Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Handbag Tambahan Ke Ofis

sarakids.com

sekarang dok sebok ngendong beg ni tetiap hari ke ofis sebab dikala kebengkakan melanda, harus kena perah kasi keluar. cap Stylo Mama, by Sarakids. hoh, mama kan cerewet sikit bila membeli, harus study dulu, tengok ada tak kaler pink. hehe. so bila dah google nampak pulak cooler bag kaler pink yang leh sumbat pump sekali, rembat!

oh, this combo set RM135, kalau nak beli bag sahaja RM75.90. pepandai la google, aritu nampak kat OneBabyWorld ada less tapi cepat nau habisnye. rupe bag ni ada macam bag camera pon ada kan? memang muat letak DSLR (kot?), mama takde DSLR so agak-agak je la. dalam ni boleh muat ice pack 3 ketul, botol kenit macam dalam pic tu 5 bijik, dengan satu set pam manual. beg ni bila disandang sampai ke paras pinggang. so di tangan yang sama mama boleh pakai handbag. takde lah semak sangat nampak kan? (perlu ke menjaga imej sebegitu rupa?wuwuwuwu)

mama beli sebab nampak kat tenet majoriti cooler bag bercorak-corak. mama kan PA VIP, kang bawak beg corak baby-baby ni nampak tak profesional pulak. so nak jaga supaya tak drop my water face, mama consider amek yang plain. ada jumpa kat Jusco kaler hitam, tak silap cap Simple Dimple kot, RM39.90 aje, tapi talinye pendek nau, nak disandang paras ketiak je. so bila dah pakai handbag, kelihatan seperti makhluk berkepak pula sebab kiri kanan ada bag. hehe. (boleh je nak pegang, tapi kang singgah beli breakfast tertinggal pulak mende tu susah pulak nak meragau cari. huhu)

ada lagi nak cerita, nanti ek. tengah bizi ni. (tapi sempat gak update. hihi)

11 comments:

Lady Mira said...

youramirah guna pump jenama apa yeks?

youramirah said...

saya pakai pam cap anakku je. RM75.90 tak silap sebab time beli ada less dapat la RM65 kot. saya ada entry psl breastfeeding, nanti saya buh gambar pam tu ek. aritu gi anakku alamanda ada 5 set lagi. sila beli, tak menyesal. hihi.

Farah Liyana said...

wah comel kemain beg nyer tu. tu ke yg smpi cepat tu?

Mimy Hamid said...

mira beg ni mmg satu keperluan eh...baru akak tau...kena la cari....pum breast mira tu elektrik punya ke?? advise me..ada yang kata brand anakku sakit...

youramirah said...

FL,

lor aritu x pasan ek kita bawak? sampai hati. hehe. penat kita pusing2 depan farah. haha. nanti tengok eh.

kak mimy,

mmg kena ada kak. sblm saya beli bag ni, saya bawak cooler box g ofis. dh mcm nk g camping rasa. huhu. pam tu manual je. saya xusha pon kak, main beli je.xtau cane ok ke x sblm beli. tp once pakai, mmg berbaloi.suction kuat so susu kuar byk.xyah pam lelama.maybe sbb arsyad pn isap kuat, so dh biasa. saya ada avent manual jugak tp xsama performance mcm anakku ni.tgk kesesuaian memsg gak kak.akaknye cap ape?

Mimy Hamid said...

Husben belikan pureen bateri tp nk beli elektriknya..kawan akak bg try jenis little bean..kalau little bean ok akak beli jenis ni tak mahal pun dlm 190 je

~YUN~ said...

amboi,bergaya nya mama!striking!cantiklaa beg!=)

youramirah said...

kak mimy,

klu pureen bateri ok rasanya sbb saya baca kt redmummy dulu pon dia pkai pureen bateri ok je. klu akak try little bean ok gitau saya gak ek. nak jugek. hihi. yg penting senyap xbising. sbb ada sorg lecturer pam kt surau, dia punye yg elektrik berbunyi tp xtau la cap apa. sekali kena sound dgn student ok sbb bunyi bising. student tu xtau yg tgh pam tu lecturer dia. haha.

yun,

bergaya la sangat. hehe. striking2 la baru bos nampak. =P

Mrs.Farhana said...

hye, salam kenal..

comelnye, pinky2 gitu..:)
seronok bc blog awak...plus dak Arsyad tu pun comel sgt...singgah2 la blog sy ye..:D

nurulfarehah said...

hye slm kenal. smoga sukses utk bf bby kamu ye. mama pon slalu update pasal bf. leh la jengah2 bile free. mama follow cni ye. sbb mama mmg nk rmai kenalan kalangan bf mom. leh share2 ilmu. :)

youramirah said...

mrs. farhana,

saya ni obses dgn pink. tu sbb jadi gini. huhu. sib la dpt baby boy, klu baby girl mmg dah ku pakaikan pink semuaaaaa..hihi

nurulfarehah,

i'll follow u!! bleh sesama share info pasal bf kan. salam kenal jugak! =P

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up