Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Tak Sihat

hmm. Ramadhan kali ni tak dapat disambut dengan penuh penghayatan sebabnya last day sebelum puasa tu mama kena keciritan kebiritan sampai dapat MC okeh! makan ape? harus la makan kat luar. hehe. sejak berbisnes + ada anak ni, kat dapur takde la meriah macam dulu asyik fikir nak masak apa. tapi sekarang, nak makan apa, mari terjah saje. tak kose nak kelentung kelentang kat dapur dengan si kenit bergayut kat kaki. oh, papanye tak laku ye. pehtu kat umah memang tak diamalkan walker atas faktor-faktor keselamatan.

kepala si kenit tu rasanya dah bape kali berlaga dengan lantai. pesen dia protes sekarang macam nak terjun swimming pool tapi style backward. jadinye kepala memang cecah lantai dulu la. even atas tilam pon, bila dia dah melentik gitu, kesian kat dia. mesti sakit kepala gak kan. huhu. rasa macam nak bawak dia gi jumpa doctor, nak scan la. hmmm. risau risau.

so hari Jumaat lepas bila mama dah MC, papa lagi sambung tido. saje nak join cuti. jeles la tu mama duk umah. =P serius melepek ko dah tercirit termuntah bagai. nak makan pon takde selera. jumpa doctor lagi best, dia tanya bila last period? aish, nak saspek I preknen la tu! choiiiii. pastu mama kata la last period May lepas, pastu dia sambung, tapi kan sekarang July? hoh, memang saje je dia. cecepat mama kata, anyway saya dah check kat rumah awal minggu aritu tapi -ve. takkan la cepat je jadik. T__T pastu doc tak puas hati lagik, dia suruh mama baring, dia nak check perut. huuuuuuuiiii, perutku yang berlipat tu ditekan-tekannye. siap nak dengar pakai stetoskop. apada doc, memang takde!! (gile kompiden ni. haha) pastu baru la dia kata, aah la, takde. sedihhhh tol la doc ni. sib baik dia tak suh buat UPT test kat situ. hikhik.

sudah tu dia kata awak fully BF ke? mama angguk. dia kata oohhh patut la period terabur. biasa memang macam tu kalau fully BF mothers. tapi, bila awak dah campur FM nanti, possibility untuk preknen higher tau. so, bertahan la BF dulu k. hehe. sambil sengih-sengih. ku sekeh jugak la doc sorang ni kang. haha.

hujung-hujung dapat la MC, pastu dibaginye ubat sakit perut, ubat angin & garam untuk cover balik badan. pastu siap dengan pesanan terakhir, mintak-mintak esok boleh puasa la ye. hehe.

sudahnya sampai ke malam, mama terus melepek, sian si kenit main dengan papa. selamat balik Putrajaya umah mertua ramai orang. buleh la tolong layankan si kenit tu sekali, mama tak larat sungguh-sungguh dah. huhu. bila papa kejut sahur esoknya tu, memang tak larat lagi, sakit perut pulak. uik, ada lagi ke isi yang tak terbuang? sekali kau gi toilet, jengjengjeng, bendera merah sudah mariiiii. terus senyum. =D

maka first day Ramadhan sudah ku puasa yang yok. mak mertua siap cakap, pegi la makan! hoh, tetibe time ni rasa terharu gile tapi ku kontrol buat muka cover-cover sikit, jengah dapur apa ada, santap la sesorang di situ. sibbaik semorang tak bangun lagi. maka takde la official sangat ku tak pose kan? hehe.

Second day Ramadhan, yakni semalam rasa macam nak demam pulak. aduhhh. ini semua rambutan punya pasal. petang Sabtu tu kitorang balik Seremban pulak, sekali jengah dapur holamakkkkk ada banyak gile rambutan merah!! ini memang namanya rezekiiiiii! pe lagi, hadap puas-puas. sekali kau nak jadi hal kan, awak tu badan tak sihat sangat dari keciritan, dah mengundang ubat batuk pulak. memang sungguh jadi batuk kongkongkong tengah malam tu. bangun sahur (cover sebab ada adik ipar sekali. haha. padahal memang kebulur sebab takde selera makan) kepala dah berat, dada dah sesak. terus makan Actifast dua ketul, Alhamdulillah lega la sikit, even badan berpeluh-peluh macam nak kebah demam tu.

so bila dah kebah demam, boleh la kita jenjalan ye dok. haha. misi pencarian baju raya pon bermula. =P





ini semua berlaku di hadapan fitting room di mana papa berada di dalam, kitorang di luar. disebabkan mama tak berapa nak tough haritu, so pantang berenti kejap nak duduk. maka bersila lah di atas lantai. hehe.

tu jelah story awal pose mama. tak best kan? takde gambo makanan sebab sibuk makan sekali. hehehe

3 comments:

DORAWANTAN said...

Comelnyer anak!! Mata bulaaaaaat!

youramirah said...

Hi Dora,

tengkiuuu! mata bulat besau macam mamanya. hehe.

fattimeasterling said...

Harrah's Atlantic City Casino & Hotel - JT Hub
Harrah's 광주 출장안마 Resort Atlantic City Casino & 천안 출장마사지 Hotel 하남 출장안마 is operated by Caesars 제주도 출장안마 Entertainment, Inc. and operated by the Eastern Band of Cherokee Indians. 광주 출장안마

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up