua ketul, Alhamdulillah lega la sikit, even badan berpeluh-peluh macam nak kebah demam tu.

so bila dah kebah demam, boleh la kita jenjalan ye dok. haha. misi pencarian baju raya pon bermula. =P





ini semua berlaku di hadapan fitting room di mana papa berada di dalam, kitorang di luar. disebabkan mama tak berapa nak tough haritu, so pantang berenti kejap nak duduk. maka bersila lah di atas lantai. hehe.

tu jelah story awal pose mama. tak best kan? takde gambo makanan sebab sibuk makan sekali. hehehe

Susu Merudum Part 2 =(

Ini hasil 4 sesi harini = 10oz je!!

selalu setiap kali pam mesti dapat 7-8oz. hmmm. maybe sebab nipple cracked haritu kot. ke sebab mama tak makan banyak? ke sebab nak period? tapi period dah lebih sebulan dah tak muncul ni. hep, sorry ye ai tak preknen. i tau la. hehe. sepanjang 8 bulan BF Acad ni, masuk ni baru 2 kali merudum. dah kembali ke zaman pam harini untuk esok!! aaaa, stok dah takdo ni. adoiiyaiii. Acad kat rumah adalah SUPER CLINGY, nak berdukung je ngan mama ni ha. untung la papa sebab Acad takmo geng ngan dia. huhu.

why now why?? sabtu ni nak pose dah. aaaaa........

maybe dah sampai ketika makan SHAKLEE kot? tapi agak-agak la set beratus ko, takat seratus wa gigih lagi, ni satu set sampai pat lima ratus ape ke hei?? buatnye susu camtu gak? sape nak menjawab??

ye, saya ialah mama yang sangat berkira-kira. saya tau kemampuan saya. sape nak kasi trial set free bokmai. hehe.

Sorry Naik Lorry =D

Sorry menyori ya temen-temen sebab lama menghilangkan diri. lepas selesai satu masalah, datang pulak masalah lain. hmm. ada anak kecik memang sokmo takleh goyang kaki. adaaaaaa je. huhu. bukanlah merungut, tapi inilah dia rutin hatin seorang ibu yang membesarkan anak. nak jadi fulltime housewife, bisnes lom establish lagi. cukup je ongkos kita bukak kedai, babai dato. hehe.

oh memula cite nipple cracked dulu eh. guna Bepanthen memang banyak perubahan. tapi amek masa dalam 2-3 hari jugak la nak tutup luka yang terbelah tu. try DF kat Acad, still sakit menanges mama tahan sakit tau! pastu kebetulan pulak pada hari ketiga guna Bepanthen, krim Avent pon sampai. adoiila tak menyempat-nyempat nak sapu, kat situ jugak ku selak. so stop semua jenis krim, kita fokus pada Avent dulu ye. yang magiknye, esok bangun pagi tengok-tengok semua luka dah katup! wowowo ini sudah terbaekkk! pastu takut-takut nak DF Acad sebab sebelum tu dah try, sengsara. tapi kesian pulak si kenit tu dah menanges menghempas badan, ku suakan jua. tetibe rasa macam eh, tak sakit pon! haaaa, ini sudah bermakna NIPPLE KU TIDAK CRACKED lagi!! meh bangun meh kita selawat syukur. =D

Inilah dia penyelamatku! RM38 from LittleKids
sekarang dah tau punca cracked yang berpanjangan itu. sebab time mandi mama bersihkan nipple dengan sabun mandi. FYI, sabun mandi akan mengeringkan kulit nipple yang sensitif tu. that's why senang terkopek & even worst bila kita pam! hohoho. nama je dah 9bulan BF anak, tapi ilmu BF pon tak khatam lagi. hehe. anak first katakan! so omak-omak sekalian, time mandi tu takyah la beriya benar nak menyabun nipple ye. biarkan. sebab mama ada baca katne ntah, yang kata nipple kita ni sebenarnya dah pre-strelized dek susu. tu sebab time nak DF, kita tak lap pon takpe. tapi jangan la ko balik joging ko DF baby. masin la susu tuuu! hakhakhak.

ok cerita kedua, ketika berada di umah atok & nenek Seremban. sejurus selepas nipple mama elok, Acad plak demam panas. mula-mula tu perasan gak kepala dia panas. tapi kan Acad ni aktif, so bila main-main tu kepala dia berpeluh siap panas berhaba. so mama buat dek je la. sekali bila pass Acad kat nenek, terus nenek kata demam. mama lek-lek je takde la hirau sangat nak gi klinik sebab taknak la Acad bergantung pada ubat semata. so mama DF banyak-banyak hari tu. tapi, bawak ke petang, panas dah melampau. nenek kata jangan berlengah, takut kena sawan kang budak ni. so ke KPJ terus atoknye bawak. Atok stop kete kat Emergency poyo-poyo je macam ada yang parah. tengok-tengok bawak keluar pesakit kenit. hehe.

dah register itu ini, check temperature badan, mak oiiii dah 39.5 ko! normal baby 37.5. so kalau lebih tu memang dah hampir-hampir nak kena sawan la. betul cakap ibu. hukhuk. syukur Allah selamatkan Acad. selalu dia bleh merangkak laju-laju tapi bila dah demam ni melepek je bila pegang. shiannn.

