Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Tolong Respek Ibu Mengandung Boleh?

ini entry meluah perasaan marah~

aku ni PA sorang Dato. professionally, aku tak kisah kalau orang lain datang ofis ni nak mintak sign bos aku, pastu bila bos dah sign, aku sendiri yang pulang balik kat diorang. kalau ikut eksyen aku, aku kol balik je mintak diorang datang amek sendiri surat tu. lagipun, aku baru jadik PA kat sini 6 bulan, tak semua orang aku kenal melainkan orang-orang besar sajok.

kisahnye bos aku nak beli something. so kena go thru purchasing la kan. dengan kelebihan 'nama' bos aku, ingatkan boleh proceed cepat lah konon. tapi cam haram jugak, aku dah deal dengan supplier, dah dapat quotation sendiri dari supplier, tinggal purchasing keluar P.O je kasik kat supplier. yang tu aku takleh tolong la, sebab tu keje diorang. aku dah tolong dapatkan quotation dah cukup bagus dah kan.

pastu harini supplier pos invoice atas nama bos aku. as PA harus lah jadik keje aku go thru semua surat-surat bos kan. pastu bos kata, invoice ni aku kena submit kat finance dept. untuk payment. disebabkan aku baru kat sini, so segala pergerakan aku, aku confirmkan dulu dengan PA lain. diorang kata pass dekat finance. sama macam yang bos aku cakap. ok fine, jam-jam tu gak aku turun finance.

sampai kat finance, dah tak tau nak jumpa sape sebab memasing macam bizi gile. so terkedek-kedek la kejap kat sorang ni tanya dia,

invoice hantar kat sini kan? dato suruh hantar kat sini.

pastu orang finance tanya lagi,

mana memo? P.O ke D.O ke ada tak?

aku ni dah blur. sebab sebelum ni deal dengan purchasing pastu quotation dah hantar kat purchasing. aku cite lah ape process sebelum ni. pastu dia kata,

oh kalau macam tu kasi kat purchasing lah.

eh, sekarang ni bos aku & PA tadi cakap salah ke ek? apa prosedur sebenarnye nih? padahal ikut logik memang finance yang akan buat payment. cane ko nak buat payment tu ko refer la pada purchasing kan? dah satu hal aku nak gi purchasing pulak nak pass invoice ni.

oh satu ofis ke satu ofis jauh ok bagi seorang ibu mengandung. huhuhu. maka terkedek-kedek la aku pegi purchasing pulak.

sampai kat purchasing, diorang buat muka pelik pulak apsal supplier antar invoice kat bos aku, bukan kat diorang. so nampak tak kat situ, takde communication antara purchasing dengan supplier pasal invoice nih. pastu boleh tanya lagi,

supplier dah install ke mende ni? bila diorang nak install ek?

eh, patutnya siapa yang kena tanya siapa nih? mementang ko purchasing, ko nak semua orang sembah ko la? pastu aku cakap sorry la saya tak tau. maybe supplier tunggu payment dulu kot. pastu dia membebel kata kita bukan cash on delivery, kita tunggu dia pasang dulu baru kita bayar.

eh helo, memang la takde sape nak bayar RM14k sedebuk depan mata ok! ko ni tak reti-reti ke nak setel masalah ni dengan supplier sendiri? ko deal la cemane ko nak setel mende ni. yang aku tau, menda tu dah ada depan mata. so bila bos aku tanya, diorang dah install Dato'. itu keje aku, keje PA. bukan keje aku nak beli-beli barang ni lah!

anyway aku tak kisah pon nak deal dengan supplier, tapi dah wujudnya purchasing department, apa kata kita bagi keje beli-belah ni kat diorang. kang takde keje plak kan?

so dah sudah akak tu membebel, aku pon naik la ofis balik. naik lif ok! even ofis beza setingkat je. tapi tak larat la weh, I'm 36 weeks pregnant ok!

sampai ofis, sambung la buat keje. sekali budak purchasing (orang lain) kol.

cik amirah turun bawah boleh tak ambik invoice ni sebab Dato' kena sign la.

