Doa Untuk Anak Mama Papa

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat
yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah
lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat
Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin.

Mintak-mintak Sempat Pakai

Diapers Tower. =P
kat bawah sekali Diapex, Huggies Dry, Pampers, Huggies Total Protection, Huggies TP Pants, BabyLove Night Tape. tujuh bungkus semuanya. lom campur enam bungkus beli kat expo jumaat lepas. jumlah ada tigabelas bungkus. gile tak mama & papa Acad? agak la kan? haha. yang memahal tu buat pakai malam, yang memurah buat pakai siang. Pants untuk travel.

Alhamdulillah Acad takde alahan dengan semua diapers. dari semurah-murah Hey Baby sampai ke mahal-mahal Pampers, mama tak kisah nak pakaikan Acad. tapi most of time feveret haruslah Huggies untuk siang, Mamypoko untuk malam. Pants both Huggies & Mamypoko untuk travel. tapi lepas muncul Diapex ni, buat pakai siang pon boleh. hehe. mama suka diapers yang ada wonder tape sebab nak pakai & nak tukar takde la susah. kalau nak pakai mesti ada tersilap lekat, so nak bukak balik bunyik dia masyaAllah, kalau baby tengah tido boleh terjaga tau. ini untuk anak mama lah ye, no harm untuk anak orang lain. =)

Huggies memang bagus untuk baby yang kuat tencing macam Acad. even diaper dah berat, kulit dia tak basah pon. memang dry. mama suka. hihi. Mamypoko toksah cakap la. dah banyak review dah kan. BabyLove pulak alternatif pada Mamypoko. cutting pon besar sikit macam Mamypoko. Pampers pulak mama tak tau cane prestasinye sebab beli aritu ada promo beli any RM30 P&G product, dapat payung kenit untuk budak kenit. haha. teruk betul mama ni kan? lantakkkkk.

Yang lain mama penah guna, Pureen Dry5 pek merah & Pureen Premium pek biru. Dedua pon ok, cuma beza kat tape & ketebalan. lepas bersalin kat PPUM aritu, PPUM pakaikan Pureen Premium kat Acad, so mama terus beli untuk time pantang. ok je. =) Pureen Dry5 pek merah nipis sikit & tape dia plastik.

PetPet pon penah guna. ok jugak, tapi cutting kecik eh. untuk baby selim boleh lah. untuk baka besar cam weolls ni takboleh. merah-merah drumstick Acad. kalau beli one size bigger plak terpanjang plak bawahnye, nampak cam londeh gitu. tak kemas lah.

Drypers pon penah guna. ok jek performance dia. mama selalu la usha nak beli yang ada print gambar epal ke love ke kat montot tu tapi manjang je tak jumpa. pastu kat kat diapers dia plain je just print wording Drypers je. bosan lah nengok. haha. apa la mama ni kan? tu pon boleh jadi faktor kan? eh haruslah. kalau tak nak tukar diaper pon takde semangat. haha sengal!

Hey Baby ok untuk pakai siang sebab nipis. again tape dia plastik so tak sesuwei untuk malam. pastu kalau takat tencin je ok lah, sekali pooooopoo amek tembus sampai ke pusat. punyela tak serap tu sebab melekat kat kulit baby. kalau dapat kat kulit baby yang sensitif, jenuh la nak buh cream gamaknye. huhu. dah murah kan?

ada lagi few brands yang mama beli kat Mydin time pantang tapi tak ingat pulak namanya. dah tu time pantang tak amek gambar diapers plak. lagipun time pantang baby kuat pee & poo kan? pakai murah-murah sudeh. huhu.

sekarang by umur 6 bulan setengah Acad dah pakai saiz L, tengok le frame omak apak eh. hehe. sume stok Acad dah takde M, mama dah beli saiz XL siap-siap. takut tak sempat pakai, montot dah montok. hahaha.

Apa pon, bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, sekadar memberi pendapat. *peace*

6 comments:

Mimy Hamid said...

huii banyak nya pampers dia punya stok...ni laki akak pantang dia nengok stok byk..bebel tak hengat...dia bebel sbb duit dia yang kena keluar ..heheh...biasa beli brg baby papa Fayel..mmg tak buat stok..jenama pun setia PET PET malam ke siang sama je....kalau jalan pakai drypers drypantz...Fayel masih pakai M...samala Alhamdulilah Fayel tak de rashes..lega...

youramirah said...

saya pon tak tau la penyakit ni datang macamana. asal nampak murah je nak beli. sama lak tu ngan papa.

senang kan pakai pantz? nanti fayel dah reti guling2 lagi susah nak pakaikan diapers kak. hehe.

mummy_ayu said...

uiihhh..banyaknya stok pampers dia...saiz lain2 ke sama tu?

youramirah said...

ada saiz L & XL. sekarang dia pakai L. mintak-mintak sempat la kak kan? kalau tak harus buat giveaway diapers nanti. kikiki

Nurul Ain said...

bnyknyer stok pampers...meriah..suke plak tgk bnyk2 n mcm kaler...hihihi

Cik Iman said...

wow banyaknya stok diaper tu 0.0

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up