Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

High BP Punya Pasal

Rabu lepas adalah hari kejadian. kejadian 'terlalu fokus' ke 'stress' buat bajet yang kena hantar by Friday tu jugak. sudahnya lepas lunch, kepala ada sikit pusing & perut mengeras tak tentu pasal. oh almaklumlah saya kan keje kat nursing college, so apa-apa hal memang refer pada lecturer-lecturer yang pernah jadik nurse sebelum ni.

so kisahnya ngadu la kat nurse ni apa yang saya rasa, kepala pening, perut mengeras, rasa macam nak pitam. alih-alih nurse tu yang gabra, siap kira contraction kat perut lagi hokeh! memula dia check kepala baby dah engaged ke belum, tapi takde space nak baring, so duduk je lah. pastu dia ajak naik ke mock ward untuk check BP. huiii, bila check BP mencanak 140/100 ye! tak pernah seumur hidup BP tinggi macam tu. tak tau la apa puncanya. lunch sebelum tu minum susu & makan bubur nasi.

lantas nurse tu suruh pegi hospital yang saya register untuk bersalin. nak jadi cerita haritu saya drive ke ofis, so terpaksa menyusahkan hasben datang dengan kawan dia & drive me to PPUM. heh, dia punya cuak kelaka ok. thought that I am going to deliver the baby ASAP la kot. plus ni kan first baby, so memang kalut sikit lah.

sampai je kat PPUM, dah tak tau nak gi mana. ante natal klinik ke, emergency ke. end up, decided to ante natal klinik dululah. tapi sempoi je tak amek nombor sebab time tu nak cepat. pas cerita kat nurse ante natal klinik, dia suruh kitorang naik labor room. peh, time ni memang dah cuak dah. sampai kat labor room, pung pang pung pang, fine saya admitted. masuk dalam, tukar baju pink. segala mak nenek gelang, jam, cincin, rantai, baju dalam seluar dalam sila bukak ye dik. dah tukar baju pink, baju sedia ada tu kasik kat hasben. siap babai lagi. (nasib baik tak salam poyo-poyo. haha)

hui, experience kat labor room memang seksa batin ok. dah macam masuk bilik latihan drama pon ada. orang belah sana dok menjerit tahan sakit, orang kat sini dah bising panggil nurse, doktor bagai. saya kena duk satu wad dengan 2 orang minachi. sorang minachi ok, sorang minachi tak ok. dua-dua dah warded since morning. ok, diorang memang sakit nak bersalin, tapi saya admitted sebab high BP yo, bukan sebab nak bersalin!

2 jam pertama doktor asyik la tanya memacam soklan itu ini. jenuh nak menjawab. sesambil tu mesin CTG dah dipasang kat perut untuk monitor jantung baby. pastu kejap-kejap kang nurse amek bacaan BP plak. awal-awal tu ada la turun sikit, tapi bila dah dengar orang menjerit aiyoma aiyopa memang agak tensi sikit lah.

oh alkisah sorang minachi depan saya yang terpekik terlolong tu pulak, memang havoc sikit. bila dia jerit, doktor datang check baru bukak 2cm ye. pastu doc bebel-bebel pesan jangan menjerit, jangan banyak bergerak sebab CTG takleh trace movement anak dia. dia diam la kejap. tapi tak lama pastu dia dah aiyoma aiyopa balik. datang balik doktor tengok, baru 3cm rupanya. ape lagi, tension la doktor. menjerit beriya tapi baru 3cm. pastu doktor kasik pethidine, senyap kejap. dalam sejam lebih pastu kot, dia punye menjerit dah lemah. dia jerit-jerit pon takde sape nak endah. rerupenya, dah terberanak ok. saya sempat la nengok baby dah keluar sampai bahu so time tu kebetulan nurse masuk nak amek barang, terus berlari sambut anak dia. sib baik tak jatuh katil weh! kalau tak naya je PPUM kena saman careless! huhu. sebab suasana kat labor room dah meriah dengan nurse & doktor yang suruh push-push, dengan suara orang menjerit lagi, pastu kang alih-alih dengar baby nangis. saya nak tido pon tak boleh!

sudahnya saya duk kat labor room tu 7 jam without pain okeh! end up, kena tolak pegi ante natal ward aje. hmmm. sian papa tunggu lama. dengan lapar tak boleh nak kata apa lah. sebab saya punya condition just masalah BP je without contraction kot, tu yang doktor tak fokus sangat kat saya kat labor room tu. dah jumpa papa, naik ante natal ward, papa siap kasik beg sepital baby & mama. heh, cam tak caya je nak duk sepital nih. malam tu bermulalah drama saya kena duduk sepital sampai la Jumaat lepas. & kesian dekat papa dah macam musang dok standby je. banyak kali dia pesan, apa-apa hal bagitau tau. tapi muka dia menten je la, dalam hati agaknya neves kot. ye lah, malam sebelum tu saya dah menangis-nangis sakit gigi.

eh, cerita dah bercampur-campir. tunggu episod dua plak ye. hehe. nak buat keje jap.

8 comments:

Sya Sakura said...

waa kesian kat orang yg awak citer tu, nasib baik x jatuh baby.. suspen nye klu cmtu..

Btw, awak xmola stress sgt, bykkan berehat.. dh nk bersalin sgt dh ni kan? all the best to u!! hopefully semua selamat, insyaAllah :)

Mimy Hamid said...

belum bersalin lagi yer..akak ingat senyap dah bersalin...isk macam mcam la kan nak dekat bersalin ni..cuak la pulak baca...semoga selamat semuanya..amin


p/s: BP akak pun naik hr tu 140/80..doc suh rileks jaga makan..risau nyaaa

youramirah said...

sya : mmg kesian kt minachi sorg tu. sengsara amat kita yg nengok ni. last2 terberanak sorg2. duk kt ofis ni xde la stress ekceli, tp agaknya fikir sgt nk bersalin kot. huhu. pastu kan time doc nk jahit pon dia dok sedut ethanox tu lg, agaknya dia rasa lega kot pas sedut tu. huhu time saya nanti cemane la ek?

kak mimi : lom lagi la kak. saya masih berada di ofis dok buat minit meeting. hihi. akak pon high bp? ke org sihat cam kita ni senang dpt high bp ek? kompius saya. rasa macam makan dah berpada2 dah. tp ais mmg xlekang la. hehe. xdpt teh o ais, saya bedal eskrim. janji sejuk kt tekak. huhu. akak take care jugak!

Waniey said...

horror ek dok kt LR.yg tak sakit pun ley jd sakit cepat ;p

youramirah said...

waniey : tau xpe. yang buat sakit hati tu dah dengar bunyi orang mengerang sakit tapi kita yang dengar ni tak jugak rasa nak beranak. huhu. 7 hours mental disorder jap. =P

Anonymous said...

apasal pangil menachi? ckp jelar indian mother..... nanti org panggil u belacan pulak.

youramirah said...

cik@puan anon,

doc kat situ panggil orang tu minachi, dia tak kata apa pon. plus, saya pon tak terfikir nak mention indian mother. it's just spontaneous lah. lagipun, saya tak rasa boleh timbul isu racist by using that word. btw, u indian mother ke? sorry kalau buat u terasa. blog ni blog picisan je, i rasa mostly malays yang baca. anyway, i taknak create issue tak best dalam blog yang i dedicated to my baby ni. *peace*

Anonymous said...

ok...saje tanya.....sbb kawan i india n dia selalu terasa bila org pangil dia minachi....sori 2....hope u'll have a safe delivery....tc....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up