Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Cracked & Wounded Nipple

aaaaaa, sudah dua minggu mama sengsara dengan masalah di atas. itulah sebabnya takde mood nak update ni. holiday Langkawi pon tak dapat nak enjoy sangat sebab masuk malam je seram sebab Acad kan suka melekap je sampai tido. tu belom dia terjaga tengah malam 2-3 kali nak minum lagi. aaaaaaa memang seram ye. seram sebab DF sambil mengadoi, menjerit menahan sakit. sampai meleleh air mata pon ado. aaaaaaa sakittt! tambah seram bila dua-dua nipple cenggitu! aaaaa I wish for third breast!!! =/

kalau nak tengok cemane gambaran nipple cracked, klik SINI, wounded nipple plak tengok SINI. nak buh gambar mamanye mana bleh! haha. cracked belah kiri, wounded belah kanan.

mama rasa ada beberapa sebab kenapa leh jadi gini :

1) Acad memang habitnye menggigit time DF. seems like dia geraammmm bila dapat minum. ye la, kat umah opah minum kat botol tak feel la brader. so dapat mama punye memang dia tala habes! huhu.

2) Acad dah ada 4 batang gigi. so bila dia menggigit tu dengan 2batang gigi atas & 2batang gigi bawah, terkacip le puting itu. adoiiiiiii. eh, baby orang lain pon ada gigi jugak kan? ke Acad ni rakus? hahaha.

3) suction pump yang SANGAT kuat boleh mengakibatkan kulit puting melecet. ini boleh consider jugak rasanya. sebab mama suka suction kuat untuk cepatkan susu kuar. ye la, keje PA gini mana boleh merayap lelama. kang Dato cari cane? I takde blekberi mahupon aipong. hehe.

4) tak 'bersihkan' puting sebersih-bersihnya. bersih kat sini bermaksud gosok permukaan puting supaya takde sebarang putih-putih kat situ. so bila ada putih-putih kat situ, susu kat dalam dah kena block takleh kuar. bila suction pump dah kuat, macam 'memaksa' jugak untuk kuar. itulah jadinye sakit lantas melecet.

memula sekali, mama beli NIPPLE SHEILD. takmo brand cikai-cikai, beli MEDELA terus hokeyyy! dengan harapan Acad boleh menyonyot tanpa memparahkan lagi lukaku itu. tapi kannn, itu budak sudah bijak ooii. nama pon fully bfeed kan? haruslah bijak anak mama! hehe. Acad refused to suck! adoiiiii. menanges-nanges dia takmo hisap bila mama pakai sheild tu. dah la RM79 tahu! boleh makan kt Kenny Rogers dah! huhu. pastu nak tak nak, tadah je la luka-luka pon kat dia. adoiiiiii.

pastu datang pulak idea gila, gunting muncung sheild tu! disebabkan sheild tu datang dengan 2pcs, maka ku korbankan sekeping. baek punye trim, bila acu kat nipple untuk DF Acad, meraung pulakkkk! adoiyai ini budakkk. mama stress ok stress! dah la stress sakit, stress sheild berlobang pulak tu! uwaaaaa.

seterusnya, idea 'kreatif' papa la tampal plaster ke selotep ke untuk cover yang luka tu. tetiap malam kat Langkawi dok carik plaster ok! huhuhu. tapi nak cari yang water resistant takdo. kat kedai runcit manjang je ada cap yang getah kain tu. memang la lekat habes, tapi kang nak menanggalkan tak ke seksaaaaa! dah la kawasan kulit paling sensitip pulak tu. adess. boleh lupe pulak kat Langkawi ada Guardian. hakhak. sian orang Langkawi, ai terunderestimatekan bandar uols! ingat kat Langkawi ada cekelat & pinggan mangkuk je. wakakaka. sampai KL terus beli sekotak amekaw!! yang cap Hansaplast ni memang terbaek sebab kt tengah-tengah tu kainnye tak kuning (kuning sebab ada ubat papa kata). so kalau putih takde ubat la ye dok? mama dah tampal kat part luka tu, bila Acad nyot-nyot macam isap straw pulak bunyi dia. haha. sian anak mama nyonyot tak feeeel.


pastu mama try sapu stretch mark lotion jugak. orang kata sebab kandungan COCOA BUTTER tu boleh elokkan luka tu. berkesan jugak la. tapi kan mama tak ajar Acad untuk bottle feed bila kat umah, so nak tak nak, lom sempat fully recovered, Acad nyonyot, dah jadi balik. aaaaa.


