Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

2nd Day Puasa

maknanya hari pertama puasa di KL. time puasa mama masuk keje kul8.30 balik kul 5.00. tapi papa sejam awal dari mama. tapi, i redhoooo~


sahur - bangun dah 5.30 weh! so konsepnye makan apa yang ada sajek. mama makan nasi impit dengan serunding daging. papa makan roti ngan susu je. papa siap perli lagi sempat lagi mama nak potong-potong nasi impit, tapi kang sape nak nanggung kalau mama rekues nak bukak puasa awal? hehe. pastu dia jugak datang sebelah mama colek dua ketul nasi impit. see? tapi alhamdulillah sempat kenyang sebelum azan subuh.



mama ni spesis makan nak kena lama sebelum hadam. maksudnya kalau makan kejap-kejap gesa-gesa macam sahur tadi kompom ado makanan stuck kat tekak. rasa pedas-pedas serunding tadi. damn! makanya time gosok gigi terbelahak la balik apa yang mama makan time sahur tadi. sian mama kan? time tu rasa nak nangis pon ada. tapi sempat gak la senyum sebab terpikir boleh minum air tak ni? boleh pose ke ni? ada can la tak pose. hihi. tapi ku gigihkan jua menahan.



kisah kat ofis pulak mama ngantok ya amat kul 11. padahal baru kul 11 pagi. apehal ntah mengantuk. tersengguk-sengguk menahan dagu. last-last, bantal kecik buat alas pinggang mama buat alas kepala. hehe. tersungkur atas meja namanya. dato tak kata apa pon. hehe. lebiu boss!



alhamdulillah by 5.00 pm mama masih bertahan! so far takde rasa sakit perut. (maknanya semalam tu kompom sebab spen kecik.hihi) drive balik sampai rumah around 6. hoh, dah nama duduk kat kerinchi yang sesak tu memang kena sabar je la. patut cheras-kerinchi leh sampai 30minit je tau! ajak papa gi bazar, mama terbau something. cengcengceng, ini dia idaman qolbuuu~





mama beli sepeket je, ada 5 ulas. malam tu pas buka mama makan 3 ulas. terus rasa macam kena bakoooo. huhu. papa dah start memadan-madankan muka mama. makan tak beringat kan. sudahnya sebelum tido mama muntah SEMUAAAAA durian-durian ituu~ sadis sungguh! lagi sadis, satu rumah dah bau durian. oh fyi, papa tak makan durian ye. so dia tutup-tutup hidung bila mama makan durian. sadis lagi sekali makan durian sorang-sorang. huhu.


ok kesimpulannya muntah menjadi sebahagian aktiviti di toilet!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up