=(
Isnin esoknya mama nak tak nak kena EL la jugak. untung dapat bos yang memahami. sebab anak dia pon bersalin sebulan bersalin lepas mama. so mesti dia paham kerenah baby kan? tapi mama rasa mesti orang ofis menyampah kejap-kejap mama cuti, kejap-kejap mama EL. wa bukan saje-saje nak cuti eh, wa ada anak kecik. ikutkan hati nak je berenti keje, tapi pikir-pikir balik, lek-lek lu. nanti wa resign bebetul rasakan terkontang kanting korang nak carik surat! haha. Alhamdulillah demam Acad kebah hari berikutnya & fully recovered hari Rabu lepas. tapi elok je masuk hari Khamis, masuk cerita baru. jengjengjeng.

Rutin harian mama, bangun pagi iron baju mama papa, kemas cooler box Acad untuk ke rumah opah, dah setel dua benda ni baru la mandi. tapi by the time nak mandi tu la budak kicik ni dah bangun. huwaaaa. nak tak nak kena la angkut masuk bilik air, kita mandi sesama yek. nak mandikan Acad sekarang agak mencabar, sebab dia dah pandai berdiri & merangkak, so dah ditawafnya bilik air tu. mana nak dan mama nak mandi la, nak menyabun bagai. so mama mandi dulu, pastu bila dia dah basah kena percik-percik air, baru kita mandikan dia pulak. hehe. mama perasan ada ruam-ruam kat belakang telinga & badan dia, tapi mama ignorekan aje. padahal nak cepat ni. tak nyempat la sapu krim rashes ke bedak Agnesia ke hape. sudahnya petang tu papa dapat kol dari opah kata Acad nak kena demam campak! it's CHICKEN POX uols!

mangaiiii betul-betul mencabar kredibiliti seorang mama ni. haha. so papa balik cecepat amek Acad, mama takleh nak buat apa. duk kat ofis tunggu pukul6 baru bleh pecut balik. so by the time nak pukul 6 tu sempat la mama google kejap, buat status kt FB nak cari daun semambu la bagai. untungnya lagi sekali my schoolmate ramai yang jadi Doc, so pantas mereka membidas tindakan mama untuk pakai daun semambu. Doc ni suh gi spital cecepat, gi emergency. & JANGAN BAGI AIR KELAPA. sebab-chicken pox akan keluar dengan cepat which is good, tapi kesian kat baby sengsara tergaru-garu. untuk kita yang dah besar takpe. =)

kali ni papa decide nak gi Pantai Bangsar, sebab PPUM harus sesak kan? kalau gi klinik biasa, mmm, bleh caya ke? haha. so harung je lah Pantai Bangsar pon. haritu demam kat KPJ Seremban amekaw kena charged RM96, so papa dah hint-hint bape la kena nanti ni. itu sume kita tolak tepi, tak cukup cash, gesek aje kad itu. huhu. lagipun kat spital mesti ada ATM kan? huhu saspen oi time tu sebab belakang badan Acad dah penuh merah-merah macam kena gegata. Alhamdulillah sampai emergency takde orang. tak menunggu pon. dah jumpa nurse, masuk la ward. tunggu doc sampai. doc kata macam nak jadi chicken pox, tapi disebabkan belum keluar chicken pox, just ruam je, so doc tak berani kata itu chicken pox. dia just kata VIRAL FEVER. oh viral fever is common to babies & toddler ye. ce google sket. hehe. so doc just kasik paracetamol syrup (kalau demam) & Calamine Lotion untuk sapu-sapu pada ruam tu.

SOURCE
pastu ada jugak yang suggest mandikan baby pakai EUBOS CREME BATH OIL. boleh bantu mengurangkan kegatalan tu. rupanya cenggini :

ye, RM35 ye tuan puan!
hmm. mama tak tau la sejak jadi mak budak ni selalu berkorban untuk anak. ye lah nak mandi dengan sabun RM35 uols! tapi EUBOS ni memang terbaek wa cakap lu. memang dicipta untuk menangani masalah chicken pox. ni gambar googled, nanti mama buh gambar mama sendiri k. ada kat box tu dia tulis boleh guna untuk cradle cap, rashes, chicken pox. haaaa, memang pakej semua sekali. dengan rasminya inilah shower terbaru Acad. hehe.

Doc Pantai kata mama have to be with the baby sebab kat babysitter ada budak kecik lain kan. so takut menjangkit pulak. kang ada yang kena saman kang. hukhuk. so EL la lagi mama hari Jumaat itu. tak tau la orang opis nak kata apa, lantakkkk! korang ada anak sok korang tau la. again, syukur dapat bos yang kata OK, NOTED tiap kali mama sms nak EL.

weekend baru ni turn Putrajaya patutnya, tapi disebabkan Acad suspected chicken pox, takut pulak nak bawak jalan. tapi syukur Alhamdulillah, Acad tak demam, ruam makin susut. horeeyyy boleh pegi Alamanda. eh? =P maknanya Acad just kena VIRAL FEVER & bukan CHICKEN POX. syukurrrrrr Alhamdulillah. ruam totally gone semalam, selepas 3 hari mandikan dia dengan Eubos tu. worth buying! so dapat la mama bekerja ini hari. hehehe.

