Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Sorry Naik Lorry =D

Sorry menyori ya temen-temen sebab lama menghilangkan diri. lepas selesai satu masalah, datang pulak masalah lain. hmm. ada anak kecik memang sokmo takleh goyang kaki. adaaaaaa je. huhu. bukanlah merungut, tapi inilah dia rutin hatin seorang ibu yang membesarkan anak. nak jadi fulltime housewife, bisnes lom establish lagi. cukup je ongkos kita bukak kedai, babai dato. hehe.

oh memula cite nipple cracked dulu eh. guna Bepanthen memang banyak perubahan. tapi amek masa dalam 2-3 hari jugak la nak tutup luka yang terbelah tu. try DF kat Acad, still sakit menanges mama tahan sakit tau! pastu kebetulan pulak pada hari ketiga guna Bepanthen, krim Avent pon sampai. adoiila tak menyempat-nyempat nak sapu, kat situ jugak ku selak. so stop semua jenis krim, kita fokus pada Avent dulu ye. yang magiknye, esok bangun pagi tengok-tengok semua luka dah katup! wowowo ini sudah terbaekkk! pastu takut-takut nak DF Acad sebab sebelum tu dah try, sengsara. tapi kesian pulak si kenit tu dah menanges menghempas badan, ku suakan jua. tetibe rasa macam eh, tak sakit pon! haaaa, ini sudah bermakna NIPPLE KU TIDAK CRACKED lagi!! meh bangun meh kita selawat syukur. =D

Inilah dia penyelamatku! RM38 from LittleKids
sekarang dah tau punca cracked yang berpanjangan itu. sebab time mandi mama bersihkan nipple dengan sabun mandi. FYI, sabun mandi akan mengeringkan kulit nipple yang sensitif tu. that's why senang terkopek & even worst bila kita pam! hohoho. nama je dah 9bulan BF anak, tapi ilmu BF pon tak khatam lagi. hehe. anak first katakan! so omak-omak sekalian, time mandi tu takyah la beriya benar nak menyabun nipple ye. biarkan. sebab mama ada baca katne ntah, yang kata nipple kita ni sebenarnya dah pre-strelized dek susu. tu sebab time nak DF, kita tak lap pon takpe. tapi jangan la ko balik joging ko DF baby. masin la susu tuuu! hakhakhak.

ok cerita kedua, ketika berada di umah atok & nenek Seremban. sejurus selepas nipple mama elok, Acad plak demam panas. mula-mula tu perasan gak kepala dia panas. tapi kan Acad ni aktif, so bila main-main tu kepala dia berpeluh siap panas berhaba. so mama buat dek je la. sekali bila pass Acad kat nenek, terus nenek kata demam. mama lek-lek je takde la hirau sangat nak gi klinik sebab taknak la Acad bergantung pada ubat semata. so mama DF banyak-banyak hari tu. tapi, bawak ke petang, panas dah melampau. nenek kata jangan berlengah, takut kena sawan kang budak ni. so ke KPJ terus atoknye bawak. Atok stop kete kat Emergency poyo-poyo je macam ada yang parah. tengok-tengok bawak keluar pesakit kenit. hehe.

dah register itu ini, check temperature badan, mak oiiii dah 39.5 ko! normal baby 37.5. so kalau lebih tu memang dah hampir-hampir nak kena sawan la. betul cakap ibu. hukhuk. syukur Allah selamatkan Acad. selalu dia bleh merangkak laju-laju tapi bila dah demam ni melepek je bila pegang. shiannn.

=(
Isnin esoknya mama nak tak nak kena EL la jugak. untung dapat bos yang memahami. sebab anak dia pon bersalin sebulan bersalin lepas mama. so mesti dia paham kerenah baby kan? tapi mama rasa mesti orang ofis menyampah kejap-kejap mama cuti, kejap-kejap mama EL. wa bukan saje-saje nak cuti eh, wa ada anak kecik. ikutkan hati nak je berenti keje, tapi pikir-pikir balik, lek-lek lu. nanti wa resign bebetul rasakan terkontang kanting korang nak carik surat! haha. Alhamdulillah demam Acad kebah hari berikutnya & fully recovered hari Rabu lepas. tapi elok je masuk hari Khamis, masuk cerita baru. jengjengjeng.

