Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Peringatan Sebelum Berpantang

last Saturday kan mama pegi ante natal class kat KPJ Seremban. peh, sangat best hokey! nanti lah mama buat satu entry pasal class tu. sekarang mama nak cerita pasal satu perkara yang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT penting yang tak patut ibu-ibu consume time pantang.


JANGAN MINUM SEBARANG PATI DALAM BOTOL CONTOHNYA PATI IKAN HARUAN, PATI AYAM, ETC. UNTUK SEMBUHKAN LUKA LEPAS BERSALIN.


sebab?


speaker tu beritahu berdasarkan pengalaman dia selama lebih 40 tahun dalam bidang post-natal care. dia kata, ada seorang ibu yang mengamalkan minum pati ikan haruan selama tempoh berpantang. tapi lepas 2 bulan berpantang, rahim si ibu still sakit-sakit. bila refer to hospital, didapati bahawa rahim si ibu dah REPUT! bila doc tanya apa yang si ibu amalkan dalam tempoh berpantang, si ibu jawab dia amalkan minum pati ikan haruan dengan anggapan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin. dan tisu rahim diambil untuk dibuat ujikaji. hasil ujikaji mendapati memang benar pati ikan haruan tu yang menyebabkan berlakunya pereputan rahim si ibu. rahim si ibu harus dibuang. maka bayi yang telah lahir merupakan yang pertama dan terakhir bagi beliau kerana beliau tidak dapat mengandung lagi akibat ketiadaan rahim.


scary tak?


serius cerita ni buat mama tergamam kejap. kalau mama tak pegi ante-natal class tu, mama tak tau pasal benda ni. so hati-hati la ye mommies semua. speaker tu kata lagi, antibodi orang sekarang tak sama macam orang dulu-dulu. orang dulu-dulu makan apa pun boleh. tak payah pegi klinik pon boleh sihat. tapi orang sekarang lain. sebab faktor pemakanan yang utama. macam mama sendiri tak suka makan sayur. jadiknya mata mama tak terang. mama dah pakai spek since darjah 3 tahu! so sekarang dah 19 tahun penglihatan mama dibantu dengan cermin mata.


speaker tu jugak warning all mommy & daddy JANGAN AMBIL SEBARANG JAMU DALAM TEMPOH DUA MINGGU SELEPAS BERSALIN. sebab dalam tempoh dua minggu tu tempoh kritikal breastfeed baby untuk kurangkan jaundice, dikhuatiri pengambilan jamu akan membantutkan proses pengeluaran susu.


huhu. banyak lagi tips yang mama dapat dalam ante-natal class tu. nanti sambung k! (ekceli notebook tinggal kat umah. ni mama kasitau apa yang mama ingat je. hehehehe)

6 comments:

~YUN~ said...

tq mira for the tips..yg psl jamu tu mmg mak yun pn warning jgn makan,sebab jamu skang xmcm dulu2,jamu skang takut die cmpur chemicals ke ape,dats why after ibu consume jamu,anak kene jaundis..yun mayb amik shaklee je as supplement.. =)

youramirah said...

huhu. saya pon tak terfikir nak guna set bersalin yang mama. sebab kita kan new-mom, apa benda pon sume nak mintak advise org. tp tu la, takut tersilap langkah. ada banyak lg tips, nnt saya share lg k! yun take care~

Orked said...

ye ke? saya kedua2 ank mmg minum pati ikan haruan tu, alhamdulillah luka mmg cpt ttutup sbb yg ptama czer..anak yg kedua baru normal. Alhamdulillah xde ape2 masalah pulak..tp dgr crita ni tkt gak..skg ni tgj peknen ank ke 3..

youramirah said...

pn orked,

saya xtau la sejauh mana kebenarannya. maybe depends atas orang kot. sebab staff kpj tu ckp based on case kt sana. saya naik seriau plak bab2 ni. tp klu boleh elakkan la kan? xrugi pon. makan ikan haruan goreng lagi sedap. hihihi

Fai Fuad said...

Itula sbbnye, kene minum pati haruan/mkn jamu ikut peraturan yg disarankan di botol atau kotaknye. stgh org fikir mkn byk2,sembuh n sihat cepat.Klo mkn ikut peraturan, InsyaAllah xda masalah.

Anonymous said...

Yep,setuju..dlm 40thn berkhidmat,just sekali jek berlaku kes ni,kan?
selama ni org mkn ok jek,lg baek sbb cpt sembuh luka.
myb badan dia tak ngam ataw pati 2 ade masalah mcm chemical,ataw pon minom x ikut arahan..
segala nya mungkin..
hanya Dia tempat bergantung harap..
salam..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up