Bepanthen : Day 1

baru pakai lepas maghrib semalam, tengah malam pakai sekali lagi, pagi tadi lepas mandi pakai lagi sekali. so total baru apply 3 kali. keadaan nipple : SANGAT MOIST, TAK MENGHASILKAN KERAK AKIBAT KULIT KERING. mama sangat hepi!! sebab selama ni bila sapu cream@minyak, menda tu dah kena absorb dengan breast pad. masalahnya yang cracked, nipple ke breast pad ni? haha. pastu kulit nipple jadi kering, bila bergesel dengan breast pad, mama rasa pedih-pedih. kadang nipple terlekat dengan breast pad maybe sebab bila apply cream kat nipple, cream tu tak tau absorb ke mana, last-last mengering sekali dengan breast pad. haru ok nak bukak bra sebab satu hal nak meregangkan breast pad dengan nipple, ibarat menarik kulit nipple yang kering. eh, ayat dah berbelit-belit ni. korang paham ke? hehehehe.

tetibe macam menyesal gile sebab rupanya tak habis buat research pasal nipple cracked ni. =( Bepanthen ni dah ada dengan mama time join ante natal class lagi, by the time Acad dalam perut 28minggu kot. bayangkan betapa lamanya Bepanthen tu mengeram dalam box tu tak berpakai. yo lah, kat kotak tu tulis Nappy Rash Cream. memang tak pakai la kan sebab Acad takde nappy rash. (Alhamdulillah).

ok baru dapat amek gambar Bepanthen milikku sendiri. even cinonet je, jadiklah buat tester. kalau elok, kita gi beli kat farmasi eh. =)

I told you, kocik yo kek tapak tangan. free gift katakannn. temgok kat box tu dia tulis NAPPY RASH kan? siap ada gambar montot baby lg. salah sape ni?? mati-mati ingat untuk nappy rash je. =)
hah! nampak point no 2 tu? patutnya point tu kena buh kat packaging jugak kan?
IT IS NOT NECESSARY TO WIPE OR CLEAN THE OINTMENT OFF THE NIPPLES, PRIOR TO BREASTFEEDING. aiyok, statement dalam entry semalam dah salah la nampaknye! hehe. so no need to wipe off yo!
sekarang Acad dah ada dalam TANTRUM ZONE, kalau bosan sikit je protes, nak tido protes, mama takde depan mata protes. maybe sebab gatal gusi kot. semalam check gigi dia, upcoming another 2 ok! umangaiiiii, copek bebona ini budak. sekarang, by the time Acad 8 months dah ada 7 batang gigi. bagussss. mama tak makan Shaklee pon progress anak agak membanggakan kan? hehe. (jangan marah ye orang yang jual Shaklee, kadang-kadang lemas dengan iklan sana sini. I know the product is good, but my money is not good. hehe.) so nak tak nak, malam tadi bagi dia DF sekali. uuuiiiiii, dia punye heaven agaknya dapat kopek, sampai nyonyot kuar bunyik uuummpphhh, uummmppphh dalam 3-4 second camtu. hahaha. bercandu kekdahnye! =P

so, mama tolak tepi semua cream/minyak semua, mama nak stick pada Bepanthen ni dulu ok. kita tengok bape lama boleh heal itu crack. =) sekali lagi nak remind to all mommies, sila BELI nipple cream/nursing cream cap apa pun, masa itu akan muncul juaaaa. kalau tak dapat crack pon, at least boleh repair sel-sel kulit mati kat sekitar aerola tu. perasan tak sebelum ada baby, aerola tak gelap macam sekarang kan? mana tau, sapu cream tu boleh jadi pink je. indah pemandangan. hakhakhak.

Walaupun Sakit, Hak Anak Perlu Ditunaikan

plus minus 16oz for today

Masalah cracked ni tak selesai lagi. most of creams yang mama pakai, turn out kulit nipple jadi kering & terkopek. tapi Alhamdulillah ada yang bercantum sikit-sikit. mama memang amalkan pakai breast pad. bukanlah bajet susu melimpah-limpah sampai lencun baju, tapi, nak jaga bra. hehe. sebab penah jadik bila pam sebelah, sebelah lagi menitik-nitik. end of the day, bra jadi keras sebab kena susu tadi. satu hal pulak nak sental hilangkan kerak tu. huhu.

sebelum cracked ni pakai breast pad heaven je. selesaaaa sangat. ala-ala pakai padded bra padahal pakai nursing bra je pon. haha. tapi bila dah luka-luka ni, bila kulit nipple jadi kering, nipple berlaga-laga dengan breast pad pulak. ngilunye ya ampun, ketap bibir pon tak hilang. kat mana ntah ada suggest gi jumpa doc, nanti doc kasi ubat tahan sakit. tapi gilo kau tetiap hari nak makan ubat tahan sakit? daripada tak sakit terus jadi sakit pulak kang. =(

eh, google punya google, ada yang sapu Bepanthen pada nipple cracked la. eh korang tau tak Bepanthen tu amende? rerupenya Bepanthen ni one of rashes cream. oh, btw, Acad so far tak pernah dapat rashes (Alhamdulillah) so no wonder la tak pernah tau keberkesanan Bepanthen ni. tapi kan, macam familiar & penah nampak la cream ni. ingat-ingat balik, mama ada dapat cream ni dalam gift time join ante-natal class kat KPJ dulu. tapi tak pakai lagi, so tak tau la tahap kebagusan Bepanthen ni guane. nanti mama dah try mama gitau k! rupa cream Bepanthen tu gini :

source
haa mesti korang penah nengok kan? jimat la nappy rash cream leh sapu kat nipple cracked. tapi nanti kena basuh betul-betul la sebelum DF baby kan. sebab dah nama nappy rashes, bukan letak kat mulut. huhu.


p/s tak sabar nak tunggu Avent's & Mimijumi. =D

Nipple Berdarah


lanjutan dari ENTRY INI dan INI, inilah darah akibat cracked itu. sakit. =( Sekarang dah almost kering, tapi kadang bila keluar susu, pedih je lalu kat cracked tu. hmm. walaupun sakit-sakit begini, buat mama lagi kuat semangat untuk tetap bf Acad. mama nak Acad hargai segala kepayahan & kesakitan yang mama hadapi dalam usaha untuk bf dia. alamak, sodih la pulakkkkkk!