Rutin harian mama, bangun pagi iron baju mama papa, kemas cooler box Acad untuk ke rumah opah, dah setel dua benda ni baru la mandi. tapi by the time nak mandi tu la budak kicik ni dah bangun. huwaaaa. nak tak nak kena la angkut masuk bilik air, kita mandi sesama yek. nak mandikan Acad sekarang agak mencabar, sebab dia dah pandai berdiri & merangkak, so dah ditawafnya bilik air tu. mana nak dan mama nak mandi la, nak menyabun bagai. so mama mandi dulu, pastu bila dia dah basah kena percik-percik air, baru kita mandikan dia pulak. hehe. mama perasan ada ruam-ruam kat belakang telinga & badan dia, tapi mama ignorekan aje. padahal nak cepat ni. tak nyempat la sapu krim rashes ke bedak Agnesia ke hape. sudahnya petang tu papa dapat kol dari opah kata Acad nak kena demam campak! it's CHICKEN POX uols!

mangaiiii betul-betul mencabar kredibiliti seorang mama ni. haha. so papa balik cecepat amek Acad, mama takleh nak buat apa. duk kat ofis tunggu pukul6 baru bleh pecut balik. so by the time nak pukul 6 tu sempat la mama google kejap, buat status kt FB nak cari daun semambu la bagai. untungnya lagi sekali my schoolmate ramai yang jadi Doc, so pantas mereka membidas tindakan mama untuk pakai daun semambu. Doc ni suh gi spital cecepat, gi emergency. & JANGAN BAGI AIR KELAPA. sebab-chicken pox akan keluar dengan cepat which is good, tapi kesian kat baby sengsara tergaru-garu. untuk kita yang dah besar takpe. =)

kali ni papa decide nak gi Pantai Bangsar, sebab PPUM harus sesak kan? kalau gi klinik biasa, mmm, bleh caya ke? haha. so harung je lah Pantai Bangsar pon. haritu demam kat KPJ Seremban amekaw kena charged RM96, so papa dah hint-hint bape la kena nanti ni. itu sume kita tolak tepi, tak cukup cash, gesek aje kad itu. huhu. lagipun kat spital mesti ada ATM kan? huhu saspen oi time tu sebab belakang badan Acad dah penuh merah-merah macam kena gegata. Alhamdulillah sampai emergency takde orang. tak menunggu pon. dah jumpa nurse, masuk la ward. tunggu doc sampai. doc kata macam nak jadi chicken pox, tapi disebabkan belum keluar chicken pox, just ruam je, so doc tak berani kata itu chicken pox. dia just kata VIRAL FEVER. oh viral fever is common to babies & toddler ye. ce google sket. hehe. so doc just kasik paracetamol syrup (kalau demam) & Calamine Lotion untuk sapu-sapu pada ruam tu.

SOURCE
pastu ada jugak yang suggest mandikan baby pakai EUBOS CREME BATH OIL. boleh bantu mengurangkan kegatalan tu. rupanya cenggini :

ye, RM35 ye tuan puan!
hmm. mama tak tau la sejak jadi mak budak ni selalu berkorban untuk anak. ye lah nak mandi dengan sabun RM35 uols! tapi EUBOS ni memang terbaek wa cakap lu. memang dicipta untuk menangani masalah chicken pox. ni gambar googled, nanti mama buh gambar mama sendiri k. ada kat box tu dia tulis boleh guna untuk cradle cap, rashes, chicken pox. haaaa, memang pakej semua sekali. dengan rasminya inilah shower terbaru Acad. hehe.

