Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Petua Dapat Anak Perempuan

haish, dah bulan 5 ni. bulan 10 nanti Arsyad dah setahun. bulan 10 tahun depan Arsyad dah dua tahun. hoyeh, Arsyad boleh dapat adik dah. haha. ape ke sengal mama ni kan? inilah namanya family planning! wakaka. mama sentiasa ingat pesan doc pas bersalin haritu, make sure you pregnant lagi after two years ye. ingat, after two years. BAIKLAH. =/

mama ni kan pernah TTC (Trying To Conceive) selama setahun lapan bulan sebelum dapat Arsyad ni. hidup stress, keje stress, duit banyak pun tak guna. memang betul, kebahagiaan tu memang takde jual kat mana-mana. kalau ada jual mesti mama dah borong. haha. dalam tempoh TTC tu, mama buat keputusan mendadak, resign with 24hour notice. kena marah dengan kawan-kawan sebab dikatanya mama tak fikir panjang. memang mama tak boleh nak fikir pon. kerja tak seronok, mama saje buat keje main-main, dengan harapan konon bos tak suka kita, boleh la dia transfer kat department lain ke kan, tapi nan ado. seminggu sebelum mama resign, tiap-tiap hari mama nangis. ngadu dengan papa sampai bila nak hidup macam tu. papa nasihat macam-macam, cool time tu je lah. last-last mama tak tahan sangat, mama draft resignation letter, tunjuk kat papa. ajaibnye, papa boleh pulak betulkan ayat & topap ayat-ayat sedih. haha.

esoknye tu mama bagi surat kat bos, bos kata dah pikir panjang ke? sebelum ni lagi mama dah kata ngan dia mama dah tak tahan keje situ, siap bagitau dah attend berpuluh interview, tapi dia buat dek je. ingat mama main-main agaknye. last-last, mama keje sambil lewa, saje buat dia sakit hati, pastu mama dapat reminder pasal keje. time tu syukurnye ya Allah, bos dah tak suka aku! yes!! so bila dah dapat reminder tu, mama cakap ngan dia nak 24hour notice, bayar sebulan gaji pon takpe. sebab dah tak tahan sangat kan? pastu nak tau dia counter ape? awak taknak notice sebulan ke? danggggggg! sahsah orang dah tak suka kita kan, nak tunggu sebulan lagi? oh no no no no tak sanggup. sebelum aku stress lagi 30hari, sebelum aku pancitkan tayar ko, baik aku resign on the dot. abes cite!

esoknya tu bermulalah kehidupan sebagai surirumah. HEAVEN ko!!! tapi bila melangkah ke Midveli dah tak heaven dah. macam melangkah ke jambatan gantung gitu. huhu. so rancak lah apply keje sana sini, attend interview sana sini. abes IPT dah pegi dah kat KL tu. last-last melekatlah kat satu IPT kat Mantin sana lepas berjaya menganggur dua bulan. hehe.

memandangkan Mantin itu jauh dari KL, maka separatelah kami suami isteri. convert to weekend husband-wife. papa duduk dengan parent dia kat Putrajaya, mama duduk dengan parent mama kat Seremban. weekend gilir-gilir Seremban-Putrajaya. gaji so-so je tapi oklah ada dari takde kan. dapatlah bayar duit kereta, duit cc etc. time tu keje takdelah stress sangat, tapi stress sikit sebab keje masuk kul7.30, balik ikut suka bos nak suruh kita balik pukul berapa. boleh? selagi dia tak balik, jangan harap staf boleh balik. aduuuhhh. duduk kat HEA plak, ngadap lecturer ngan student komplen macam-macam. adeh. tapi stress hilang bila diubati dengan rindu-rinduan yang dikumpul selama 5 hari, dilepaskan bersama papa on weekend. haha goli lak aiii nak taip nih. tapi serius weh, macam terapi gitu. tu yang lekat kot. =D

pastu mama dapat tau pregnant time kat Mantin ni lah. satu hari tu new registration day, kena stay sampai tak boleh bangun makan pon. lunch provided tapi ko makan kat ofis tu jugak. punyelah ramai student. sehari 2-3 ribu student register ko sanggup? sampai satu tahap, kepala mama dah pusing-pusing. tak pernah rasa macam tu. pastu member sebelah dah cuak. dia suruh gi klinik student, check dengan nurse kat situ. nurse saspek mama pregnant tapi mama tak rasa mama pregnant. yo lah, kata TTC kan. haha. lagipun kan mama ada cyst kt both ovaries. camana leh pregnant nih? lawak tol. nurse suruh beli urine test. sok pagi dia suruh test. air kencing pertama di pagi hari gitu. hehe. tapi mama tak beli pon sebab tak percaya! ngarut la kan? huhu.