sekarang mama dah jumpa Avent Nipple Cream, beli online je. kena tunggu la nanti kita cuba plak ye. mama pon dah beli feeding bottle Mimijumi thru online. mudah-mudahan Acad kenyang minum susu mama thru botol tu. =)

ada yang tanya, nape tak pegi kat doc? btw, mama ada kakak angkat sorang doc kt PPUM. not so kakak angkat la ekceli. dia kakak pada my BFF. so mama rapat dengan semua family members dia lantas self-claimed angkat berangkat. haha. mama panggil dia Kaklang. she is supposed to sambut Acad on the day mama induced tapi tak bersalin-bersalin jugak sampai ke petang. dia expect mama deliver malam, tapi tak sempat sampai malam, abes je time keje dia mama dah kena push masuh OT untuk czer. hoho. ok balik pada cite tadi tu, kaklang kata sapu susu sendiri & cocoa butter. mujur mama dah beli Palmer's kan? so sekarang sapu tu je la sementara tunggu Avent's.

semalam papa ada tanya, ada lagi tak cara yang kita belum cuba? huhu sedih. mama rasa mama dah cuba semua kot. (ke ada lagi yang mama tak tau?) sebab last week jumpa cousin kat kenduri, dia dah ada 3 gegel. yang kenit selang sebulan Acad je. tanya la dia cane pengalaman dia bf. dia kata husband dia tak bagi bf kalau baby dah start gigit-gigit sebab makcik kepada husband dia tu dapat breast cancer sebab baby gigit-gigit. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. maybe ini general assumption tapi serious scary kan? till date, mama dah 'puasa'kan Acad dari DF selama 2 hari. sian dia. asal mama letak kat pangku ke dia buat mulut burung. aduhhhh. tapi Acad kena sian dengan mama jugak sebab mama kena tanggung sakit bengkak. tak larat nak pam banyak kali sebab pam pon sakit. nak lega punye pasal, time mandi, main urut-urut breast dengan sabun. sambil mandi, sambil mengalirrr je susu. sedihhhh sebab susu keluar macam tu je. =( mommies semua doa mama cepat baik k.! rindu nak df Acad!!!!

Sian Anak Mama

mama kan tengah struggle dengan keadaan nipple yang sakit-sakit ni. so satu hari boleh DF Acad dua kali je, maknanya sekali belah kanan, sekali belah kiri. lain daripada tu, BOTOL! weh serius stress dengar Acad menangis-nangis sebab lapar. bila sua-sua dengan botol tak nak. bukan mama bagi susu FM pon yang dia refused, EBM mama yang dalam botol tu! nampak sangat nak kopek! aaaaa mama sian kat Acad, tapi Acad kena la sian kat mama kan? cakap ngan baby mana la dia paham. at least muka confuse ada la. huhu.

kat umah opah, mama bagi botol biasa, cuma tukar puting je. mama belikan puting cap Doctor Baby. itupon ibu yang suruh. ibu kata takyah beli memahal de. time along dulu pakai puting tu jugak. aaaaaaaa baiklah. time pantang ajar dia pakai Doctor Baby tu makan masa jugak dalam seminggu dua kot. kena paksa dengan mak mertua, mesti ajar dia minum botol jugak, sebab nanti time mama takde senang bagi botol. hmmm. sekarang sila bersedih sebab Acad refused botol kalau dengan mama. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. T_______________________T

orang kata botol Tomme Tippie TERBAEK sebab puting botol tu shape macam breast kita. tapi still silikon lah. tak 'selembut' yang ASLI. hehe. mama bekalkan Tomme Tippie kat opah jugak. opah kata TAK LAKU. nak puting getah Doctor Baby jugak. hmmmmm.

so sekarang bila dalam masalah nipple cracked ni, nak tak nak mama kena SABARRRRRRRRRRRRRR & TAHAN TELINGA dengar Acad merengek. kesian tengok dia meronta-ronta menangis. kadang tu sampai tunduk-tunduk. huhuhu. last-last, papa tanya, ada tak botol yang 'selembut' kulit asli? mama teringat satu brand ni. MIMIJUMI nama diberi.

source : mimijumi.com
ada dua harga untuk dua saiz berbeza :
NOT SO HUNGRY 4oz RM82
VERY HUNGRY 8oz RM87
(prices may differ depends on reseller)

dah namanya Midveli tu kedai runcit kitorang kan, apa lagi, operasi harta karun pon bermula. waaaaaaaaaa, sebesau-besau tu pon TAKDE brand ni. adeh. jangan sampai mama bukak outlet kat situ kang. haha. dah tu takkan nak balik tangan kosong kan? maka, mama decide untuk cuba BREASTFLOW by THE FIRST YEARS.

tengtengteng. beli kat TOYSRUS konon nak pakai voucher. sekali tak valid untuk baby's merchandise. nyampesss! sib baik RM59.90 je.
oh, RM59.90 'je' untuk 3 botol pendek. Acad tak penah la nak minum banyak-banyak kalau pakai botol nih. tu yang mama beli 5oz sudah. nanti nipple mama dah elok, kita bungkus balik botol ni. hehehe. mampu ke nak tahan? ado 16 bulan lagi ni kak oiiiii. =P

percubaan pertama Acad minum EBM guna botol ni, kening berkerut, tapi nyotnyot tapi ragu-ragu. maybe sebab teat dia MUCH MORE SOFTER than Tomme Tippie, tu yang dia ok kot. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii. haa ada tapi tauu! dia minum luak 1oz jeee! aiyoohaiiii. sian dia. tp sian mama jugak la kena tahan bengkak sebab tak dapat DF dia. huhuhu.


