Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Pengalaman Bersalin Part 2

masuk je OT, saya kena sign satu form lagi. saya taktau itu form apa, saya sign je. sebab dalam keadaan kritikal time tu, saya rela dengan apa je yang akan berlaku. dalam OT, saya ditransfer dari katil Labor Room ke 'katil' besi OT. time nak transfer tu masyaAllah, dah la sakit contraction maha hebat, nak angkat badan tu pon tak boleh dah. jenuh la doc n staf lain nak angkat. almaklumlah, 80.9kg tuuu. hehe.

semua berlaku within a second. xsempat nak tarik nafas pon. yang belah kiri dok bukakkan baju, yang belah kanan ejas 'katil' & pasang segala mak nenek alat untuk operate. pastu datang doc bius mintak saya bangun untuk dia bius half body. serius tak rasa sakit kena cucuk kat tulang belakang tu. even cucuk 2 kali, sakit contraction mengatasi segala-galanya. dalam hati saya tak putus-putus mengucap dua kalimah syahadah & baca doa Nabi Yunus. dah sudah bius, saya kena baring balik. doc bius mintak saya angkat dua kaki bergilir-gilir tapi saya tak mampu nak angkat. itu tandanya ubat bius dah meresap start dari pinggang ke bawah.

pada masa yang sama, dah ada penghadang betul-betul kat muka saya. so saya tak nampak apa-apa yang doc godek kat badan saya. tapi saya dapat rasa badan saya macam digoncang-goncang. sampai satu part, doc yang operate saya tu menjerit-jerit marahkan staf dia. ada la dia sebut medical terms tapi saya tak faham. tapi rasanya baby saya tak dapat keluar time tu sebab dia ada sebut perkataan baby. adoiii, mengalir air mata time tu mengenangkan baby. pastu doc bius kat belah kiri sebelah kepala saya, ada sorang lagi staf kat belah kanan kepala saya tolong tolak something dari atas dada saya. tapi yang staf belah kanan ni dia tolak kat tulang breast. sakit okeh! pastu saya rasa macam nak muntah, saya cakap la saya nak muntah. tapi agaknya riuh doc bedah tu lagi kuat, suara saya yang lemah ni diorang tak dengar. sudahnya, saya muntah roti & susu coklat yang saya makan pagi tadi. muntah yang sangat banyak tau. rupa-rupanya staf yang tekan tulang breast saya tu salah teknik. padan muka dia kena marah dengan doc bius yang duk kat belah kiri saya. doc bius tu kata, 'kau buat apa ni? sakit lah patient aku!' pastu dia kata kat saya, 'mintak maaf ye puan, saya bersihkan muntah puan.' agaknya tak pernah orang lain muntah time operate kot. diorang punye cuak sampai diorang pasang tiub oksigen kat hidung saya. kritikalnya saya time tu, saya rasa macam di ambang maut. cukup menginsafkan.

tapi tak lama lepas saya muntah tu, saya dengar suara baby menangis. Alhamdulillah syukur baby saya dapat dikeluarkan dengan selamat pada 8.07 malam. time kena jahit pon saya tak rasa apa. pastu datang nurse tunjuk baby kat saya, tapi saya kan rabun. hehe. nurse tanya tau ke baby apa. saya kata tau, baby boy kan. pastu nurse sua muka baby kat saya, dia kata cium baby ni. saya dapat cium pipi dia. nikmatnya masa tu Allah je yang tahu. saya dah jadi mama!!!

tak lama lepas tu, saya sedar saya ditolak naik ke wad bersalin. saya nampak papa dah tunggu & mintak nak naik sekali ke wad. sampai je kat wad, thrill lagi sekali bila saya nak ditransfer ke katil wad. mujur ada papa tolong angkatkan sekali. saya dengar papa tanya nurse, boleh teman isteri tak? nurse kata tak boleh. esok datang waktu melawat ye. huhu. time tu saya dah nangis, sedih sebab nak berteman.

lepas papa balik, nurse datang bagitau saya kena rehat 6 jam. tak boleh makan minum, tak boleh bangun dari katil. tiub kencing pon dah dipasang, so kalau saya nak terkencing pon tak rasa pape sebab salur tu dah ada. keesokan pagi, bangun je tido saya dah rasa sakit-sakit kat bawah tu. ubat bius dah abis la ni. huhu. pastu datang nurse bawak baby. oh bahagianya rasa bila tengok muka dia. hilang kejap rasa sakit. tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab segala mak nenek tiub ada kat badan. tapi bila doc datang, dia bukakkan tiub kencing saya, dia pesan saya perlu bangun dari katil supaya takde darah beku dalam badan. Allahuakbar. dengan sakit operate, nak handle baby sorang-sorang pulak tu. huhu. papa dah standby dari pagi kat hospital, tepat pukul12 dia masuk hospital. punya la strict PPUM, sampai hasben pon tak dibenarkan masuk melainkan waktu melawat sahaja. sabar je lah.