aku cam bengang la. tadi aku lama-lama kat purchasing, akak tu tak cakap langsung bos aku kena sign kt invoice tu. tapi, sebab aku ada otak lagi, aku boleh fikir waras, aku cakap

ok nanti saya turun ye.

disebabkan aku baru je dapat duduk, so aku rehat la kejap. minum-minum air sambil buat keje. selang bape minit pastu, tepon bunyik.

cik amirah boleh turun cepat sikit tak?

sentap mak jemah ok! agak-agak la weh. ko ingat ko sape nak suruh aku buat keje cepat-cepat? ko tu admin assistant jek. bos aku yang pangkat dato tu pon paham condition aku tak cergas macam orang biasa. fine, aku masih boleh berfikir, maybe dia tak tau aku pregnant kot! aku pon jawab

ok saya turun sekarang ye.

sampai je kat purchasing, aku saje je buat-buat pegang pinggang dengan harapan dia nampak perut aku yang terbonjol ni. aku pon cakap la,

sorry la lambat ye. saya ni tak boleh jalan laju-laju.

terus dia pandang aku, baru dia perasan aku mengandung rupanya. dengan muka terkejut, dia cakap

alamak sori-sori kak. saya nak proceed invoice ni by Monday ye.

maknanya tak reti-reti nak kata aku kena dapatkan sign bos ASAP pastu dengan ASAP lagi sekali turun bawah kasik kat dia balik. sentap ok sentap. nasib la anak aku tido dalam ni. dia pon paham kot aku ni tengah gigih bekerja ke hulu ke hilir.

sampai je ofis, sib baik bos ada. suruh bos sign, sekali bos tanya,

kenapa saya kena sign pulak? sape suruh?

ah sudah satu hal aku nak menjawab pulak. aku cakap la purchasing suruh. bos geleng kepala je. sian kat aku agaknye sebab kena turun naik. takkan aku nak suruh dia hantar pulak kan. ada orang tua tu demam lagi sekali kang.

so turun la lagi sekali aku pegi menghantar invoice bernilai RM14k tu. sampai kat purchasing,

terima kasih banyak-banyak kak. sori ek?

aku pon cakap la,

takpe takpe. (tapi dalam hati aku cakap, aku nak tengok time ko pregnant nanti ko boleh lari tak?)

THE END.

p/s so sorry la anak, mama tak dapat control marah mama. diorang jahat buli mama kan? T___T

7 comments:

Farah Liyana said...

xpe xpe nnti aunty farah buli dorang balik yek. tadi pon sempat bgi intro cket kt kakak angkat tu. kt sorang lagik tengah tunggu peluang jekkk nk kasi intro

fisa othman said...

betul2 menguji kesabaran ni...isk isk...

youramirah said...

FL : make sure yg lg sorg tu pon kena sedas. biar dia rasa cemana ibu mengandung ni punye emo. ingat dia je ada keje ke? wek!

FO : mmg menguji kesabaran tau. rasa macam nak kol je budak tu harini tengok dia proceed invoice tu x hari ni sbb last friday kata nak proceed monday kan? huhu.

mummy_ayu said...

ah ah...Zuraidah Alias nya wedding Kak Ayu gie ari tu ..senior kat sekolah mana?..kami sama sekolah rendah je..pas tu menengah dah lain..tapi baru2 nie jumpa time reunion..pas tu dia ajak gie wedding dia, kebetulan memang balik s'ban tu yg gie tu..
tu la..bila kita nak jumpa nie kan..one fine day hopefully..

youramirah said...

kak ayu : skolah SMKA SHAMS kat temiang tu. ada gak dia invite kt FB tp time tu saya xbalik semban, xdpt nak dtg. adik lelaki dia apa nama ntah sama skolah rahang dgn saya. pastu mak dia keje kt skolah rahang dulu gak rasanya. pastu mak saya plak cikgu ajar kak zuraidah ni, so kenal la. insyaAllah nnt kita jumpa gak kot. =)

AJ The Mommy said...

I yg baca ni pon mengah ;p

youramirah said...

AJ : sentap kan?rasa nak sekeh2 je org tu. tp pasrahkan aje lah. kang menurun kt anak plak. huhu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up