oo time nipple cracked ni mama tak dapat nak pam banyak kali. sehari sekali je. sudahnya marmet. sebab bila kena sedut dengan pam pon sakit ya amat, inikan pulak kena sedut dengan Acad. aduhhh. biarlah kita sama-sama berkorban ye Acad ye. pasni Acad nak sedut banyak-banyak sampai kempis pon takpe. mama relaaaaaa. janji, bagi baik dulu k!

dalam sekotak tu ada 3 botol kan? setiap botol datangnya sekali dengan lid. so kalau kita taknak pakai botol tu untuk feeding, boleh pakai untuk simpan EBM jugak. cam gini rupanya,


so malam tadi mama dah selamat pakai tiga-tiga botol ni. weeee. mama bahagikan setiap satu botol dengan 2oz EBM. standby untuk tengah-tengah malam. tu pon tak abes tau! takpelah, at least anak mama tak haus tekak kan? dah dua minggu ni jugaklah mama tak cukup tido, kat ofis tido sampai ternganga-nganga. tu ponn saspek tido nganga sebab perit tekak. adohhh. nape dato tak kejutkan ai? ke dato malu tengok ai tido ternganga? hahah. mama tak tau la sampai bila nak lega nipple cracked ni sebab nampaknya crack merebak panjangggg sekeliling nipple. aduuuuuhh.  doakan mama tak terlintas FM k! huhuu

Cracked & Wounded Nipple

aaaaaa, sudah dua minggu mama sengsara dengan masalah di atas. itulah sebabnya takde mood nak update ni. holiday Langkawi pon tak dapat nak enjoy sangat sebab masuk malam je seram sebab Acad kan suka melekap je sampai tido. tu belom dia terjaga tengah malam 2-3 kali nak minum lagi. aaaaaaa memang seram ye. seram sebab DF sambil mengadoi, menjerit menahan sakit. sampai meleleh air mata pon ado. aaaaaaa sakittt! tambah seram bila dua-dua nipple cenggitu! aaaaa I wish for third breast!!! =/

kalau nak tengok cemane gambaran nipple cracked, klik SINI, wounded nipple plak tengok SINI. nak buh gambar mamanye mana bleh! haha. cracked belah kiri, wounded belah kanan.

mama rasa ada beberapa sebab kenapa leh jadi gini :

1) Acad memang habitnye menggigit time DF. seems like dia geraammmm bila dapat minum. ye la, kat umah opah minum kat botol tak feel la brader. so dapat mama punye memang dia tala habes! huhu.

2) Acad dah ada 4 batang gigi. so bila dia menggigit tu dengan 2batang gigi atas & 2batang gigi bawah, terkacip le puting itu. adoiiiiiii. eh, baby orang lain pon ada gigi jugak kan? ke Acad ni rakus? hahaha.

3) suction pump yang SANGAT kuat boleh mengakibatkan kulit puting melecet. ini boleh consider jugak rasanya. sebab mama suka suction kuat untuk cepatkan susu kuar. ye la, keje PA gini mana boleh merayap lelama. kang Dato cari cane? I takde blekberi mahupon aipong. hehe.

4) tak 'bersihkan' puting sebersih-bersihnya. bersih kat sini bermaksud gosok permukaan puting supaya takde sebarang putih-putih kat situ. so bila ada putih-putih kat situ, susu kat dalam dah kena block takleh kuar. bila suction pump dah kuat, macam 'memaksa' jugak untuk kuar. itulah jadinye sakit lantas melecet.

memula sekali, mama beli NIPPLE SHEILD. takmo brand cikai-cikai, beli MEDELA terus hokeyyy! dengan harapan Acad boleh menyonyot tanpa memparahkan lagi lukaku itu. tapi kannn, itu budak sudah bijak ooii. nama pon fully bfeed kan? haruslah bijak anak mama! hehe. Acad refused to suck! adoiiiii. menanges-nanges dia takmo hisap bila mama pakai sheild tu. dah la RM79 tahu! boleh makan kt Kenny Rogers dah! huhu. pastu nak tak nak, tadah je la luka-luka pon kat dia. adoiiiiii.

pastu datang pulak idea gila, gunting muncung sheild tu! disebabkan sheild tu datang dengan 2pcs, maka ku korbankan sekeping. baek punye trim, bila acu kat nipple untuk DF Acad, meraung pulakkkk! adoiyai ini budakkk. mama stress ok stress! dah la stress sakit, stress sheild berlobang pulak tu! uwaaaaa.

seterusnya, idea 'kreatif' papa la tampal plaster ke selotep ke untuk cover yang luka tu. tetiap malam kat Langkawi dok carik plaster ok! huhuhu. tapi nak cari yang water resistant takdo. kat kedai runcit manjang je ada cap yang getah kain tu. memang la lekat habes, tapi kang nak menanggalkan tak ke seksaaaaa! dah la kawasan kulit paling sensitip pulak tu. adess. boleh lupe pulak kat Langkawi ada Guardian. hakhak. sian orang Langkawi, ai terunderestimatekan bandar uols! ingat kat Langkawi ada cekelat & pinggan mangkuk je. wakakaka. sampai KL terus beli sekotak amekaw!! yang cap Hansaplast ni memang terbaek sebab kt tengah-tengah tu kainnye tak kuning (kuning sebab ada ubat papa kata). so kalau putih takde ubat la ye dok? mama dah tampal kat part luka tu, bila Acad nyot-nyot macam isap straw pulak bunyi dia. haha. sian anak mama nyonyot tak feeeel.


