Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

1st Check Up @ Klinik Ibu & Anak Bukit Bangsar











since mama keje kat private, so company akan kasi satu kad ING untuk mama bersalin kat mana-mana private hospital. tapi, sebagai langkah berjaga-jaga, mama dah siap-siap bukak buku 'merah' yang tak berapa nak merah (pink sebenarnye!) kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak area rumah mama. faktor utama mama bukak buku merah ni :








# mama keje kat area Cheras, near to HUKM. so misal kata mama dah rasa nak bersalin tapi time tu mama kat ofis, senang la naik ambulans kolej, mintak diorang hantar HUKM senang kan? hehe. (oh lupe nak kasi tau, mama keje kat nursing college, harus ada ambulans la kan? hehe)








# mama baru keje kat sini 4 bulan, so tak dapat lagi kad ING tu. buatnye ING tak cover mama nak bersalin kat private cemane? sekali beranak 4angka kat private kan? huhuhuhu. so to be safe, buat buku ni.








ok mama kan asalnye Seremban, so hospital gomen kat Seremban haruslah Hospital Tuanku Jaafar. abah dah sound siap-siap,








tak payah la bersalin kat HTJ tu. sesak je abah tengok.








hehe. memang pon! itu merupakan alasan yang paling kukuh sekali buat masa ni. tapi ada jugak mama google experience orang yang pernah bersalin kat situ, memasing ada bad & good experience. so rezeki memasing la dapat yang mana kan. tapi, rasanya takde la mama nak bersesak-sesak kat sana kot. hihi.








so kat Seremban ada lebih dari 3 private hospital yang mama dapat kenalpasti :
















- this is the first choice ever. sebab ada Dr. Noor Intan (one of writer dalam majalah Pa&Ma). lagipun ramai kawan-kawan yang bersalin dengan Dr. Intan ni kata dia best. so saya telah termakan hasutan kawan-kawan. hehe.
















- jatuh pilihan kedua sebab semua doktor yang menyambut baby adalah lelaki ye. saya pernah baca satu artikel, even dalam perubatan kita boleh dedahkan aurat kita dengan lelaki, tapi selagi ada pilihan doktor perempuan, mama akan elak. so Dr. Intan menang! hehe.
















- tak masuk dalam senarai pon sebab dengar experience kawan-kawan sume nye -ve. dah le -ve, mahal bedengung pulak tuh. so babai!
















- cemane sepital ni boleh masuk dalam list nih? abah kata kat sepital ni ada Dr. Arifin, most famous Dr. kat Seremban zaman abah la. tapi taktau pon Dr. ni ada lagi kat Seremban ke tidak. tapi mama anggukkan aje abah, tak cakap setuju pon. haha.








instead of those private hospital, misal kata lah kan, by the time mama dah kena register hospital tapi kad ING tak dapat lagi, mama decide to go to Putrajaya Hospital aje lah. dekat dengan rumah PIL lagipon. so bawak je lah buku merah yang tak berapa nak merah tu gi sana.








uit, jauhnye menyimpang pasal buku merah kan? hehe. biasalah kalau tak melalut bukan mama la namanya.








first check up mama kat KKIA ni 2 Jun 2011 lepas. mama pegi sorang-sorang je. sebab time tu papa ada induction. tak dapat la nak meneman. so sebelum mama redah sorang-sorang, mama dah make sure :








# KKIA tu boleh terima mama as patient sebab KKIA ni dah allocated kawasan mana yang diorang cover. in my case, mama duduk kat Kerinchi, so mama boleh pegi KKIA Pantai Indah (Pantai Dalam) or Bukit Bangsar (kat Flat Sri Pahang). khidmat papa diperlukan untuk mengenalpasti kawasan malam sebelum mama gi check-up.








# bawak segala rekod yang kita ada time check up kat klinik private. in my case, mama ada satu ante natal card daripada Poliklinik Aiman. every visit ada rekod kat situ. plus, kalau ada report blood test ke, sila bawak sekali ye. tak yah la nanti susah-susah nurse kat KKIA tu nak check kita.








# make sure bawak IC, kad nikah sekali sebab nanti senang time register.








mama pegi hari Khamis, tak buat appointment. memang main redah je. memula datang ada la 3-4 orang patient, lega la sikit sebab tak payah tunggu lama. tapi meragau jugaklah nak mencarik nombor giliran. sebab dah biasa kita gi memana kan ada mesin nombor tu, tapi kat sini, very the tradisional tau! nombor tu dah siap2 tulis kat kertas, tinggal nak amek je. tapi kan mama baru 1st time, sorang-sorang pulak tu. terpaksa la buat muka tebal. sekali mama tanya nurse yang tengah sibuk tengok rekod patient,








assalamualaikum. (nak mintak tolong kena la mulut manis kan? hehe)







kat mana nak amek nombor yek?








