Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Arsyad Hadi's Stroller

oooppp, sebelum apa-apa. meh kita intai budak kecik ni jap. hehe.

alo, brader. skodeng ape tuh? =P
hoh, ini cerita stroller budak kecik ni. kisahnye beli time pantang lepas 40 hari kot. hehe. (takut nak gitau awal sebab kompom kena maki kuar time pantang. haha) dah tu awaknye bosan duk umah, maka tugas mama menghasut papa untuk membawaku keluar dari rumah. =) pastu jalan-jalan ke Aeon Seremban2, nampak la stroller yang maha murah ini.

Sweet Cherry Tulsa Jogger RM119.00 only!!
sebelum mak pengsan tengok harga tu, baik sambar sebijik. pastu kan papa nengok display sume seat dia tegak jek, tak kompiden bila mama kata bleh lay down. sekali panggil amoi tunjuk demonstrasi jalanan di situ, hah, terus bersetuju. hehe. itu yang mama mau. hehe. pastu bila dah bayar, terus menyesal tak amek kaler nih :

biru!!!
argh, dedua kaler pon mencongkam tapi apa nak buat. sudah dibayar. sejak dari tu, bila nampak orang lain beli sama sebijik sejibon macam nih, lantas membuat konklusi bahawa, oh, dia pon gaji macam kita kot. hahaha jangan keji mak! =P

orang lain sanggup beli stroller sampai 4angka kan? tau lah tu duit diorang, tapi ye lah, untuk orang yang sentiasa kalkulator di handbag ni, memang seeloknya penuhkan saving Arsyad di bank aje lah kot. lagipun, baik beli baju baru lagi best kan? hehehehehe.


p/s : nak beli online pon bulih. tengok kat SINI. tapi harga online RM139 la ek. mahal RM20. yolah, nak packing bagai nak pos, upah peluh orang tu lagi. baik la pegi beli sendirik kat Jusco, leh jalan-jalan. lepas beli terus letak anak. hehehehe.

7 comments:

Waniey said...

haha..i taw time tu jj tgh offer stoller ni.igt nk rembat,tp hubby insist nk stroller kaler ijau,so beli SC stroller mahal sketla.hehe.tp betul,beli stroller riban2 wtpe,pakai jap je pun..tu pun klo anak suke dok kt situ.hehhh

youramirah said...

wohaa, kelas taste apaknye nak ijo kan! memang bertema hijau la ni ye. hihi. skang ni budak acad taknak duk sangat dalam ni. suka kena peluk lagi. tapi bila buh kat carrier, dia macam xselesa, almaklumlah kawan tu kan tombam. haha. =P

Mimy Hamid said...

yer sebijik macam storller anak buah akak...adik akak offer sorang satu nak hadiah apa..sbbb sepupu Fayel beza 3 minggu jek...sebab Fayel dah dapat hadiah stroller gak ala..dia pun murah nya My Dear jekk...Fayel dapat playpen...so sepupu Fayel dapat stroller merah ni...

youramirah said...

wohoho, bestnye dapat hadiah lak tu. rejekiii. bertambah la tabung fayel yek. hihihi

Anonymous said...

This is really interesting, You're a very skilled blogger. I've joined your rss feed and look forward to
seeking more of your wonderful post. Also, I've shared your website in my social networks!

My site :: http://hintermueller.at/wiki/tiki-index.php?page=userpageelinorbzv

Anonymous said...

These are actually wonderful ideas in concerning blogging.
You have touched some fastidious things here.
Any way keep up wrinting.

Feel free to surf to my weblog :: Stretch mark Creams

Unknown said...

Kt mn beli stroler cm gni bape hrganye

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up