Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

A is For Arsyad!!

A is for Arsyad!

Reason letak huruf A kat depan ialah supaya nanti dalam list attendance time sekolah, cikgu panggil Acad first. takpon mesti top 5 punye. hehe. oh mama dah cite lom eh mama penah mimpi pasal Acad time preknen 3 bulan? dalam mimpi tu dok nampak baby boy comel sangat, pastu end of mimpi, ada suara sebut Hadi. so mama rasa macam PERLU letak nama Hadi bila baby keluar nanti. bila scan time 9 bulan, tup tup clear gileeeeee proof baby boy, so memang mama muktamad mesti ada nama Hadi. so papa just topap nama kat depan or belakang Hadi je la.

nama penuh mama, Siti Amirah. ada A tapi second word. huhu. sebab time sekolah bosan gile tunggu turn kena panggil dengan cikgu. (eh, suka pulak eh kena panggil dengan cikgu? hehe) contoh la kan nak kena cucuk Rubella ke BCG ke kan senang ikut attendance list. pulak tu BFF sume nama Nur la, Nurul la. yang nama start S ada la dua tiga ketul. tapi tak geng, so rasa tak best. haha tah pape kan? pastu yang PALING tak best, bila nak PMR & SPM. dewan sekolah tak muat nak bubuh semua candidate, so saki baki nama yang huruf hujung-hujung ni kena exam dalam kelas je. sedih wok! bayangkan yang memenuhkan dengan dengan huruf M & N. aduhhhhh. Muhammad je dah berapa orang? pastu ejaan berbagai-bagai. Mohd la, Muhamad la, Muhammad la, Mohammad la, Mohamad la. yang N pulak Nurul, Nur, Nor, Noor. sedih sebab pas exam takleh sembang. nak sembang mende kelas kecik, cikgu dua orang. huwaaa. tu sebab la sekarang lupa kat Siti, nak orang panggil Amirah je. haha.

motif huruf A jugak, supaya boleh build up Acadnye self confidence. ye lah, bila dah selalu kena panggil first dengan cikgu, so mesti dia tak takut dah kan nak expose kat sekolah? I like!

masa decide nak buh nama Arsyad ni, both neneks asyik la tersasul-sasul Asyraf, Asyraf. adeh, mama & papa dah berkenan dengan ARSYAD = YANG PALING CERDIK. tapi Asyraf pon ok gak maksud dia, YANG LEBIH MULIA. tapi we're both agreed untuk letak nama ARSYAD, so ASYRAF nanti nama untuk adik eh? hehe. tapi kan, boleh pulak sebelum papa nak gi buat surat beranak, papa tanya balik,

ARSYAD ke ASYRAF?

aisssshhh papa ni. sib baik dalam pantang. so nak main cubit-cubit pon tak dayo. haha. bila dah officially announce to public nama baby (kelas tak macam selebriti gitu. hihi), ada la yang kata nama macam orang dulu-dulu la, nama kampung la, nama orang tua la. eh, pedulik la nak buh nama apa pon, aku yang beranakkan dia, so sukatilah. haha jahat. janji nama tu membawa maksud yang baik, dan mudah-mudahan maksud nama tu boleh membentuk peribadi baby kita tu.

apa pun, terpulang pada pendapat masing-masing la ye bab bagi nama pada anak ni. mesti uols ada reason di sebalik nama kan? I'm telling you mine aje. =)

9 comments:

Liyana said...

bab name ni.. teringat zmn sekolah dulu, name liyana, mesti tersepit kt celah2 budak lelaki, time nk p klinik gigi kena naik van sekolah, awok sorg je pompuan, sedih betul, hahaha

Mimy Hamid said...

akak suka nama A gak..tapi dah papa si fayel ada keturunan Megat..jadi Megat jugak la...akak lgi best...nama start N...berderet N...nor , nur , nurul...

youramirah said...

Liyana,

nama awak mmg start L ek? adeh. mesti ada nama LIM CHEE KONG ke, tak pon LEMAN MANAP. haha. LELA takde ke? hihi. memang kelaka!

kak mimy,

hoho kalau saya ada nama keturunan memang bangga kak. tapi apakan daya keturunan siti je. haha. betul-betul. budak pompuan mostly ada nur, nurul bagai kan? jenuh menunggu turn nak habis huruf M ngan N. =)

Anonymous said...

Hi Mira...Anak u comel lar...gebu gebu.....sbb susu ibu kan......

Akak ni silent reader......sbb tak reti nk buat blog...Nama Akak Nufah Khadeeja.....

just nak tanya, Mana blog Hikari (~♥ My Journey Towards Motherhood continue..♥~) yer???dia baru bersalin....akak rindu dgn blog dia...sbb folow since dia ttc until bersalin....tiba2 hilang....emm sedih sedih....mira tau tak mcm mana akak boleh contact blog dia balik?

youramirah said...

hi kak nufah,

berkat susu ibu, insyaAllah anak dapat yang terbaik. =)

aahlah, saya pon baru perasan bila akak bgtau ni. saya pon follow tp blog doesn't exist. maknanya dia dah delete blog dia. huhu. bila dia bersalin kak? ok ke? huhu saspen pulak.

Farah Liyana said...

kite lagi suke nama Arsyad. xde la nampak kampung pun. bagi kite nama tu nampak bijak sama mcm maksud dia. insyaAllah Arsyad akan jadi anak yg bijak dan soleh bile dh besar nanti. Aminnnn

Anonymous said...

hai.. Hikari sini..
:) saya dah buang blog tu..
ada beberapa blogger menulis di blog masing2 pasal saya setelah saya selamat bersalin.. (MasyaAllah saya tak berniat nak berbangga), mungkin kecik hati masa tu (hormon wanita dalam pantang kot..hehe) saya delete terus.

Nyesal gak la skang ni.. takpe la.. kirim salam kat kak Nufah khadeeja ye amirah..
-Nurul Hikari

Anonymous said...

Have you ever thought about publishing an e-book or guest authoring on other sites?
I have a blog based upon on the same subjects you discuss and would really like to have you share
some stories/information. I know my audience would value your work.

If you are even remotely interested, feel free to send me an email.


Also visit my site: How to get rid of Stretch marks

Anonymous said...

Hello There. I found your blog using msn. This is an extremely smartly written article.
I'll make sure to bookmark it and come back to learn more of your useful information. Thank you for the post. I'll certainly return.


My site http://wiki.lilion.org/index.php?title=U┼╝ytkownik:Halley887

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up