Apr
Wednesday,
25,
Cerelac Gandum & Madu : Besar untuk bagi bbsitter, kecik untuk kat umah |
Farley's Rusk : Orange untuk bagi bbsitter, Original untuk kat umah |
Broccoli Puree : pagi tadi punyo. bubuh dalam bekas First Year yang beli haritu. ada entry kat SINI. |
dengan rasminya semalam Arsyad Hadi si tombam dah 6bulan ye ibu-ibu. macam tak caya je kejappppp je si tombam tu dah sebesau ini. hmmm. semalam pon mama dengan semangat yang jitu telah membeli belah makanan untuk Arsyad Hadi.
ekceli selama ni dah beli Cerelac tin kecik & biskut Farleys kotak kecik. rasanya dah dua minggu gak la. sebabnya kan aritu susu mama dah sikit. hukhuk. sekarang Alhamdulillah dah kembali normal, even takde la mencurah-curah macam time pantang, tapi cukup untuk sehari. =)
time Arsyad 5 bulan lagi, babysitter dah pujuk saya belikan Cerelac ni. dia kata abes menjejes air liur budak tu. kalau tengok orang makan, dia siap boleh jilat-jilat bibir dia lagi. seems lapar kan? tapi saya tangguhkan 2 minggu. buat dek je bila opah tu pujuk. huhu. pastu bila dah lagi 2 minggu Arsyad nak masuk 6 bulan, saya beli jugak Cerelac tin kecik, biskut Farleys kotak kecik, brokoli sekuntum. tapi saya just bagi Cerelac dulu kat opah. dia kata dia masukkan sesudu kfc kt dalam botol. pastu dia lubangkan sket hujung puting tu. tapi keadaan totap samo. Arsyad memang nak makan!!! haaaaaaaaaaaaaaa...
mama dah serba salah. kan orang dok gebang sana sini solid food will only started when the baby turns 6 months kan? dah tu gimana? hmmm..minggu ke tiga (lagi seminggu nak masuk 6 bulan), mama bagi kat opah, sekotak biskut Farleys tu. mama tanya camne opah bagi makan? opah masukkan air masak & biarkan biskut tu kembang & suap Arsyad. mama dah nak jerittt, AIR MASAKKKK?? hoho typical new mom memang gini kot ek? takut dengan benda baru nak bagi kat anak. tapi elok je Arsyadnye kumuhan. mama senyum sebab anak mama pandai makan dah. hehe. =)
Isnin lepas, mama start buat broccoli puree. kenapa broccoli? sebab mama tak makan sayur, so mama google la puree yang suitable dengan 6months baby, one of ialah broccoli. so Arsyad makan sayur banyak-banyak k, mama tak makan sayur. hahaha boleh? =P
pastu mama tanya opah cane opah bagi Arsyad makan puree brokoli tu? opah kata, masukkan sekali dalam Cerelac. pandaiiiiiiiiiiiiiiii. bagus bagus. tak sia-sia RM300 papa. eh? latest, petang semalam opah pesan kat papa, Arsyad Hadi makan habis yang 'hijau' tu. beli la lagi. hehe. 'hijau'? broccoli la opah!
so semalam mama beli stok makanan Arsyad Hadi, sekali dengan dua kuntum brokoli & carrot. tapi kan orang kata elok ikut 4 days rule. maknanya kita test anak kita selama 4 hari dengan makanan tu, kalau dia hadam elok, tak kembung, kumuhan ok, kira ok la. kalau within 4days tu ada something wrong, maknanya makanan tu tak suit dengan dia. so try makanan lain pulak yep. so far dah dua hari Arsyad makan brokoli, no problem. tapi mama tak nampak lagi Arsyad punya kumuhan hijau, agaknye berkumuh di umah opah kot. haha.
kat sini mama nak tunjuk pada ibu-ibu yang plan to start their solid food. cenggini :
Oragnic Broccoli : 166gram = RM3.49. meheiiii weh! semalam beli yang tak organic, dua ketul camni dapat RM4 ++. tapi better organic dok? |
patah-patahkan dahan tu supaya jadik kuntum-kuntum gini. rebus dalam periuk ye. nak tau dia dah empuk tengok kaler hijau dia lain macam sket. |
dapat la 3 bekas kecik gini. ok la for starter kan? |
tengok ini tombam. sengih dengan hijau-hijau kat mulut. hehe. |
hoho budak ini musti ada katun kat tepi untuk lekakan dia. tu tengah tengok sinchan. tapi pelik, dia ni suka tengok katun kt 'tv kecik' tu je rather than real tv. apsal eh? |
so gitu la celebrationnye. anak anda bagaimana? selamat mencuba. hihihi