pastu mama perasan gak badan panassss sokmo, bantai ekon 16degree pon tak puas. last-last telepek telangkup atas lantai sampai pagi. bila telangkup tu rasa macam ada keras-keras sket kat perut tapi lantak lah. angin kot. bangun pagi pulak loya-loya tekak. disertai dengan stain kat spenda. apakah yang sedang melanda ini??? mama diam je tak bagitau sesapa. ye lah, taknak sesapa berharap. mama pon taknak berharap, takut kuciwa. =(

weekend tu kebetulan mama balik KL dengan papa. home sweet home. stok UPT kit memang sentiasa ada, kata TTC kan. =) sabtu tu tergerak macam nak test, test lah. sekali test kau, dua line!! speechless!! tak tau nak kata apa. siap ketuk-ketuk benda tu lagi punye la tak caye ada dua line. haha. pada korang yang boleh conceive normal mesti tak heran kan. tapi pada orang TTC macam ai ni haruslah eksaited ok. setelah selama setahun lapan bulan test UPT manjang je satu line, so bila ada dua line tu terkedu mak dalam bilik air. haha. pastu gerak-gerak papa, dia dengar tak dengar je. mama cakap mama pregnant, dia celik mata, pegang perut mama pastu tido balik! bencikkkk. mesti dia ingat dia mimpi lah tu.

sementara tunggu pakcik tu bangun betul-betul, mama siap-siap nak ajak papa gi klinik. siap kemas umah bagai, last-last gi klinik kul11. =( boleh lah, asalkan pegi. hehe. sampai klinik, doktor boleh cakap apa, kenapa awak tak percaya pada kit tu? pastu mama bagitau la mama kan TTC, pastu ada cyst pulak kat both ovaries, mustahil ovum boleh keluar sebab cyst dah tutup ovari bla bla bla. fine, dia suruh kencing. pastu resultnye +ve!! hoyeh time tu tak tau nak melompat ke nak sujud syukur ke nak peluk papa pun tak tau dah. speechless abes. doctor nak scan tapi tak nampak apa-apa. dia suruh datang lagi dua minggu untuk scan lagi.

2 minggu pon berlalu...(macam novel gitu. =P)

mama confirm 8weeks pregnant. gilo kau sekali dapat tau pregnant dah 2 bulan! dah yang sebelum tu tak tau bergonjeng sana sini kan. syukur ya Allah, Allah pelihara kandungan time tu. pas dapat tau tu, papa nak rahsia-rahsia lagi dengan family. mama cakap mama tak boleh nak rahsia dah. mama bagitau ibu & abah. papa nak rahsia dengan family dia, takpelah asalkan ibu abah mama tau mama pregnant. i want that attention actually. hihihi. ofkos lah, i kan along, the first daughter yang pregnant dalam rumah tu. semua orang pon hepi hepi dah.

hey, bukan tajuk ni petua nak dapat anak perempuan ke? panjangnyeeeee mukadimah! haha. ampun ya bukk!!

oklah consider abes la cite TTC mama tu ye. kita sambung dengan petua nak dapat baby girl pulak. mama ada terbaca kat SINI, katanya nak dapat anak perempuan PERLU MAKAN BANYAK IKAN & SAYUR-SAYURAN. akhirnya, ku tau jua mengapa keluarnya Arsyad Hadi. hehe. mama tak suka sayur & prefer daging ayam@lembu daripada ikan. sebabnye entah. tak suka lah. so pasni start dari sekarang mama kena makan ikannnnnnnnnn sokmo, makan sayurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr sokmo. cilok puree acad boleh? hehehe.

ok sekian sahaja petua untuk hari ini. jangan marah eh, petua satu perenggan je, mukadimah kemain lagi. kikiki.

8 comments:

Mimy Hamid said...

sebab TTC la kita kenal di alam maya kann..akak pun TTC gak Alhamdulilah 6 bulan kawen dah pregnant..lambat or cepatkita berikhtiar...family plan natural ke pakai apa apa?? huhuhu akak natural la..padahl lag 2 tahun nk bg Fayel adik...kiki

youramirah said...

kak mimy,

betul betul. ikhtiar tu penting. cepat lambat takpe. jangan putus asa. at last, keluar jugak sorang kan. hihi. alhamdulillah. saya tak pakai pape kak. sendiri mau ingat je. hahaha. mari kita makan ikan banyak2. =D

john said...

salam.akak, sy sgt2 suka bc sume citer akak hihi...mmg menarik

sy nk tnya mcm mn kalau nk tau ad expo or sale brg baby cthnya mom and baby expo?

youramirah said...

hi john! glemer nama. =P

nak tau pasal sale bagai tengok kat sini k : http://www.shoppingnsales.com/

hopefully membantu. =)

Anonymous said...

Have you ever considered about adding a little bit
more than just your articles? I mean, what you say is important and everything.
Nevertheless think about if you added some great visuals or video clips to give your posts more, "pop"!
Your content is excellent but with images and videos, this website could undeniably be one of the greatest in its field.
Great blog!

Feel free to visit my website - buy 300W solar panels

Anonymous said...

An intriguing discussion is worth comment. I think that you need to write more on this subject matter,
it may not be a taboo matter but typically people do not speak about such topics.
To the next! Many thanks!!

my website ... comunidadguajira.com

Anonymous said...

whoah this blog is excellent i really like reading your posts.
Keep up the great work! You recognize, a lot of persons are
looking around for this information, you can aid them greatly.


My web page :: stansport emergency family survival kit

Anonymous said...

hahahhha. best gile baca blog ni. lawak la mama ni.comel je. hihi

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up