May
Wednesday,
30,
Baru beli MODU bulan lepas, pakai dua kali je. performance tak bagus lah. I mean tak sebagus pam manual Anakku yang mama pakai sejak pantang Oktober 2011. sekarang kan musim merudum sana sini. mama pon terjangkit sekali. plus jadual pumping yang tak menentu, due to kebizian yang tak tentu arah kat ofis ni. our university college in the process to become a full fledge university. so banyakkkkkkkkkkkkk gile preparation nak kena buat untuk present depan ministry. budak RA dah lama takde, tinggal la PA keseorangan bersilat buat keje ni ha.
disebabkan itu, mama kembali ke zaman merudum mula-mula dulu, lunchtime balik kejap untuk topap susu kat opah. sadis weh! opah dok la tanya ni balik semata-mata nak hantar susu ke? mama angguk la. mama tunggu gak dia cakap tak payah la susah-susah, beli je susu tepung. tapi Alhamdulillah BELUM LAGI. ahaha belum lagi ok! takut nanti opah cakap nanti terus naik darah tinggi mama. adoiiiii! kadang-kadang terasa jugak nak beli FM, tapi selagi mama boleh bertahan, mama bertahan. susah macamana pon, mama kena kaji balik macamana nak boost milk semula. dapat buat stok sehari dalam fridge pon jadik lah! =(
disebabkan ketidakcemerlangan MODU itu, mama let go je. mama taknak let go kat sini, sebab kang korang blame aku pulak susu aku tak lebat, ada hati nak suruh orang beli. hihi. so mama jual la pada orang lain. terasa la jugak rugi, beli, pakai sekali, alih-alih jual. ni semua PINK punya pasal la. huhu. plus MODU kan jarang orang pakai, so testimoni memang tak banyak. tapi disebabkan kebongokan mama yang terpedaya dengan warna PINK, terbeli jugak. pastu, padah! =(
selepas seminggu buat research pasal elektrik pam, (oh sebab mama nak dapat susu banyak tanpa makan masa + penat) akhirnya mama pilih MEDELA SWING. mula-mula tergoda dengan AUTUMNZ ULTIMATE, tapi takde orang sekeliling yang pakai la. so kang aku terkial-kial nak pam sesia je. my bff suggest MEDELA FREESTYLE, adoiii memang la the best investment, tapi macam tak rela pulak nak melabur sebanyak tu. so yang sedang-sedang aja, amek SWING aje lah. nak beli online memang best, tapi nak tunggu post lagi, berzaman lah. susu dah semput-semput nih. jadiknye, semalam terjah Midveli, singgah Mom's Care, dapat la pujaan hati yang diidam-idamkan. =)
Standard price @ Mom's Care RM799 |
Kalau la mama tau terdesak macam ni, mama dah beli time Expo bulan lepas. sah-sah murah kan? dengar cerita time expo FREESTYLE boleh dapat RM1200 je ko. biasa kat RM1500 kalau promo biasa. =( papa punye terkejut harga mahal cenggitu. (psst, sebab mama beli pakai duit mama. kalau mintak dengan papa mesti banyak soal jawab. ye lah, mahal kan? tapi takpe, mama akan proof kat papa yang memang tak rugi beli pam ni!) papa kata kat Acad, Acad kena doakan mama dapat bagi Acad minum sampai umur 2 tahun tau. sian mama. ok, sila tadah air mata sekarang. terharu tau!
Projek tenusu depan PC sajek! |
heh. Dato tengah meeting ni. so boleh la ngepam kat office jek. hihi. tadi sedap-sedap pam, masuk pulak cleaner. sib baik dah cover ngan shawl. tapi mesti dia wonder kemende la natang kuning atas meja berbunyi-bunyi tu. disebabkan dia bangla, so boleh la mama kategorikan dia tak tau pasal brestpump ni. hehe.
4 oz within 5mins uols! |
>5 oz after 15mins. ok la. |
kiri storage bottle Stylo Mama by Sarakids, kanan tak asing lagi, cik Medela. |
botol Medela ni gemok sikit lah. bila mama transfer dalam botol Stylo Mama, penuh sampai berlebih-lebih. kurus ek botol Stylo Mama? oh, mama transfer sebab botol Medela ni ada satu jek. botol Stylo Mama tak ngam pulak dengan kepala Swing, so kena la cari alternatif lain. ada yang kata botol Bumble Bee ok dengan pam Medela. 10botol Bumble Bee baru RM30. kalau nak beli botol Medela, 3botol RM69!! pitam mak!!
kesimpulannya, pam ni ok sangat-sangat pada orang yang really rely on manual pump macam mama. bunyi mesin ala-ala vibrate, ok la daripada bunyik mesin rumput MODU. huhu. sungguh berbaloi-baloi! mudah-mudahan SWING ni bertahan la sampai bila-bila, at least sampai Acad 2tahun nanti insyaAllah. =)