bila papa sampai, saya rasa complete. macam dah tak peduli dengan orang lain. cukup la saya dah ada papa & baby dalam hidup saya time tu. saya nampak papa sangat-sangat happy dengan kehadiran baby. inilah masanya yang kami tunggu-tunggu selepas pernikahan 5 Jun 2009. masa melawat 2 jam tu saya manfaatkan betul-betul dengan papa & baby. saya tau masa melawat petang nanti papa mesti datang lagi. itu je lah masa yang saya ada dengan orang yang saya sayang time saya sakit di hospital. papa mintak saya kuat untuk handle baby time malam-malam. sebab baby tinggal dengan saya sepanjang masa di hospital. so bila baby nangis ke, nak tukar pampers ke, saya yang sakit ni la yang kena handle sendiri. saya nampak papa kesian dengan saya bila dia pesan pada saya, 'mama kena kuat ye, untuk baby' sambil cium dahi saya. Allahuakbar, jatuh air mata saya time tu. 


nikmatnya bila ada anak sendiri ni boleh saya gambarkan macam dikurniakan rezeki yang tak terkira banyaknya. saya tak tau la ape perasaan orang yang buang anak tu semua. diorang la sejahat-jahat manusia!

eh, dah habis part bersalin lah. hehe. nak sambung cerita lagi tak sampai discaj? hehehehe.

26 comments:

~YUN~ said...

mira,sedihnya baca..sgt menggerunkan..alhamdulillah semuanya dah selamat..=)

Fika Ashikin said...

sedeynya baca..berkaca mata sy..bsar pengorbanan seorang ibu..apakah sy ada kesempatan untuk merasai semua ini? apa2 pun tahniah utk mama & papa..jagalah baby ini sebaik2nya..Allahuakhbar..begitu comel rezeki yg Allah berikan kpd mama..sgt comel... :)

TiNie said...

sy pun sdih bila baca.besarnya pengorbanan seorang ibu..tahniah dear..u dah jadi mama dah skrang...

Mimy Hamid said...

Allahuakbar pengorbanan seorang ibu kan..dear u dah ada pengalaman pertama...seronok ny dgr...akak cuak gak baca...apapun selamat menjalani proses pantang dan jaga baby elok elok key..

✿f!sHa:- m0mMy To bE✿ said...

tetibe mengalir air mata fisha baca en3 nie.. huhu.. betul2 mencabar kan.. huhu... agik 2 bulan lebey turn fisha lak.. doakan fisha akan jadik setabah yu ye dear... Amiinn~!!!

youramirah said...

yun : bila ingat balik mmg menggerunkan yun. tapi alhamdulillah syukur semuanya selamat..

fika : saya doakan pada semua rakan TTC agar diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung & juga bersalin. dapat rasa sekali pun dah syukur Alhamdulillah. jangan risau ye, Allah dah ada plan untuk awak. sabar ye~

tinie : tqvm fren. bila dah jadi mama ni baru saya tau kenapa syurga letaknya di bawah kaki ibu. =)

kak mimy : ok kak. i will. setiap org ada bhgn masing2 kan. kita mudah part ni tapi ada part lain kita susah. moga akak selamat sampai deliver nanti. saya nk tgk baby akak pulak. hihi

fisha : insyaAllah, kita akan automatically tabah bila kita dalam situasi tu nanti. yang penting, ingat semua ni Allah yang tentukan. sakit mcmana pun, kita perlu bekorban untuk anak yg kita kandung 9 bulan tu. take care!

saya sendiri pon mengalir air mata bila tulis entry nih. apapun syukur Alhamdulillah sebab baby saya xde sebarang masalah yg saya takutkn drpd infection kat rahim. nampak tak kuasa Allah? =)

mummy_ayu said...

touching..teringat gak masa kak ayu bersalin dulu..sama la...apa pun..pas nie rehat 2 tahun..pas tu boleh la plan untuk adik dia plak..and try for normal...
insyaallah, kalu takde apa hal..kak ayu dtg terjah..leh kiss2 baby...

youramirah said...

o kak ayu pon sama gak ke kena potong? huhu sabar je lah kan. xpelah, tunggu dua tahun pon tak kisah. at least leh fokus besarkan dia. xde lah ra[at sgt dgn adik ye x. terjah jgn x terjah. hehe.

