Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Mama's Toothpaste


time pregnant ni kan semua nak kena jaga. & seboleh-boleh la nak pakai toiletries yang memang ditakdirkan untuk ibu mengandung ni ha. godek punya godek, wujud rupanya ubat gigi untuk ibu mengandung. hehe. tak pernah tau pon sebab ibu tak pernah cerita pon pasal ni. ke zaman dedolu takde ubat gigi nih? hehe.

ok sekarang kan mama almost 6 months memboyot, so dah guna lebih kurang 4 tube ubat gigi Pureen ni. (tetibe cam weh banyak gilos! tolan ko po?) tube eh tak bosa mano pon, paling bosa 130g je kot. selalu ubat gigi biasa kan saiz paling besar 250g, memang makan bulan la nak abih an.

mama start pakai ubat gigi nih time 2 bulan kot. (hoh pelupa la sejak mengandung nih. memang ek?) sebab time awal pregnant dulu kan mama & papa suka google pasal pregnancy ni. sudahnye terjumpa la pasal ubat gigi nih. in fact, during pregnancy, gusi mudah berdarah ye. so by using this toothpaste, gusi berdarah tu dah kurang day by day, month by month.

kenapa mesti pakai ubat gigi nih? ubat gigi bese-bese takleh ek kak?

hoh jangan tak tau ye, rerupenye time pregnant ni kita takleh terdedah pada 3 benda ni :

1) Flouride
2) Sodium Lauryl Sulfate
3) Saccharin

serius untuk graduate business cam mama ni yang tahu hanyalah flourida sahajok. sebab in lifetime, memang most of toothpaste yang kita pakai ada flourida kan? tapi kenapa time pregnant tak boleh pulak. sorilah tak dapek nak menerangkan kat korang pasal benda ni sebab i bukan budak sains. huh sodih!

for this info, korang klik sini yo - Pureen Maternity Toothpaste

so sekarang no more gusi berdarah. jadiknye mama highly recommend to all mommies, sila la membeli ubat gigi ini sekarang juga sebab harga 130g hanyalah RM7 sahaja di Carrefour. kalau boleh beli compact powder berpuluh-puluh ringgit, takkan la nak beli ubat gigi RM7 pon tak boleh kan? ingat, Safe for Mommy, Safe for Baby too! (aku dah macam ejen Pureen plak ha..)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up