mama try jugak krim PURELAN by MEDELA. heh, cetoet ni RM29 ye! 7gram je plak tuh. hmmm. Alhamdulillah ada improvement but still, lom sempat nak elok sepenuhnya, Acad dah meronta-ronta nak kopek, tadahkan ajeeeee. sebelum ni boleh la buat mende lain time dia minum, tapi tak bleh. kena fokus menahan sakittt. hmmm.


sebenarnya ada BEST testimoni pakai AVENT NIPPLE CREAM. tapi puas meronda satu MIDVALLEY takde. sape kata MIDVALLEY ada macam-macam? takde ok! haha. ini ditujukan kepada papa yang dok bangga sangat 'kedai runcit' dia tu. haha. yang bagi testimoni tu kata, doc kat PPUM siap buat study pasal nipple cream ni. so the best is AVENT's. online store pon tak penah jumpe lah. sesape ada jual bagitau eh! nak gak try since doc PPUM dah claim the best kan?

oh lupa pulak, time meronda MIDVALLEY carik AVENT's tu, masuk la MOTHERCARE. seram je sebab barang MOTHERCARE haruslah mahal kan? tapi demi kesejahteraan sejagat, ku harung jua. malangnya takdok. even staff MOTHERCARE leh pulak sajes pakai VASELIN. ape? VASELIN yang petroleum jelly tu sapu kat nipple? pelik kan? dah dia kata ok, mama pon beli la seketul. murah pulak tu kan. sapu jangan tak sapuuuu. hehe.


ada juga yang berkata, sapu virgin coconut oil (VCO) kat tempat yang sakit tu. fast recovery katanya. mama memang makan VCO ni. tujuan asalnya nak lebatkan susu di samping menjelitakan kulit. tapi takat kulit je la jelita, susu biasa-biasa je. tu sebab tak cerita kat sini. haha. mama makan dah masuk 2 botol, so pecahkan sikit capsule tu, sapu la kat nipple. susu perisa kelapa dara bak hang! haha.


amboiii banyaknye invest nak elokkan nipple. tak leh sabar kan mama ni? eh, haruslah tak boleh sabar. mana elok kita usahakan. tak tertanggung dah sengsara pedih time DF. patutnya DF feeling nyamannn je tapi mama mengadoi-ngadoi pulak. kelaka je muka Acad kalau mama mengadoi, berkerut kening ni macam kompius. tapi mama yang geram sebab dia takde rasa bersalah pon ketap gigi dia kat tempat sakit tu. ohaaiiii anakk! baru anak sorang ni, belom ada adik lagi. cano? huhu. papa kata dulu time takde gigi, kita mintak dia tumbuh gigi cepat kan? sekarang dah ada gigi, kita mengeluh pulak. huhuhuhu no komen!! =P

last try, semalam pegi Watson nak beli stok plaster. tengok-tengok ada Palmers' Nursing Cream. loooo, apasal tak jumpa benda ni awal-awal dulu??? adeh. dengan tamaknye, beli la jugak semalam. hehe. gini rupenye. tekstur sama macam Vaselin, Purelan, ala-ala jelly gitu, bukan liquid. so sapu jangan tak sapuuuu.


so kesimpulannya ibu-ibu sekalian, SILA MASUKKAN NIPPLE CREAM DALAM LIST TO HAVE ANDA YE. tak rugi beli pon. precaution gitu. dulu mama berlagak konon takmo beli, even dalam list preparation sebelum bersalin tu dah ada. sekarang baru meraban kan. amekaw! sesungguhnya penyusuan susu ibu itu penuh dengan ranjau berduri. ini salah satu cobaan yang harus ditempuhi. Acad baru 8 bulan, still ada 16 bulan lagi untuk cukupkan penyusuan dia. moga ada rezeki Acad nanti. doakan ye!


p/s : cerita Langkawi nanti la ek? eleh, macam la ada orang tunggu. =P

4 comments:

Mimy Hamid said...

memang betul kawan akak pun cakap avent bagus...x tau nak beli mana ni...huhu..tq info review..dah leh standby beli ni..sekarang pun dah akak dah kena gigi pakai gusi...jerit gak la..adoiiiiiiiiiiiiiii

youramirah said...

beli jangan tak beli kak mimy. mana nak cari ntah. huhu. kalau saya berjaya beli saya kasi link k! bersedia kak! fayel tak lama lagi tu gigit la tuuuuuu. hehe

Anonymous said...

This excellent website definitely has all of the info I wanted about
this subject and didn't know who to ask.

Feel free to surf to my site :: How to get rid of stretch marks

محمد محود said...

Acad memang habitnye
------------------
شركة كشف تسربات المياه بالخرج

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up