PutriesNoora said...

rasa nak nangis...nak baby jugak..=(

youramirah said...

putriesnoora,

your turn will be just around the corner. sabar ye. Allah tahu bila masa yang sesuai untuk awak & suami. =)

Ina @ Adzlina said...

alhamdulillah dah dpat rezeki yg semua pasangan suami isteri harap2kan walaupun bergunung dugaan yg kena hadapi... sesungguhnya Allah sentiasa bersama org2 yg sabar dan berharap padanya.. baca cerita akak buat saya sedih dah berkaca mata saya hingga mengalirkan airmata... sedih sangat kak.. tapi alhamdulillah semuanya dah selamat... semoga baby akak membesar dengan sihat dan sempurna.. doakanlah saya juga mndapat rezeki anak mcm akak.. :)

youramirah said...

ina@adzlina,

tq ina sbb sudi baca karangan yg xseberapa ni. hehe. ye, Allah tau bila masa yang Dia akan beri kita rezeki. sabar kunci kekuatan iman. tak pregnant pon mencabar, dah pregnant pon mencabar, nak bersalin pon mencabar, dah bersalin nak bela anak lagi mencabar. so xde yg mudah dalam hidup kan? moga masa ina & suami tak lama lagi insyaAllah. amiiinn

noridaramli said...

tersentuh hati biler u tulis doc suh cium baby after deliver...mesti best sgt2 kan ms tu

Hayati A.G said...

wah..hidung sya pun dah jadi merah baca entri nih...huhu...sedih kak, rasa setiap detik yang akak alami tu...

salam kenal ye kak..:-)

youramirah said...

yati,

akak pon nangis bila baca balik. uwaaaa!!
mudah2an ada la rezeki lagi lepas ni.

salam kenal jugak! =)

Anonymous said...

Salam. Apa yg sis karangkan sama x tgl satu pn dgn apa yg saya alami. Yg bezanya sy dkt Hosp Putrajaya n waktu baby keluar jam 1.38 pagi... Setelah 5hari ditahan dan 12jam di labour room baru buat keputusan operate sedangkan kami memang mahu dilakukan demikian. Huhu

shaz said...

ala.... touching nyer... x sabar rasa nye kak nak bergelar ibu...

eina said...

mmg menitis airmata sy membaca kisah akak ni...tp sy tk gentar,sy tetap nk baby,dan nk lalui saat2 indah 2 brsma suami trcinta...5 tahun sy tggu,tp masa 2 blm muncul lg dlm hdup sy...

youramirah said...

anon;

Allahuakbar. nape kena tahan sampai 5 hari? lamanya. maybe sbb kita ni first baby, tu yg lambat sket nak jumpa jalan. xpe, ada rezeki lagi insyaAllah jaga kesihatan k. =)

shaz,

huhu. tqvm dik sbb tertouching. =P insyaAllah masanya akan tiba untuk awak. doa moga dapat yg terbaik k!

eina,

time akak buat entry ni dulu pon kejap2 mengalir je air mata bila ingat balik. awak cari entry apa usaha yg akak buat, awak cuba k. baru2 ni ada tgk kt tv, nabil raja lawak pon amalkan minum susu kambing, kurma & air zam zam, minum suami isteri. buat solat hajat banyak2, dalam setiap doa mohon dikurniakan zuriat yg soleh & solehah. insyaAllah. jgn stress2 k! =)

Anonymous said...

Hey there! Would you mind if I share your blog with
my zynga group? There's a lot of people that I think would really enjoy your content. Please let me know. Thanks

My webpage ... blag.wiki.aktivix.org

Anonymous said...

What's up colleagues, its impressive paragraph on the topic of educationand entirely defined, keep it up all the time.

my blog - mederma stretch mark therapy reviews

Anonymous said...

Magnificent items from you, man. I've take note your stuff previous to and you're just
too wonderful. I actually like what you have bought right
here, certainly like what you are stating and the
way in which during which you are saying it. You're making it enjoyable and you still care for to stay it wise. I can't wait
to learn much more from you. This is actually
a tremendous web site.

Feel free to surf to my web site :: laser stretch mark removal

Anonymous said...

Great article. I am facing some of these issues as well.

.

Feel free to surf to my blog; stretch mark Creams

Anonymous said...

Everything is very open with a really clear clarification of the
challenges. It was really informative. Your website is extremely helpful.
Thank you for sharing!

My homepage - laser stretch mark removal

Anonymous said...

I enjoy what you guys tend to be up too. This type of clever work and exposure!
Keep up the superb works guys I've included you guys to my own blogroll.

my weblog www.wiki-grenoble.fr

Anonymous said...

That is very fascinating, You are a very professional blogger.
I've joined your feed and look forward to searching for extra of your magnificent post. Also, I've
shared your website in my social networks

my blog post; How to get rid of stretch marks

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up