Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Arsyad Hadi Was 7 Months Yesterday

Semalam kan 24haribulan. Maknanya genaplah la si tombam mama tu 7bulan. memandangkan 7 bulan tak perlu nak ke klinik, so mama anggarkan berat Arsyad sekarang dah lebih 8kg sebab last weekend balik Seremban letak dia atas scale dah genap 8kg. so kurang-kurang minggu ni naik la 50gram ke 100gram ke ye dok.

Semalam kan boss MC, so haruslah blogwalking macam gilo. semua pon nak bukak. haha. last-last entry anak terbiar. sobsss. ok meh tepek gambar meh.

muka baru bangun tido memang cenggini je.
 Abaikan kelebaran lengan papa itu. beliau memang wrestler. haha. *papa ailebiu* perasan tak tangan Acad tu macam tu. ekceli dia suka goyang-goyangkan tangan dia macam menari gitu. mama tak sure mama suka tengok tarian ke hape time pregnant dulu tapi peel goyang-goyang tangan ni macam signature Acad dah. kecik-kecik ni comel la kan, dah besar sokkk, memang mama seligi je nanti. hehe. time ni tengah tunggu nombor naik. ramai orang. orang pregnant ada, baby yang baby sangat ada, baby tua dah berlari pon ada. tetibe teringat zaman sarat dulu. best je dengar heartbeat baby kan? =) (mood nak pregnant ni bahaya ni. papa tido luar eh. =P)

tengah main brooch jurai-jurai mama.
pastu dah naik nombor checkup bagai. kono la cucuk amondo ntah. budak ni pantang dia kalau tengah main-main, kita baringkan dia. memang tergeliat tangan nak pegang. dah la tombam! haha. tengok tangan mama goyang-goyang tepuk dia. konon nak mententeramkan dia la tu. tapi sengal punye nurse mama dah tepuk-tepuk Acad, Acad dah leka main brooch jurai mama, dia boleh pulak baru nak masukkan ubat kat jarum. cinabeng sungguh! last-last Acad dah start rimas baring, mama peluk dia kuat-kuat, dah start nangis. ye lah, boring kan tunggu lama.pastu boleh nurse kata, aik, belum cucuk dah nangis? dalam hati mama kata, ko tu yang lombab! copeklahhhhh!!!!

kena sedas. huhu.
pastu bila Acad dah start meronta nak bangun, dia dah start nangis, nurse dah cuak. nak pegang peha nak masukkan jarum pon ketaq weh. kojo gilo boto tau! sebelum aku bertukar jadik nurse, baik ko cucuk cepatttt. tengok, mama dah umpan bebe kegemaran pon Acad dah pedulik dah. ini semua nurse punyo pasal!! pastu kan, dah sudah cucuk tu nurse perasan papa amek gambar. dia kata, cik ambik gambar ke? sebenarnya tak boleh tau cik. nanti saya yang kena. eh, kat PPUM boleh, siap rekod video lagi, apasal Klinik Kesihatan tak boleh? kan sama konsep kan? lantakkkkkk. janji selamat dah gambar Acad kena cucuk. anyway cik nurse, papa nak amek gambar anak la, bukan gambar awak. nanti anak dah besar, boleh tunjuk dengan anak, haaa ni dulu-dulu Acad kuat nangis tau. mesti dia malu sendiri. hihi. takleh imagine Acad dah besar. janganlah besar cepat sangat nak oi. mama rindu baju kecik-kecik ni lah..... =D

9 comments:

Liyana said...

kihkih.. mcm kenal je klinik ni... :D

LoVEaQshA said...

Bestnya peha arsyad..meh bg anty mamam ckit jer,nk kongsi ngn adelia..

youramirah said...

liyana,

eh, penah dtg klinik ni eh? wajib renunion nih. hahaha. jap nak skodeng blog dia plak. =P

loveaqsha,

wahhhh ada baby girl la. hehe. jaga adelia elok-elok tau. eh! =D tunggu mama ada babygirl 2013 nnt bleh la jual gown adelia ek. hahaha

Mimy Hamid said...

acad oo acad bila nk jumpa adik fayel

youramirah said...

kak mimy,

weekend mama sibuk restock tudung, tak sempat nak ronggeng! huhu. nanti bila2 free roger k. hihi

Syaida said...

gerammm nyer tgk dia...

youramirah said...

syaida,

mama sendiri pon geram dengan anak, inikan pulak orang lain. hehe.

Phat said...

syaza 28 mei cukup 7 bulan hehe

youramirah said...

phat,

o sebaya eh anak kita? lan xcite pon!
eh kasik tips nk dpt bbgirl eh. =D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up