Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Bengkung @ Susu?

mama dah berurut 3 hari berturut-turut dengan ex-nurse yang sekarang fulltime mengurut. 3 hari tu memang servis badan betul la kecuali tang caesar tu. first day, SAKIT, second day, OK, third day, SAKIT BALIK. huhu. sebab first day baru usik badan belah atas. second day belah belakang pulak, third day satu badan. pastu macam-macam tips yang nurse kasitau, tapi ingat-ingat lupa dah. hehe.

yang nak diceritakan kat sini ialah pas abes berurut acik tu mesti pakaikan bengkung. pastu dah pakaikan bengkung, takleh koncing sampai ko potang. gilo po! emang menahan yo la. pastu time berurut tu acik tu kata badan saya lembik-lembik sebab banyak air. motif banyak air ialah saya minum air banyak. FAKTA - ibu mengandung memang badan akan selalu panas, sentiasa berpeluh, lantas haus. so, saya minum la air banyak-banyak. lagipun, (FAKTA yang saya dapat time ante-natal class kt KPJ Seremban aritu) kalau nak banyakkan susu badan, minum air banyak-banyak. tapi, yang acik ni pulak, melarang saya minum air banyak-banyak dengan alasan daging badan akan lembik-lembik & tak tegang macam sebelum bersalin. so persamaan yang boleh saya buat ialah begini;

MINUM AIR BANYAK = BADAN MENGGELEBER @ LEMBIK

KURANG MINUM AIR = MEMBANTU BADAN KEMBALI TEGANG SEPERTI SEBELUM BERSALIN

tapi apa yang saya alami ialah,

MINUM AIR BANYAK = SUSU BANYAK MELELEH-LELEH EVEN TIME MANDI. SATU HARI BOLEH PAM LEBIH DARI DUA KALI & SETIAP KALI PAM DAPAT 90ml.

KURANG MINUM AIR = SEMBELIT & SUSU TAK BANYAK. PAM LA CEMANE PON SUSU ADO LA KUAR TAK SAMPAI 40ml.

so, saya ignorekan larangan acik tu. pada saya, biar la body tak cantik & fit macam dulu pon sebab saya ingat lagi pesan speaker pasal breastfeeding kat ante-natal class tu, FEED YOUR BABY WITH ONLY YOURS FOR FIRST 6MONTHS. LEPAS TU KALAU NAK TERUSKAN AMAT DIGALAKKAN, KALAU NAK CAMPUR SUSU FORMULA PON TAKDE MASALAH. so pada saya, the first 6months is the critical period to breastfeed my beloved Arsyad Hadi. tang nak body cantik ke fit ke, boleh buat slow-slow la ye. nak diet makan, memang tak dapek la. nak berjoging, kang bergogar la kilang susu den, terhambur time joging, basah lak baju sapo nak jawab? haha. nak buh krim halia, bulih ko? huhu.

so breastfeeding mum, ado petua tak nak maintain body fit tanpa kacau breastfeeding period kita?

10 comments:

Mimy Hamid said...

yer petua orang lama kan mmg gitu tak kasi minum air....tp betul la tak minum air mana susu nak keluar

youramirah said...

hehe. sib baik la ibu saya takde la ikut sgt pantang2 ni. doc kt spital pon kata bleh je makan apa pun, xde pantang2. atas masing2 la kan. lagi satu kak, klu xminum air, sudahnye sembelittt..pedih wooo! huhu

~YUN~ said...

mira,pantang tu memang xleh pakai dah,masa yun pantang dulu,mama yun memang suruh minum banyak air,yela..darah banyak keluar,kite perlukan banyak air,kurang air pn kurang susu badan,so,yun memang minum banyak sgttt air masa pantang,sebab haus je..kalau takut perut gelebeh,lepas mandi,sapu losyen panas,then pakai bengkung..insyaAllah xgelebeh..minum air seperti biasa..=)

youramirah said...

yun,

YES! ada gak yang menyokong! hehe.

ok confirm pasni nak pakai losyen pati halia. =)

Anonymous said...

I used to be able to find good information from your
content.

my site: http://www.globalsightsaas.com/

Anonymous said...

Very nice blog post. I definitely appreciate this site.

Stick with it!

Here is my blog post :: globallysocial.org

Anonymous said...

I every time used to study post in news papers but now
as I am a user of web therefore from now I am using net for articles,
thanks to web.

My web blog http://www.photographers.ie/groups/yingli-green-energy-linked-to-articles

Anonymous said...

This post will assist the internet visitors for setting up new weblog or even
a weblog from start to end.

Feel free to surf to my site :: help.flycfa.co.Za

Anonymous said...

I am no longer positive the place you're getting your information, however great topic. I must spend some time finding out much more or working out more. Thanks for wonderful info I was searching for this information for my mission.

Here is my blog post; mederma Stretch mark Therapy

Anonymous said...

What's up to every one, the contents present at this website are actually remarkable for people knowledge, well, keep up the good work fellows.

Feel free to visit my blog post Crf.Nu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up