ehem ehem. harini nak jadi ustazah pilihan kejap. tadi ada kawan datang ziarah mama & Arsyad. keluar la topik pasal mandi wiladah ni. disebabkan mama bersalin thru caesarean, dia kata,
perempuan besalin caesar pon kena mandi wiladah ke? bukan bersalin normal je ke?
jawapannya,
Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak sama ada keluar darah atau tidak, tidak kira cara normal atau pembedahan.
Terdapat perbezaan antara wiladah & nifas. Wiladah merupakan darah yang keluar bersama-sama bayi ketika melahirkan, tak kira secara normal atau pembedahan. Manakala Nifas merupakan darah yang yang keluar selepas melahirkan, walaupun setitik. darah nifas akan keluar paling maksima 60hari dan kalau ada lagi darah selepas tempoh 60hari, wajib ke atas ibu tersebut untuk melakukan solat kerana darah tersebut dikira darah istihadhah.
pasal hukum pulak, berdosa sekiranya seseorang wanita itu tidak mandi wiladah sekiranya dia tahu akan hal tersebut tetapi tidak berdosa jika sebaliknya. so sekarang semua mom to be dah baca entry ni, pas bersalin nanti jangan lupa mandi wiladah ye.
Niat mandi wiladah :
"Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Ta'ala"
Niat mandi nifas :
"Sahaja aku mandi wajib nifas kerana Allah Ta'ala"
entry ni dibuat berdasarkan pemahaman saya. kalau ada sebarang kesilapan, maklumkan saya ye.
Islam itu mudah & sentiasa memudahkan.
wallahua'lam.
26 comments:
owh kira nya kena mandi 2 cara la...memula wiladah then nifas...wiladah tu selepas kita bersalin kena mandi la ek...
aah kak. first mandi wiladah, anytime pas bersalin. seeloknya awal2 la takut lupa. yang mandi nifas, mandi lepas habis darah nifas tu. mmg kena mandi 2 kali. =)
hi..salam kenal..thanks 4 da gud info..sibuk cari info lain, yang ni terlupa pulak..nasib baik blogwalking..hehe
fiezaliesa,
salam kenal jugak. =)
betul, selalu kita excited benda remeh yg lain tp benda wajib camni kita terlupa kan. saya pon baru ingat sebenanye. hehe.
Kesimpulannya wanita yang melahirkan ada 3 keadaan:
1) Jika ia melahirkan tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah semata-mata, dan wajib ia menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam pantang.
2) Jika ia melahirkan dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya mandi nifas semata-mata setelah kering darah nifas dan wajiblah ia mendirikan solat selepas itu.tidak perlu mandi wiladah.
3) Jika ia melahirkan, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib ia mandi wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika ia didatangi pula dengan nifas, maka dia hendaklah berhenti solat dan wajib ia mandi nifas apabila kering darah nifas. kemudian wajiblah ia solat.
Wallahu A'lam.
salam.
singgah sekejap beri penjelasan.
bincang pasal mandi wiladah ni kita kena faham tujuan mandi, untuk mensucikan diri dari hadath besar dan membolehkan seseorang menunaikan ibadat wajib seperti solat dll.
Kesimpulannya wanita yang melahirkan ada 3 keadaan:
1) Jika ia melahirkan tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah semata-mata, dan wajib ia menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam pantang.
2) Jika ia melahirkan dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya mandi nifas semata-mata setelah kering darah nifas dan wajiblah ia mendirikan solat selepas itu.tidak perlu mandi wiladah.
3) Jika ia melahirkan, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib ia mandi wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika ia didatangi pula dengan nifas, maka dia hendaklah berhenti solat dan wajib ia mandi nifas apabila kering darah nifas. kemudian wajiblah ia solat.
Wallahu A'lam.
Antara perkara yang mewajibkan seorang wanita mandi hadas besar ialah apabila keluar air mani, kering haid, dan nifas, wiladah tanpa darah dan berjimak. Imam Shafei jelas mengatakan maksud wiladah di sini merujuk kes tertentu wanita yang melahirkan anak tanpa nifas atau basah dengan darah termasuk wanita yang mengalami keguguran.
