Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Fakta Hamil #5 : Perubahan Badan Semasa Hamil

oh tajuk memang agak skema tapi sebenarnye itulah keyword supaya traffic naik. muahaha sengal sendiri perasan. ah dulik, blog aku, aku punye suka lah. hihi.

since dah end of pregnancy nih, saje je la nak recall balik segala macam perubahan yang dah jadik kat badan ni bila dah bertambah sorang manusia dalam perut nih. ok kita start dengan,

1) Berat badan
yang ni saya rasa macam tak normal sangat macam orang lain. sebab sebelum pregnant, berat badan 75kg (ye saya gemok! tapi i kan atlet dulu, so bila suddenly stop sume workout & training, opkos la badan naik kan? tengok ronaldinho & qobin bila diorang pencen sport apa jadik? hehe saje takleh terima kenyataan badan naik lepas kawen. kikiki) tapi sekarang, saya kan dah nak masuk 9months pregnant, berat hanyalah 80kg sajek! hey, omak-omak lain semua naik berat berbelas-belas kilo ok! yang saya ni margin naik 5kg je tau. so agak abnormal di situ. tapi Alhamdulillah, as long as berat baby on track, saya syukur banyak-banyak. maybe kes saya ni 1:10 kot dalam Malaysia. wah gitu tetibe keluar statistik sendiri. =P

awal pregnancy dulu saya punya sickness sangatlah teruk. sampai 5bulan baru selera ok. sebelum tu makan langsung takde selera. asal makan muntah. memula tu rajin la panggil hasben tolong urutkan belakang time muntah, tapi pastu tak koso den do nak mokik-mokik. belahak la kau sesorang dalam toilet tu. tapi saje je la buat bunyi muntah kuat-kuat supaya dia kesian. hehe. and akibat dari muntah-muntah tu la berat badan kejap turun kejap naik. 1st trimester naik 0.5kg je, 2nd trimester naik 2kg maximum, 3rd trimester ni la baru naik mencanak sekaligus. tak tau la nak consider kelebihan ke kelemahan ke berat tak naik ni. hmmm.

fakta ini disokong oleh artikel ini.

2) Saiz 'adik-adik' & 'kakak-kakak' bertambah
hoh sape pernah dok asrama paham la kot terms adik-adik & kakak-kakak nih. kata nama lain untuk cik bra & cik spenda. kakak duk atas, adik duk bawah. sebab dulu kat asrama kitorang ada satu bilik khas untuk sidai adik-adik & kakak-kakak. segan weh spenda ngan bra kena tag nama, klu x ada yang kena rembat. tapi stok spenda yang keras kejung tu takde la kena rembat. selalu jadi mangsa bra yang fancy-fancy tu. saya punya sanggup sidai kat tepi katil, takut kena rembat kang ada yang gi skolah xpakai spenda kang. haha. ok dah melalut. time belom pregnant, saiz adalah tut, tapi bila dah pregnant, berganda-ganda lak saiznye bertambah. tengok depan cermin takdelah besar sangat, takde sape yang tegur dah 'besar' ke hapa. tapi maybe sebab badan pon mengembang sekali, so ukurlilit pon dah berubah. pernah sekali pakai bra time lom pregnant, rasa nak pitam ok dia punya ketat. langsung satu hari takleh buat keje. sebab maybe proses pembentukan susu dah tersekat, tu yang sakit satu badan. huhu jangan carik pasal. same goes tu spenda, jangan la cecuba nak pakai spenda kecik, alamat senak sampai ke malam la ye. silap-silap takleh tido. ai penah rasa ai tu yang ai cite. huhu.

fakta ini disokong oleh artikel ini.

3) Pigmentasi berubah
menjadi gelap di celah-celah tempat berlipat especially ketiak. hui, yang ni tak sedar langsung sampai la hasben tegur nape ketiak mama hitam? hoyeh, xde la keje nak membelek ketiak kan time pregnant ni. baik lah baring depan tv. tapi dah nama tinggal berdua, terselak sana sini adalah biasa. so takat pakai baju kelawar nampak ketiak satu pemandangan biasa. hihi. tapi serius hitam weh, cane nak putihkan balik? huhuhu.

fakta ini disokong oleh artikel ini.

4) Saiz kaki mengembang
maksud dia bukan kaki bengkak ye, tapi kalau korang perasan la kan, senang cite kat Bata la. kita boleh identify sandal untuk ibu mengandung yang mana satu kan? stok sandal yang lebar semacam, pastu tapak mesti nak ala-ala comfy gitu. kalau dulu saiz sandal/kasut 37@38 tapi sekarang silap haribulan saiz 40 pon tak muat ok! tapi tengok design jugak lah kot. sepanjang pregnant ni xdapat langsung nak pakai kasut bertutup gi keje. sarung je lah sandal ibu mengandung tu ha. sib baik bos xcerewet nak PA menten cantik. haha cantik ke?

fakta ini disokong oleh artikel ini.

5) Perut makin kedepan
ha yang ni ofkos lah ye. ni je la pon bukti yang paling kukuh & jelas yang boleh ditunjuk pada umum yang kita mengandung. sampai ke harini, stok baju saya makin lama makin kurang, sebab dah tak muat kat perut. anyway boleh je nak sendat sikit kat perut tu tapi kang naya kat diri sendiri okeh! rasa senak macam kena tumbuk pastu effect satu badan lemah-lemah. macam biasa, cakap based on own experience lah ye. pernah sekali saya pakai gak baju kurung time gi check up kat KK, kena tegur dengan nurse sebab pakai baju kurung. sebab tang kain tu ngam-ngam je. pastu bila dia nak check heart beat baby, bila selak perut nampak la berbekas-bekas getah kain tu. terus kena sekolah kat situ jugak, awak ni pakai la baju mengandung betul-betul. kesian baby tak cukup ruang nak bergerak. ha, amek sedas. pastu gigih la pegi beli seluar mengandung yang lebarrrrrr tu ngan blous mengandung ikat belakang. stail ikat belakang ni buat saya rasa seksi sikit lah, sebab vontot dah sedia 'gek', pastu diikat tali lagi, serious macam terbonjol-bonjol plak vontot tu. oh tetibe pasni nak ikat tali tu kat depan boleh. agak-agak jadi fashionable x ek? haha.

tapi dah final trimester ni rasa perut dah macam gelebeh ke bawah lah. kalau duduk biasa tu boleh rasa perut bergesel dengan peha. cemane lah agaknya baby duk kat dalam ni kan? pastu lately ni once dah duduk bawah, nak bangun balik punyelah payah. mesti nak kena berpaut meja ke kerusi ke. tapi kalau kat rumah, ngengada sikit je ada la yang hulur tangan nak tolong bangun. hehe.

fakta ini disokong oleh artikel ini.

cukup la kot 5 ni. kalau ada lagi nanti saya list down lagi k! enoy your pregnancy kekawan. saya dah hujung-hujung ni tetibe rasa nanti dah takleh ngengada ngan hasben nak itu ini sebab dah cergas boleh bangun sendiri~

2 comments:

Anonymous said...

I'm not sure why but this web site is loading extremely slow for me. Is anyone else having this problem or is it a issue on my end? I'll check back later on and see
if the problem still exists.

Here is my web blog: mederma stretch mark therapy

Anonymous said...

Oh my goodness! Awesome article dude! Thanks, However I
am having difficulties with your RSS. I don't know why I am unable to subscribe to it. Is there anybody else getting the same RSS problems? Anyone who knows the answer will you kindly respond? Thanks!!

Feel free to visit my webpage: Catering Newport Beach

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up