Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Pengalaman Bersalin Part 1

(dah 6 hari bersalin baru ada masa nak update blog. sila baca dengan tenang ye. hihi)

saya kan dah memang tahu akan di induce pada Isnin, 24 Okt 2011 kat PPUM. so weekend tu memang pulun habis-habisan nak makan macam-macam. feeling-feeling princess pon ada sebab hasben asek la dok tanya 'mama nak makan apa?', 'mama nak apa-apa tak?'. hehe. dua hari tu memang pulun la berjalan sana sini, konon nak mudahkan bukaan la. tapi serius saya tak rasa apa-apa. macam tak percaya je esoknya tu nak kena induce. malam sebelum bersalin tu dapat la makan ayam penyet, tapi lagi terbaeeeeeek - kat Wong Solo Kampung Baru. serius pedas gileeee sampai bergenang air mata. huhu. tapi alhamdulillah puas. hehe.

malam tu gak saya tak boleh nak tido. hasben dah tido awal dah, nak bangun solat hajat untuk mudahkan saya bersalin katanya. boring sorang-sorang, saya kemas dapur, lipat baju, usik sana sini sampai la kul 3 lebih baru la terasa ngantuk. padahal tak sedar diri esoknya tu by 7.30 harus dah ada kat labor room PPUM. huhu. bangun pagi macam biasa, kul 6 lebih tapi pungpangpungpang alamak, dah 7.30 la pulek! alih-alih kul 8.15 camtu kitorang sampai. siap doc tanya apsal lambat. wakaka amek sedas!

kat labor room, saya orang kedua yang di induce pagi tu. member katil sebelah kena induce by 37weeks sebab kencing manis. saya ngam-ngam EDD kena induce sebab darah tinggi. hoho. memula tu doc seluk dulu nak tengok bape cm dah bukak, 1 cm aje ok!! tapi rahim dah lembut. fine. masuk ubat ikut bawah tu. senak okeh! tapi saya tahan. doc kata lepas sejam nanti jalan-jalan bagi senang bukak, pas 5 jam baru doc datang seluk lagi. nak jalan ke mana pon tak tau, duk la sembang ngan hasben kat luar labor room. mintak dia belikan roti ngan air coklat. pastu saya pesan kat hasben gi la balik rumah, sebab doc kata nak tengok saya kul 2 nanti. pas hasben balik, saya jalan-jalan dalam labor room je, sembang-sembang dengan jiran seinduce. hehe.

tepat kul 2, doc datang seluk lagi. surprisingly, bukaan still 1cm ye kawan-kawan. patut la saya tak rasa sakit apa-apa, baru bukak 1 cm rupenye. aduilah, cemane ni.pastu doc kata boleh je nak bagi 2nd induce tapi dia try 'bukak'kan masa seluk tu. pastu saya dibagi ethanox (gas sedut yang melalokkan) & epidural (untuk kurangkan rasa sakit). dua jam pastu saya dah tak larat nak jalan-jalan, nak angkat kaki turun katil pon dah tak tahan sakitnye. memang saya bergantung harapan pada ethanox tu je. sikit-sikit sedut. pas sedut, ngantok, tido. camtu la keadaannya sampai la kul6 lebih. kul6 lebih tu doc dah perasan dah saya macam tak larat, muka letih takde tenaga. pastu nurse yang dok check heartbeat baby kata something wrong dengan reading. diketuk-ketuknya mesin tu, sampai la tukar dengan mesin lain, reading lain macam. pastu doc seluk saya, baru bukak 4cm. pada masa yang sama rupa-rupanya, blood show dah ada & yang paling mendebarkan, air ketuban dah pecah tanpa saya sedari sebab sakit mengatasi semua rasa time tu. huhu. doc dah cuak, saya mesti kena paksa push jugak. so, diorang dah tolak saya masuk labor room yang ngam-ngam untuk sorang patient pada satu masa. time diorang tengah prepare nak readykan saya untuk bersalin tu, doc yang cuak tadi datang check perut. dia kata ada something wrong. saya dengar, tapi tak tanya sebab tak larat. pastu doc kasi satu form untuk saya sign. dia kata, 'puan kena operate ye sebab heartbeat baby dah drop. lagipun puan nampak letih dan takde tenaga untuk push. kita tak boleh tunggu. kita kena selamatkan baby'. hoh, patut pon nurse tadi dok ejas-ejas mesin tu. dia ingatkan mesin rosak, tapi rupa-rupanya baby saya dah lemas!!

saya sign je form tu. pasrah. takde perkataan yang terbayang fikiran saya selain nak selamatkan nyawa baby. & pada masa yang sama, saya pasrah & redha kalau operation nanti, one of us, sama ada saya atau baby, tak dapat diselamatkan. huhu. masa saya ditolak ke operation theater, sempat la jumpa hasben, ibu & abah. hasben pegang tangan saya, amek tudung & spek sebab masuk dalam OT harus takde apa-apa di badan ye. huhu. pastu ibu datang cium dahi saya. oh time tu serius rasa macam nak masuk OT & bersedia untuk mati. huhu. abah orang terakhir saya jumpa sebelum masuk OT, dia sempat gosok pipi saya & pegang tangan je. sedih ya amat time tu. tapi saya tak mampu nak cakap sepatah perkataan pon sebab saya tengah berperang dengan diri sendiri melawan sakit nak bersalin. huhu.

panjang sangat dah rasa ni. to be continue Part 2 ye. hehe.

8 comments:

Waniey said...

alhamdullilah.slmt jgk u bsalin..haeqal ade geng main bola la ye..bb u sgt smgt la..gerammsss =)

youramirah said...

waniey, alhamdulillah selamat walaupun byk cabarannya. huhu. semangat ek? pipi je sontel tapi badan keding. sian dia tgh kuning huhu. byk benda nak update ni. tungguuuuuuuu. =P

~YUN~ said...

adoi,suspen plak..continue cepat,hehe!

Mimy Hamid said...

Alhamdulillah walau apapun dah berjaya keluar si comel hensem ke dunia..tahniah yer...tumpang hepi..next citer..debar ni baca

mummy_ayu said...

suspens...and touching je..Kak Ayu dulu masa Ian pun operate gak..tapi time nak masuk bilik operation tu Ibu yg beria menangis..Kak Ayu leh relax je..siap cakpa..takde apa2 Bu...sbb dah tak tahan sakit dah...
apa pun..syukur..alhamdulilah..semua dah selamat

youramirah said...

ye memang saspen kak ayu. saya tak tau nak describe cane dah perasaan time tu, memang berserah abis. syukur operation selamat. =)

Anonymous said...

Hi there, just became alert to your blog through Google,
and found that it's really informative. I am going to watch out for brussels. I'll be grateful if
you continue this in future. Numerous people will be benefited from
your writing. Cheers!

My website buy solar panels Sharp

Anonymous said...

Hi there, constantly i used to check weblog posts here in the early hours in
the morning, as i enjoy to gain knowledge of more and
more.

Feel free to surf to my site :: how to get rid of stretch marks

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up