pastu mama try sapu stretch mark lotion jugak. orang kata sebab kandungan COCOA BUTTER tu boleh elokkan luka tu. berkesan jugak la. tapi kan mama tak ajar Acad untuk bottle feed bila kat umah, so nak tak nak, lom sempat fully recovered, Acad nyonyot, dah jadi balik. aaaaa.


mama try jugak krim PURELAN by MEDELA. heh, cetoet ni RM29 ye! 7gram je plak tuh. hmmm. Alhamdulillah ada improvement but still, lom sempat nak elok sepenuhnya, Acad dah meronta-ronta nak kopek, tadahkan ajeeeee. sebelum ni boleh la buat mende lain time dia minum, tapi tak bleh. kena fokus menahan sakittt. hmmm.


sebenarnya ada BEST testimoni pakai AVENT NIPPLE CREAM. tapi puas meronda satu MIDVALLEY takde. sape kata MIDVALLEY ada macam-macam? takde ok! haha. ini ditujukan kepada papa yang dok bangga sangat 'kedai runcit' dia tu. haha. yang bagi testimoni tu kata, doc kat PPUM siap buat study pasal nipple cream ni. so the best is AVENT's. online store pon tak penah jumpe lah. sesape ada jual bagitau eh! nak gak try since doc PPUM dah claim the best kan?

oh lupa pulak, time meronda MIDVALLEY carik AVENT's tu, masuk la MOTHERCARE. seram je sebab barang MOTHERCARE haruslah mahal kan? tapi demi kesejahteraan sejagat, ku harung jua. malangnya takdok. even staff MOTHERCARE leh pulak sajes pakai VASELIN. ape? VASELIN yang petroleum jelly tu sapu kat nipple? pelik kan? dah dia kata ok, mama pon beli la seketul. murah pulak tu kan. sapu jangan tak sapuuuu. hehe.


ada juga yang berkata, sapu virgin coconut oil (VCO) kat tempat yang sakit tu. fast recovery katanya. mama memang makan VCO ni. tujuan asalnya nak lebatkan susu di samping menjelitakan kulit. tapi takat kulit je la jelita, susu biasa-biasa je. tu sebab tak cerita kat sini. haha. mama makan dah masuk 2 botol, so pecahkan sikit capsule tu, sapu la kat nipple. susu perisa kelapa dara bak hang! haha.


amboiii banyaknye invest nak elokkan nipple. tak leh sabar kan mama ni? eh, haruslah tak boleh sabar. mana elok kita usahakan. tak tertanggung dah sengsara pedih time DF. patutnya DF feeling nyamannn je tapi mama mengadoi-ngadoi pulak. kelaka je muka Acad kalau mama mengadoi, berkerut kening ni macam kompius. tapi mama yang geram sebab dia takde rasa bersalah pon ketap gigi dia kat tempat sakit tu. ohaaiiii anakk! baru anak sorang ni, belom ada adik lagi. cano? huhu. papa kata dulu time takde gigi, kita mintak dia tumbuh gigi cepat kan? sekarang dah ada gigi, kita mengeluh pulak. huhuhuhu no komen!! =P

last try, semalam pegi Watson nak beli stok plaster. tengok-tengok ada Palmers' Nursing Cream. loooo, apasal tak jumpa benda ni awal-awal dulu??? adeh. dengan tamaknye, beli la jugak semalam. hehe. gini rupenye. tekstur sama macam Vaselin, Purelan, ala-ala jelly gitu, bukan liquid. so sapu jangan tak sapuuuu.


so kesimpulannya ibu-ibu sekalian, SILA MASUKKAN NIPPLE CREAM DALAM LIST TO HAVE ANDA YE. tak rugi beli pon. precaution gitu. dulu mama berlagak konon takmo beli, even dalam list preparation sebelum bersalin tu dah ada. sekarang baru meraban kan. amekaw! sesungguhnya penyusuan susu ibu itu penuh dengan ranjau berduri. ini salah satu cobaan yang harus ditempuhi. Acad baru 8 bulan, still ada 16 bulan lagi untuk cukupkan penyusuan dia. moga ada rezeki Acad nanti. doakan ye!


p/s : cerita Langkawi nanti la ek? eleh, macam la ada orang tunggu. =P

Teringinnye Pasal


Gile mahal gula-gula sekarang eh? DUA BIJI TIGAPOSEN OK! harus kaya cepat aunty ni tau. adoooiii. disebabkan jarang jumpa gula-gula HUDSON perisa buah pala ni, makanya beli la SEMBILAN POSEN, dapat la ENAM BIJI. ngeng!

