eh, bukanlah nak kata mama ni kurus lepas bersalin tapi 'turun berat badan' lepas bersalin. ada la jugak kempis sikit-sikit. hehe. *muntah la papa baca statement ni* ok, macam ni dia punya persamaan;
sebelum preknen : 74kg
hujung preknen : 81kg
dalam pantang : 70kg
habis pantang : 66kg
berat sekarang : 68kg
rasa nak tumbuk perut sendiri sebab baru seminggu masuk office dah naik 2kg??????? kalau ikut BMI, mama kena minimum berat 60 baru la BMI normal. huhu. meh nak tunjuk proof,
 |
BMI 27 ikut berat sekarang. |
 |
BMI 24 kalau berat 60kg. itupon sipi-sipi je sebab start overweight ialah 26 ye. *pengsan* |
Body Mass Index is an established system to judge people obesity.
According to the most popular scheme:
You are SLIM if your BMI is below 20.
You are the in the ideal weight range if between 20 and 25.
You are slightly overweight between 25 and 30.
You are Overweight if over 30.
sape nak kira BMI tengok kat sini,
Body Mass Index Calculator.
tapi kan yang bestnye naik office orang tegur mama kurus. sampaikan cleaner bangla pon tegur, 'akka, sudah masuk kirja ka? manyak kurus la tengok.' *betulkan awning tudung* =P sebab kan join company ni memang dah pregnant, so haruslah kelihatan gemuk . (ceh, macam la sebelum preknen tak gemuk kan?) oh, memang mama overweight pon sebelum ni. tu yang susah nak preknen. ada je orang yang sejak azali overweight tapi boleh preknen kan. itu lain, mama ni sejak azali kurus tapi naik badan lepas stop sukan pastu time study makan, dating makan, frust makan, dapat 3pointer makan, pointer jatuh pon makan, so hobi ialah makan. dan pernah orang berkata kepada saya, 'suka la tengok ko makan. macam sedap sangat je makanan itu'. heh, ko kasi apa je pon kat aku kalau dah nama perut macam tong memang la nampak sedap. dah kekdah suapan pun penuh satu tapak tangan kan. hehe. nasib mak mertua tak buat test makan depan beliau. =P
ada sorang Indian lady, baru je kawen last Nov. dia punya teruja tengok mama kurus, sampaikan jumpa kat mana-mana pun asek la dok puji 'jelesnya tengok you kurus'. pastu mama pon perasan la depan cermin, rasanya takde la kurus melengking sampai dia teruja. so mama tanya la kat dia, 'apsal you surprised sangat tengok I 'kurus' macam kurus sangat-sangat?' pastu dia kata la, 'I tengok Indian lady mostly put on weight lepas beranak, so nanti kalau I beranak I nak pantang macam Malay buat la. boleh kurus kan?' mama pon cam, pebende la pompuan ni, ko nak kurus macamana lagi, berat dia adalah 40an ke 50an aje ye. ada hati nak kurus? puiiii~
so nak kata tips kurus macam takde. haha. geli pulak rasa nak taip perkatan tips kurus. hihi. mama pon bukanlah pantang sangat, gitu-gitu je. jamu-jamu tak usik pon. rutin makan pon biasalah, SUP SUP SUP SUP SUP SUP selama dua bulan ku bantai lunch & dinner. sedih kan? pastu mama ni bukanlah herbivor, rasa macam makan rumput pulak bila makan sayur. tapi mengenangkan breastfeed anak, ku telan jua. takde la best mana pon sayur tu. haha. makan buat cukup syarat je nak breastfeed anak. *harap jangan la turun perangai tak makan sayur kat Arsyad Hadi*
tapi satu je kot faktor utama yang membuatkan berat turun, FULLY BREASTFEED baby. sebab zat kita dah share dengan susu yang nak kasi kat baby, so sikit-sikit berat tu turun la. (betul ke ayat ni? bantai~) so, pada bakal emak di luar sana, sila tanam azam untuk FULLY BREASTFEED anak sejak mengandung ye. supaya boleh kurus! hihi.
oh, nak cerita pasal breastfeeding pulak. next entry eh?