Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

EBM untuk Arsyad Hadi

alamak, April sudah kan? biasalah, sejak berbisnes sampingan ni tak menyempat-nyempat nak update blog. Alhamdulillah, untung boleh cover mana yang patut. =) kan Allah dah kata 9/10 daripada rezeki ialah daripada berniaga. yang kita ni dok la berebut yang 1/10 tu. hmmm.

tak tau mana nak mula, so terus je la ke inti entry ni. almaklumlah mama ni kan keje opis, so nak tak nak terpaksa la Arsyad Hadi berpisah kopek untuk 8jam. untuk tidak melupakan isi kopek, mama bawak la breast pump gi opis. dalam tempoh 8jam bekerja tu, kadang 2 kali pam, kadang 3kali pam. ikut situasi kebizian la ye. jangan pikir bila bos masuk meeting, mama dah boleh keluarkan pam. tidak sama sekali. time tu harus on modd standby. kot-kot la dia tepon ke sms ke suh buat copy itu, emel ini. dah nama PA kan. lain la kalau bos cuti, boleh la mama pam kt opis ni je. hihi.

mama pakai pam manual je cap Anakku RM79.90.
siap ada Mickey Mouse tau.

mama kan agak kedek pada mulanyanak invest beli pam ni time pregnant. sebab duit tak lebat kan. saving yang ada stanby untuk pantang. so beli je lah. janji ada kan? Alhamdulillah lepas sebulan pakai pam ni, mama beli lagi satu set. hehe. lagi satu beli kaler pink, Minnie Mouse plak. sebabnye satu dah bawak gi opis, pastu bila balik dah ngadap budak tombam tu, so haruslah tak dapat nak basuh + sterilize dengan keadaan huru hara. haha. at least, bila ada dua pam, satu dah kering, satu pakai. tak susah. hehe. pastu kadang bila dah bengkak, jadiklah manual double pumping di situ. jimat jimat. cumanya masa mengepam memang lama sket la. sekali pam rasanya 15-20 minit kot. tapi takpe, demi Arsyad Hadi mama korbankan masa tido mama.

fyi, Arsyad Hadi minum 7@8 botol 4oz. so mama harus make sure time keje mama dapat at least 5@6 botol sebab kat rumah sah-sah si kenit tu nak melekap je. bila dia dah tido, mama still tak boleh tido. harus sedar diri, pikir stok susu anak untuk keesokan hari. dapat ngam-ngam 8 botol pon jadik lah. mama bukan macam orang lain yang susunya melimpah ruah, tapi still syukur alhamdulillah, mama tak perlukan susu formula lagi setakat ni. =) sila bangun sekarang tepuk tangan sket. hehe.

bila dah penuh botol Mickey tu, mama transfer pulak pada storage bottle macam kat bawah ni.

mama beli storage bottle di kat sini - Sarakids
satu botol penuh tu dapat la 3 botol minum camtu. dulu sebelum beli botol ni, papa belikan storage bag yang macam ni :

Litlle Bean Storage bag 20pcs RM19.90. beli kat Jusco gak. very high quality tau.
tapi semput sket la mahallll!

tapi bila mama hantar stok EBM kat opah, opah boleh pulak basuh plastik tu, siap return balik kt mama. eh, kan disposable tu kan? huhu. pastu opah kata senang masuk dalam botol je. yo lah, tu mama beli storage bottle pink tu. tetibe. =)

bila dah ada storage bottle tu, mama tak semestinya pakai botol Mickey Mouse tu, sebab saiz muncung sama je. lagi sonang bai tu. tak payah salin-salin susu. pam direct je. weee. bila dah sampai rumah, mama transfer to chiller, pastu sok pagi mama buh dalam cool box camni :

yang tengah-tengah tu ice pack cap Coleman. RM29.90 kat Jusco.

rupe coolbox tu gini lah. cap Coleman. RM89.90 kat Jusco jugak.
coolbox ni kecik sket je dari kotak A4. mula-mula mama gendong la benda ni ngan dukung budak tombam tu pepagi. tapi opah & suami beliau tak kompiden pulak nengok mama berselirat. so esoknye mama masukkan coolbox ni dalam wooven bag yang dabak. so sling je sambil dukung Arsyad Hadi. tapi bila lalu sebelah orang kekadang ada gak tersigung kena coolbox tu. haha. sakit x? kuikui.

motif beli coolbox & ice pack tu ialah tak nak semakkan peti ais opah. ye lah, orang tu nak buh stok ikan sotong udang daging dia. kita la nyibuk nak buh susu. lagipun, mama rasa lagi selamat kot buh dalam box ni. takde la Arsyad minum susu perisa ayam/ikan./sotong/daging. hahaha. so kawan-kawan, berbaloi-baloi beli coolbox & ice pack tu ye.

10 comments:

Mimy Hamid said...

entry ni bagus la...tak terpikir pulak guna coolbox tu..selain tak menyusahka BS kan...akak nasib la mak jaga..hhuhu leh renyah malas lagi....

youramirah said...

untungnye kak mimy mak tolong jagakan. jeles~

saya kena tunggu mak saya pencen lagi 4thn baru leh jaga acad. hehe. by the time dia dah bleh g tadika dah kot. huhu..

humble.yat said...

wah..suka lah idea kak tu...;-)
sgt praktikal...

youramirah said...

boleh cuba. hehe.
klu isi dalam cool bag pon xpe.
tp susah nak cari cool bag yg besar, muat nak letak ice pack besar & 8botol camtu.

cooler box tu ada mcm2 saiz.
klu sale leh dapat 70++ je tau!

ElviRa said...

sya pun guna cool box..mmg practical..sya beli masa promotion kat tesco RM49.90 jer..kalau travel balik kg..x yah bwk ice pack just gi kedai makan abg ipar bubuh air batu biase jer..

ElviRa said...

sya pun guna cool box..mmg practical..sya beli masa promotion kat tesco RM49.90 jer..kalau travel balik kg..x yah bwk ice pack just gi kedai makan abg ipar bubuh air batu biase jer..

youramirah said...

elvira,

RM49.90 je? jelesssss. tp mmg practical kan? ice tahan lama dalam coolbox ni. suka suka. hihi

Anonymous said...

That is a good tip especially to those new to the blogosphere.
Brief but very precise info… Thank you for sharing this
one. A must read article!

Also visit my webpage - nlp-wiki.org

Anonymous said...

Howdy, i read your blog from time to time and i own a similar one and i was just
curious if you get a lot of spam remarks? If so how do you protect
against it, any plugin or anything you can recommend? I get so
much lately it's driving me mad so any help is very much appreciated.

Also visit my web-site ... how to get rid of stretch marks

Anonymous said...

I have been browsing online more than three hours as of late,
yet I by no means found any attention-grabbing article like yours.
It's beautiful price sufficient for me. In my view, if all website owners and bloggers made just right content material as you probably did, the internet shall be much more helpful than ever before.

Also visit my web blog: xn--80az1a.xn--p1ai

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up