Al Fadhil Ustaz Arsyad Hadi

Assalamualaikum. hehe. selama ni tak kpenah bagi salam ek. alih-alih buat tajuk entry pasal ustaz dan dan nak bagi salam. =) let me introduce you our beloved Al Fadhil Ustaz Arsyad Hadi in the making.hehe.

ececeh malu-malu plak ustaz nih.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sabooooo ye =)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sabar separuh daripada iman ye dok. =P
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
amboih garangnye ustaz!
ni namanya ustaz mood baru bangun tido mama ajak gi kedai beli sukoba (read : suratkhabar). kudos to 8.30am sunshine yang ada vitamin ape (??? selalu time sekolah kalau assembly lama sket mulalah cikgu kata ada vitamin amende ntah. lantas feeling sunbathing kat skolah. haha. tapi sampai sekarang tak tau fakta ke auta? anyone?) agaknya sebab silau matahari tu yang dia berkerut kot? hehe.

sekarang ini ustaz sudah tidak boleh duduk diam tanpa aktiviti. car seat is a BIG NO. sib baiklah car seat ehsan daripada maklong dia, so mama takde la ralat beno anak takmo duduk dalam tu. hehe. so papa la jadik supir, mama & anak duk bersilat kat belakang. kejap ke tepi tingkap kiri, kejap belah kanan. adoiiilah. makin kurus la mama. erkk, layan anak dalam kereta pon boleh kurus? hahaha.

hoho nextweek we are going to Langkawi, bertigo sajo. =) takleh imagine cemano nak ngendong budak ni dengan luggage bagak-bagak. hakhakhak. ini first trip Acad in the air yo mommies, so mama wajib cuak macamana nak handle ini budak di tempat orang. I mean tak sama macam kita balik kampung kita. ye lah, gi tempat orang yang kita tak biasa culturenya gimana. dahtu feeling tourist pulak. I is runsing lah! tapi mama sangat eksaited sebenarnye sebab pernah pegi Langkawi sekali je seumur hidup 29tahun ni. sila gelak beramai-ramai ye. yang sekali dulu tu pon sebab sekolah buat trip bagi hadiah pada siapa yang dapat 4A dalam UPSR. so pegi lah berjimba dengan rakan-rakan hingusan. kikikiki. time tu tak tau la beli ape kat Langkawi, tapi yang pasti tak shopping cekelat & yang paling heran ialah Underwater World je la kot. hahah sodihhhhh! makanya kali ini berjimba bersama hero-hero kesayangan haruslah posing kat semua benda kat Langkawi. taktau la bila lagi leh jejak Langkawi. hahaha.

ok dah boleh countdown dah. 5days to depart!! =)

A is For Arsyad!!

A is for Arsyad!

Reason letak huruf A kat depan ialah supaya nanti dalam list attendance time sekolah, cikgu panggil Acad first. takpon mesti top 5 punye. hehe. oh mama dah cite lom eh mama penah mimpi pasal Acad time preknen 3 bulan? dalam mimpi tu dok nampak baby boy comel sangat, pastu end of mimpi, ada suara sebut Hadi. so mama rasa macam PERLU letak nama Hadi bila baby keluar nanti. bila scan time 9 bulan, tup tup clear gileeeeee proof baby boy, so memang mama muktamad mesti ada nama Hadi. so papa just topap nama kat depan or belakang Hadi je la.

nama penuh mama, Siti Amirah. ada A tapi second word. huhu. sebab time sekolah bosan gile tunggu turn kena panggil dengan cikgu. (eh, suka pulak eh kena panggil dengan cikgu? hehe) contoh la kan nak kena cucuk Rubella ke BCG ke kan senang ikut attendance list. pulak tu BFF sume nama Nur la, Nurul la. yang nama start S ada la dua tiga ketul. tapi tak geng, so rasa tak best. haha tah pape kan? pastu yang PALING tak best, bila nak PMR & SPM. dewan sekolah tak muat nak bubuh semua candidate, so saki baki nama yang huruf hujung-hujung ni kena exam dalam kelas je. sedih wok! bayangkan yang memenuhkan dengan dengan huruf M & N. aduhhhhh. Muhammad je dah berapa orang? pastu ejaan berbagai-bagai. Mohd la, Muhamad la, Muhammad la, Mohammad la, Mohamad la. yang N pulak Nurul, Nur, Nor, Noor. sedih sebab pas exam takleh sembang. nak sembang mende kelas kecik, cikgu dua orang. huwaaa. tu sebab la sekarang lupa kat Siti, nak orang panggil Amirah je. haha.

motif huruf A jugak, supaya boleh build up Acadnye self confidence. ye lah, bila dah selalu kena panggil first dengan cikgu, so mesti dia tak takut dah kan nak expose kat sekolah? I like!

masa decide nak buh nama Arsyad ni, both neneks asyik la tersasul-sasul Asyraf, Asyraf. adeh, mama & papa dah berkenan dengan ARSYAD = YANG PALING CERDIK. tapi Asyraf pon ok gak maksud dia, YANG LEBIH MULIA. tapi we're both agreed untuk letak nama ARSYAD, so ASYRAF nanti nama untuk adik eh? hehe. tapi kan, boleh pulak sebelum papa nak gi buat surat beranak, papa tanya balik,

ARSYAD ke ASYRAF?

aisssshhh papa ni. sib baik dalam pantang. so nak main cubit-cubit pon tak dayo. haha. bila dah officially announce to public nama baby (kelas tak macam selebriti gitu. hihi), ada la yang kata nama macam orang dulu-dulu la, nama kampung la, nama orang tua la. eh, pedulik la nak buh nama apa pon, aku yang beranakkan dia, so sukatilah. haha jahat. janji nama tu membawa maksud yang baik, dan mudah-mudahan maksud nama tu boleh membentuk peribadi baby kita tu.

apa pun, terpulang pada pendapat masing-masing la ye bab bagi nama pada anak ni. mesti uols ada reason di sebalik nama kan? I'm telling you mine aje. =)

Jom Buat Stok Untuk Ramadhan!!