Maka, dia wajib mandi wiladah bagi membolehkan dia melaksanakan amal ibadatnya selepas kelahiran. Bagaimanapun, wanita lazimnya didatangi nifas selepas melahirkan anak maka, dia wajib menunggu sehingga darah nifas berhenti sebelum mandi hadas besar.
Tiada mandi wiladah bagi wanita bernifas dijelaskan oleh mazhab Shafie. Mandi bertujuan membersihkan dan menyucikan diri dan membolehkan kita bersolat.
Selepas suci daripada nifas, boleh bersolat seperti yang disebut dalam hadis. Tidak perlu mandi wiladah bagi yang masih ada nifas kerana jika pun mandi, dia tidak boleh melakukan ibadah seperti solat.
Namun, mazhab Hambali menafikan sekeras-kerasnya wujud mandi wiladah kerana dikatakan tiada nas mengenainya.
makanya..jika wanita yg bersalin dan terus datang darah nifas..hanya perlu tunggu sehingga darah nifas kering dan baru mandi wajib la kan...
I am really impressed along with your writing talents and also
with the layout on your blog. Is this a paid subject matter or did you modify it your self?
Either way stay up the nice high quality writing, it is uncommon to look a great blog like
this one today..
Here is my site ... touchpod24.info
It is not my first time to visit this website, i am browsing this web page dailly and obtain
pleasant facts from here every day.
Look into my homepage: stretch mark lotion
Woah! I'm really digging the template/theme of this site. It's simple,
yet effective. A lot of times it's hard to get that "perfect balance" between usability and appearance. I must say you have done a superb job with this. Additionally, the blog loads very quick for me on Internet explorer. Exceptional Blog!
Feel free to visit my web site: Laser stretch mark removal
cara mandi wiladah camna?
terima kasih untuk maklumat ini. sangat berguna.
wiladah tu darah yg trun masa skit kontraksi tu ke??kna mndi ke..tk thu pun..arini ari ke 45 sy..darah nifas blom kering lgi..nurse ckp darh period..sbb aritu ada stop jgk darah pastu dtg bnyk balik
Assalam,tmpang btnya,kalo kita msh d dalam pantang tp darah nifas dah xda blh ke kita mand wajib nifas dn bribadah spt biasa?dn blh ke kta bpuasa ye?
Assamualaikum...saya mualaf dn blum prnh mndi selepas bersalin...selepas bersalin mndi nifas dan mndi wiladah la kn?minta maaf bb sya blum fham..
Assalammualaikum. Saya melahirkan melalui pembedahan. Darah nifas lambat Habis. Mau 60hari Baru Betul2 bersih. Insy'Allah. Lepas ni mandi wajib n boleh lah solat. Sebab dah lama tdk solat. Rindu sudah solat :)
Assalammualaikum. Saya melahirkan melalui pembedahan. Darah nifas lambat Habis. Mau 60hari Baru Betul2 bersih. Insy'Allah. Lepas ni mandi wajib n boleh lah solat. Sebab dah lama tdk solat. Rindu sudah solat :)
assalamualaikum..
nk tnya klau darah nifas sampai 20 ari je,pas2 xda drah nfas dh klua kna tgu pas abis pantang 44 ari ke,br blh mandi wiladah..tima ksh..
Nak tanya apa hukum sekiranya mandi nifas dgn menggunakn niat mngangkat hadas besar... adakah sah mandi nifas tersebut.
Thanks a lot for gd info
znzabadistore.blogspot.com
Pertanyaan jika keguguran mcmn pula ya.dlm sebulan lebih
http://m.youtube.com/watch?v=KzcayufANqI
Assalamualaikum nk tanyer. .kalau sy terlupa nk buat mandi wiladah mcm maner..sy masih dlm berpantang hari yg ke 28..blh lagi ke kalau sy mandi wajib wiladah. ..??
Assalamualaikum..saya melahirkan secara pembedahan..kiranya saya kena mndi wajib wiladah saje ke..ataupun nifas skali..sebab lps pembedahan pun ada darah yg kluar kn..
This is so confusing
Post a Comment