nurse tu jawab,








kat depan sana. sambil tangan dia tunjuk-tunjuk kat depan kaunter.








tapi mama kan blur. tak tau lagi nombor yang bersusun tu kena amek satu. so mama dah berlegar-legar kat situ. patient lain tengok je mama. sampai hati! pastu ada la nurse baik tanya mama,








ye puan, boleh saya tolong? first time datang ke?








yes! mama dah jumpa orang yang betul nampaknye. pastu dia explain apa mama kena buat. ekceli mama dah terlepas satu hari (Rabu) untuk amek darah yang akan dihantar je Pusat Darah Negara untuk blood test. tapi kan mama dah bayar RM120 kat Poliklinik Aiman untuk blood test, so mama tak nak la buat prosedur yang sama sebab mama rasa blood test untuk ibu mengandung sama je, nak tau darah ok ke tidak. so mama tunjuk report dari lab untuk blood test mama, nurse kata ok. tak payah amek darah lagi. pastu dia tanya lagi mama duduk area mana, sebab setiap kawasan ada KKIA. untuk bukak buku merah, ibu-ibu harus pegi KKIA yang berdekatan dengan rumah. tapi once dah ada buku merah ni, dah boleh pegi mana-mana KKIA @ hospital.








so dah boleh register untuk bukak buku merah. macam-macam la kena interbiu. last period date, EDD kalau dah tau dari prvate klinik, info pasal mama & papa, family history ada diabetes ke, darah tinggi ke. tu sume dia nak tau untuk rekod.








pastu nurse suruh kencing, nak tengok kencing ok ke tidak. alhamdulillah kencing mama ok. takde sebarang protein @ glukose. alhamdulillah. tapi tang berat memang mama tak puas hati! kat rumah mama dah timbang siap2 - 75kg tapi kat KKIA berat mama leh jadik 79kg! what the wehhhhhh! pastu siap kena sound kalau lebih 80kg ni dah kena jaga-jaga ye. takut diabetic pulak. so harus mama jaga makan nih. pastu nurse amek BP, alhamdulillah BP normal.








tak sampai 5 minit pastu, mama kena jumpa nurse yang lain la pulak. nak check perut, nak dengar heart beat. tapi time ni mama tak dapat dengar. dalam kepala ni dah kata,








lemak banyak ni. tu sebab tak dapat dengar.








sekali nurse tu cakap,








ni first time mengandung ek? perut tebal lagi ni.








cewah, cover-cover pulak nurse ni bercakap. kata je la perut mama banyak lemak. haha. pastu dia tanya mama ada sakit apa-apa tak, mama cite la mama ada cyst kat both ovaries. discovered masa kat PUSRAWI tapi discontinue due to fee yang sangat mahal. huhu. (tu cite sebelum pregnant. nanti mama cite k!)








pastu nurse tanya,














ada makan vitamin apa-apa tak?














mama cakap la mama makan asid folic & obimin daripada Poliklinik Aiman. nurse kata,








ok la tu. vitamin gomen ni cikai je.








weh statement memang tak leh blah kan? haha. by the way memang first check up ni ok sesangat. tak menunggu lama sebab time cuti sekolah lagipun. so next check up, jumpa doctor pulak, another two weeks which is semalam. nanti mama cite k! ni pon dah terlebih panjang la pulak.

7 comments:

Anonymous said...

Kt sini ade scan x. Kt mane lokasinye. Nk try klinik ni

Anonymous said...

Howdy! I could have sworn I've been to this website before but after browsing through some of the post I realized it's new to me.
Nonetheless, I'm definitely happy I found it and I'll be book-marking and checking back often!


Feel free to visit my web blog - how to get rid of stretch marks

Anonymous said...

I like the valuable information you supply to your articles.
I'll bookmark your blog and test once more right here regularly. I'm slightly sure
I will learn many new stuff right here! Good luck for the following!


Here is my blog post :: lmsv2.lpru.ac.th

Anonymous said...

Hi there would you mind sharing which blog platform you're using? I'm planning
to start my own blog soon but I'm having a difficult time choosing between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your design seems different then most blogs and I'm looking for something unique.

P.S Sorry for getting off-topic but I had to ask!

Also visit my homepage ... buy solar panels south africa

Anonymous said...

Hi every one, here every one is sharing such familiarity, thus it's good to read this blog, and I used to pay a quick visit this webpage daily.

Also visit my web site; stretch mark lotion

Anonymous said...

What's Going down i am new to this, I stumbled upon this I've found It
absolutely useful and it has aided me out loads. I'm hoping to contribute & help other customers like its aided me. Great job.

Also visit my web-site :: stretch mark creams

Anonymous said...

My spouse and I stumbled over here different page and thought I might
check things out. I like what I see so i am just following
you. Look forward to looking at your web page again.


My blog; laser stretch mark removal

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up