plus minus 8oz every session. =)
semenjak kehadiran SWING ni tak tau la nak kata apa. syukur sangat sangat sangat sangat. pelaburan yang SANGATTTTTT berbaloi. sebab sebelum kehadiran SWING, tiap kali pam dapat la maximum 5oz. tu pon kena tunggu bengkak dulu baru leh dapat. Acad plak minumnye kussss semangat, dulu zaman lepas pantang dapat la bekalkan 24oz, tapi sejak dah peot tu susu makin sikit makin susut. kais pagi makan pagi katanya. pam harini untuk esok. kadang sampai lunchtime terkejar-kejar balik topap susu. T_____T

maybe ada yang kata faktor breastpump tak penting, tapi pada mama, faktor breastpump amat penting bagi mama yang kerjanya dok susun jadual bos. kejap-kejap kang, amirahhh, kejap-kejap kang emel masuk, kejap-kejap nak kena jumpa dean, aishhhhhh. kalau ikut jadual pumping, MUST BE EVERY 2HOURS. tapi sepanjang mama keje dari 9 pagi sampai 6 petang, maximum dapat pam 3 kali je. kadang-kadang, dua kali, paling teruk sekali je. tu pon sebab dah tahan bengkak dah. =( kadang bila rasa down, membuak-buak perasaan google the best FM available tapi pastu bila tengok gambar Acad, alahaiiiii, lomah jantung den! Alhamdulillah mama survive dengan pam manual Anakku sampai Acad berumur 6bulan. =) *tepisbahueksyensikit*

so sekarang sedang giat membuat stok semula untuk bulan Ramadhan bulan depan. jom mommies kita buat stok!!

Memang Macam Ni Eh?



habit baru sejak ada gigi ni. kecik-kecik ok la ye Acad buat gini. dah besar nanti mama jentik nanti. =D memang macam ni eh kalau baby dalam proses nak tumbuh gigi? time 5bulan dulu air liur dah macam air paip. baju memang basahhhhh je manjang. pastu bila tumbuh gigi seketul, kurang sikit. la ni dah ada 3 ketul, dok la main-main lidah gitu. sib baik comel. hehe.

mama ada jumpa Baby's Tooth Chart kat SINI. boleh print katanya. nanti print eh. track our baby's tooth development. kelas kan? mak-mak kita dulu ada buat cenggini tak? I bet takdok! hihihi. rupe Tooth Chart tu cenggini :


macam blur sket eh? huhu.

ok ni yang clear tapi bukan gigi badak la. =P

mama ada jumpa satu artikel kat SINI, berbunyi begini,

There are 20 milk teeth, ten at the top and ten at the bottom. Teeth usually erupt in pairs from the front of the mouth to the back, the bottom pair arriving a couple of months before the corresponding top pair. Although the age at which babies begin to teethe and the rate at which it proceeds differ greatly, the chart below indicates the order in which teeth usually appear.

If your baby bites when breast feeding, you could discourage this by immediately taking away the breast. This will teach your baby that biting interrupts feeding!

ada banyak lagi article pasal teething process ni. klik SINI.

seronok jadi mak kan? rasa happy je bila tengok progress anak. kalau dulu cikenit je muka blur, tapi sekarang ya ampunnn, dah makin bijak pandai. sekarang Acad sangat sangat sangat manja. dengan mama especially. orang tua kata baby yang breastfeed memang manja terlebih dengan mak. ada logiknye jugak, sebab dok bau ketiak mak je kan? hahaha. kalau mama balik keje kadang-kadang kat pintu tu mama dah dengar suara dia nangis-nangis ke merungut entah. pastu bila mama masuk rumah je bagi salam, terus toleh, sengih dan-dan tu merangkak laju-laju nak gi kat mama. belum sempat nak bukak tudung lagi dah nganga mulut nak minum. adeh. papa kata,

takpe. kita susah-susah sekarang. nanti Acad dah besar, dia senangkan kita pulak insyaAllah.

ewah, bertouching-touching pulak laki mak ni. kadang tu mama nak ke dapur pon dia nangis nak ikut, mama nak mandi pon nangis nak join, mama nak berak pon nangis. aiyohhhh! Acad punya nangis macam protes siap tunduk-tunduk lagi. huhu. bila papa amek nangis lagi. tapi bila mama amek, tetibe macam magnet pulak. terus senyap, siap gelak lagi. padahal air mata meleleh-leleh tu. sian papa. jangan la terasa papa sayang, Acad bau susu je kat mama ni. hehe. sudahnya memang tak mandi le mama. haha. nak mandi harus tetengah malam time dia dah tido. tu pun kena mandi slow-slow. budak ni telinganya nipis masyaAllah. bayangkan mama on kipas pon dia dengar. hai la anakkk. ingatkan time dalam perut je suka terkejut-terkejut, rupanya dah keluar pon sama ek. huhu.

apa pun, syukur Alhamdulillah atas kurniaan Arsyad Hadi pada mama & papa. banyak benda baru yang mama & papa belajar dari hari ke hari. kalau dulu tengok anak orang menangis kita kata bising la, mak dia tak pandai jaga la, tapi bila ada anak sendiri baru kita faham, ooo, maybe baby sakit perut kot, maybe baby kembung kot, maybe baby lapar kot, maybe baby susah nak berak kot. kan?

mama tau ada TTCian yang baca blog ni. jangan sesedih k. masa awak akan tiba jugak nanti. Allah sedang menguji. bertabahlah. kadang-kadang kita perlu berkorban untuk dapatkan sesuatu. kenalpasti apa punca masalah, bertindak untuk atasi masalah. macam mama dah tau punca TTC sebab stress, mama resign. after two months resign, terus melekat koooo. =) SMILE beautiful ladies!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up