Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Susu Merudum Part 2 =(

Ini hasil 4 sesi harini = 10oz je!!

selalu setiap kali pam mesti dapat 7-8oz. hmmm. maybe sebab nipple cracked haritu kot. ke sebab mama tak makan banyak? ke sebab nak period? tapi period dah lebih sebulan dah tak muncul ni. hep, sorry ye ai tak preknen. i tau la. hehe. sepanjang 8 bulan BF Acad ni, masuk ni baru 2 kali merudum. dah kembali ke zaman pam harini untuk esok!! aaaa, stok dah takdo ni. adoiiyaiii. Acad kat rumah adalah SUPER CLINGY, nak berdukung je ngan mama ni ha. untung la papa sebab Acad takmo geng ngan dia. huhu.

why now why?? sabtu ni nak pose dah. aaaaa........

maybe dah sampai ketika makan SHAKLEE kot? tapi agak-agak la set beratus ko, takat seratus wa gigih lagi, ni satu set sampai pat lima ratus ape ke hei?? buatnye susu camtu gak? sape nak menjawab??

ye, saya ialah mama yang sangat berkira-kira. saya tau kemampuan saya. sape nak kasi trial set free bokmai. hehe.

9 comments:

MYRAspberry said...

sedihnya bila tengok susu sikit kan.
takpe.... cuba lagi kot.
maybe sikit sekarang dia nak bagi banyak time puasa nnt kot.

youramirah said...

MYRAspberry,

hmm. mmg sedih susu sikit. nak nak bb lom setahun. masin la hendaknya jari yg tekan keyboard tu, sikit sekarang, banyak bulan pose nnt. hehehe

Mimy Hamid said...

betul tu setuju nak makan shaklee tengok poket..uhh rasa tak mampu bukan kedek..tapi memang tak mampu kan...hmm susu merundum memang ada pasang surut kan..

HAFIZA HASSAN said...

salamm. juz BW.. try shaklee pack trial.. bru 80 kot.. stok utk sebln.. nk beli full set ratus2 kite xtau lg kan hasil dia.. so try trial jela.. sy bkn pengedar, tp bf mom mcm mama juga.. ;p hope leh membantu..

youramirah said...

kak mimy,

pikiran kita sama la kan? senasib la kita. huhu.

Hafiza Hassan,

ada eh trial pack? hoho. ok nak cari nanti. harapnya ada lah perubahan kan? hmm.

salam kenal. =)

HAFIZA HASSAN said...

salam perkenalan juga..
ada.. sy g butik mom 2 mom ada.. (sy duk kota bharu) dlm dlm fb pun ada.. sy xingat name butik kat fb tuh.. ada fb kan? add sy HAFIZA HASSAN, nanti sy tag akk..

Anonymous said...

It's a shame you don't have a donate button! I'd definitely donate to this brilliant blog! I suppose for now i'll settle for book-marking and adding
your RSS feed to my Google account. I look forward to fresh updates and will share
this blog with my Facebook group. Chat soon!

Look at my site :: buy solar panels cape town

Anonymous said...

Hi there, just wanted to say, I liked this blog post.
It was inspiring. Keep on posting!

my web site - solar panels rent or buy

Anonymous said...

This web site certainly has all of the information I needed about this subject and didn't know who to ask.

Also visit my site - family survival kit video

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up