Doc Pantai kata mama have to be with the baby sebab kat babysitter ada budak kecik lain kan. so takut menjangkit pulak. kang ada yang kena saman kang. hukhuk. so EL la lagi mama hari Jumaat itu. tak tau la orang opis nak kata apa, lantakkkk! korang ada anak sok korang tau la. again, syukur dapat bos yang kata OK, NOTED tiap kali mama sms nak EL.

weekend baru ni turn Putrajaya patutnya, tapi disebabkan Acad suspected chicken pox, takut pulak nak bawak jalan. tapi syukur Alhamdulillah, Acad tak demam, ruam makin susut. horeeyyy boleh pegi Alamanda. eh? =P maknanya Acad just kena VIRAL FEVER & bukan CHICKEN POX. syukurrrrrr Alhamdulillah. ruam totally gone semalam, selepas 3 hari mandikan dia dengan Eubos tu. worth buying! so dapat la mama bekerja ini hari. hehehe.

15 comments:

Ren Din said...

Kesiannya dia. Alhamdulillah semua dah kebah.
Memang mencabar kan jadi mak orang ni. =)
Tapi takpa, at least bila in the end semua ok, tu yg penting. Caiyok!! =) Kita semua geng supermama! Hihi

youramirah said...

Ren Din,

betul betul. buat semua ni demi anak insyaAllah dapat pahal. =)

Mimy Hamid said...

Fayel tgh ruam bnyk...nak beli la Eubos...

youramirah said...

kak mimy,

beli jangan tak beli. Jusco ada sale 15% kot menda ni. leh dapat murah sket. hehe. berbaloi-baloi kak. takyah gi doktor. jimattt tu yg penting. =)

Anonymous said...

Heya this is kind of of off topic but I was wondering if
blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML.

I'm starting a blog soon but have no coding skills so I wanted to get advice from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!

Here is my site How to get rid of stretch marks

Anonymous said...

Hey! I know this is kinda off topic however I'd figured I'd
ask. Would you be interested in trading links or maybe guest writing a
blog post or vice-versa? My website discusses
a lot of the same topics as yours and I think we
could greatly benefit from each other. If you're interested feel free to send me an e-mail. I look forward to hearing from you! Terrific blog by the way!

Also visit my webpage :: where to buy solar cells in nigeria

Anonymous said...

I used to be recommended this web site by way of my cousin.
I am no longer sure whether this post is written through him as no
one else understand such specific approximately my problem.
You are incredible! Thank you!

Here is my page - buy solar panels new zealand

Anonymous said...

Have you ever thought about writing an ebook or guest authoring on other sites?

I have a blog centered on the same ideas you discuss and
would really like to have you share some stories/information.
I know my visitors would appreciate your work. If you're even remotely interested, feel free to shoot me an email.

My blog post ... indonesiaunite.com

Anonymous said...

It's going to be end of mine day, except before ending I am reading this enormous article to increase my experience.

Feel free to visit my web site ... buy silicon solar cells

Anonymous said...

I absolutely love your site.. Pleasant colors & theme.
Did you build this website yourself? Please reply
back as I'm looking to create my very own site and would like to know where you got this from or what the theme is named. Thank you!

Stop by my blog post :: buy solar cells bulk cheap

Anonymous said...

Great blog right here! Additionally your site loads up fast!
What host are you using? Can I am getting your associate link in your
host? I wish my website loaded up as fast as yours lol

Here is my homepage :: buy large solar panels

Anonymous said...

I enjoy what you guys are usually up too. This kind of clever work and exposure!
Keep up the fantastic works guys I've added you guys to blogroll.

Review my web blog - where can u buy solar cells

Anonymous said...

Hey there terrific website! Does running a blog such as this require a great deal of work?

I've virtually no expertise in coding but I had been hoping to start my own blog in the near future. Anyhow, should you have any ideas or tips for new blog owners please share. I understand this is off subject but I simply wanted to ask. Thanks!

Stop by my blog - buy solar panels phoenix az

Anonymous said...

Hurrah, that's what I was searching for, what a information! existing here at this weblog, thanks admin of this website.

My blog post http://wiki.mikeodio.com/index.php?title=Learn_How_To_Get_Rid_Related_Stretch_White_Markings_Now

Anonymous said...

Hi would you mind sharing which blog platform you're working with? I'm going to start my own blog in the
near future but I'm having a tough time deciding between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your layout seems different then most blogs and I'm
looking for something unique. P.S Apologies for getting off-topic
but I had to ask!

My homepage; stretch mark creams

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up